CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuzar

Golongan anti hadis = sesat

[Copy link]
Post time 15-5-2010 12:52 AM | Show all posts
Reply 80# sirrikhafi

okey, sy boleh terima tidak ada dalil pemeliharaan hadis....
mari kita tutup kes itu....

sy nak fokus bab lain dlm post2 sebelum nie.
masalahnya begini,

ada banyak ayat Quran yg diguna oleh inkarus sunnah utk membuktikan perlu ikut Quran sahaja.....

dan banyak ayat yg pengamal sunnah guna dari Quran jugak utk membuktikan perlu ikut QUran dan sunnah.....

dan rata-ratanya ayat yg sama, sy tau sebab sy ada seorang saudara anti-hadis dan dia terbagi tafsir Qurannya yg buruk dan penuh dgn  ilmu anti hadis kat rumah sy.

dan saya ada jugak buku manhaj salaf yg mengeluarkan dalil2 Quran yg sama mcm yg ditanda dlm buku tafsir saudara saya.cuma fahaman berbeza......
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kini, mari kita ambik cara faham golongan inkarus-sunnah sahaja yakni anti hadis sahaja.....okay....lupakan geng2 sunnah....

tengok dua ayat ni:

mari faham cara anti hadis....yakni kita faham ikut cara tanpa fahaman luaran.

(1)Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yangUmmiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa merekasendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatAllah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), danmembersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkanmereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah(pengetahuan yang mendalammengenai hukum-hukum syarak)  dan sesungguhnya mereka sebelum(kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (2)



(2)Dia lah yg memberikan hikmah akan org yg Dia kehendaki.



dua ayat di atas sy quoteb dari post saya satu dan post anda satu.....

ayat pertama, nabi mengajar hikmah, ayat kedua hanya Allah mengajar hikmah?

tidakkah ia bertentangan...?

bagaimana antihadis menerima pertentangan ini?

wallahua'lam......

p.s: sy sgt menghormati saudara sirri kahfi kerana banyaknya ilmunya, jadi sy tidak ada apa2 niat utk bergaduh melainkan sy seronok bila jumpa anda, banyak ilmu akan sy dapat dari anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2010 01:49 AM | Show all posts

dan banyak ayat yg pengamal sunnah guna dari Quran jugak utk membuktikan perlu ikut QUran dan sunnah.....


Adakah perkataan SUNNAH wujud di dlm Quran?



sy tau sebab sy ada seorang saudara anti-hadis dan dia terbagi tafsir Qurannya yg buruk dan penuh dgn  ilmu anti hadis kat rumah sy.


Apa yg buruk tu?



ayat pertama,
nabi mengajar hikmah,
ayat kedua hanya Allah mengajar hikmah?
tidakkah ia bertentangan...?


AlQuran sekali-kali tidak akan bertentangan,
kerana ia adalah dari sisi ALLAH,


Apakah mereka tidak merenungkan AlQuran?

dan jikalau adalah ianya dari sisi selain ALLAH nescaya mereka menemui di dlm nya pertentangan yg banyak.
An-Nisa': 82.


ALLAH SWT mengajarkan HIKMAH kpd umat manusia,
nabi SAW mengajarkan HIKMAH kpd umat manusia,
maka ini menunjukkan bahawa,
HIKMAH itu ialah AlQuran.


Demikianlah itu dari apa yg telah di wahyukan kpd engkau oleh Tuhan engkau akan daripada HIKMAH.

Al-Isra': 39.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 09:29 AM | Show all posts
bro sirri...

nak tanya..

yang bro usopp quote surah Al-Jumuah tuh..

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)  dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumuah : 2)


bro sirri membuat satu 'penaakulan mantik' bahawa 'hikmah' yang dimaksudkan adalah Al-Quran, tapi dalam ayat tuh di pisahkan antara Kitab Allah dan jugak Hikmah dengan perkataan 'dan' . bukan ke ini merujuk kepada dua perkara berbeza, sekaligus membezakan Al-Quran dan Al-Hikmah?

boleh tak bro sirri terangkan dengan lebih mendalam lagi?

thanks bro!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 02:04 PM | Show all posts

bro sirri membuat satu 'penaakulan mantik' bahawa 'hikmah' yang dimaksudkan adalah Al-Quran,


Maaf,
saya tidak membuat sebarang penaakulan mantik,
sebaliknya saya hanya berhujjah berdasarkan ayat-ayat AlQuran.



tapi dalam ayat tuh di pisahkan antara Kitab Allah dan jugak Hikmah dengan perkataan 'dan' .


Siapakah yg kata Huruf 'Atof itu memisahkan Kitab ALLAH &Hikmah?


ALLAH?
Nabi?
Ahlulbait?
Sahabat?
etc?



bukan ke ini merujuk kepada dua perkara berbeza,
sekaligus membezakan Al-Quran dan Al-Hikmah?


