CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katakpuruz

[MergedMisteri laut, sungai, tasik dan lombong~by katak & Jodo

[Copy link]
Post time 24-11-2009 02:56 PM | Show all posts
datin ade gak cite psl kt tasik ni..
tp xde la seram sgt..
umah datin ni mmg dkt ngn tasik..
1 senja tu, sepupu datin ni xblik2 umah..mak dia (makngah datin ler..) pn pegi ler cari dia kt area tasik..
sbb kt c2 mmg org slalu lepak..tp time senja mmg mnggerunkan...
masa dia lintas kt kwsn tasik ni...dia ternampak la kelibat ank dia (sepupu datin ler..) dok berjalan2 menuju kearah tasik tu..

makngah datin ni pn dok tgk ank dia ni..
tp ank dia dok berjalan nk terjun ke tasik..
dia pn ikut la ank dia..
pastu tetba dia teringat..
org tua2 psan, klu time2 senja cenggitu kena la sntiasa beringat2...
terus dia baca surah2 pape yg patut then dia terus balik..

bla dia blik, tgk ank dia ade kt umah..
rupenye ade la jlmaan yg mnjelma jd ank dia..
klu la dia xtringat masa tu, msti dia ikut jlmaan ank dia tu pastu msti dia yg jatoh lam tasik tu kn...

p/s : klu dok kt tmpt2 cm2 sentiasa la beringat2...

kt tasik tu pn sbnrnye ade cite tersndiri..
klu dgr cite dr org2 tua dlu2..
dorg ckp kt tasik tu dulu pnh ade sorg pmpuan jtoh lam tu..
tp sblm jtoh tu dia kna rogol..
nama dia melati..2la skrg ni nama tasik tu TASIK MELATI..
btol xbtol, wallahu'alam...
korg sume msti xtau sgt psl tasik melati ni kn..tasik ni xfemes pn..
terletak di perlis...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2011 11:28 AM | Show all posts
tlg up,senang aku nk baca...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 10:13 PM | Show all posts
Satu lagi citer pasal hantu air ni,pasal Hantu Pari..Mengikut apa yg aku diceritakan oleh org-2 tua kampung aku,Hantu Pari ni suka berjalan tepi pantai bila bulan mengambang penuh..Dia akan berupa perempuan cantik..Ada yg dia kacau,ada jugak yg dia buat jadi laki..Biasanya yang dia buat jadi laki tu,mesti jadi tak siuman..Mak aku dulu marah sgt kalau aku nak lepak ngan member-2 kat pantai masa bulan penuh..Takut jumpa hantu pari..Betul ke tak,no komen..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 11:32 AM | Show all posts
sepanjang aku melepak kat tepi pantai sapai kul 2 3 pagi....x penah lak bertembung ngan Hantu Pari nie...tp, nk tahu gak, nak kenal camner hantu pari nie??
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 06:47 PM | Show all posts
kisah misteri berkaitan air

baru2 ni ada makan2 kat umh mertua.sambil makan tu borak2lah ngn diorang semua.aku borak ngn biras aku.aku tanya dia eh..lupa nak tanya masa raya cina aritu p terengganu bercuti ke kat mana? (sbb aku dan dia bertembung jem atas jalan masa otw nak balik tu coz aku pun p ganu gak)pastu dia jawab dia p suria beach resort.oo ok.pastu dia tanya aku lak g mana.aku kata aku pegi teman laki aku keja je kat kuala terengganu.

pastu aku saja je riki2 dia tanya sepanjang menginap kat sana takde papa ke berlaku? dia kata maksud aku apa? aku kata yalah gangguan cam berantu ke dia ckp hemm xde ok je lagipun dia ngn laki dia tido lewat.tapi ada satu kejadian misteri masa jalan2 di tepi pantai.dia kata masa tu air laut tinggi.mmg dilarang mandi pun time tu.dia citerlah anak dia yang sorang ni suka bawak barang mainan fav dia kaler ijau tu kemana jua.jadi masa lalu tepi pantai tu dia nasihatlah anak dia ni.kalo mainan ni jatuh kat laut jangan kejar dan amik biarkan aje.bahaya nanti nak suruh anak dia paham dan mengerti.


