CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_rambutan

1Malaysia F1 Team kebanggaan Malaysia

[Copy link]
Post time 16-10-2009 09:24 AM | Show all posts
huh?
aku nampak cam taring je kat depan tuh..
mane flip flapnye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 09:29 AM | Show all posts
waksir.. aku merge thread ko ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 02:58 PM | Show all posts
1MF1T : Tenaga teknikal seratus peratus tempatan



KIRA-KIRA 15 hingga 20 warga Malaysia akan menyertai pasukan teknikal perintis pasukan 1Malaysia-Lotus F1 (1MF1T) yang akan membuat kemunculan sulung dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1) musim depan.

"Bilangan ini akan bertambah dalam masa dua tahun," kata pengarah teknikalnya, Mike Gascoyne.

Gascoyne berkata, mereka berhasrat muncul sebagai yang terbaik dari kalangan empat pendatang baru kelak.

"Pasukan baru itu akan mempunyai kekuatan 220 juruteknik yang akan berpangkalan di United Kingdom. Melihat pada keadaan, kami menjangka akan mengambil sekitar 15 hingga 20 warga Malaysia," kata Gascoyne yang menjalankan temu duga baru-baru ini.

"Kami mahukan prestasi terbaik disebabkan kami baru saja membentuk pasukan ini dan F1 adalah perlumbaan yang amat kompetitif. Pada masa depan, saya harap pasukan teknikal akan terdiri daripada seratus peratus warga Malaysia," katanya.

Gascoyne yang dilahirkan di Norfolk merupakan antara juruteknik F1 paling terkenal dalam bidang aerodinamik. Beliau telah bertugas dengan beberapa pasukan termasuk McLaren, Sauber, Jordan, Toyota, Spyker dan tahun lepas bersama Force India.

Dengan hanya tinggal lima bulan lagi sebelum bermula- nya musim baru, Gascoyne berkata: "Kami melangkah maju dengan cara yang terhad. Kami kini mempunyai 30 pereka bentuk yang menjalankan reka bentuk kereta."

Kereta berkenaan sedang dibina di kilang Norfolk yang akan dijadikan pangkalan Eropah bagi pasukan itu dengan fasiliti seperti terowong udara, jabatan penyelidikan dan pembangunan, dan pengeluaran alat-alat ganti. Enjin Cosworth bagi kereta lumba telah menjalani empat ujian selepas tidak dapat menyertai perlumbaan F1 sejak 2006.

Gascoyne berkata, bajet permulaan ialah antara RM65 juta hingga RM100 juta, sementara kos keseluruhannya bagi setiap musim dianggarkan RM300 juta.

Pasukan 1MF1T dijadual melakukan kemunculan sulung pada pembukaan musim di Bahrain pada 14 Mac dan kembali ke sirkit tanah air pada 4 April untuk menyertai GP Malaysia.

Mereka disenaraikan bagi musim 2010 selepas pasukan BMW Sauber menarik diri.

Tiga pasukan baru yang lain ialah Campos Meta (Sepanyol), Manor F1 Team (United Kingdom) dan Team US F1 (Amerika Syarikat).

Gascoyne berharap nama- nama pemandu akan diumumkan bulan depan.


- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 03:36 PM | Show all posts
Saya tidak takut gagal



Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
[email protected]






DALAM perlumbaan kereta Formula Satu (F1), kejayaan adalah sesuatu yang sangat penting bagi sesebuah pasukan.

Begitupun, prestasi di atas litar lumba pula menjadi penentu kepada masa depan setiap pasukan di mana modal dan sumber pendapatannya banyak bergantung kepada sokongan pihak penaja.

Tidak dinafikan lagi bahawa perlumbaan F1 ialah sukan paling mahal di dunia.

Dengan melibatkan kemajuan teknologi dalam kejuruteraan enjin, aerodinamik dan kepantasan, diiringi dengan strategi berpasukan dan pengurusan yang lancar, maka semua ini sudah pasti memerlukan kos yang besar.

