CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gravedigger

Abdullah bin Saba

[Copy link]
Post time 4-3-2006 07:57 AM | Show all posts

tarikh tabari

Kedudukan kitab thabari
Kitab tarikh ini bernama Tarikh Al-Umam Wa Al-Muluk dan lebih dikenali dengan Tarikh At-Thabari. `Ulama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nawazihussin This user has been deleted
Post time 4-3-2006 07:58 AM | Show all posts
biasanya syiah menafikan adanya ibnu saba' ini
dan mereka cuba menafikan hubungannya dgn ibnu saba' ini
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 07:58 AM | Show all posts
dan kebanyakan riwayat2 yg terdapat dlm kitab2 tafsir asalnya adalah dtgnya dr beberapa kitab tersebut shj..
insyaallah sheir akan mengemukakan pula berkenaan kitab2 lain spt tabaqat ibn saad
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 4-3-2006 07:58 AM
dan kebanyakan riwayat2 yg terdapat dlm kitab2 tafsir asalnya adalah dtgnya dr beberapa kitab tersebut shj..
insyaallah sheir akan mengemukakan pula berkenaan kitab2 lain spt tabaqat ibn saad



Seronok baca kitab karangan Pak Cik Grave ini...

Macam membaca Hikayat 1001 malam. Atau mungkin lebih hebat lagi!!

Apa2 pun naper nak dibusukkan nama sahabat-sahabat nabi? Lepas tu nak pi kelas-kelas pulak? Ader ker nabi mengkelaskan sahabat-sahabatnya?Macam kelas-kelas Pak Cik Grave sewaktu sekolah rendah dan menengah tu?

Kalau dah tahu sahabat-sahabat nabi  tu ibarat bintang-bintang dilangit, takkan perangai mereka lebih teruk dari Pak Cik Grave lagi?

Nauzubillah pada sesiapa yang percaya pada cerita rekaan Pak Cik Grave ni!!!:cak:


:stp::hug::hug::hug::stp::stp::stp:

[ Last edited by hambasufi at 4-3-2006 11:44 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2006 09:42 PM | Show all posts
Sebelum Abu Bakar menghembuskan nafasnya yang terakhir maka terbayanglah Ia saat-saat ia memegang tampuk pentadbiran negara. Tersadar lah Ia bahawa ada orang lain lagi yang lebih hebat dariNya namun apakah ia perlu memohon ampun dan maaf. Aaaahh...mungkin sudah terlambat.


33. Khalifah Abu Bakar juga tidak dapat menyelesaikan persoalan-persoalan yang dikemukakan kepadanya oleh orang Yahudi. Anas bin Malik berkata:"Seorang Yahudi datang selepas kewafatan Rasulullah SAWA. Maka kaum Muslimin menunjukkannya kepada Abu Bakar. Dia berdiri di hadapan Abu Bakar dan berkata: Aku akan kemukakan soalan-soalan yang tidak akan dijawab melainkan oleh Nabi atau wasi Nabi. Abu Bakar berkata:"Tanyalah apa yang anda mahu. Yahudi berkata: Beritahukan kepadaku perkara yang tidak ada pada Allah, tidak ada di sisi Allah, dan tidak diketahui oleh Allah? Abu Bakar berkata: Ini adalah soalan-soalan orang zindiq wahai Yahudi! Abu Bakar dan kaum Muslimin mulai marah dengan Yahudi tersebut.
Ibn Abbas berkata: Kalina tidak dapat memberikan jawapan kepada lelaki itu. Abu Bakar berkata: Tidakkah anda mendengar apa yang diperkatakan oleh lelaki itu? Ibn Abbas menjawab: Sekirannya kalian tidak dapat menjawabnya, maka kalian pergilah bersamanya menemui Ali AS, nescaya dia akan menjawabnya kerana aku mendengar Rasulullah SAWA bersabda kepada Ali bin Abi Talib:"Wahai Tuhanku! Sinarilah hatinya, dan perkuatkanlah lidahnya." Dia berkata:"Abu Bakar dan orang-orang yang hadir bersamanya datang kepada Ali bin Abi Talib, mereka meminta izin daripadanya. Abu Bakar berkata: Wahai Abu l-Hasan, sesungguhnya lelaki ini telah bertanya kepadaku beberapa soalan (zindiq).

