|
Reply #80 tenteng's post
bukan itu saja,
kalo load tersangkut dlm pesawat sedangkan parachute sudah deploy, boleh jatuh terhempas pesawat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #79 zulupapa's post
susah la pakcik.
not worth the effort. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #83 zulupapa's post
saya kurang tahu bab- bab ni la pakcik ZP.
mungkin yang lain boleh tolong pakcik ZP? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #79 zulupapa's post
|
|
|
|
|
|
|
kalau payung x kembang pun..bleh bkecai load |
|
|
|
|
|
|
|
saya ada video ex tacop. dp dalam hp hubby la plak..sronok tgk dia org buang barang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #86 tenteng's post
memang laa...
kalo payung tak kembang elok ke, terbelit ke koyak ke, akan menyebabkan kargo jatuh ke bumi lebih laju drp sepatutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #87 tenteng's post
ada perasan tak semua anggota hantaran udara ada pakai back up parachute?
sebabnya takut syok sangat melempar benda keluar drp pesawat sampai tak sedar terlempar member sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #79 zulupapa's post
berapa panjang video tu uncle?kalo bole cut ke 10 menet jer..kalo lagi panjang buat episode 2..3...4..pastu upload ke youtube..
Uploads usually take 1-5 minutes per MB on a high-speed connection, and converting your video takes a few minutes.
Your video is limited to 10 minutes and 1024 MB. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #89 tin's post
x prasan la plak..tp dr segi logiknya..mmg kena pakai..sbb takut terikut kargo ke...x pasal2 melayang ke bawah.. |
|
|
|
|
|
|
|
x sabar nak tgk uncle ZP nye video |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #90 innocentti's post
entah la apa ke benda dalam folder tu...
VIDEO_TS size 12 KB type BUP File
VIDEO_TS size 12 KB type IFO File
VIDEO_TS.VOB 144KB type VOB File
VTS_01_0 22 KB type BUP File
VTS_01_0 22 KB type IFO File
VTS_01_1. VOB 772,310 KB type VOB File
TIME 16:38 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #93 zulupapa's post
ni vcd ke dvd uncle?slalu kalo ade .vob .ifo file ni dvd..uncle copy jer file yg paling besar VTS_01_1. VOB 772,310 KB tu..simpan kat pc dulu..kemudian try upload kat youtube..tp kene edit dulu bagi kurang 10menet..renyah skit la keje nyer...
sapa2 ada cara lagi baik? |
|
|
|
|
|
|
|
Pasukan Pandu Udara (Pandura)
Pasukan Pandu Udara atau Pasukan Pandura adalah satu pasukan khusus yang digunakan oleh pasukan-pasukan tentera payung terjun untuk menandakan kawasan pendaratan supaya pendaratan pasukan induk tentera payung terjun dibuat dengan baik dan berkesan.
Semasa Perang Dunia II, pasukan pandu udara digunakan untuk memberikan bantuan pandu arah bagi membolehkan penempatan tepat pasukan induk di kawasan pendaratan yang dihasratkan.
Pasukan Pandura ini mempunyai 8 hingga 18 orang anggota terdiri daripada 6 orang jurupandu udara dan selainnya pasukan yang memberikan kawalan sekuriti kepada Pasukan Pandura tersebut. Pasukan Pandura akan masuk ke kawasan operasi beberapa jam sebelum pasukan induk dan akan menandakan kawasan pendaratan dan memberikan isyarat bantuan pandu arah (navigation beacon) kepada pasukan induk. Selepas selesai memberikan khidmat pandu udara, pasukan Pandura akan kembali berjuang selaku mana-mana pasukan Infantri Para yang lain.
