CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: catstitch

Berapa Kerapkah Korang Mimpi Hantu

[Copy link]
Post time 12-2-2013 04:07 PM | Show all posts
aku tak tau la aku ni normal ke tak..mimpi2 nih semua memang susah nak lekat dalam kepala otak...

selalu ja bila bangun terfikir rasa macam mimpi, tapi tak ingat mimpi apa..hahaha...sesekali ja ingat apa yang telah dimimpikan. kalo bab2 mimpi seram/hantu nih rasanya tak pernah la kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2013 12:39 PM | Show all posts
Hmmm... dua hari lepas mimpi hantu for the first time. Aku mimpi aku kat luar satu rumah kayu, and ada sekumpulan orang ni gantung benda ala2 Chinese punye tanglung kat atas pintu rumah tu. Orang tu suruh aku tarik tanglung tu, bila aku tarik keluar kertas warna hitam dengan tulisan merah. Bila nampak kertas tu dia pandang aku semacam.

Then tak lama lepas tu tiba2 area situ blackout (waktu tu malam), and aku nampak hantu cina keluar dari rumah kayu tu. Takdelah hantu cina versi lompat2 tu. Tapi dia pakai baju merah, rambut panjang ala ju-on, muka putih kapur. Terus dia floating kejar kitorang. Time tengah adegan kejar mengejar tu aku terbangun.

Aku rasa cam mainan tidur je kot. Maybe sebab CNY punye pasal, aku termimpi hantu Cina. Tapi cam weird jugaklah sebab sebelum ni aku tak pernah mimpi hantu pun.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 01:22 PM | Show all posts
nak poll, tp tak dak dlm senarai.. jarang sgt mimpi hantu..
last skali mimpi bulan lepas..ngeri, tkmau ingat...
sya rasa sya tau nape, sbb aritu letih sgt, pas solat asar trtido, sedar pun suami call 8mlm..
kalut bgun solat magrib...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 02:00 PM | Show all posts
pernah nyatakan keinginan untuk berjumpa hantu pada seseorang (yang punya kebolehan nampak hantu)
tiba-tiba pada malamnya termimpi hantu yang seakan memerli saya  dengan kata-kata -

"kau tak akan nampak hantu sampai bila-bila.."

lecehnya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 04:11 PM | Show all posts
unoryah posted on 13-2-2013 02:00 PM
pernah nyatakan keinginan untuk berjumpa hantu pada seseorang (yang punya kebolehan nampak hantu)
...

Huhu, kira ok la. Nampak hantu jugak la tu, walaupun dalam mimpi.

Jangan diminta benda2 ni. Nanti dapat, xsenang duduk jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 04:37 PM | Show all posts
aku bleh dikatakan slalu gak mimpi hantu..dalam beberapa minggu mesti ada sekali..tpi nak ingat secara detail tu x lah..tp kdg2 bila mimpi hantu memang terkejut sampai bleh terbangun..dan dalam kegelapan tu mcm bleh rasa ada sesuatu dalam bilik..tp aku buat bodoh je sambung tido balik malas nak layan..sebab klu dilayan perasaan tu memang lah bertambah takut kan..

mimpi jatuh melayang pun slalu gak..dan memang feel melayang jatuh tu memang real
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2013 05:59 PM | Show all posts
Aku dalam seminggu sekali mesti ada mimpi yang serem ni.

Koleksi mimpi hantu aku,

Langsuir/Kak pon
Dia muncul dengan rambut panjang dia. Ada sekali tu aku mimpi aku dalam rumah sape tah, lepas tu aku nampak dia kat satu sudut tengah pandang aku. Ajaibnya aku tak takut dengan dia (padahal alam nyata aku ni kemainlah penakutnya) elok je aku tengking dia, aku halau dia dari pandangan aku. Dia terbang lari, tapi sebenarnya dia pusing amek jalan jauh terbang ke belakang aku, dan dia korek belakang aku, macam nak masuk dalam badan aku. Masa mimpi tu aku dengan duduk atas sofa. Aku boleh rasa cakaran dia, dan terus terjaga dengan berpeluh-peluh, jantung berdegup pantas.

Harimau/Ular
Idk why, tapi aku memang selalu mimpi harimau/ular hitam. Sekali atau dua dalam seminggu. Mesti ada! Kadang-kadang aku lari dari harimau tu. Kadang-kadang aku menyorok dalam rumah tak bagi harimau masuk, but eventually harimau dapat masuk rumah aku sebab dia bertukar jd orang. 2 minggu lepas mimpi harimau, minggu lepas mimpi ular hitam besar sangat kejar aku. Lepas tu mesti aku tercungap-cungap terjaga.

Tu baru sikit. Macam-macam jenis makhluk pelik yang pernah aku mimpikan, tapi alhamdulillah aku tak pernah jumpa atau nampak benda-benda ni. Sebelum tidur aku ada amalkan surah al-fatihah, ayat kursi, surah 3 kul, dan doa sebelum tidur. Alhamdulillah kurang gangguan mimpi, tapi kadang-kadang aku terjaga dinihari, mmg tak baca semula ayat-ayat tu bila tidur datanglah hantu dalam mimpi lagi. Hmmm kadang-kadang aku lawan hantu-hantu tu, aku azan, aku baca ayat kursi dalam mimpi. Ada masa dia lari, ada masa mungkin dia lagi kuat atau bacaan aku salah, memang makin dikejornya aku.

Bangun pagi konfem penat nak pengsan.

