CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: baby77

tips mengisi minyak di pam stesen?

[Copy link]
Post time 23-4-2009 08:18 PM | Show all posts
-deleted-

sorry double posting!!!! network prob...

[ Last edited by  shortie at 23-4-2009 20:32 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2009 10:47 PM | Show all posts
aku selalu gak wat cam ko shortie.. terbukti berkesan
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 10:34 AM | Show all posts
nuha mmg jenis pam myk pelan2 jek n time terdesak sgt2 jek pam time tengahri buta tuhpun setakat perlu utk keperluan..
sy prefer shell lgi coz minyaknye mmg ok better than satu lg..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 10:51 AM | Show all posts
tp klu nak isi full tank dlm rm100 pam slow pstu ramai lg org nak isi petrol jwbnye kene maki le....time yg elok tuk isi petrol adalah awal pagi. mmg peak time laa....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 10:30 PM | Show all posts
sapa ada buku e book WAter4 gas ?...boleh share tak....please..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 12:00 AM | Show all posts
slaluye da bez tyme ialah mase tgh cuaca sejuk so krgla myk 2 condensed...

n park jauh sket from pam 2 spy dye pny btg paip 2 str8 sket...

n yg ak tryla...

ok gak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2009 01:02 AM | Show all posts
petronas di behrang tanjung malim baru2 ni dikesan selalu buat hal. isi taim tengahari memang kurang kau2. orang keliling dah tau perangai tokei dia. tah apa dia buat. memang antara tengahari sampai ke malam memang kurang la orang datang isi. orang luar yang lalu lalang je kene.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 02:00 AM | Show all posts

Balas #10 salimrock\ catat

nape minyak petrona tak elok?
ape reason dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2009 02:22 AM | Show all posts
pendapat aku kalu kita dah guna sesuatu brand minyak..
pakai jelah minyak brand itu je..
sebab kalau kita main campur2 minyak..
kualiti dia tak sama mcm kita guna minyak yg sama brand..
sebab aku pakai minyak petronas..
aku isi full tank motor aku kat sungai petani..
full tank motor aku dalam 4 liter gitu..
aku bawa motor dalam 110km/h kt higway..
aku leh sampai kat R&R Kuala Kangsar..
sedangakn jarak jauhnye dalam 150km..
aku pakai minyak shell isi dalm 2, 3 kali je..
pastu aku pakai balik petronas..
sebab bile aku isi shell..
lagi cepat habis dari petronas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by dune1989 at 27-4-2009 02:22
pendapat aku kalu kita dah guna sesuatu brand minyak..
pakai jelah minyak brand itu je..
sebab kalau kita main campur2 minyak..
kualiti dia tak sama mcm kita guna minyak yg sama brand..
sebab ...


biasa aku pun macam ko gak pakai satu brand jer tp kalau dah terdesak terpaksa gak pakai brand len.. selalu pagi aku isi minyak aku tekan nozzle tue slow2 jer.. memang terbukti dapat minyak lebih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 09:44 AM | Show all posts
Berhemah guna bahan bakar

Oleh AMREE AHMAD
[email protected]

Ramai pemandu terpedaya kononnya ada petua tertentu mengisi minyak di stesen pam tanpa menyedari banyak kaedah pemanduan boleh menjimatkan bahan bakar kenderaan.



CARA pemanduan seseorang merupakan faktor penting yang menentukan minyak habis cepat atau lambat.

--------------------------------------------------------------------------------


JIKA anda pernah berkunjung ke Singapura, mungkin bukan sesuatu yang luar biasa untuk anda melihat cara pemandu kereta di republik itu meletakkan kenderaan. Kereta di sana diundur belakang sama ada dalam format petak menegak atau melintang di bahu jalan.

Malah amat jarang untuk kita melihat pemandu di pulau itu memasukkan kereta terus ke petak seperti kelaziman di Malaysia. Hakikatnya, gaya pemanduan yang meletakkan kenderaan sedemikian antara beberapa teknik penjimatan minyak.

Harga bahan bakar di negara kota itu yang secara relatif antara yang tertinggi di dunia barangkali menjadikan pemandu Singapura lebih inovatif berjimat. Setiap liter minyak yang digunakan amat bernilai walaupun sekadar cara meletak kereta.

