CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pr|nCeSS^M|cKeY

Aku IngIn BerTauBat....

[Copy link]
 Author| Post time 16-8-2007 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 13-8-2007 11:36 AM
bersikap husnulzhon dgn ALLAH...


setelah bliku taubat dilakukan....


bersikap husnulzhon???
apa maksudnya...M|cKeY tak faham...
boleh explain tak in???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2007 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by girlphg at 13-8-2007 02:51 PM
thankss kenkgkwan suma....
aku baca thread ni...
banyak pengetahuan yg aku dapat...
aku pun lebih kurang mcm mickey....
tak kuat nak tempuhi godaan dunia ni...
byk kelemahan diri yang pe ...


jom girl....kita sama2 bertaubat...
mmg betul byk dugaan kat dunia ni....
takut sgt2 kan....
rasa nak duduk dlm gua sorang2 je...
beramal....beribadat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by ruffleen at 13-8-2007 03:02 PM
kena penuh dengan keikhlasan..

you kena masuk klas AlQuran la..

semoga berjaya..


tu la ruffleen....nak masuk class Al-Quran....
tp taktahu kat mana nk mcm mn???
rasa nak blaja dari mula2 lagi....
dari alif, ba, ta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 01:21 PM | Show all posts
Originally posted by kawankau at 14-8-2007 01:40 PM
inilah topik yang paling terkesanlah, kawan rasale..   walaupun mula posting bermula dgn banyak persoalan..tapi bila baca sampai page 3 ni...banyaklah jawapan yg diperolehi....kalau boleh buat di ...


betul...
kadang2 takut...bila dah bertaubat...tp lps tu balik ke perangai lama....
mcm rasa takut sgt nak pergi mekah...
takut balik...buat jahat lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 03:02 PM | Show all posts
Manusia memang tidak boleh terlepas daripada berbuat dosa. Kalau tidak dosa terang-terangan, kita terlibat dengan dosa-dosa yang tersembunyi. Kalau tidak dosa lahir, kita terlibat dengan dosa-dosa batin. Kalau tidak dosa yang kita sedar, kita terlibat dengan dosa-dosa yang kita tidak sedar. Kalau tidak dosa-dosa besar, kita terlibat dengan dosa-dosa kecil.

Dosa-dosa kecil ini pula, kalau kita kekalkan dan kita anggap ianya kecil, ia menjadi dosa besar. Kecualilah bagi para rasul dan nabi yang maksum, yang dosa-dosa mereka itu telah sedia diampunkan oleh Tuhan.

Dosa berlaku bila kita berbuat maksiat dan kemungkaran, dan bila kita melanggar perintah Tuhan sama ada kita tinggal apa yang Tuhan wajibkan ataupun kita buat apa yang Tuhan haramkan.

Maksiat dan kemungkaran ialah pintu manusia terkeluar dari rahmat dan kasih sayang Tuhan. Pintu untuk kembali kepada rahmat dan kasih sayang Tuhan ialah Taubat. Taubat ialah satu anugerah Tuhan kepada manusia supaya manusia yang terbuat salah dan dosa, tidak berputus asa. Taubat adalah jalan bagi mereka menyucikan diri dan kembali semula kepada Tuhan.

Kaedah bertaubat berbeza-beza dari umat ke umat. Bangsa Yahudi yang menjadi pengikut para Nabi dan Rasul yang terdahulu terpaksa membunuh diri sebagai syarat untuk bertaubat dari dosa-dosa besar. Untuk bertaubat, mereka perlu keluar pada malam yang gelap-gelita di tempat yang sunyi dan menikam diri mereka hingga mati. Mati itulah syarat taubat mereka diterima Tuhan. Justeru itu, tidak ramai yang sanggup bertaubat kerana syaratnya terlalu berat. Hanya mereka yang betul-betul menyesal sahaja yang sanggup berbuat demikian.

Bagi kita orang Islam dan umat Rasulullah, cara untuk bertaubat sangat mudah. Inilah sebahagian dari rahmat dan berkat Rasulullah. Syaratnya hanyalah:
* Menyesal
* Berhenti dari berbuat maksiat berkenaan
* Berazam jangan diulangi lagi
* Kalau dosa itu melibatkan orang lain, kena minta ampun dari orang tersebut terlebih dahulu

Oleh itu, ramailah orang-orang Islam yang bertaubat kerana syaratnya sangat ringan dan mudah. Hari-hari orang Islam bertaubat. Ada yang bertaubat berpuluh-puluh, beratus-ratus bahkan beribu-ribu kali seumur hidup mereka. Ini sangat berbeza dengan bangsa Yahudi di zaman dahulu. Mereka hanya boleh bertaubat sekali sahaja dalam hidup mereka kerana apabila sudah bertaubat mereka terpaksa membunuh diri. Inilah juga punca kedengkian dan sakit hati para Iblis dan Syaitan terhadap umat Rasulullah.