Ali berkata: Apakah yang anda perkatakan wahai Yahudi? Dia menjawab: Aku akan bertanya kepada anda perkara-perkara yang tidak diketahui melainkan oleh Nabi atau wasi Nabi. Yahudi mengemukakan soalan-soalan kepadanya. Ali berkata: Adapun perkara-perkara yang tidak diketahui oleh Allah ialah kata-kata anda bahwa Uzair adalah anak lelaki Tuhan, dan Allah tidak mengetahui bahawa Dia mempunyai anak lelaki. Adapun kata-kata anda apa yang tidak ada di sisi Allah, maka jawapannya perkara yang tidak ada di sisi Allah ialah kezaliman. Adapun kata-kata anda: Apa yang tidak ada bagi Allah maka jawapannya tidak ada bagi Allah syirik. Yahudi menjawab: Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah dan sesungguhnya anda adalah wasinya."[Ibn Duraid, al-Mujtana, hlm.35]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2006 09:51 PM | Show all posts
Kematian Abu Bakar disambut gumbira oleh Abdullah bin Saba. Dilihatnya seorang sahabat Agung telah sampai masanya dan pasti akan berhadapan dengan Rasulullah saaw nanti. Apakah Rasulullah saaw akan menyambutnya gumbira walaupun Ia pernah menyakiti anak perempuan kesayangan Baginda saaw sendiri. Aaahhh...takper kot, sebab bukankah Ia sudah dijamin masuk syurga bersama dengan 10 orang sahabat yang lain juga. Biarkanlah.... mungkin Abu Bakar ini manusia suci yang kalau buat dosa pun tetap akan terampun dan bidadari-bidadari comel lote akan tetap menantinya di pintu syurga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-3-2006 11:20 PM | Show all posts
Kosong...aahh siapalah pulak yang bakal menggantkan sahabat agong yang telah pergi mengadap Ilahi ini? Perlu kah ada pertandingan perbahasan seperti yang berlaku di Saqifah dulu???
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 11:58 PM | Show all posts
'Abdullah b. Mas'ud reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: If I were to choose a bosom friend I would have definitely chosen Abu Bakr as my bosom friend, but he is my brother and my companion and Allah, the Exalted and Gliorious. has taken your brother and companion (meaning Prophet himself) as a friend. [sahih muslim hadis 5871]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2006 01:26 PM | Show all posts
Abu Bakar tidak lama memerintah disebabkan usianya yang telah lanjut. Tak banyak kisah-kisah menarik yang berlaku pada zaman Abu Bakar ni dan kalau ada pun ia lebih banyak menonjolkan panglima perangnya Umar al-Khattab yang gagah perkasa itu. Abu Bakar sendiri pun tak yakin jadi pemimpin sampai ia suruh rakyat membetulkan apa yang ia akan lakukan semasa pemerintahannya. Umarlah yang ke hulu dan hilir malah sampai kata-kata abu Bakar sendiri pun tidak diperdulikannya...oooh takpa, itu ijtihad Umar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2006 01:33 PM | Show all posts
Selepas kematian Abu Bakar maka mula-mula rakyat hendak juga nak adakan pemilihan seperti berlaku di Saqifah dulu....tapi nampaknya hasrat rakyat tak tercapai kerana dah ada peraturan baru pula. Tak payah buat-buat pemilihan kerana cukup wasiat dari pemimpin sebelum itu. Abu Bakar mewasiatkan agar Umar dilantik secara otomatik sekiranya ia meninggal. Abu Bakar pun terhutang budi terlalu banyak kepada Umar sebab usaha Umar juga lah maka ia boleh terpilih menjadi khalifah dulu.

Kalau Abu Bakar dulu dilantik melalui pemilihan suara antara golongan Muhajirin dan Ansar di Saqifah maka kali ini satu lagi teknik pemilihan pemimpin dalam Islam...cukup melalui wasiat saja. Ooooh Islam itu indah dan luas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2006 09:07 PM | Show all posts
sistem syura menerima tamparan hebat apabila wasiat itu dilaksanakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2006 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 1-4-2006 09:07 PM
sistem syura menerima tamparan hebat apabila wasiat itu dilaksanakan.