Di Malaysia lain pula ceritanya. Sikap rakyat negara ini yang 'manja' kerana mewah dengan harga murah bahan petroleum menjadikan kita dalam zon selesa. Maka kenaikan harga minyak meskipun cuma satu sen mencetuskan panik yang luar biasa.

Pendedahan akhbar Kosmo! baru-baru ini disusuli respons dan tinjauan berhubung kononnya kaedah pengisian minyak secara perlahan mampu memberi lebih minyak telah menimbulkan persoalan. Rupa-rupanya rakyat kita mudah benar terpedaya.

Penulis mengimbau satu persidangan antarabangsa mengenai petroleum yang diadakan di George Town, Pulau Pinang tidak lama dulu.

Memandangkan semua peserta yang datang dari seluruh dunia terlibat secara langsung dengan industri petroleum, banyak fakta menarik yang penulis kongsikan dalam persidangan itu. Salah seorang ialah petua yang diberikan oleh profesor Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, isu rizab minyak global yang kian kering menjadikan pemain industri itu beralih kepada bahan bakar alternatif. Namun buat sementara waktu, pengguna harus dididik cara yang betul berjimat minyak.

"Masalahnya di Malaysia, majoriti pemandu berfikir seolah-olah stok minyak negara ini tidak habis walhal selepas minyak ditemui di Miri akhir abad ke-19, kita cuma tinggal baki hingga tahun 2020 sebelum rizab petroleum itu pupus," jelasnya.



TEKNIK meletak kenderaan secara mengundur lebih menjimatkan.

--------------------------------------------------------------------------------


Justeru, beliau meminta pihak media aktif mendidik rakyat supaya lebih berhemah dalam penggunaan minyak untuk kenderaan. Ini termasuklah cara meletak kereta yang pasti ramai bertanya rasional mengundur berbanding maju ke depan.

Jawapannya mudah. Semasa masuk mengundur, kuantiti minyak yang dibakar adalah kecil dan apabila hendak keluar dari petak, kadar digunakan juga masih sedikit. Ini berbeza jika pemandu itu mengundur semasa membawa kereta keluar.

"Banyak minyak terpaksa dibakar ketika enjin dihidupkan dan ketika mengundur untuk keluar dari petak. Walhal pemandu boleh berjimat minyak jika meluncur ke hadapan dan memandu keluar terus dari petak," terang beliau.

Malangnya, teknik itu tidak pula digemari. Pernah, Majlis Perbandaran Pulau Pinang melaksanakan format mengundur untuk meletakkan kereta di sepanjang Persiaran Gurney. Kaedah itu dibantah banyak pihak dan akhirnya dimansuhkan.

Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam isu lalu lintas ketika itu, Datuk Dr. Teng Hock Nan dikritik teruk. Pemandu lebih suka sistem trafik lama tanpa menyedari bukan sedikit minyak dibazirkan untuk meletak kereta mereka.

Berbalik kepada pendedahan Kosmo! dua minggu lalu kononnya mengisi petrol dengan aliran yang perlahan membolehkan pengguna dapat lebih minyak, ramai tentu terkejut jika diberitahu bahawa membuka tingkap semasa memandu laju sebenarnya turut mengeringkan tangki minyak.

Aldia Lai dari Persatuan Jurutera Petroleum Antarabangsa (SPEI) yang ditemui penulis pada persidangan sama memberitahu, arus udara kuat dari luar kenderaan menyebabkan kelajuan kereta menjadi perlahan apabila dipandu laju.

"Ini bermakna pemandu perlu lebih menekan pedal minyak untuk memastikan kereta dipandu laju. Walhal sekiranya tingkap ditutup, kereta boleh dipandu pada had laju selesa dan kadar pembakaran minyak adalah relatif berbaloi," tegasnya.

Masalahnya, ujar beliau, agak tipikal untuk kita melihat tingkap kereta dibuka luas di lebuh raya dengan alasan mahu menikmati angin segar. Ini kerana ramai mungkin dipengaruhi mitos kononnya memasang pendingin udara boleh menghabiskan minyak kereta mereka.

Tanggapan kurang tepat itu turut menyaksikan ramai pemandu di Malaysia gemar menghidupkan enjin ketika menunggu seseorang dalam tempoh lama. Mereka tidak sedar tindakan itu mengakibatkan banyak minyak dibakar secara sia-sia.

"Mungkin mereka menyangka jika mematikan enjin dan kemudian menghidupkan semula dalam jangka waktu sekejap, ia memerlukan jumlah minyak yang besar. Sedangkan kajian saintifik membuktikan perkara sebaliknya," kata beliau.