tengah syok2 jalan di persisiran pantai alih2 mata biras aku ni ternampak mainan hijau anak dia berada di dalam laut dan terus terniat nak mengambilnya.tapi dalam masa sama terdetik jugak untuk memastikan mainan tu still ada dengan anaknya ke tidak..ternyata ada. disebabkan musykil dia pun toleh lah balik kat laut tengok2 mainan anak dia tu dah ghaib? dia rasa cuak sangat bila memikirkan andai kata dia pegi amik mainan anaknya tadi tu apa yg akan terjadi agaknya. entah2 camnilah kot salah satu kes yang melibatkan orang mati lemas agaknya huhuhu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 11:12 PM | Show all posts
Reply 85# pinktriangle


   huh... seramnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2011 11:41 PM | Show all posts
Bercerita pasal hantu air nih... nak juga la berkongsi cerita tentang kejadian yang menimpa saya dan juga rakan sekerja....
Masa kejadian tu saya bekerja di sebuah restoran fast food di utara semenanjung dan tinggal di asrama yang berada di tingkat atas restoran tersebut. Kebetulan selepas closing  dalam pukul 12 lebih  buat keputusan untuk nak keluar sebab sebaik sahaja selesai tugas bekalan elektrik terputus... nak tinggal di asrama risau sebab gelap dan panas... n lepas tu adalahlah skit-skit keseramannya...
Salah seorang staff buat cadangan kami makan di retoran di Batu Feringgi, tempat selalu kami makan.. Bila sampai di restoran tu.. tengok2 ada ramai orang and tempat pun penuh... jadi kami buat keputusan untuk bungkus sahaja... n ada sorang staff ni buat cadangan kami berkelah di pantai 'end of the world' berhadapan dengan Pantai Kerachut... Semua setuju sebab best juga dengan cadangan budak tu... dan lepas tu kami singgah di 7 eleven untuk nak beli jajan...
Kami pun berkelah di sana... memang seronok dengan angin yang bertiup dan bertemankan cahaya bulan.. dan pemandangan memang cantik... tambahan pulak dekat situ ada jeti di mana bot-bot persendirian mewah berlabuh....
Sedang kami masing-masing sedang melayani perasaan, tiba-tiba terpandang pada sebuah perahu yang berada di tengah laut....  mungkin ada nelayan yang sedang menangkap ikan... (berprasangka baik)
Makin dilihat makin dekat perahu tersebut... lama ke lamaan makin dekat... tiba-tiba semacam ada satu cahaya yang menerangi perahu tersebut... ternampak seorang perempuan berbaju putih... masa tu hati dah berasa tak berapa sedap..
Tiba-tiba kedengaran semacam ada benda terkatuh ke dalam air... dengan tidak bertangguh lagi kami lari meninggalkan apa sahaja berlari menuju ke kereta... terus start enjin dan berlalu pergi.... masing-masing terdiam...
Dalam perjalanan pulang saya menalifon seorang rakan yang manager fast food untuk kami menumpang di asramanya...
Sampai di asrama kawan kami bercerita tentang pengalaman yang menakutkan tu... tempat tu memanglah keras... dan pernah beberapa teman rakan saya ini pernah membuat bbq kat situ... diganggu malahan pernah ikut mereka balik... sememangnya meyeramkan... sejak dari itu kami dah serik dan tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke sana....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 01:42 PM | Show all posts
sepanjang aku melepak kat tepi pantai sapai kul 2 3 pagi....x penah lak bertembung ngan Hantu Pari n ...
cilok Post at 18-3-2011 11:32

dari ape yang gua tau,cara nak tahu hantu pari ni datang ke tak,
kita akan bau bunga cempaka yang sangat la wangi mase kat tepi pantai...
walaupun sblm tu tak bau ape-2...
lepas ade bau tu,akan ade pompuan berjalan kat tepi pantai,biasenye rambut panjang,dan cantik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2011 03:18 PM | Show all posts
sungkai, bidor, tapah byk lombong..