Malah, sukan F1 juga merupakan satu risiko pelaburan yang tinggi bagi sesetengah pasukan, namun perjudian sebenar akan bermula sebaik sahaja jentera F1 sudah bersedia di litar.

Namun, ini semua tidak menjadi halangan bagi Malaysia untuk mengorak selangkah lagi dalam sukan pemotoran antarabangsa.

Dengan mewujudkan sebuah pasukan baru yang dikenali sebagai 1Malaysia F1 Team (1MF1T), reputasi dan imej negara kini semakin gah di mata dunia.

1MF1T ialah pasukan kedua dari Asia (selepas Force India) yang bakal menyertai saingan F1 pada musim 2010.

Sebelum ini Toyota dan Honda merupakan dua kuasa besar yang telah lama menyertai perlumbaan F1 dan berjaya mengukuhkan jenama mereka menerusi sukan ini.

Begitupun, dua gergasi pemotoran di Asia ini telah menarik diri daripada perlumbaan musim depan atas alasan bajet yang semakin sukar ditampung ketika zaman kemerosotan ekonomi global ketika ini.

Justeru, adakah pendatang baru ini, 1MF1T sudah bersedia untuk menangkis segala halangan dan cabaran untuk muncul sebagai sebuah pasukan yang konsisten dalam persaingan perlumbaan F1 setiap musim?

"Saya tidak takut pada kegagalan, mungkin pasukan ini akan gagal pada penampilan pertama tetapi saya tidak takut pada kekalahan," kata ketua pasukan 1MF1T, Datuk Seri Tony Fernandes.

"Inilah mentaliti rakyat Malaysia yang patut kita ubah. Belum turun gelanggang lagi sudah menyerah kalah dan ragu-ragu tentang kemampuan sendiri.

"Kita sepatutnya berbangga kerana dengan hanya memiliki sebuah litar perlumbaan (Litar Antarabangsa Sepang), Malaysia kini sudah mampu membentuk sebuah pasukan F1 sendiri. Ini satu kemajuan yang luar biasa dan amat mengagumkan.

"Ya, mungkin kita akan menduduki tempat terakhir pada perlumbaan musim depan tetapi sekurang-kurangnya kita telah mencuba sesuatu di sini. Saya tidak mahu hanya duduk saja tanpa melakukan sesuatu," kata Tony yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia.

Begitupun, semangat dan keazaman sahaja masih belum cukup untuk melahirkan sebuah pasukan yang cemerlang, apatah lagi untuk mencatat kejayaan dan prestasi yang membangga- kan.

Pasukan Minardi adalah contoh terbaik di mana walaupun mendapat sokongan penaja dan dibekalkan dengan enjin pasukan Ferrari, mereka masih menamatkan saingan di tempat terakhir dalam setiap perlumbaan.

Jelas sekali segala-galanya perlu dilakukan dengan tepat. Pasukan 1MF1T memerlukan jentera yang sesuai, pemandu yang berpengalaman dan juga modal yang besar sekiranya mahu terus kekal dalam sukan ini.

"Sasaran kami ialah untuk menjadi antara yang terbaik di kalangan pasu- kan baru, mungkin di tempat kesembilan atau ke-10, kemudian baru cuba berada di kedudukan pertengahan.

"Kami bukan menyertai perlumbaan ini untuk berada di tempat terakhir. Jadi saya harap dalam masa lima tahun lagi kita mampu mencatat keja- yaan podium.

"Sudah tentu kami akan cuba melaksanakan impian ini dan tidak akan membiarkan reputasi Malaysia terjejas. Begitupun, sekiranya kita terus mengalami kekalahan, kita tiada pili- han selain menarik diri daripada perlumbaan ini," kata Tony lagi.

Idea penubuhan pasukan F1 Malaysia ini mula tercetus apabila ada beberapa individu yang berhajat untuk menghidupkan semula pasukan F1 Lotus yang suatu ketika dahulu pernah melahirkan juara dunia seperti Ayrton Senna, Mika Hakinnen dan Nigel Mansell.