Sejarah
Pasukan Pandu Udara mula dibentuk selepas operasi payung terjun semasa serangan pasukan Tentera Berikat ke atas Sicily (Operation Husky) dilanda pelbagai masalah besar. Kerana kurang koordinasi, pesawat yang membawa anggota payung terjun ditembak jatuh oleh kapal-kapal perang tentera laut pihak kawan. Pengguguran pula bertaburan dan tidak tepat di kawasan pendaratan yang disasarkan. Akhirnya, pasukan payung terjun dalam operasi tidak dapat memberikan impak yang diharapkan, iaitu untuk mencelarukan pasukan musuh untuk membolehkan pasukan pendaratan laut mengukuhkan tapak pendaratan (beach head) mereka. [1]
Kegagalan pasukan infantri Para mengadakan impak berkesan membuat pemerintah tertinggi berasa tidak yakin dengan penggunaan infantri payung terjun semasa membuat serangan kerana kesukaran untuk menggugurkan pasukan infantry Para sebagai satu kumpulan besar yang padu dan berkesan dan berupaya membuat serangan ke atas kawasan sasaran secara terkordinasi dan berkesan, dan bukannya bertaburan menjadi kumpulan-kumpulan kecil yang hanya dapat mengadakan keadaan huruhara di belakang barisan hadapan.
Oleh kerana memandu arah pesawat udara pada waktu malam amat susah, konsep diutarakan di mana satu pasukan terpilih terdiri daripada juruterbang dan anggota infantri payung terjun diberikan latihan khusus untuk membolehkan mereka mengesan dan menyusup masuk ke kawasan operasi dengan tepat, untuk membolehkan mereka mengadakan kawalan dan bantuan pandu arah menggunakan isyarat radio yang khusus (Eureka beacon) dan menyalakan isyarat lampu untuk membantu pendaratan. Pada waktu siangnya, panel berwarna dan bom asap berwarna digunakan untuk penandaan kawasan mendarat.
Pasukan Pandu Udara mula digunakan dalam bulan September 1943, semasa penerjunan untuk mengukuhkan pasukan-pasukan yang sedang bertempur di itali. Pasukan Pandu Udara juga digunakan semasa penerjunan semasa permulaan operasi D-Day semasa penaklukan Normandy oleh Tentera Berikat. Pada bukan September 1944, pasukan Pandu Udara juga terlibat merintis untuk pasukan induk semasa 揙peration Market Garden |
|
|
|
|
|
|
|
10 Briged Para
10 Briged Paratrooper - dikenali sebagai 10 PARA - asasnya adalah satu briged infantri dalam cawangan Tentera Darat Malaysia yang dipertingkatkan menjadi satu pasukan elit didalam ATM. 10 PARA adalah elemen Pasukan Aturgerak Cepat, PAC ATM.
Sejarah
Peranan 10 Para ini pada mulanya adalah sebuah pasukan serangan negara pada masa berlakunya peperangan atau darurat. Penubuhan Briged Payung Terjun ini telah dicadangkan oleh badan penasihat pertahanan Malaysia pada akhir tahun 1970an sebagai salah satu daripada rancangan pemodenan bagi sistem ketenteraan Malaysia. Pada asalnya rancangan ini tidak mendapat sebarang sokongan daripada pihak kerajaan yang dianggap berpunca dengan kaitan terhadap formasi briged ini yang bakal menjadi kesangsian oleh negara jiran, khasnya Singapura.
Pada bulan November 1988, Malaysia tidak mampu menyahut permintaan untuk bantuan oleh Maldives semasa negara itu dicerobohi oleh organisasi pengganas upahan Tamil. Atas ketidakmampuan untuk memberi bantuan dengan segera, panglima angkatan tentera Malaysian telah mengemukakan penubuhan unit payung terjun dalam organisasi Tentera Darat Malaysia.
Perihal
* 1988 |
|
|
|
|
|
|
|
Peranan
10 Briged Para mempunyai berbagai-bagai kemahiran sepertimana tarafnya sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat. Atas sebab itulah juga, 10 Briged Para diakui mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mampu diaturgerakkan dalam masa yang singkat untuk bergerak ke atas mana-mana kawasan operasi sejajar dengan cogankata briged ini -Tindak Pantas.