salah satu citer tahun 90-an. Jiran sy depan rumah bersekolah di Abassiah sekolah agama tu. Kejadian histeria budak lari ke lombong ternampak perempuan cantik memanggil manggil.. dulu kawasan tu ada 1 sekolah tu je..kejiranan lain/shell pun tak de lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 01:51 PM | Show all posts
sungkai, bidor, tapah byk lombong..

salah satu citer tahun 90-an. Jiran sy depan rumah bersekola ...
pjan Post at 20-3-2011 15:18

maybe satu spesis ngan hantu pari jugak kott..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 12:18 PM | Show all posts
Peritiwa aneh di sungai.
masa tu aku budak sekolah rendah lagi,kami sekeluarga pergi mandi manda di sungai,
tiba2 aku nampak seorang budak lelaki anggaran umur 10 tahun dengan keadaan duduk di atas pelampung tayar warna hitam,di hanyutkan air sungai.

Tpi budak tu dalam keadaan seronok sambil tangannya bermain2 air walaupun dia sedang dihanyutkan mengikut aliran sungai tu...dgn hanya berseluar pendek hitam saja..

aku tertanya2 juga macamana dia nk berhenti dan pulang ke rumah dgn selamat klu keadaan di hanyutkan kehulu hilir mcm tu...mungkin hingga ke penghujung sungai.

dan aku rasa aku sorang jer yg nampak budak tu krn tiada sesiapa diantara pengunjung menegur budak itu atau bercakap mengenainya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 04:50 PM | Show all posts
Reply 87# zadzamusa


    panati kerachut nie kalo bernaseb baik,boleh nampak kapal2 lama berlayar dari zaman dolu2 punya.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 09:44 AM | Show all posts
Saja nak bercerita..btw, ni cerita atas cerita..

baru2 ni, kawan sepejabat pi The Mines, then dia sekeluarga naik la bot yg pusing2 tasik (RM30++sekepala rasanya).

So, kawan saya ni pun cerita la..masa naik bot tu, salah sorang pemandu bot pun tanya, berapa dalam lombong The Mines ni, dan siapa tahu sejarah ceritanya? Then, dia pun bercerita la, yg dia dah bekerja dgn The Mines lama dah, dekat 12 tahun. So, sejarah The Mines ni, asalnya adalah lombong bijih timah, kedalamannya adalah sekitar 200 meter dan ada part yg menjangkau 1000meter (1km) dalam..kedalaman 1km ni adalah hasil pekerja lombong bijih timah ni korek la..then, lombong tu ditutup dan air hujan dan air tanah yg memenuhi lombong ni.


(kredit kepada pemilik asal gambar ni)

Yang menjadi misterinya (seperti yang diceritakan oleh boatman ni), dikhabarkan bahawa dlm tempoh 7-8 tahun kebelakangan ni, pihak pengusaha The Mines dah memasang 'pagar' melintangi dasar tasik tu, dimana tujuan asalnya adalah untuk menghalang 'benda' yg kat dasar naik atas, dan 'benda' yg kat atas turun bawah..benda apa tu? wallahualam.

Then, mengikut pemandu bot ni, dia pernah jumpa ular sebesar tong dram (diameter) semasa mengemudi bot dikawasan tasik tu diwaktu senja. Menurutnya lagi, antara larangan yang mesti dipatuhi (ditetapkan oleh pengusaha The Mines) adalah, bot tidak boleh dibawa pusing2 tasik waktu hujan (walaupun hujan gerimis)..walaupun bot yg bawa penumpang tu berbumbung dan boleh bergerak dlm hujan renyai2..