Syarikat pengeluar kereta di Britain itu kini telah menjadi hak milik Proton yang mengambi alih Lotus pada 1994 berikutan bekas pemiliknya, Bugatti diisytiharkan bankrup.

"Semuanya bermula apabila ada beberapa individu mahu menghidupkan semula pasukan Lotus dalam perlumbaan F1 dan setelah mendapat kebenaran daripada Proton, saya dan Datuk Kamarudin Meranun (rakan kongsi) terus memulakannya," kata Tony.

"Apa yang saya boleh katakan ialah semua idea ini berpunca setelah saya melihat ramai peminat sukan di Malaysia memakai jersi pasukan asing seperti Ferrari dan Manchester United. Di mana-mana saja saya pergi orang Malaysia akan memakai jersi pasukan lain selain daripada negara kita.

"Jadi saya rasa semua ini perlu diubah. Alangkah bagus jika kita pergi ke seluruh dunia, kita akan lihat orang lain memakai jersi Malaysia atau pasu- kan negara kita. Kita sepatutnya berbangga dan tunjukkan kepada dunia kebanggaan kita," ujarnya lagi.

Pasukan 1MF1T akan diketuai oleh Tony sendiri yang memegang saham 60 peratus bersama rakan kongsinya, Datuk Kamarudin Meranun manakala baki 40 peratus lagi dipegang oleh SM Nasarudin, anak kepada pengasas Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.

Cuma kini satu-satunya cabaran bagi pasukan baru yang akan menggalas nama Malaysia ini ialah mencari penaja untuk menyuntik modal bagi saingan perlumbaan 2010.

Dilaporkan bahawa modal permulaan bagi penyertaan sulung perlumbaan F1 ialah sebanyak RM168 juta dan dijangka kosnya meningkat sehingga RM308 juta bagi semusim.


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 03:43 PM | Show all posts




Selain AirAsia dan Naza Motors yang menjadi antara penaja terbesar, Tony juga tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan tajaan daripada syarikat gergasi negara, Petronas selepas pasukan yang ditaja mereka, BMW Sauber tidak menyertai perlumbaan musim depan.

"Buat masa ini, kita masih lagi cuba menarik minat sebanyak mungkin penaja untuk pasukan ini. Dan ketika ini kami masih dalam perbincangan dengan Petronas untuk memujuk mereka menjadi antara penaja utama kami.

"Apabila BMW Sauber menarik diri tahun depan, Pet- ronas kini tiada pasukan untuk ditaja, jadi mungkin mereka sudi pula menaja kami.

"Kalau boleh biarlah syarikat dari Malaysia yang menyuntik semangat dan modal kepada pasukan kita sendiri. Mungkin pelik sedikit jika pasukan dari Malaysia tidak mendapat tajaan daripada Petronas.

"Malah ada juga beberapa syarikat asing yang menyata- kan kesediaan mereka melabur dalam pasukan ini. Tetapi saya tidak boleh mengumumkan nama pelabur-pelabur ini sekarang, masih belum tiba masanya lagi," ujar Tony lagi.

Perlumbaan F1 juga merupakan satu bisnes yang perlu dilaksanakan dengan betul. Apa yang paling kritikal ialah pemandu dan enjin jentera haruslah memiliki prestasi yang cemerlang.

Dengan menggunakan kejuruteraan enjin Cosworth, Tony memberitahu bahawa sebuah enjin baru pasukan mereka sedang dibina.

"Ketika ini enjin baru jentera kami sedang dibina di Norfolk, pangkalan bagi pengeluar kenderaan Lotus. Semuanya berjalan dengan baik dan saya rasa jika tiada halangan, enjin dan jentera baru 1MF1T akan diuji buat kali pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Februari depan.

"Jika Cosworth menyediakan enjin, Litespeed pula akan menyediakan chasis bagi jentera ini," kata Tony.

