CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kar

Penipuan Darwin

[Copy link]
Post time 19-10-2010 07:13 PM | Show all posts
Walaupon dna manusia dan beruk mempunyai persamaan 98% , tapi terlalu sikit persamaan gaya hidup beruk ngan manusia. Jangka hayat pon jauh berbeza.......

Kalau betul manusia berasal dari beruk, apasal beruk sekarang nih tak boleh  sekurang-kurangnye menggunakan api untuk memasak makanan mereka? Saya cakap macam ni sebab saya ada tengok national geography, pasal homo sapien nih mula2 tau guna api......teori tetap teori.....sbab tu teori Einstein pon dulu ader salah dan diperbetulkan.....cuma teori nih jer kekal teori sbab takde orang hidup berjuta tahun  dahulu dan saksikan manusia ni asal maner......

Saya tetap anggap teori Darwin ni salah, bagi saya manusia adalah gabungan sains dan perkara ghaib......sbab tu manusia boleh melakukan perkara2 diluar logik sains,tak seperti binatang atau organisma lain.......manusia juga boleh menggunakan sains untuk membina tamadun, juga tak seperti binatang dan organisma lain.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 01:18 AM | Show all posts
aku tak pecaya apa2pun selain al quran dan hadis. orang nak cakap apa cakapla.. pegi lantak. nabi2 aku tak penah cakap pasal teori evolution ni. so aku tak pecaya teori evolusi tu bukan sebab die tak betol. tapi sebab nabi2 aku tak penah sebut pasal evolusi ni.. kitab aku pun tak de penah sentuh pun pasal teori evolusi ni.. tapi dalam kitab aku ada ayat ni.

Dan mereka (yang kafir) itu berkata: "Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu? Betulkah demikian? " (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya. [32:10]

monyet hilang dlm tanah jadi manusia.. hahaha.. dinosour tu semua haiwan pada zaman tu la.. gi suruh darwin cari tulang manusia masa zaman dinosour.. mesti besar jugak dari dinasour.. pastu dinasour2 smua mati kene bunuh.. macam zaman sebelum ni ada naga. pastu orang carik naga2 ni bunuh. so bende tu extinct. simple je.. aku pon boleh jadik darwin.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 12:15 PM | Show all posts
hahahah apa susah...

darwin = yahudi

yahudi = keturunan manusia disumpah jadik beruk & babi

beruk & babi = yahudi


p/s; jgn marah ek kalo ada sape2 yang keturunan yahudi kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 12:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by ImSueq at 20-10-2010 12:36

even ada teori sains moden pun tidak menyokong teori Darwin ni. aku pernah tengok discovery channel pasal kejadian manusia ni. diorang kemukakan teori yang mengatakan manusia yang paling awal bukan manusia Peking tapi dari Afrika. So diorang pegi ler ke Afrika buat kajian itu ini. yang menariknyer Teori Darwin ni ader gak diorang citer dalam dokumentari tu. Lepas buat kajian itu ini, last2 kesimpulan diorg buat yang manusia bukan berevolusi dari apes seperti yang Darwin claimed tapi satu spesies makhluk yang lebih intelektual dari apes. Dan manusia juga berevolusi tetapi dari segi pemikiran dan intelek.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 07:20 PM | Show all posts
Reply 84# ImSueq


Yep kalo ikutkan mitochondrial DNA kepada ibu manusia yang pertama asal kat afrika..
kalo tak silap hawa kene kuar dari syurga and landing kat somewhere around africa kan?
correct me if i'm wrong
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 10:10 PM | Show all posts
Reply  ImSueq


Yep kalo ikutkan mitochondrial DNA kepada ibu manusia yang pertama asal kat afri ...
fifiey Post at 20-10-2010 19:20



    Setakat yang aku tau takder sumber sahih lagi yang bagitau di mana dan bila Nabi Adam a.s dan Hawa diturunkan kat Bumi ni. Just aku dengar ader teori yang kata diturunkan kat Afrika.. ada yang kata kat India.. Ada lak yang kata diturunkan lebih 2000 tahun dulu.. ada jugak yang kata 5000 tahun dulu.. so sama ader mende ni betul ker tak.. so sesaper ader sumber yang sahih tolong tunjukkan.. sebabkan kalau ader aku pun nak tau. Apa2 pun prinsip dan akidah kiter pegang.. even dalam sains.. sebab Islam memang selari dgn sains
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2010 10:21 PM | Show all posts
mengikut agama yahudi, ulamak2 yahudi berpendapat nabi adam diturunkan 17000 tahun lampau
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 10:51 PM | Show all posts
mengikut agama yahudi, ulamak2 yahudi berpendapat nabi adam diturunkan 17000 tahun lampau
sekngucing Post at 20-10-2010 22:21