Selain itu, mengikut cerita boatman tu, pernah sekali ada bot bomba yg dipandu kt tasik tu terlanggar 'sesuatu' dan enjin bot tertanggal, ni masa proses nak pasang jaring tu la.. So, penyelam bomba turun menyelam utk recover balik enjin bot, tapi yg hebatnya, hilang dah enjin bot tu..tak dapat dijumpai..

Berkenaan pagar yg merintangi tasik tu (rasanya kt bahagian dasar yg dalam je..yg cetek tak mungkin dipasang kot), mengikut kata botman tu, kita boleh lihat kehadiran pagar tu kalau kita duduk kt atas bangunan Sapura di tingkat tinggi, terutama bila bias (silau cahaya) air kurang, tapi bila hari tak terlalu mendung..dimana still ada cahaya yg boleh tembus sebahagian permukaan tasik tu..

Ni cerita kawan sepejabat saya seperti yang diceritakan oleh boatman tu..so, bila sampai kt jeti The Mines (dlm kompleks the mines tu), brother boatman tu pun tunjukkan gambar2 dlm album mengenai proses pemasangan pagar yg merintangi tasik the mines tu oleh pihak bomba dan few gambar mengenai sudut yg dikatakan misteri kt tasik the mines tu..

Kawan saya kata, dia pun memula tak percaya dgn cerita boatman sebab dia ni jenis skeptikal skit, tapi bila tengok album gambar yg boatman tu tunjukkan, barulah dia percaya sebab bagi dia, ada bukti..

So, apa kata kengkawan yg lain2? ada sebarang info..saya dah google tapi takdak plak cerita tentang ni..yang saya tahu (sebab saya ni pengguna besraya), ramai orang manciing kt tasik tu, selain tu..bila hujan, air tasik akan melimpah kt longkang jalan seterusnya membawa satu bau unik, iaitu bau air paya / lombong yg hanyir.. Last edited by haji_one on 22-1-2013 10:34 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 11:07 AM | Show all posts
kat the mines ikan keli nye suma gadang2 wooo...yeerrkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 11:23 AM | Show all posts
haji_one posted on 22-1-2013 09:44 AM
Saja nak bercerita..btw, ni cerita atas cerita..

baru2 ni, kawan sepejabat pi The Mines, then dia ...

serius menarik!!

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 11:27 AM | Show all posts
pejol posted on 22-1-2013 11:07 AM
kat the mines ikan keli nye suma gadang2 wooo...yeerrkkk

aahh..besar2 ikan kt situ, disebabkan cerita kawan saya tu, saya pun dah pi the mines minggu lepas. Memang ikan keli (keli afrika) dia besar2, kalau tengok..sesetengah tu dah warna kemerahan / oren kt bibir mulut keli tu..tu tandanya keli tu dah besar dan tua. Ada juga tengok ikan keli tu mcm bercalar badan..tu kena kipas bot la tu..Selain tu, ada ikan tilapia, ikan leekoh, ikan rohu dan beberapa jenis ikan lain seperti patin.

bila tengok air tasik the mines tu, rasanya banyak sangat bakteria dlm air tu, ye la..dgn mineral dr kesan galian tanah kat situ, pastu air plak jenis bertakung (tidak mengalir mcm sungai), lumut pun dah banyak, bahan kotoran dr kesan tayar, asap kereta, agaknya ikan dlm tasik tu dah mutate dah kot.

Saya masih dok wonder, apakah tujuan pagar besi dipasang utk 'menutup' kawasan yg dalam kt tasik tu..benda apa yg ada kt dasar tasik tu? gamaknya ada orang lepaskan ikan pari air tawar (fresh water stingray) kot kt tasik tu..kena plak ikan pari air tawar ni tidak ada limit dlm saiz maksimumnya..dgn ikan keli yg besar sebagai sumber makanan..tentu mewah makhluk yg ada dlm tasik tu.