Mengenai pemilihan pemandu pula, Tony memberitahu, kini ada enam pemandu yang berada dalam senarai terakhir di mana seorang daripadanya ialah pemandu sensasi GP2 negara, Fairuz Fauzy.

Begitupun, Tony enggan mendedahkan nama lima pemandu lagi yang dikaitkan dengan pasukannya, namun tidak menolak kemungkinan ada di antara mereka merupakan pemandu terkenal dunia.

"Apa yang boleh saya kata- kan ialah Fairuz memang dalam senarai ini. Keutamaan kami sudah tentunya kepada pemandu negara kita. Begitu- pun, tiada guna kita terburu- buru menyenaraikannya jika dia sendiri belum bersedia tetapi saya harap dia sudah bersedia.

"Bagi seorang lagi pemandu pula, saya tidak boleh beritahu siapa. Cukuplah jika saya katakan kita akan mendapatkan khidmat pemandu yang terkenal di dunia supaya mampu menarik minat penaja dan memberi tunjuk ajar kepada pemandu kita.

"Apa pun, semua ini masih belum ditetapkan dan kami akan mengumumkan nama tiga pemandu ini pada November depan," katanya lagi.

Setelah sejarah baru tercipta dengan penubuhan pasukan 1MF1T ini dan penyertaannya pada perlumbaan F1 tahun 2010, maka jangkaan pastinya besar ke atas pasukan ini untuk mencipta kemenangan podium.

Namun ironinya, masih ada yang sangsi tentang kemampuan pendatang baru ini dalam setiap pusingan perlumbaan, apatah lagi untuk terus kekal dalam perlumbaan termahal dunia ini setiap musim.

Namun, Tony yang berjaya mengangkat imej AirAsia menjadi antara syarikat penerbangan paling berjaya di dunia, yakin dengan kemampuannya dalam pasukan yang akan dibantu dengan pengalaman Pengarah Teknikal, Mike Gascoyne yang pernah bersama McLaren, Sauber, Renault dan Toyota.

"Kita tidak akan menyertai F1 sekiranya kita tahu ia tidak akan menguntungkan. Kita sebenarnya boleh menjana keuntungan dalam masa yang panjang dalam sukan F1. Ia satu permulaan yang baik.

"Bagi saya senang saja. Cuba kita ambil contoh bola sepak, untuk memiliki sebuah stadium bertaraf dunia adalah satu perkara mudah tetapi untuk memiliki sebuah pasukan yang akan beraksi pada Piala Dunia, ia bukan perkara senang.

"Begitu juga dengan F1. Kita telah pun memiliki litar berkelas dunia (SIC), jadi mengapa kita tidak boleh memiliki sebuah pasukan F1 yang mampu bersaing dengan pasukan dunia yang lain?

"Percayalah, ia banyak memberi manfaat kepada kita semua, kepada kerajaan dari segi pelancongan, kemajuan teknologi kepada Proton dan mencipta banyak peluang kerja kepada orang kita sendiri.

"Mengapa kita perlu sangsi dan enggan menyokong pasukan yang lahir daripada titik peluh anak Malaysia sendiri. Saya tidak takut kepada kegagalan, cuma apa yang saya bimbang ialah kita sendiri yang menggagalkan impian kita sendiri," kata Tony lagi.


- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 03:49 PM | Show all posts


design dia tak mengancam la..
hampeh betul cara dia cat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2009 02:01 PM | Show all posts
Lotus F1 Racing Wind Tunnel Model C






Lotus F1 Racing Monocoque Upper






Sources : http://lotusf1racing.my/



Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 11:22 AM | Show all posts
Composites in Lotus F1 deal



2009/12/04

LANGKAWI: Composities Technologies Research Malaysia (CTRM) is used to making composite parts for all manner of vehicles, especially aircraft.

But CTRM yesterday entered into a different sort of agreement -- the research and development and manufacture of composite parts for Lotus F1 racing cars.

The deal was signed between CTRM and 1Malaysia Racing Team Sdn Bhd, the parent company of the Lotus F1 racing team.