Barangkali pemandu Malaysia wajar belajar banyak tip pemanduan yang menjimatkan penggunaan minyak berbanding terpengaruh dengan petua tertentu kononnya cara pengisian di stesen minyak membolehkan mereka mendapat lebih minyak.

Seperti yang ditegaskan Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti, kadar amaun minyak di mana-mana stesen adalah sama tidak kira diisi dengan laju atau perlahan, pada waktu malam atau siang.

Sebaliknya, cara pemanduan menjadi faktor utama menentukan kuantiti bahan bakar dalam tangki minyak kenderaan itu cepat atau lambat habis. Pengguna perlu bijak dan mungkin tiba masanya kita kembali kepada gaya pemanduan berhemah.


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 10:04 AM | Show all posts

Balas #86 zul888\ catat

x payah le susah2 park jauh semata2 nak bg getah nozel tu staight...juz pakrg kat arah bertentangan...klu tangki belah kiri ambik nozel belah kanan...klu tangki belah kanan ambik nozel belah kiri...mmg straight gile le petrol tu pegi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 10:08 AM | Show all posts

Balas #91 baby77\ catat

ooo..gitu ek? tp klu side parking atau parking menegek mmg le mengundur atau msuk montot kete dulu...klu msuk depan dulu alamat sangkut le...ehehehe! fot me mmg nak msuk parking mane2 pon secara mengundur...klu kuar x payah nak undur2 dah. starat then staraight je kuar dari parking lot kecuali klu terdesak yg x membolehkan msuk montot kete dulu....hehehe!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 10:10 AM | Show all posts
bab pam slow tu ada logiknye jugak le..sbb klu kite juz letak kat takuk nozel yg maksimum berbuih le kat petrol tu meluncur dgn laju jadi meter menunjukkan dh full tank..padahal still ada  space lg...for me isi half tank leh tahan smggu gi balik keje 40km sehari...kira ok le...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 02:31 PM | Show all posts

Balas #91 baby77\ catat

Seperti yang ditegaskan Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti, kadar amaun minyak di mana-mana stesen adalah sama tidak kira diisi dengan laju atau perlahan, pada waktu malam atau siang.

tu statement mau cover.... aku selalu beli minyak petrol n diesel dlm botol keras jernih 4 liter... memang di akui kebenarannya... isi laju- minyak kurang sikit... isi slow minyak lebih sikit... begitu juga siang n malam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by Z77 at 5-5-2009 14:31
Seperti yang ditegaskan Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti, kadar amaun minyak di mana-mana stesen adalah sama tidak kira diisi dengan laju  ...


biasa la.. diorang nak cover line.. hampeh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2009 02:55 PM | Show all posts

Balas #95 Z77\ catat

dorg takut klu smua org pakat isi full tank pstu pam slow nnti long q le....dorg org atasan ape nak heran smua di sponsor! pakai petrol kad je pstu company bayor...huhuhu! yg rabak poket & risau bab2 pam slow/kuat atau siang/mlm ni org2 bawahan yg petrol byr sndiri....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by 220796 at 5-5-2009 14:55
dorg takut klu smua org pakat isi full tank pstu pam slow nnti long q le....dorg org atasan ape nak heran smua di sponsor! pakai petrol kad je pstu company bayor...huhuhu! yg rabak poket & risau  ...


org bawah ni memang la risau.. duit kita hak kita kan.. bukan senang nak cari duit.. org atas semua tanggung.. org bawah x tertanggung.. aku x kira aku isi slow gak.. biar la beratur panjang pun.. janji dapat jimat
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 05:36 PM | Show all posts

Balas #98 baby77\ catat

x boleh gak...kdg2 kite kene bertimbang rase...cuba klu kite tgh rushing nak ke sesuatu tmpt..pstu petro dh nak habis kene isi....tgk long q then smua owner kete tu isi full tank slow sorg dlm 10min? sure kite pon terrrr....maki kan? try to put ourself in others shoe utk tiap 1 tindakan yg kite nak buat.....for me klu xde org tunggu sy pam seslow yg boleh...then bila tgk dh ada org tunggu buta dlm kadar sederhana.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 10:07 AM | Show all posts

Balas #99 220796\ catat

erm..kena gerak awal gitu..
take action out of the box wahai member ku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.373637 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list