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 06:51 PM | Show all posts
nescafe_ice posted on 13-2-2013 05:59 PM
Aku dalam seminggu sekali mesti ada mimpi yang serem ni.

Koleksi mimpi hantu aku,
Harimau/Ular
Idk why, tapi aku memang selalu mimpi harimau/ular hitam. Sekali atau dua dalam seminggu. Mesti ada! Kadang-kadang aku lari dari harimau tu. Kadang-kadang aku menyorok dalam rumah tak bagi harimau masuk, but eventually harimau dapat masuk rumah aku sebab dia bertukar jd orang. 2 minggu lepas mimpi harimau, minggu lepas mimpi ular hitam besar sangat kejar aku. Lepas tu mesti aku tercungap-cungap terjaga.
hati-hati bila mimpi ular terutama ular hitam.  Mak saya kata, bila mimpi begini, akan ada orang yang nak buat jahat pada awak.

Jangan sembarangan terima makanan dari orang.  Asal tidak bersalahan dengan ajaran agama, tiada salahnya berwaspada bukan?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2013 06:58 PM | Show all posts
Missy_la posted on 13-2-2013 04:11 PM
Huhu, kira ok la. Nampak hantu jugak la tu, walaupun dalam mimpi.

Jangan diminta benda2 ni. Nan ...

Hehe..

Dalam mimpipun tak nampak.  Samar-samar dengar suara je..



Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 07:15 PM | Show all posts
unoryah posted on 13-2-2013 06:51 PM
hati-hati bila mimpi ular terutama ular hitam.  Mak saya kata, bila mimpi begini, akan ada orang y ...

Alahai tapi memang selalu mimpi ular hitam ni, sejak zaman sekolah.
Sampai rasa penat sangat asyik mimpi benda-benda mcm ni. Kalau terjaga mcm rasa baru lepas lari satu Malaya. Entahlah membawa maksud apa-apa ke tidak, kalau yaa siapalah nak buat jahat pd saya. Harap-harap tak ada apa-apa lah. Terima kasih atas nasihat itu, saya akan cuba berwaspada pada masa hpdn. In Shaa Allah


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 07:17 PM | Show all posts
Bukan setakat aku je yang mimpi ular. Ayah aku kata dia pernah mimpi aku bergambar dengan ular hitam. Aku abaikan saja sebab mungkin itu sekadar mainan tidur je kan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 07:27 PM | Show all posts
nescafe_ice posted on 13-2-2013 07:17 PM
Bukan setakat aku je yang mimpi ular. Ayah aku kata dia pernah mimpi aku bergambar dengan ular hitam ...

Iyakah?
Tak ada apa-apa yang pelik berlaku dalam hidup awak?

Kalau tak ada, abaikan saja.  Anggap saja mainan tidur.

Tapi mimpi yang berulang-ulang adalah satu pesanan bukan?

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 07:38 PM | Show all posts
Pelik?

Selain mimpi ular, ada mimpi bayi, ada masa saya ambil bayi tu. Ada masa saya dukung, atau susukan. Pelik lah tu sebab saya ni belum kahwin. Pernah baru-baru ni mimpi bayi yang saya pegang tu tiba-tiba berubah dari comel kpd menyeramkan. Cepat-cepat saya lemaskan bayi tu. Kadang-kadang mimpi terjatuh dari tempat tinggi, ada masa tiba-tiba terjaga dari tidur dalam keadaan terkejut. Dulu masa 2010-2011 selalu kena tindih, tapi sejak amalkan baca apa yg patut sebelum tidur Alhamdulillah dah takde kena tindih dah. Abg saya kata arwah atuk ada saka, tapi wallahualam sebab arwah dah meninggal masa saya baru beberapa bulan. Sekarang saya dah 23 tahun, lama sangat dah kalau diikutkan.

Mimpi saya tak lah berulang-ulang, cuma klimaks mimpi saya mesti kena kejar punya.

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 07:41 PM | Show all posts
unoryah posted on 13-2-2013 07:27 PM
Iyakah?
Tak ada apa-apa yang pelik berlaku dalam hidup awak?

Eh saya lupa nak tekan reply dulu. Hahahaha maklum lah saya ni beginner.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 07:50 PM | Show all posts
nescafe_ice posted on 13-2-2013 07:38 PM
Pelik?

Selain mimpi ular, ada mimpi bayi, ada masa saya ambil bayi tu. Ada masa saya dukung, ata ...

Wow..

Abang awak telah menjelaskan jawapannya.

Mimpi bayi (terutama yang belum berkahwin), ular hitam dsbnya, bukanlah sesuatu yang baik.
  Tapi nak tafsir2 mimpi ni, nanti off topik pula.

Hati-hati selalu ya







Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 07:56 PM | Show all posts
unoryah posted on 13-2-2013 07:50 PM
Wow..

Abang awak telah menjelaskan jawapannya.

Tulah, nanti off-topic pula. Nnti TT marah pula. Hihihi. In Shaa Allah saya akan berhati-hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2013 02:31 AM | Show all posts
selalunya mimpi lepas tengok movie antu la hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 07:51 AM | Show all posts
aku baca tafsir mimpi.
mimpi dikejar haantu
maknanya mendapat
keuntungan
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 03:58 PM | Show all posts
aku klau tngok flim hantu yg real..mlm tu mesti aku mimpi aku plak yg kena kejar...bangun dr tido msti berpeluh2 mcm real je
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 06:59 PM | Show all posts
baru semalam aku mimpi antu..mimpi sedang diperatikan lembaga hitam waktu sedang tido..macam mimpi tp macam real jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.269459 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list