    Tapi masih jadi tanda tanya pada orang Islam.. Entah2 lagi lamer... saper tau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 11:02 PM | Show all posts
aku bersetuju ngn sesetangh teori darwin ni..cth, babi hutan yang didomestikkan jadi babi yang pink tuh..

harimau yang didomestikkan, jadi kucing..haha... agaknya laaa..

tp yg manusia dari beruk mmg terang2 salah laa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 11:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by ImSueq at 20-10-2010 23:08
baguslah kalu kamu betul2 x percaya sesuatu benda membabi tuli...mcam yg saya dah cakap, kalu Islam  ...
johnconan Post at 10-7-2007 16:29



    Slightly off topic.. "klu al-quran adalah petunjuk yg betul, apa g Islam ajar lah yg betul, kenapa uhan beri hidayah pada mereka yg tertentu sahaja? Kenapa semua manusia tidak diberikan hidayah? Habis cerita..." Kerana Allah mengurniakan akal fikiran dan kebijaksanaan kepada manusia untuk berfikir.. berfikir mana yang baik dan mana yang buruk... Allah tidak menyalahkan kamu jika kamu berpegang pada Buddhism kerana itu yang kamu fikir benar dan kedua, kerana Allah tidak memaksa kamu untuk menganut agama Islam jika kamu berpegang pada ajaran Buddha.. Islam itu bukan satu agama paksaan.. Hidayah itu bukanla hanya diberi semata2.. tapi memerlukan keinginan untuk mendalami ajaran agama lain, di sini i mean Islam.. Islam juga tidak menghalang umatnya untuk mendalami ajaran lain selagi tidak menjejaskan imannya.. supaya umat boleh mempertahankan agama Islam jika ada yang menidakkan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 11:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by ImSueq at 20-10-2010 23:37
aku bersetuju ngn sesetangh teori darwin ni..cth, babi hutan yang didomestikkan jadi babi yang pink  ...
thessailly Post at 20-10-2010 23:02



    Yup ader sesetengah principles dalam Theory of Evolution dalam masih diterima dan masih dikaji kesahihannya dalam sains moden.. Hidupan akan berevolusi dalam jangka masa yang sangat2 panjang.. dan perubahan (evolusi) itu mengikut keadaan persekitaran macam iklim dunia for survival of the species.. TETAPI dari aper yang aku faham pasal kejadian manusia ni, manusia jugak berevolusi.. dari segi pergerakan, fizikal, pertuturan dan pemikiran (intelek).. tetapi manusia bukan berevolusi dari spesies apes..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 12:08 AM | Show all posts
rasa ader gak berevolusi dberdasarkan cuaca dan keadaan sesuatu tempat.... dr nabi adam yg satu.. leh jd pelbagai bangsa2..... misal.. belah afrika.. gelap kulitnya.... belah eropah... putih.. tp lain sdkit kulitnya.. belah china atau asia timur.. kulit cerah2... belah tenggara... lebih coklat....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 05:38 PM | Show all posts
Reply 91# ImSueq


haah.. aku rasa tuhan tak cipta haiwan ni sekor-sekor (tak berubah langsung) ....tapi 'program' kan dna..supaya ia berevolusi..ikut situasi persekitaran.

tak tahulah..pendapat je..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 06:32 PM | Show all posts
Manusia kat sebelah Pulau Sumatera tu sembah beruk...siap ada tarian Beruk...topeng  Beruk...kuil Beruk...kat Malaysia pon dah banyak budaya beruk tu menyerap masuk dalam budaya Melayu yang suci ni...