CTRM chief executive Datuk Rosdi Mahmud and Lotus F1 Racing chief executive Riad Asmat signed for their respective companies at a ceremony witnessed by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

1Malaysia Racing Team principal Datuk Seri Tony Fernandes said CTRM was chosen because it had proven that Malaysians "truly have what it takes to be competitive on the world stage".

CTRM yesterday also delivered a refurbished Cessna Caravan 208 to the police and a radar antenna radome to the Royal Malaysian Air Force.

It also engaged in business opportunities with seven of its collaborating partners for various purposes.


- NST -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2009 12:51 PM | Show all posts
87# HangPC2

gile best wind tunnel ni....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 08:28 PM | Show all posts
nyampah.... subsidi banyak yg nak tarik, bonus tak diberi.. tup2 nak sertai F1 pulak... nampak sangat .... uhhh..nyampahnya aku...nyampahnya ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 11:10 PM | Show all posts
Selain AirAsia dan Naza Motors yang menjadi antara penaja terbesar, Tony juga tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan tajaan daripada syarikat gergasi negara, Petronas selepas pasukan yang ditaja mereka, BMW Sauber tidak menyertai perlumbaan musim depan.

"Buat masa ini, kita masih lagi cuba menarik minat sebanyak mungkin penaja untuk pasukan ini. Dan ketika ini kami masih dalam perbincangan dengan Petronas untuk memujuk mereka menjadi antara penaja utama kami.

"Apabila BMW Sauber menarik diri tahun depan, Pet- ronas kini tiada pasukan untuk ditaja, jadi mungkin mereka sudi pula menaja kami.

"Kalau boleh biarlah syarikat dari Malaysia yang menyuntik semangat dan modal kepada pasukan kita sendiri. Mungkin pelik sedikit jika pasukan dari Malaysia tidak mendapat tajaan daripada Petronas.


hehehe...duit petronas lagi.....depa buat duit petronas ni macam duit mak bapak merekA.....

sundiri tubuh pasukan sundiri labur laa.....takut kaa nak belabur....air asia kan ada..naza kan ada.....kenapa diharap duit petronas gak.....:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 03:15 PM | Show all posts
apa citer dgn interview tempatan tu...katanya nak serapkan pekerja2 tempatan....

sapa yg dah dpt kerja nya ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 01:06 PM | Show all posts
Trulli, Kovalainen, Fairuz pemandu 1MF1T-Lotus
14/12/2009 12:32pm


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Pelumba kelahiran Itali, Jarno Trulli diumumkan sebagai pemandu pertama Formula Satu 1Malaysia-Lotus (1MF1T-Lotus) manakala pemandu kelahiran Finland, Heikki Kovalainen pula dipilih sebagai pemandu kedua.

Sementara itu, Fairuz Fauzy pula diumumkan sebagai pemandu ketiga.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di bangunan Parlimen di sini hari ini. - Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 01:09 PM | Show all posts
93# cmf_rambutan


baguslah...kasi fairuz pengalaman....bawak F1 pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 01:26 PM | Show all posts
Lotus F1 Fan Site


http://www.lotusf1racing.my/


Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 01:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by ryo_takahashi1 at 14-12-2009 13:35

baru jap tadi umumkan pemandunya...

Jano Trulli & Hekki Kovalainen..
fairuz spare...

bole tahan gak la driver ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2009 01:31 PM | Show all posts
Patutnya bagi lah peluang Fairuz tue jd pemandu kedua...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 10:17 PM | Show all posts
tony membuat pilihan yg tepat..kedua2 pemandu utama ini..sgt berpengalaman..

tp aku lebih prefer fairuz fauzy jadi 2nd driver..but..tony pn da buat choice..

and hope..2011.fairuz dpt seat penuh...fairuz ni...da mmg bersedia nk masuk F1..

kalo tgk world series by renault..mmg superb fairuz ni...dpt byk podium..gudluck tony..support the team..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 11:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 11:36 AM | Show all posts










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055668 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list