Selain itu, kalau kita fikir, makhluk yg besar dlm air, dr segi saiz, biasanya ikan la, antaranya ikan tapah yg boleh membesar lebih 100kg, toman, temoleh, ikan pari..atau mungkin labi2 yg boleh membesar lebih 200kg..ni kalau fikir logik la ni.

Tapi dr segi alam ghaib ni, seperti ygn kita tahu, antara kediaman bagi jin adalah tempat yg tinggi (menara2, gunung ganang) mahupun ditempat yg dalam-dalam (seperti laut, tasik dan lombong)..mungkin kt bawah dasar tasik the mines yg dalam tu agaknya jin2 yg menyerupai sesuatu makhluk lain kot..wallahualam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2013 11:41 AM | Show all posts
Nak tambah skit, ni info yg saya dapat la ni.

Masa gempa bumi yg mengakibatkan tsunami di Aceh, impak gerakan plat bumi juga dirasai di kawasan utara Malaysia, dan sebahagian kawasan lembah Klang.

So, masa gempa bumi berlaku kt Indonesia, gegaran yg berlaku turut memberi kesan kepada tasik the mines ni dimana ikan berkumpul di permukaan dan ada dibahagian yg dalam kt tasik The Mines mengeluarkan buih dr dasar..rasanya staff kt Sapura dapat tengok fenomena ni (harap ada yg boleh clarify benda ni)..rasanya buih yg keluar tu dr kawasan yg dalam dan tempoh buih tu keluar (nampak mcm air tengah boiling, mendidih..lebih kurang mcm tu la gambarannya..) dlm tempoh yg lama..seolah2 ada 'ruang kosong' kt dasar tasik, bila berlaku gegaran, ruang kosong kt dasar tu bocor, tu yg keluar buih..

Taktau la sebesar mana 'ruang kosong' kt dasar tasik tu, apa penghuninya..apa ada dalamnya..ntah la..tapi mcm ada something kt tempat tu..

Saya masih mencari kebenaran disebalik cerita boatman tu mengenai pagar tu yg dipasang di kawasan dlm kt tasik tu. Untuk apa? sebab rasanya nak pasang pagar kt dasar tasik yg dalam tu, tentulah kosnya tinggi, dan pihak pengurusan The Mines mestilah ada alasan yg konkrit dan kukuh (sebab pakai duit dlm jumlah yg besar) utk buat begitu..bukan senang nak yakinkan sejumlah orang yg profesional dlm perniagaan utk buat sesuatu benda tanpa alasan yg signifikan dan berbaloi..unless memang ada 'something' kt yg menghuni dasar tasik tu (kat area yg dalam)..yg mungkin menjadi ancaman kepada pengguna riadah tasik tu (sebab modal dah besar buat pasaraya tu, dan riadah tasik tu pun salah satu daya tarikan The Mines yg juga profit income)..

Mungkin pengurusan The Mines 'takut' klu ada sebarang aktiviti paranormal / luar biasa yg akan menganggugugat aktiviti riadah tasik tu..ntah la..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 12:00 PM | Show all posts
haji_one posted on 22-1-2013 11:41 AM
Nak tambah skit, ni info yg saya dapat la ni.

Masa gempa bumi yg mengakibatkan tsunami di Aceh,  ...

kalau ade gambar pembinaan tu kan best?

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 12:00 PM | Show all posts
aku dulu suka gi camping.. n fave aku kalo dpt camping tepi laut atau di pulau.. mmg kekadang terjumpa gak dgn makhluk ni.. tapi mostly dgr bunyi je la... xde nampak muka.. sbb msg2 dah beringat supaya tak melepak tepi laut malam2..