Kalau Mandi Safar ngan buang ancak boleh pulak kat khurafat...kalau budaya Beruk x da siapa nak tegur kata haram....pelik ngan bangsa Melayu nih...:re:
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 07:27 PM | Show all posts
sembah beruk tu namanya Hanuman
-siap ada nama laut lagi --Laut Andaman
-seni mempertahankan diri ada unsur2 sembah dewa beruk ---muay thai
-seni sastera yg mendewakan beruk--- journey to the west :re:
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 09:22 PM | Show all posts
Reply 94# nobito


    Belah maner kat Malaysia sembah beruk nih? apsal tak diharamkan lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2010 09:32 PM | Show all posts
Manusia mmg boleh berevolusi untuk adaptation seperti cuaca,cara hidup, pemakanan dan lain2......Tapi ini evolusi yang dilalui badan, bukan otak......cara otak dan badan berfungsi adalah berlainan. Cuba baca buku pasal bagaimana otak berfungsi dan bagaimana badan berfungsi.....

pendek kata, seseorang akan menjadi lebih pandai jika selalu berfikir dan belajar manakala badan akan berubah mengikut kemahuan otak dan keperluan..........

persoalannya disini adakah beruk slalu berfikir? selama beribu-ribu tahun diorang hidup dengan cara yang sama......
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 12:55 AM | Show all posts
Reply 93# thessailly


Haiwan yang ade kat dunia ni memang berevolusi..based on few mechanism macam natural selection, genetic drift,
mutation and speciation.
contohnye bile ade sekor ular yang berhijrah dari tanah besar ke pulau..kat tanah besar mostly species die takde belang
bagi tujuan camouflage..tapi kat pulau ni mostly species ular ni berbelang sebab nak avoid predators.
So bile lame sangat 2 group ni terpisah, evolusi berlaku and dorg dah tak boleh nak cross breed lagi..
so jadilah 2 species yang berlainan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 12:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by fifiey at 22-10-2010 00:59

darwin silap pegi masukkan manusia same golongan dgn haiwan..
teori evolution mmg bole pkai kat haiwan tapi bukan antara manusia & monyet..
bertaun2 saintis try carik fosil yang bole tunjukkan adenye link
antara monyet and manusia tapi xjumpe..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 02:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by ImSueq at 22-10-2010 02:59
Manusia mmg boleh berevolusi untuk adaptation seperti cuaca,cara hidup, pemakanan dan lain2......Tap ...
shahaizat Post at 21-10-2010 21:32



    Itu betul.. Tetapi otak juga perlu adapt dan berkembang mengikut sesuatu kawasan for the same purpose.. for survival..  Contohnya, menurut kajian saintis, pada suatu masa nanti.. bumi akan mengalami perubahan iklim dunia yang jauh berbeza dari iklim dunia yang sekarang.. akibat perubahan kedudukan paksi bumi. paksi bumi sebenarnya berubah setiap tahun tanpa kita sedari. jika iklim sesuatu tempat berubah.. maka gaya kehidupan juga harus berubah.. ini adalah hasil daripada adaptasi otak supaya hidupan tersebut terus hidup, mungkin tanpa kita sedari. jika otak tidak beradaptasi, maka tidak mungkin hidupan itu mampu hidup. sekarang di malaysia mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. di mana tiada musim panas atau sejuk yang melampau. Jika iklim malaysia berubah kepada 4 musim.. jika otak tidak beradaptasi pada perubahan persekitarannya, maka manusia sukar untuk mengubah gaya hidup dan tidak mampu hidup.. Dari sinilah juga otak harus beradaptasi untuk mencipta teknologi yang bersesuaian dgn keadaan persekitaran dan iklim sesuatu kawasan.. meniliti sejarah2 peradaban dulu.. lain tempat lain teknologinya.. lain tempat lain senjata tradisionalnya.. lain tempat lain adat dan kepercayaannya.. contohnya di kawasan padang pasir yang panas seperti Egypt, kehidupan manusia lebih bertumpu kepada kawasan oasis atau berhampiran dgn sungai seperti Sungai Nil. dan menganggap matahari itu sebagai tuhan iaitu Ra. dan Dewa Sungai Nil, Hapi.. mungkin disebabkan peri pentingnya matahari dan Sungai Nil tersebut dalam menampung kehidupan masyarakat Egypt.. mereka juga membina rumah dari blok2 tanah liat yang dikeringkan.. Ini melibatkan perkembangan otak mengikut persekitaran setelah lama hidup di kawasan tersebut. Di kawasan sejuk melampau lak lain cara hidupnya.. seperti yang kita ketahui.. mereka membina igloo sebagai rumah mereka.. dan mereka makai pakaian yang tebal..Di Tanah Melayu ni pula lain adatnya.. dengan keris, tengkolok dan sebagainya.. rumah orang melayu pun dari kayu.. sebab tanah melayu memliki hutan tebal dan besar.. dan begitulah seterusnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.216615 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list