|
Cerita/Pengalaman paranormal aku dan kaum kerabat
[Copy link]
|
|
Pengalaman aku kat kampung
Cerita ni berlaku masa aku darjah 1, masa cuti sekolah, balik kg kat Kuala Pilah. Rumah kampung masa tu, takde toilet dalam rumah. Jamban kat luar rumah dalam pondok kecik. Nak mandi pun pakai air perigi. Pun jauh jugak.
Masa tu, kitorang selalu balik rumah allahyarham bapak sedara aku. Rumah dia ni atas bukit kecik, kat tepi bukit tu macam lembah, ada pokok nipah, then lepas tu ada anak sungai. Anak sungai ni memang port aku "berkubang" dengan cousin aku.. Tepi rumah dia (dalam 10 meter), tepi bukit, sebelah lembah yang ada pokok nipah ni ada pondok kecik - jamban ler, masa tu pakai jamban curah. Depan rumah dia ni, dalam 50 meter, ada masjid, tepi masjid ni ada perigi. Kat perigi tu ler tempat kitorang mandi and basuh kain.
Masa ni aku belum pindah ke Kuching lagi, kitorang duduk kat PD masa tu. One weekend ni, kitorang decide nak balik rumah allahyarham bapak sedara aku ni ler. Stay overnight, ahad baru balik PD semula. Sampai sana pun dah petang sangat dah. And masa on the way nak balik tu, kitorang singgah kat satu kedai makan. Agaknya makanan kat situ takleh nak "geng" dengan perut aku, so aku ni sakit perut sesangat ler. Sampai aje kat kampung, masa tu dah nak masuk maghrib, aku pun terus pegi kat toilet tepi bukit tu and buat "pelaburan". Masa dalam pondok tu, aku dengar bunyi tapak kaki - orang pakai selipar jepun yang seret kaki tu. Aku rilek aje la sebab kekadang memang ada la cousin aku dok lalu lalang tepi tu kan nak halau ayam balik ke reban ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman aku kat kampung... sambungan
And tetiba masa tu dah nak abis dah aku buat pelaburan tu, aku dengar ada orang macam suara cousin aku panggil nama aku 2 kali. Aku pun cakap ler "Kejap ler dah nak abis ni.." sebab aku ingat dia nak masuk pulak, tak sabar sabar. So bila aku dah settle, aku pun keluar ler dari pondok tu, dah nak gelap dah pun masa tu, aku tengok keliling takde orang. So aku pun masuk ler ke dalam rumah.
Dah masuk dalam rumah, aku pun tanya la cousin aku yang panggil aku tu.. kata nak buang air, apsal takde kat luar tadi. Cousin aku ni cakap, apa pulak nak buang air, dia dok sebok kat dapur nak masak takde masa nak menyakat aku kat luar tu. Aku pun berderau darah ler. Cousin aku lagi sorang cakap, entah entah tuan rumah kat pokok nipah tu tak... heheh aku tak mau tanya sapa tuan tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi..? |
|
|
|
|
|
|
|
best..best...nak lagikk.. kat sini lak dah aku lepak... |
|
|
|
|
|
|
|
tuan umah kt pokok nipah?
sape plak tu?nenek kebayan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
hoh gle ah! tmbh lg! beh2!! uih korang2 ni xde pglaman gk ke nk cite smntara tuan rmh tgh dok edit?
aku xpnh2 lgi jmpa mnda2 gni sume |
|
|
|
|
|
|
|
Ok kawan-kawan.. cerita pasal Tuan rumah pokok nipah tu dah tamat sebenarnya... ampunkan saya Mod Medang.. hehehe..
Maaf banyak2.. sebab bila nak upload cerita tu takleh nak buat habis-habis.. kena bahagi.. kalau tak, saya yang pening.