Itu belum lagi konspirasi melantik Usman sebagai khalifah dan bagaimana Muawiyyah mengangkat dirinya sebagai Sultan dan melantik pula anaknya sebagai Putera Mahkota Yazid menggantikannya.

fleurzsa: Sorry, edited krn posting kurang sesuai. Thanks

[ Last edited by  fleurzsa at 4-4-2006 09:14 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2006 10:35 PM | Show all posts
Selepas kemangkatan Abu Bakar kekosongan jawatan khalifah segera di isi oleh sahabat karibnya Umar. Umarlah teman setia Abu Bakar malah hanya Abu Bakar seorang saja yang boleh meyakinkan Umar dalam apa saja masaalah.
Ketika kewafatan Rasulullah saaw Umar lah mengamuk sakan dan tidak mempercayai Rasulullah saaw menemui TuhanNya. Ubaidah melihat kegawatan Umar ini dan beliau membacakan surah dari Quran bahawa " Rasulullah itu cuma seorang manusia...." namun Umar tidak mempercayainya tapi setelah Abu Bakar tiba dan membacakan surah yang sama, lantas Umar membenarkannya. Nampak macam ada konspirasi lak ni!

Abu Bakar juga pernah meng'offer' anaknya Aisyah kepada Umar ini tapi Umar takder selera agaknya pada budak kecil tu. Umar tak sedar budak kecil inilah yang bakal menggegar dunia dengan meriwayatkan banyak hadis-hadis keutamaan ayahnya Abu Bakar malah menyenaraikan juga kelebihan-kelebihan Umar sendiri. Anak kecil ini juga lah yang diterima oleh Rasulullah saaw  sebagai isterinya dan digelarnya 'Humaira'. Orang Syiah terjemah "Humaira' itu sebagai anak himar tapi bagi orang sunni pulak gelaran itu ialah si merah jambu sebagai gelaran manja. Mungkin Rasulullah pernah memanggilnya secara manja..." Hai Pink".

Tapi takpa...Umar pun ada wakilnya yang rapat dengan Rasulullah sendiri iaitu anaknya Hafsa.


[ Last edited by  Gravedigger at 16-4-2006 10:49 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2006 04:50 PM | Show all posts
Langit mula semakin cerah. Awan mendung mula berarak menampakkan kilauan cahayanya keemas-emasan yang selama ini menutupi langit yang terbuka luas. Jabal Tariq di sempadan Sepanyol seolah menghimbau lasykar-lasykar Jihad agar membebaskan bumi kegelapan Eropah yang tertakluk dibawah naungan kesesatan. Aaah jauhnya....

Syabas Umar! Anda terlantik akhirnya walaupun secara di wasiati oleh sahabat karib mu. Sememangnya anda layak kerana diri mu memang hebat....walaupun dikatakan banyak hadis-hadis kehebatan Ali tapi tak perlu kau khuatiri kerana akan banyak pula dibuat hadis-hadis boleh dibuat untuk menceritakan kehebatan mu pula.

Bukankah ada satu hadis kononnya ketika engkau berada di atas mimbar sedang berkhutbah maka engkau telah nampak musuh cuba menyerang hendap tentera Islam dalam satu ekspedisinya. Segera engkau menjerit "cari perlindungan di atas bukit!" dan lantas tentera Islam pun selamat atas arahan engkau yang jauh tu. Hebat!! Sungguh hebat menyamakan kehebatan Rasulullah saaw ketika Baginda menyeru Ali dari jauh semasa peperangan Khaibar.

Memang banyak kehebatan-kehebatan Umar ini sehingga adakalanya menampakkan kecerdikannya yang lebih dari Rasulullah saaw. Dikatakan dalam strategi-strategi peperangan banyak mendapat nasihat dari Umar ini tapi ehh..jarang pula dengar kehebatan Umar dalam peperangan-peperangan. Yang pernah dengar cerita Umar pernah lari dari satu peperangan sebelum itu....ishk takpa la!

Umar juga dikatakan memberi nasihat kepada Rasulullah saaw agar kaum-kaum wanita menutup rambut mereka maka sebab itulah turun juga ayat yang menyentuh bab aurat itu. Justeru maka sebab Umarlah maka wanita hari ini menutup aurat mereka sepenuhnya.....Hebat sungguh Umar. Tak heranlah maka Umar juga setaraf nabi cuma selepas Rasulullah saaw tidak ada lagi nabi. Waduh..waduh Umar!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2006 07:34 PM | Show all posts
Umar juga dikatakan memberi nasihat kepada Rasulullah saaw agar kaum-kaum wanita menutup rambut mereka maka sebab itulah turun juga ayat yang menyentuh bab aurat itu. Justeru maka sebab Umarlah maka wanita hari ini menutup aurat mereka sepenuhnya.....Hebat sungguh Umar. Tak heranlah maka Umar juga setaraf nabi cuma selepas Rasulullah saaw tidak ada lagi nabi. Waduh..waduh Umar!!


pulak dah!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2006 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 28-4-2006 07:34 PM


pulak dah!!