Sebegitu kerasnya mereka berusaha sepanjang masa tanpa rehat untuk menipu, menyesatkan dan menjerumuskan umat Rasulullah ini ke dalam kancah maksiat dan kemungkaran, semua dosa itu akan terhapus hanya dengan sekali taubat sahaja. Justeru itu, sebegitu ramai umat yang iblis dan syaitan telah jauhkan dari rahmat dan kasih sayang Tuhan, seramai itu pula yang kembali kepada Tuhan dengan bertaubat. Kerana taubat itu dipermudahkan bagi umat Rasulullah.

Namun, walaupun bertaubat itu mudah, di pintu taubat itulah iblis menunggu untuk menipu kita supaya taubat kita tidak diterima Tuhan. Bahkan dia sentiasa berusaha supaya taubat kita bukan sahaja tidak diterima Tuhan malahan akan menjauhkan lagi kita dengan Tuhan. Apabila kita bertaubat dengan penuh penyesalan, digalakkannya lagi dan didorong-dorongnya hingga kita terasa di hati kita yang dosa kita telah terhapus. Hingga kita terasa sudah tidak berdosa lagi. Hingga kita terasa diri sudah bersih dan suci dari dosa. Rasa tenang, rasa aman dan rasa selamat dengan taubat kita itu hingga hati kita berkata-kata:
鈥淒ah bertaubat ni, tenang rasa hati鈥�
鈥淩asa hilang beban dosa鈥�
鈥淒ah bertaubat ni, kalau boleh rasa nak mati sekarang jugak鈥� 鈥淎ku ini mati esok, syurga manalah agaknya鈥�

Akibatnya, kita bertaubat dari satu dosa tetapi kita terjerumus ke dalam satu dosa lain yang lebih berat lagi. Kerana rasa tidak berdosa itu adalah satu dosa. Rasa diri bersih dan suci dari dosa itu satu mazmumah. Ini dosa batin namanya. Dosa hati. Dosa lahir tidak bahaya kerana mudah kita sedar dan kita tahu. Oleh itu tidak ada masalah untuk bertaubat. Tetapi dosa hati sangat halus dan tersembunyi. Jarang manusia sedar bila terbuat dosa hati. Jarang mereka bertaubat dari dosa-dosa batin ini. Akhirnya mereka mati membawa dosa-dosa tersebut tanpa bertaubat. Ini ghurur namanya. Ini tipuan syaitan.

Sepatutnya, lagi banyak kita bertaubat, lagi tajam sifat kehambaan yang ada pada diri kita. Setelah bertaubat, kita sepatutnya lebih takut dengan Tuhan. Lebih rasa bersalah. Lebih rasa berdosa. Lebih rasa hina. Lebih rasa cemas dan bimbang. Tetapi berlaku sebaliknya. Setelah kita bertaubat, hilang sifat-sifat hamba kita. Tumbuh pula sifat-sifat ketuanan yang dibenci Tuhan dalam hati kita. Tumbuh sifat-sifat mazmumah seperti merasakan diri tidak berdosa. Merasa diri suci dan bersih . Hilang rasa bimbang. Hilang rasa takut dan cemas. Merasa diri selamat. Merasa diri sudah layak masuk syurga. Inilah angkara tipuan syaitan.

Memang, bagi kita umat Rasulullah, bertaubat itu mudah. Tetapi tipudaya syaitan terhadap orang yang bertaubat juga sangat halus dan sukar dikesan. Berapa ramai orang yang bertaubat tetapi tidak mendapat keampunan Tuhan tetapi sebaliknya dilaknat pula oleh Tuhan. Hubungannya dengan Tuhan lebih baik sebelum dia bertaubat. Walaupun sebelum bertaubat itu dia berdosa, setidak-tidaknya dia tahu dia berdosa, dia merasa dirinya berdosa dan dia rasa bersalah dengan Tuhan. Dia takut. Dia bimbang. Dia cemas. Dia risau kalau-kalau Tuhan murka padanya. Sifat hambanya lebih tajam sebelum dia bertaubat. Rasa-rasa inilah sebenarnya yang menyebabkan Tuhan sayang dan kasihan pada hamba-hambaNya.

Apa ertinya kalau kasih sayang Tuhan ini hilang selepas kita bertaubat. Apa ertinya kalau kita menjadi angkuh dan tidak beradab dengan Tuhan setelah kita bertaubat. Apa ertinya kita bertambah jauh dari Tuhan setelah kita bertaubat. Inilah taubat palsu namanya. Kita wajib bertaubat dari taubat palsu seperti ini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by Pr|nCeSS^M|cKeY at 16-8-2007 01:14 PM


bersikap husnulzhon???
apa maksudnya...M|cKeY tak faham...
boleh explain tak in???


oohh... mickey...

bersangka baiklah dengan ALLAH... Dia tidak bakhil utk menerima taubat hambaNya.. kalo selalu terkenangkanNya, hati leh tenang...

