|
Bunga/tumbuhan dikaitkan dgn mistik dan misteri
[Copy link]
|
|
Reply #80 puterikhaleeda's post
org tua2 biasalah puteri... hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #79 alifinara's post
sy tak suka segala benda yg manis2..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #76 puterikhaleeda\ catat
a ah
mmg org2 tua larang tanam depan umah
suh tanam belakang2 umah
tak tahu penunggu pokok ciku tu ropa mcm mana |
|
|
|
|
|
|
|
Bunga Puteri digeruni pribumi zaman dulu
Oleh Ismail Saidin

Kehadiran sering dikaitkan dengan penunggu
BUNGA Puteri adalah spesies orkid yang terbesar di dunia dan ia ketahui tumbuh liar menumpang di atas pokok yang tinggi di dalam hutan.
Batangnya berjurai sepanjang tiga meter dan rumpun pangkalnya dipenuhi dengan akar angin. Bunganya keluar pada tangkai yang tegak sepanjang dua meter dan pada satu tangkai terdapat empat hingga 50 kuntum bunga yang besar.
Kuntum bunga ini kembang sekuntum dan berakhir sehingga tiga bulan dan ia kelihatan unik dan menarik apabila berbunga lebat di atas pokok yang tinggi.
Nenek moyang kita zaman dulu amat gerun dengan kehadiran bunga orkid ini yang sering dikaitkan dengan penunggu atau pokoknya kepunyaan puteri bunian.
Masyarakat pribumi tidak berani mengambil bunganya, jauh lagi merosakkan pokoknya menyebabkan keindahan dan keunikan orkid ini terus terpelihara. Pokok orkid ini lebih dikenali sebagai bunga Puteri atau Bidadari
Kehadiran ahli sains barat ke alam Melayu, terus mengenalpasti tumbuhan ini sebagai orkid terbesar di dunia dan menamakannya Grammatophyllum Speciosum atau Tiger Orchid.
Orkid ini terus ditanam di taman botani luar negara dan ada yang melakukan kajian dan hibrid ke atas bunga ini bagi warna bunga yang lebih menarik.
Di Malaysia, bunga Puteri atau Bidadari ini jarang ditemui lagi tumbuh liar di hutan. Orkid ini juga jarang ditanam di taman awam. Kadangkala terdapat juga orkid ini ditanam di taman persendirian dan penggemar orkid menanamnya di sekitar rumah.
Di luar negara seperti di Thailand, pokok ini banyak ditanam di taman awam kerana keunikannya yang berbeza dengan spesies orkid lain yang menjadi tarikan pelancong.
Pembiakan orkid bunga Puteri adalah dengan cara membelah rumpunnya. Belahan rumpun yang mempunyai akar angin ditanam terus ke dalam pasu besar atau kotak penanaman yang diisi dengan pecahan batu bata merah atau arang kayu.
Belahan rumpun boleh juga diletakkan pada pangkal dahan pokok besar dan diikat supaya tidak jatuh. Sebagai pokok menumpang (epifit) orkid ini mudah hidup dan tidak memerlukan penjagaan rapi.
Bagaimanapun, bunga Puteri memerlukan cahaya matahari secukupnya selain putaran angin yang baik. Bunga Puteri juga memerlukan nutrien yang seimbang bagi kesuburan dan pengeluaran bunganya.
Baja Welgrow 15:15:15 disyorkan bagi orkid ini yang perlu disembur seminggu sekali.
Fakta
Bunga puteri
Nama Saintifik: Grammatophyllum Speciosum
Famili: Orchidaceae
Negara Asal: Malaysia, Indochina dan Indonesia
Nama Lain: Bunga bidadari, Tiger Orchid |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pauh Janggi Palma lagenda pelayaran Melayu
Oleh Ismail Saidin