Kepantasan unit elit 10 Briged Para ini secara tidak langsung telah memberi satu kelebihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan sehingga sekarang. Dari segi kebolehan, 10 Briged Para adalah pasukan elit payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun di luar negara, misalnya Delta Force Amerika Syarikat. 10 Briged Para sememangnya adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama sentiasa mempunyai sikap merendah diri dan tidak gemar mendabik dada atas kebolehan yang ada. Semangat setia kawan (esprit-de-corp) menjadi teras utama pasukan ini dan juga boleh diumpamakan sebagai sebuah pasukan yang mengutamakan hubungan silaturahim antara setiap anggota dan pegawai-pegawai atasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Identiti Beret Merun 10 Para
Anggota 10 Para memakai beret merun melambangkan entitinya sebagai pasukan elit. Beret Merun yang dipakai oleh pasukan elit ini juga dikenali sebagai Pegasus. Pegasus bermaksud kuda terbang iaitu seekor kuda yang mempunyai sayap dan banyak terdapat di dalam cerita mitos masyarakat barat, khasnya mitos masyarakat Greek. Kehebatan nama haiwan ini telah digunakan oleh pasukan Paratrooper British sewaktu mereka melaksanakan ujian pemilihan ke atas anggota tentera darat British sebelum mereka layak diterima sebagai anggota Paratrooper dan seterusnya layak memakai beret merun. Dalam formasi ini antara syarat untuk melayakkan pemakaian beret merun adalah lulus kursus asas payung terjun dan berjaya menamatkan kursus penyesuaian Beret Merun (Pegasus) |
|
|
|
|
|
|
|
Insignia
Motto
Motto bagi 10 Para dikenali sebagai Tindak Pantas.
Lagu perbarisan
Lagu perbarisan 10 Para ialah Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan.
Beret Merun
Digelar sebagai Pegasus. Melambangkan identiti pasukan 10 Para dan juga melambangkan unit payung terjun tentera British semasa Perang Dunia Kedua.
Sayap Berdarah
Gelaran kepada sayap penerjun yang dipakai oleh setiap ahli payung terjun 10 Para. Gelaran ini diberi sempena memperingati pengorbanan pegawai dan anggotanya sepanjang penubuhan pasukan ini.sayap ini juga diguna pakai oleh anggota 69 KomandoPGK PDRM.
Genggaman PARA
Melambangkan gabungan lima jari dalam satu genggaman. Ianya melibatkan kesatuan kepimpinan dan disiplin anggota 10 Para sama ada dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Kesemua jari mempunyai maksudnya yang tertentu. Ibu jari mewakili Pegawai Tinggi Rejimen, jari telunjuk mewakili Kolonel Rejimen atau Pegawai Memerintah, jari hantu mewakili pegawai berpangkat RSM, KSM dan PTT kanan, jari manis mewakili PTT Rendah dan jari ******king mewakili anggota pangkat rendah. Genggaman menunjukkan maksud semangat bersatu hati dikalangan warga 10 Briged Para didalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Latihan
Mana-mana yang ingin menyertai pasukan ini dikehendaki lulus dalam ujian fizikal atau dikenali sebagai Latihan Semangat Waja sebelum layak memakai beret Pegasus dan Sayap Berdarah.
Latihan Semangat Waja ini terdiri daripada:
1. Senaman perang
2. Larian hutan berpaya
3. Mara lasak sejauh 12 kilometer
4. Pelaksanaan serbuan khas
5. Latihan 5 kilometer bagi membolos dan mengelakkan diri
6. Latihan abseilling
7. Latihan rapelling
8. Junam selesa
9. Jalan laju 22 kilometer
10. Mendaki Gunung Ledang
11. Ikhtiar hidup
12. Pandu arah 33 kilometer
13. Berjalan lasak 65 kilometer
14. Mendayung perahu tempur sejauh 32 kilometer
15. Berlari sejauh 7 kilometer
16. Merentas desa
17. Larian balak
18. 32 kilometer bagi larian berpasukan
19. Larian 42 kilometer
20. Kawad tempur seksyen dan platun
21. Kemahiran mengendalikan senjata
Latihan ini untuk ujian mental dan fizikal yang melayakkan diri seseorang itu untuk menyertai pasukan ini.
Latihan khas pula meliputi:
1. Operasi pendaratan secara taktikal melalui udara (TALO)
2. Latihan payung terjun
3. Latihan tempur jarak dekat (CQC)
4. Latihan penerjun bebas (HALO/HAHO)
5. Kursus penembak tepat
6. Kepakaran menggunakan bahan letupan
7. Kebolehan menembak
8. Menembak pantas
Setelah berjaya menamatkan kursus, upacara pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah kepada pegawai dan anggota akan disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para.
[ Last edited by tenteng at 12-8-2008 12:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|