In pun ada juga kdg2 fikiran bkecamuk, tp solat benar2 buat kita jd tenang... siapa yg benar2 mengerti perasaan kita kalo bukan Dia..?

Maha Suci Dia yg maha mengerti apa yg berbuku di hati kita. jesteru berbaik sangka denganNya, maka Ia kan berbaik sangka dengan hambaNya...
mickey kena jauhkan diri dr kwn2 yg xleh bantu dlm membentuk mickey ke arah kebaikan. jgn tinggal solat, ingat tuh... kalo tiang agama tdk dijaga, smua kan punah...
sukalah lepak di masjid atau majlis ilmu... di mana pun...
beli keset ceramah agama, melambak kt masjid india tuh..
buku2 panduan solat yg ringan2..

dan... tutup aurat dgn baik...

nanti kita sambung lagi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2007 05:56 AM | Show all posts
moga mickey terus mendapat hidayah Allah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 16-8-2007 03:15 PM


oohh... mickey...

bersangka baiklah dengan ALLAH... Dia tidak bakhil utk menerima taubat hambaNya.. kalo selalu terkenangkanNya, hati leh tenang...

In pun ada juga kdg2 fikiran bkecamuk ...


Thanx in...
can u be my friend???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2007 05:40 PM | Show all posts

Reply #88 Pr|nCeSS^M|cKeY's post

0ff course.... meh join borak MM kt atas sana... or pm me...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 11:45 AM | Show all posts
salam

maafkan saya, kerana menyibuk disini
saje nak kongsi sikit ttg persoalan dan jawapan yg diberi

kalaulah saudarax meneliti persoalan yg banyak dr saudari tu
saya rasa niatnya ialah utk memberi PERINGATAN
dan mengajak manusia kembali kepada YANG HAKNYA
dgn tidak berbual kosong
sedangkan pada dirinya terdapat ilmu yg jarang ada pada manusia
dgn kaedah SERUAN dgn MERENDAHKAN DIRI

dan bagi jawapannya pulak
walaupun dimana sahaja kita berada
tetapi dgn keikhlasan BERTAUBAT DAN INGIN MEMPERBAIKI DIRI
gamaknya lebih baik dr mendapat dunia dan isinya
kajilah - bagaimana seorang manusia yg sentiasa mengaku dosanya
dan sentiasa bertaubat walaupun tak dapat lagi berbuat kebaikan
kerana  dia percaya kepada tuhannya

sedangkan seorang yg berbuat baik, belum tentu niatnya ikhlas kerana tuhan
belum tentu diterima amalannya.......

NAK DEKAT DGN tuhan????
apa susahnya, bukan TUHAN tu jauh sangat, cukup dekat
dan paling hampir
carilah sendiri dan rasailah RASAILAH RASAILAH RASAILAH........
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 03:34 PM | Show all posts
Pintu taubat sentiasa terbuka...kalo nak bertaubat jgn tgguh2..manusia ni dia mudah lupa..
Jgan sesekali lupa beristiqfar byak2..hari2 kena buat 2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by Pr|nCeSS^M|cKeY at 16-8-2007 01:06 PM


wasalam mama...
solat kadang2 mmg boleh penuh...
tp bila keluar pi shopping mesti tertinggal solat...
tak tahu la mcm mn nak tetapkan hati ini utk terus tidak meninggalkan solat....


Assalamualaikum Princess,

MUDAH jer actually..........

Pastikan miker AMALkan ini biler hendak kemana mana pung........
1. membawa kain telekung (di dalam beg or di dalam keter or di dalam office dll)
2. pastikan pakaian miker suci (kalau was was....bawak ler spare)

Sebenar nya Princess............seseorg yg memberati or menjagai solat nya, akan senantiasa membuat PERSEDIAAN.
Hatta kemana sahaja dier berada..............dier sudah BERSEDIA utk menunaikan solat.
Baik datang hujan, ribun, panas terik....................tidak ada apa apa masaalah bagi diri nya.

Tuan Guru teman pernah berkata, Sesiapa yg menjaga solat belum tentu dapat melengkapkan nya. TETAPi sesiapa yg menjaga WAKTU......sudah pasti dier akan menjaga solat nya.

Dengan itu wahai Princess..................buat lah persediaan utk bersolat.
Banyak oghang memberi pelbagai alasan utk TIDAK MENUNAIKAN nya.

Sesiapa yg menjaga solat nya semasa idup, insyaallah Allah swt akan menjaga diri nya semasa dier akan menemui sakaratul maut.

Waallahua'lam
p/s sentiasa ada kain kat office n kopiah dalam bag laptop/bowling
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.075411 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list