105. Aisyah menceritakan," Apabila para isteri nabi hendak buang air pada waktu malam hari, mereka pergi ke tanah lapang.
"Umar (bin Khattab) mengusulkan kepada Nabi, supaya menyuruh para isteri beliau memakai hijab (tabir). Tetapi Rasulullah saaw tidak berbuat apa-apa. Pada satu malam Saudah binti Zam'a, isteri Rasulullah saaw, keluar waktu Isya, dan dia adalah seorang wanita yang tinggi perawakannya. Lalu Umar menyapanya, "Hai, kami mengenali engkau, hai Saudah!"

"Dia menyapanya kerana sangat mengharapkan supaya turun ayat (perintah) hijab. Memang sesudah itulah turun ayat hijab "

(Terjemahan Hadis SAHIH BUKHARI..Jilid I, II,III & IV.  Penerbit Klang Book Centre, Kelang)


Apo ke jadahnyo Umar buek waktu tu yo?? Mengintai ko dio?? Hehehehe! Cerito sahabat nabi yang lain mengintai pun ado jugak nie.

[ Last edited by  Gravedigger at 2-5-2006 02:21 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


carikubur This user has been deleted
Post time 5-5-2006 09:50 AM | Show all posts
Syaitan sangat dengki pada khalifah dunia ini. dia berjanji utnk ajak seramai mungkin manusia bersamanya dalam Api neraka. Semenjak Nabi Adam a.s. hinggalah ke Nabi Muhammad. saw.

Kaedah syaitan(syaitan manusia) apabila tak larat berdepan  dengan orang beriman maka mereka menyamar sebagai Islam dan buat fitnah bohong dan putar belit supaya orang Islam berkelahi sesama sendiri.

walau pun diperingkat awal Islam tak ramai orang ikut bohong mereka tetapi akan datanng satu zaman yangmana ramai orang bangang-bangang akan gunapakai periwayatan karut mereka. Dan pada hari ini ianya sudah terbukti.. kesian....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 2-5-2006 02:17 PM


105. Aisyah menceritakan," Apabila para isteri nabi hendak buang air pada waktu malam hari, mereka pergi ke tanah lapang.
"Umar (bin Khattab) mengusulkan kepada Nabi, supaya menyuruh ...



yang ni?  apasal bukhari letak kat kitab berwudhu' bukan berhijab?  Volume 1, Book 4 (Wudu') , Nombor 148
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2006 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 5-5-2006 10:13 AM



yang ni?  apasal bukhari letak kat kitab berwudhu' bukan berhijab?  Volume 1, Book 4 (Wudu') , Nombor 148


Betul la kan...mengapa pulak Bukhari letak kat kitab Wudhuk dan bukan berhijab? Hehehe...apa kata kita sangka baik aja lah pada Umar. Mungkin Umar mengintai-intai isteri nabi sebab nak tengok cara mereka beristinja' sebelum berwudhuk kot? Mana tahu isteri-isteri nabi pun duduk diatas batu bata seperti mana ada sahabat yang dah pun mengintai Rasulullah semasa beliau buang air.

107. Abdullah bin Umar menceritakan' "Aku naik ke atas loteng rumah Hafsah untuk satu keperluan; kelihatan oleh ku Rasulullah sedang buang air membelakangkan kiblat dan menghadap ke Syam".

108. Abdullah bin Umar brcerita' " Pada suatu hari aku naik ke loteng rumah kami; maka terlihat oleh ku, Rasulullah sedang jongkok di atas dua buah batu bata buang air menghadap ke Baitul Makdis".

(Terjemahan Hadis SAHIH BUKHARI..Jilid I, II,III & IV.  Penerbit Klang Book Centre, Kelang)


Duo kali nampaknya anak Umar ni skodeng ya?? Isteri-isteri nabi buang air pun agaknya tak salah kalau mereka juga turut kena skodeng sahabat-sahabat??

[ Last edited by  Gravedigger at 7-5-2006 12:57 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2006 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 5-5-2006 10:13 AM



yang ni?  apasal bukhari letak kat kitab berwudhu' bukan berhijab?  Volume 1, Book 4 (Wudu') , Nombor 148


Aku rujuk ni kitab Bukhari terjemahan sama juga dalam volume 1 bab wudhuk tapi hadis no 105. Ishk...agak-agaknya ada hadis yang dah kena sensor tak??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.072731 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list