Siapakah yg membeza-bezakan antara AlQuran &Hikmah?


ALLAH?
Nabi?
Ahlulbait?
Sahabat?
etc?



boleh tak bro sirri terangkan dengan lebih mendalam lagi?


ALLAH SWT mengajarkan HIKMAH kpd umat manusia,
nabi SAW mengajarkan HIKMAH kpd umat manusia,
maka ini menunjukkan bahawa,
HIKMAH itu ialah AlQuran.


Demikianlah itu dari apa yg telah di wahyukan kpd engkau oleh Tuhan engkau akan daripada HIKMAH.

Al-Isra': 39.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 03:54 PM | Show all posts

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri,
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah
(yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya),
dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat),
serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah
(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)  
dan sesungguhnya mereka sebelum
(kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Al-Jumuah : 2)


Terjemahan @tafsiran yg saya warna merahkan itu adalah terjemahan yg telah di tambah-tambah dari ayat @lafaz nya yg asal.
di sini saya bawakan kembali terjemahan yg asli menurut grammar AlQuran yg saheh tanpa melakukan sebarang penambahan dari sudut lafaz @kalimah.


Dia lah yg telah mengutus pd ummiyyin akan Rasul dari mereka yg membacakan ke atas mereka Ayat-ayat Nya dan menyucikan mereka dan mengajarkan mereka akan Kitab dan Hikmah dan sesungguhnya adalah mereka itu dari sebelum ini benar-benar di dlm kesesatan yg nyata.
Al-jumu'ah: 2.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 10:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 17-5-2010 22:34

Reply 82# sirrikhafi

bismillah.....

Adakah perkataan SUNNAH wujud di dlm Quran?


tak dak, dan tidak mengapa, inkarus sunnah menang. tutup kes bab nie.



Apa yg buruk tu?


Quran tu yg buruk sebab dah lama(usang)....tak da yg penting dlm hal nie.tutup kes.


AlQuran sekali-kali tidak akan bertentangan,
kerana ia adalah dari sisi ALLAH,


ini yg sy nak bawak le pernbincangan nie....
tgk bawah......



ALLAH SWT mengajarkan HIKMAH kpd umat manusia,
nabi SAW mengajarkan HIKMAH kpd umat manusia,
maka ini menunjukkan bahawa,
HIKMAH itu ialah AlQuran.


jadi persoalannya di sini, ahli sunnah mendakwa nabi mengajar hikmah.

tetapi, ahli inkarus-sunnah selalu mewar-warkan bahawa hanya Allahlah yg mengajar hikmah.
jadi melalui ayat di atas, maknanya nabi ajar lah hikmah kan?

kalau begitu betullah pendapat itu, nabi memang mengajar hikmah, tak kisahlah samada Quran atau pun sunnah....

kalau nabi ajar QUran pun, maka itu cukup menunjukkan nabi tidak saja membacakan malah mengajar, dan apabila nabi mengajar maka tentulah tak sama dgn metode inkarus-sunnah yakni belajar@renung sendiri-sendiri.

wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2010 01:21 PM | Show all posts
ok, saudara sirrikahfi, kalau perkataan dan tuh tak memisahkan antara Kitab Allah dan Hikmah, maka apakah maksudnya?

kalau kita tengok quoted verse yang kamu quote (yang takde kurungan tuh) pun, still perkataan dan di letakkan di antara Kitab Allah dan Hikmah.

disebabkan ambo dok terrer bahasa arab, maka mintak tolonglah kamu terangkan apa maksudnya bila ada perkataan "dan" kat tengah2 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 02:09 PM | Show all posts

tak dak, dan tidak mengapa, inkarus sunnah menang.
tutup kes bab nie.


Mengapa tiada pula?

perkataan SUNNAH ada disebut di dlm Quran,

ALLAH mahu utk menjelaskan bagi kamu dan Dia memberi petunjuk kpd kamu akan SUNNAH-SUNNAH org-org dari sebelum kamu dan Dia menerima taubat ke atas kamu dan ALLAH itu mengetahui lagi bijaksana.
An-Nisa': 26.





jadi persoalannya di sini, ahli sunnah mendakwa nabi mengajar hikmah.
tetapi, ahli inkarus-sunnah selalu mewar-warkan bahawa hanya Allahlah yg mengajar hikmah.


Sejak bila golongan inkarussunnah mengatakan hanya ALLAH shj yg mengajar Hikmah?
mereka hanya mengatakan Hikmah yg di maksudkan di dlm AlQuran itu ialah AlQuran itu sendiri.




dan apabila nabi mengajar maka tentulah tak sama dgn metode inkarus-sunnah yakni belajar@renung sendiri-sendiri.


Bagaimana boleh tak sama?
sedangkan AlQuran jelas mengatakan,

Apakah mereka tidak merenungkan AlQuran?
An-Nisa': 82.