kisah 1 :
masa ni aku join kekawan gi camping kat pulau singa besar, langkawi.. tmpt camping ok la.. tapi masa tu ada bnyk binatang yang dibiarkan berkeliaran.. pengalaman yg unik sbb tmpt berkhemah tu ada burung merak dan rusa dok round berjalan cari makan.. (tapi on second day, ranap khemah aku akibat kes rusa masuk dlm khemah cari makan!!! tak pasal2 tido berbintangkan bulan bintang.. nasib baik tak hujan)... sepanjang camping tu, takde la yang pelik2 sebab ada gak yang saling memperingatkan kekawan ttg pantang larang bila bercamping ni.. esp for the girls yg tgh bendera merah.. kejadian pelik cuma berlaku on the last day, masa nak berjalan balik ke jeti.. sebelah kanan laluan ni kawasan hutan tebal dan sebelah kiri pulak laut.. laluan pun muat2 utk 2 org je.. masa berjalan tu, aku agak ketinggalan ke belakang dan berjalan sorg2 sebab kononnya menghayati keindahan alam, sayang nak tinggalkan tempat yang cantik tu.. masa dok berjalan tu, tetiba aku dgr suara mcm org berbisik dan kekadang bersembang di dalam hutan tu.. suara tu seolah-olah dok ikut aku berjalan.. aku stop, suara tu stiill ada tapi bunyi dr tmpt yg sama - statik.. bila aku berjalan balik, suara tu pun bergerak sama.. bg aku, mmg tak logik suara tu suara manusia sebab hutan tu tebal dan bahasa yg aku dengar plak mmg pelik.. lagipun aku tgk geng lelaki semua di depan aku.. last2, aku buat tak tau je tapi langkah tu aku cepatkan walaupun takde la sampai tahap berlari... bila sampai di jeti, suara tu pun hilang...

kisah 2:
masa zaman u dulu, aku join gi camping di pulau payar.. nak camping di sini kena dapat kebenaran dari jbtn laut dulu.. bukan boleh gi sesuka ati pacak khemah... disebabkan ada pondok, maka semua budak pompuan tido dalam pondok dan bebudak lelaki tido dalam khemah.. bagi aku, sepanjang masa di pulau tu, takde la yang pelik.. cuma bebudak pompuan yang lain kata diorang terjaga tgh2 malam sebab terdengar bunyi orang menangis sayup2 dari hutan.. aku ni gamaknya tido mati.. sebab tu tak dengar apa..

kisah 3:
ni bukan kisah camping le.. tapi kejadian berlaku masa aku berkelah dengan famili di teluk batik.. time tu aku still muda remaja lagi.. aku ni kalo mandi laut atau air terjun, memang tak akan pergi ke kawasan air yang lebih dalam dari paras betis aku.. fobia skit.. .. so, masa di teluk batik tu pun aku memang dok main air di kawasan cetek je la, tak lebih dari paras lutut pun.. tapi tgh sedap main tu, tetiba aku rasa seolah-olah ada benda yang mencengkam kedua-dua buku lali kaki aku dan menarik aku ke kawasan dalam... jenuh aku cuba berjalan ke tempat cetek tapi tak berjaya sampai satu tahap tu, aku dah tersembam dalam air.. makin lama, aku ni makin diseret ke tempat dalam.. kira sempat le aku telan air laut sebelum diselamatkan oleh abah aku.. bila di tepi pantai tu, abah kata nasib baik dia nampak aku dok menggapai dalam air.. kalo tak, tak tau la nasib aku.. tak pasal2 aku kena marah sebab aku tak menjerit minta tolong masa kejadian tu.. tapi honestly, suara aku mmg tak terkeluar time tu!!! dan bila tgk kaki aku, ada tanda merah kat tempat yang aku rasa dicengkam tu.. selepas tu, mmg kami pack barang dan terus balik.. dan lepas tu, amik masa gak le aku nak gi pantai.. fobia terus!!! sampaikan first time aku gi pantai lps kejadian tu, aku pengsan bila tengok laut..

nanti aku story plak pglmn adik aku gi bercamping kat timah tasoh..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 12:12 PM | Show all posts
wahhh.....lagi lagi...timekasih konsi citer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.074654 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list