Pauh janggi
MUNGKIN ramai yang tidak pernah melihat pokok palma Pauh Janggi atau lebih dikenali dengan nama kelapa laut, Double coconut atau nama saintifiknya Lodoicea maldivica.
Pokok kelapa laut atau Pauh Janggi ini sering dikaitkan dengan Lagenda Pelayaran Melayu. Seperti yang kita ketahui, nenek moyang kita zaman dulu terkenal sebagai ahli pelayaran.
Ahli pelayaran ini kerap menemui buah Pauh Janggi atau kelapa laut terapung-apung di permukaan Lautan Hindi.
Buah Pauh Janggi ini dipungut dan dijual dengan harga yang mahal dan ramai yang mencarinya kerana dikatakan boleh dibuat ubat dan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit serta penawar segala racun, sehingga dikatakan air yang disimpan dalam tempurung, jika diminum dapat mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit.
Pauh Janggi juga dikatakan dapat menguat tenaga batin sehingga ia menjadi buruan ramai dan menyebabkan harganya sedikit mahal pada waktu itu.
Ahli pelayaran Melayu merahsiakan kewujudan pokok Pauh Janggi, namun mengikut catatan, Pigafetta yang turut serta dalam pelayaran Magellan pada 1519, beliau diberitahu seorang ahli pelayaran Melayu bahawa buah yang terapung itu ialah Pauh Janggi daripada pokok besar yang hidup di “Pusat Tasik”.
Ahli pelayaran itu percaya di Pusat Tasik itu ada burung Garuda yang memakan lembu dan gajah dan tempat itu tidak boleh dihampiri kerana selalu ribut dan taufan
Lagenda Pauh Janggi ini juga dikaitkan dongeng Haji Batu yang mana ketika beliau belayar untuk menunaikan haji ke Makkah, dia bermimpi supaya membawa tujuh batang paku dan penukul.
Dalam pelayarannya, kapalnya hanyut ke Pusat Tasik dan apabila kapalnya karam, dia memanjat pokok Pauh Janggi dengan berpaut pada tujuh batang paku yang dipaku pada batang pokok Pauh Janggi. Di atas pokok Pauh Janggi anak burung Garuda tinggal di dalam sarangnya.
Ketika burung Garuda sibuk memberi anaknya makan seekor gajah, dia mengikat badannya pada bulu burung Garuda dan seterusnya burung itu menerbangkan sehinggalah dia dapat menunai haji di Makkah.
Pokok Pauh Janggi ialah pokok palma tunggal dan kewujudannya hanya di Kepulauan Seychelles. Palma ini adalah pokok yang unik dan mempunyai buah seakan-akan buah kelapa yang kembar.
Buah palma ini seberat 15 hingga 20 kilogram (kg) dan menjadi buah yang terbesar di dunia. Pakar Botani kagum dengan pokok Palma ini yang dapat hidup di lereng-lereng bukit sedangkan buahnya seberat 15 kg boleh berada di lereng bukit.
Pokok Pauh Janggi tersebar luas dan ditanam di sekitar taman botani sebagai tanaman antikuiti, ini termasuk ditanam di Taman Botani Singapura.
Saya juga telah menanam pokok palma di Rimbu Ilmu, Universiti Malaya (UM) dalam 1973 dan malangnya pokoknya mati diserang oleh anai-anai. Mengikut catatan, pokok Pauh janggi pernah ditanam di Melaka oleh orang Portugis.
Sebagai pokok lagenda Melayu sepatutnya pokok ini banyak ditanam di Malaysia, terutama di negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah, sebagai tanaman antikuiti legenda pelayaran Melayu.
FAKTA
Pauh Janggi
Nama Saintifik: Lodoicea maldivica
Famili: Palmae
Negara Asal: Kepulauan Seychelles
Nama Lain: Kelapa laut, Double coconut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jadi jgn tanam bunga sembarangan di rumah lah kan...seram plak dah... |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya pokok bunga puteri tuh... ekekkekee |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #86 Euphoria\ catat
Yups.....dulu ada pakcik tu pean jangan tanam pokok kenanga n cempaka dekat2 umah, rezeki susah dtg......kalau bunga raya pun sama...org tua kata mendatangkan fitnah... |
|
|
|
|
|
|
|
Masyarakat Cina percaya tuah pokok
Oleh Rohaniza Idris
[email protected]

Pokok limau dan oren jadi pilihan bagi menghiasi kediaman atau premis perniagaan
MASYARAKAT Cina percaya mengenai tuah pokok kepada kehidupan mereka dan sering menjadikan tumbuhan berkenaan sebagai hiasan dalaman dan luar rumah termasuk ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina.
Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina, kita akan melihat pelbagai jenis pokok menghiasi laman atau kediaman atau premis perniagaan.
Mengikut kepercayaan, menghiasi rumah dengan pokok hidup atau bunga segar melambangkan kelangsungan kehidupan dan permulaan hidup yang baik dan baru serta segar.
Masyarakat Cina percaya tanpa bunga tiada buah yang bermaksud membawa kesan yang tidak baik kepada keluarga mereka. Jadi bunga dan pokok hiasan memainkan peranan penting dalam sambutan perayaan mereka.
Warna tumbuhan yang sering dikaitkan dengan Tahun Baru Cina adalah merah dan keemasan. Merah melambangkan kegembiraan manakala kuning melambangkan kekayaan.
Paling popular sudah tentu pokok limau dan oren yang menjadi pilihan utama masyarakat Cina bagi menghiasi kediaman atau premis perniagaan mereka.
Nurseri bunga dan tapak semaian turut menjual pokok berkenaan berikutan permintaan yang tinggi dan harga yang ditawarkan bukannya murah malah mencecah ribuan ringgit berdasarkan saiz dan bentuk pokok.
Fern Landscape Sdn Bhd Sungai Buloh antara pengedar pokok untuk perayaan Tahun Baru Cina ini menjelaskan pokok Limau Kasturi dan Oren sering menjadi pilihan kerana ia melambang kekayaan kerana warna buah tumbuhan berkenaan berwarna kekuningan dan keemasan.
Harga yang ditawarkan bergantung kepada saiz, bentuk pokok dan kekuningan buah selain mengambil kira ukuran pasu dan ketinggian pokok.
Biasanya bagi pasu sederhana harga antara RM180 hingga RM380 manakala yang besar dari RM480 hingga ribuan ringgit.
Selain itu, pokok terung titik lembu yang berwarna kuning turut melambangkan kekayaan dan keceriaan yang akan membawa tuah kepada pemiliknya yang dijual pada harga minimum RM180 bergantung saiz pasu dan ketinggian pokok.
Turut menjadi pilihan musim perayaan, pokok padi yang melambangkan rezeki kerana ia menghasilkan beras yang menjadi makanan ruji masyarakat manakala pokok seperti polisia dan spesies lily yang melambangkan keceriaan dan kemakmuran kepada kehidupan.
Harga bunga seperti Azalea, Peony dan Narcissus spesies lily meningkat berlipat kali ganda kerana ia menjadi pilihan ramai kerana dipercayai memberikan kesenangan dan kebahagiaan kepada pemiliknya.
Pokok Zamia yang cepat membiak dan Anthirium terutama yang berwarna merah turut menjadi pilihan kerana dipercayai membawa tuah dan kegembiraan kepada pemilik kediaman.
Begitu juga dengan 'Peach Blossom' dipercayai membawa tuah manakala bunga kek atau dikenali sebagai Chrysanthemum melambangkan panjang umur.
Buluh turut menjadi pilihan kerana dikatakan tahan dan kukuh serta tumbuhan sepanjang tahun dan bunga matahari membawa makna tahun yang baik bagi kehidupan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #79 alifinara's post
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesape penah tgk atau kenal limau pagar? Camne rupanya ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Limau ni banyak digunakan dalam perubatan macam limau nipis dan limau purut. tapi susah nak cari. kalo bernasib baik, pengamal perubatan tu sendiri ada menanam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by safiku at 18-12-2009 23:50
menurut petua org lama yg pernah sy dpt,
tdk semua bunga sesuai utk dijadikan ramuan mandi bunga ...
antaranya adalah bunga raya.
one more, bunga kemboja
Sebab ..? ... katanya ada kaitan ngan penghuni alam mistik