Dia yg telah mengajar AlQuran.
Ar-Rahman: 2.

Dia yg mengajarkan manusia apa yg mereka tak tahu.
Al-'Alaq: 5.

Bacalah dgn nama Tuhan engkau yg telah menciptakan.
Al-'Alaq: 1.

Bacalah apa yg telah di wahyukan kpd engkau dari kitab dan dirikanlah solat.
Al-'Ankabut: 45.



So, tang mana yg tak sama lagi tuh?


Maka jika mereka bertaubat dan mendirikan solat dan memberikan zakat maka itulah saudara-saudara kamu di dlm agama dan Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yg mengetahui.
At-Taubah: 11.





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2010 02:37 PM | Show all posts

ok, saudara sirrikahfi,
kalau perkataan dan tuh tak memisahkan antara Kitab Allah dan Hikmah,
maka apakah maksudnya?


Maksudnya ialah Bayan, yakni menjelaskan.
yaitu menjelaskan& menghuraikan lagi kedudukan AlQuran itu sebagai Kitab &Hikmah.
di dlm ilmu nahu ia di panggil 'Atof Bayan.
cuba check balik kitab grammar arab yg lebih terperinci tentang faedah &fungsi Huruf 'Atof.

Kesimpulannya,
AlQuran itu adalah Kitab &Hikmah.


Yaa Siin.

Demi AlQuran yg bijaksana.
Ya Sin: 1& 2.

Haa Miim.
Demi Kitab yg jelas.
sesungguhnya Kami telah menjadikan ia AlQuran yg arab mudah-mudahan kamu berakal.
Az-Zukhruf: 1,2 &3.




WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 10:19 AM | Show all posts
ohhh orait.. nanti saya try tengok grammar bahasa arab.. ambo budok masih belajo...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 10:21 PM | Show all posts
reply to sirii kahfi.

baiklah, jadi mmg nabi mengajar lah kan.

maka kaedah memahami Al-Quran ialah dgn pemahaman nabi.

bukan baca dan faham sendiri2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 12:33 AM | Show all posts

maka kaedah memahami Al-Quran ialah dgn pemahaman nabi.
bukan baca dan faham sendiri2.



orangbesi:

Kalaulah kita faham cam rasul faham,
mau jugak bengkak kaki berdiri SEMALAMAN
mau jugak berlapar dahaga kerna mementingkan saudara yg lain  



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 11:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 31-5-2010 23:46
Kalaulah kita faham cam rasul faham,
mau jugak bengkak kaki berdiri SEMALAMAN
mau jugak berlapar dahaga kerna mementingkan saudara yg lain
sirrikhafi Post at 20-5-2010 00:33



adui,

itu bukan alasan yang membolehkan kita untuk tidak mencari pemahaman Islam sebagaimana nabi faham....
atau dengan kata lain, ia sekali-kali bukan alasan yang membolehkan kita memahami agama lain dari pemahaman nabi....

tak kan lah itu alasannyer...?kan.

cuba bayangkan kalo kita pi nasihat orang,
pastu dia kata alah, aku bukan nabi....biarlah aku tak beriman sangat pun....
oh, mana buleh camtue...


pemahaman tentang agama perluah satu.
walopun kita tak dapat nak wat mcm nabi buat.



mari kita tengok apakah maksud hidayah dalam pemahaman salaf, yg mana paling TEPAT dan selari dengan sunnah nabi :

hidayah :

ada dua kategori untuk memahami hidayah,

pertama ialah kategori "DILALAH" yg mana disampaikan melalui manusia  contohnya ilmu2 yg kita cari dan pelajari:



dalil= surah as-syura ayat (52)

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quransebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidakpernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab(Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapiKami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjukdengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dansesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk denganAl-Quran itu ke jalan yang lurus, (52)



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


kedua adalah kategori 'TAUFIK' contohnya "kesedaran untuk berubah" yang mana inilah yang hanya Allah saja buleh bagi...ada ilmu belum tentu dapat taufik...

dalilnya adalah hadis sahih tentang wafatnya abu tolib yang telahsampai padanya ilmu tentang Tuhan yang satu dari nabi , namun masihikut agama nenek moyangnya.

dan ayat 56 dari surah a-Qasas yang diturunkan khas untuk situasi wafat abu tolib nih:


ayat 56 surah Al-QAsas

Al-Qasas
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayatpetunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam),tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepadasesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) danDialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaanuntuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam). (56)


so bagi sesiapa yg ingat yg terkeliru hidayah atau ilmu tu berbeza atau bercampur, inilah penjelasannya.
dua2 hidayah/petunjuk, tetapi bezanya imu tu hidayah umum, dan kesedaran utk berubah itulah yang hanya Allah boleh berikan.

bukan hidayah itu dari Allah bermakna tidak perlu belajar dari manusia lagi. jgn terkeliru.

wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 10:18 AM | