|
Balas #79 silent_kid\ catat
ok hehe kita nak sambung ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku berlari sekuat hati. Eton sudah jauh di hadapan meninggalkanku. Bukkk!!! Kakiku terpelecok dan aku jatuh tergolek di atas lantai. Kenapalah nasib malang menimpa aku waktu-waktu kecemasan macam ni?? Uwaaahhh!!
“Eton!!! Tungguu aku!!” aku menjerit sekuat hati tetapi hampa. Eton sudah jauh meninggalkan aku sendirian di sini.
“Aduhh…” aku melihat sikuku yang berdarah. Aku meniupnya perlahan-lahan agar sakitnya berkurangan. Mungkin sudah memang nasibku begini. Sudah jatuh ditimpa tangga. Kasihannnnn!!
Tiba-tiba jantungku berdegup kencang. Bulu roma meremang sendiri. Perasaanku menjadi tidak enak. Seperti ada sesuatu sedang bergerak di belakangku. Aku menoleh tetapi sudah terlambat. Dua orang lelaki mencengkam erat tubuhku. Salah seorang daripada mereka menekup mulutku dengan sehelai kain. Bau kain itu sudah cukup membuatkan seluruh kepalaku pusing.
Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Aku ingin menjerit sekuat hati tetapi sayang, suaraku tersekat di kerongkong.
“Eton……” rontaanku semakin lemah dan akhirnya aku rebah tidak sedarkan diri. Segalanya gelap! Selamatkan aku Ya Allah!
Aku terdengar suara sayup-sayup suara orang bercakap-cakap. Suara itu terlalu dekat di pendengaranku. Aku cuba mengamati segala butiran yang diucapkan. Mungkin ini semua hanya sekadar mimpi! Ya…mungkin….
“Mana Bebal?”
“Dia keluar tengok kawasan kita.” kedengaran satu suara menjawab.
“Habis tu perempuan tu macam mana?” suara itu mendengus kasar.
“Kita tunggu sampai Bebal balik.”
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Kelihatan dua orang lelaki sedang bercakap-cakap di hadapanku.
Tiba-tiba kedengaran bunyi bising dari luar. Pangggg!!!
“Oiiii, apa tu??!!” salah seorang lelaki tersebut bertanya cemas.
“Jom kita tengok!!” mereka berdua segera beredar dari situ.
Aku lekas-lekas memejamkan mata tatkala lelaki-lelaki tersebut berjalan di hadapanku. Kus semangat!! Tempat apa ni? Aku membuka mataku besar-besar. Sahhhh!!! Aku kena culik!! Kaki dan tanganku terikat kejap. Aku tidak mampu bergerak bebas. Aku kini dikurung di dalam sebuah bilik yang kusam dan gelap. Dahlah bau mengalahkan bau kawasan kumbahan!! Uweeekkkk!! Entah tempat apa entah aku pun tak tahulah. Kandang harimau pun lebih baik dari bilik ni!! |
|
|
|
|
|
|
|
“Dia dah sedar?”
“Belum, Bebal…”
“Jaga dia elok-elok. Perjanjian tetap perjanjian. Jangan buat apa-apa selagi aku tak suruh. Kerja kita setakat sini saja. Yang lain kita tunggu arahan seterusnya.” dari dalam aku dapat mendengar suara orang bercakap-cakap di luar.
Suara lelaki itu kedengaran tugas. Semua orang seakan tunduk pada perintahnya. Mungkin lelaki ini yang dimaksudkan tadi. Bebal?! Peliknya nama! Siapa yang culik aku tanpa usul periksa ni memang betul-betul bebal tahap maksima!! Geram betol aku!! Berani diorang culik aku tanpa keizinan tuan punya badan. Ingat aku ni hapa?! Anak patung??!!
Kreuutt….. Kedengaran pintu dibuka dari luar. Aku segera menutup mataku semula dan berpura-pura pengsan.
“Jangan apa-apakan dia. Ingat!” suara itu berkata keras. Derap bunyi tapak kaki semakin menjauh. Pintu ditutup dan nafasku kembali pulih seperti sediakala.