tp kan ... kedua2 bunga ni jenis bergetah, kan ... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni kot yang orang panggil limau pagar tuh'

Syd Post at 15-12-2009 17:03 
ni dapat dari internet kan? saya baru jek tgk limau tu semalam... limau pagar tu rupa dia bukan camni.. but bentuk dia hampir2 menyerupai buah delima hijau cuma dalam dia sebiji macam limau2 yg lain... menurut org tua, kita takleh mencuri atau ambil dahulu sebelum mintak izin kepada tuan pokok limau ni untuk tujuan perubatan.. kalo tak, nanti pokoknya mati.. pokoknya susah nak hidup, selalu di makan parasit/serangga.. sebab tu susah nak jumpa... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by safiku at 18-12-2009 23:50
menurut petua org lama yg pernah sy dpt,
tdk semua bunga sesuai utk dijadikan ramuan mandi bunga ...
antaranya adalah bunga raya.
http://tasha99.f ...
safiku Post at 18-12-2009 23:43 
yeke? yang saya tau bunga2 yang tawar (takde bau) kurang sesuai untuk mandi bunga.. cam bunga raya n bunga kertas... |
|
|
|
|
|
|
|
POKOK SUKUN
Ada sepohon pokok sukun di belakang rumah famili i di KL...jiran belakang rumah yang tanam dalam kawasan reban ayam dia...pokoknya memang besar dan buahnya pun banyak...rumah kami jenis 'town house'...four storey house...seluruh keluarga tinggal di bangunan yang sama...sebelum i bernikah...i sefamili (with my parents and sisters) tinggal di ground floor...my aunt sefamili di second floor...manakala rumah atuk i di third floor...so kami selalu pergi naik lepak kat rumah atuk i...kadang2 kami lepak di balcony belakang rumah tu...so boleh dikatakan ketinggian kami berada separas dengan pokok sukun tu...so itulah yang menyebabkan kami perasan apa yang berlaku kat pokok sukun tu...

Pokok Sukun...
Dah banyak kali pokok tu kena panah petir masa hujan lebat...sampai keluar percikan api kat pokok tu...so setelah beberapa kali berlaku sedemikian....atuk i pun ceritalah yang pokok sukun adalah antara pokok yang digemari oleh makhluk halus untuk tinggal...dan atuk i percaya...pokok sukun tersebut memang menjadi tempat tinggalnya...sebab itulah...bila hujan lebat...kilat sabung menyabung...seringkali pokok tu dipanah petir...sebab atuk i cakap...berlakunya petir sebenarnya adalah kerana...malaikat sedang menembak syaitan...itu sebabnya kita disuruh membaca A'uzubillah himinasyaiton nirrajim...supaya syaitan takut untuk datang menyorok dekat kita bagi mengelak dari ditembak petir...kalau kita tak minta perlindungan Allah dari syaitan yang direjam...syaitan akan datang bersembunyi kat kita...dan kita yang akan ditembak petir tu...itulah cerita atuk i...Wallahua'lam...anyway...oleh sebab dah banyak kali kena panah petir...sekarang pokok sukun tu dah pun mati...so make sense juga cerita atuk i tu... ...

Buah sukun... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
98# shiina
sedapnya sukun kena bua goreng buat kerepek... |
|
|
|
|
|
|
| |
|