P/S: Tuan rumah pokok nipah tu according to cousin, adalah Cik P... |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita masa Raya pulak - Part 1
Hari raya pertama puasa tahun 2001. Family aku memang tiap-tiap aku, raya pertama akan balik ke kampung melawat saudara mara dekat dan jauh, dari sebuah rumah ke sebuah rumah, dari pagi sampai ler ke malam. Paling cepat pun sebelum maghrib la. Selalunya dalam 10 - 15 rumah.
Raya puasa tahun 2001 tu musim buah. Buah rambutan, langsat, manggis.. Kalau selalu time Raya orang hidang kuih muih, lemang, ketupat, rendang segala tapi tahun tu buah pun siap hidang sekali! Kakak ipar aku, parents dia asal Seri Menanti, tapi dah lama pindah ke Bahau. So rumah kat Seri Menanti tu dah jadi rumah tinggal la. Kat Seri Menanti tu, ada dusun buah-buahan belakang rumah tinggal tu. Kat lereng bukit la. Since dah jadi rumah tinggal, so sekitar rumah tu dah jadik macam belukar kecik. Tau aje la kan, rumah kampung ni bukannya dekat dekat. Selang 100 - 200 meter, baru nampak rumah sebuah. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita masa Raya pulak - Part 2
Since dah musim buah, kakak ipar aku ni ajak ler pegi kutip buah kat dusun parents dia. Memang banyak - rambutan, jambu, langsat, duku, duku langsat, dokong, manggis, mangga. Lepas discuss semua, kitorang decide akan singgah kat dusun tu on the way balik ke Seremban lepas menziarah semua rumah rumah sedara mara.
Kitorang sampai kat dusun tu dalam pukul 6 lebih. Dah gelap sikit ler sebab kawasan kampung bukit bukau, dah tu ada belukar kecik kan. Masa tu aku ikut kereta kakak aku, dalam kereta tu, kitorang car pool dengan kakak aku lagi satu dengan youngest daughter dia - umur dalam 2 tahun lebih, and 2 lagi anak lelaki dia dalam umur 6 - 8 tahun. Kakak aku dengan anak dia yang kecik tu tak turun ler. Takut nyamuk ke apa kan. So dia tunggu dalam kereta. Aku dengan yang lelain tu turun kat dusun tu dok kutip buah. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita masa Raya pulak - Final part
Dalam pukul 7 lebih camtu, abang aku pun kata cukup ler.. jom balik. .dah malam dah. So semua orang pun balik ler ke kereta. Aku terus je bawak mana yang aku larat bawak - karung karung buah tu masuk boot kereta kakak aku tu. Lepas masukkan dalam boot aku terus masuk dalam kereta - duduk depan sebelah driver. Tak lama lepas tu, anak buah aku yang kecik tu, cakap kat mak dia "Mama, mama, apa benda kat atas tu mama?" Kakak aku pun cepat potong cakap anak dia "Hish.. apa benda pulak.. dah dah dendiam. .dah malam ni.." Aku pandang belakang, angkat kening dengan kakak aku.. dia just geleng kepala la sampai tutup mata anak dia.
Sampai aje kat rumah, kakak aku tu cerita, masa anak dia tanya tu, dia nampak macam bayang bayang kain putih terapung apung atas bumbung kereta. Anak buah aku tu masa tu tengah baring atas pangkuan mak dia sebab tu dia boleh nampak kot.
Aku cerita kat kakak ipar aku tu, dia pun cakap ler.. basic ah.. tempat hutan macam tu.. dia kata kekadang waktu siang dia pegi dusun tu pun, rumah tinggal tu pun dia rasa macam ada orang.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
best cerita ko. |
|
|
|
|
|
|
|
seram gak ceta tuan umah nih..tak sabar nak tunggu part2 yang seterusnyaa..bole tahan juwak kitak tuan umahh!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #83 nik2121's post
Tu dah letak lagi satu cerita.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #96 LadyD's post
Tak banyak sangat cerita dah.. tapi kalau ada lagi, gerenti akan diletak kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #84 mimi77's post
Mimi,
Baru update satu cerita tu ha... yang lain menyusul kemudian.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|