Aku menarik nafas panjang. Berapa lama lagi aku harus dikurung di sini?? Apa sebenarnya yang mereka mahukan dari aku? Aku bukan anak orang kaya atau hartawan yang punya harta berbilion-bilion ringgit. Aku cuma seorang miskin. Dahlah miskin, harta sesen pun tak ada. Agaknya waktu tu gelap sangat ke sampai tak cam wajah aku yang cantik ni dengan sasaran sebenar diorang?? Ishhh!! Menyusahkan orang betullah!!
“Eton……” aku melirih sayu. Wajah Eton bermain di ruang mata. Bagaimana dia sekarang? Sihat? Selamat? Dia risaukan aku tak….??? Pelbagai persoalan menerjah ruang fikiran. Kalau dia selamat alhamdulillah…… Nasib baik Eton tak tertangkap sama. Kalau tidak lagik parah.
Eton masih punya keluarga untuk ditanggung sedangkan aku.. Dia masih punya adik-beradik yang masih kecil dan ibu yang sudah uzur. Mereka semua tingggal di kampong kecuali Eton yang telah berhijrah ke bandar. Takdir telah menemukan kami dan keakraban mula terjalin. Tidak mungkin kenangan silam dapat dihapus dalam sekelip mata.
Aku hanya sebatang kara. Hidup atau mati tiada siapa yang peduli. Syukur ya Allah kerana Engkau telah menyelamatkan Eton….. Semoga Engkau sentiasa merahmati dan melindungi Eton selalu…. Doa itu yang selalu aku panjatkan di kala susah atau senang. Aku tidak mahu orang yang aku sayangi ditimpa musibah hanya disebabkan aku… Aku tidak mahu itu terjadi lagi. Aku tidak mahu kehilangan orang yang aku sayangi lagi.
Sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mata. Otakku sentiasa ligat berfikir untuk mencari jalan keluar agar aku dapat bebas dari sini. Dan tiba-tiba terlintas idea ini di benakku… entah jadi atau tidak… Kita tunggu hehehehe.
“Hohohohohoooooooooooo!!! Hiiihihihihihiiiiiiiiiii!!” aku menyaringkan suaraku seakan-akan suara seekor pontianak. Aku melihat jam di tangan. Jarum panjang menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Waktu yang sesuai untuk hantu keluar mencari mangsa. Hohohohoho!!
“Bob!! Kau dengar tak apa yang aku dengar?”
“Ha’ah la…. Bunyik tu macam suara cik pon jer…”
“Btollaaa… Sebelum ni aku rasa tak pernah dengar bunyik-bunyik macam ni kat kawasan kita tapi…. Lepas pompuan tu datang je bunyik ni muncul.”
“Agak-agaknyer kan… Pompuan tu ada ‘bela’ kot… agaknya benda tu ikot dia sampai sini.. Ishh takut aku!!”
“Hohohohhohohooooooooooo!!!!” kini aku menjerit dengan lebih kuat. Hahahah baru padan muka korang!! |
|
|
|
|
|
|
|
sunan kenapa ana kena culik dan siapakah yg bertanggungjawab suruh si bebal dan kuncu2nya culik ana? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #85 alia_hus\ catat
yg tu kenapa bace seterusnyer... tungguuuu hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh makin mnarik ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni punya n3 ada tak dinda sunan? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #90 alia_hus\ catat
opsss kejap.. nanti erk hehe |
|
|
|
|
|
|
|
exam abes yuhuuuuuuuuu!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Aku berjaya menyusup keluar dari tempat kurunganku. Ke mana destinasi seterusnya?? Kita tunggu destinasi bajet minggu depan.. Hahahah!! Aku ketawa di dalam hati.
揥oii gila ke?! |
|
|
|
|
|
|
|
to be continued |
|
|
|
|
|
|
|
hontoni sumimasen sebab lambat anta n3 baru... terlebe hepi exam dah abes hehehe
[ Last edited by laksamana_sunan at 2-12-2008 06:58 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh ana dlm dilema skrg ni nak tolong bebal ke tak ni....klu tolong harus ana jadi girlfrend bebal ketua kongsi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
mekasih dinda sunan......wah hepi bagai ye dah abis exam......moga sukses resultnya nanti.....
aiseh ana dah terjumpa ngan bebal lak...... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|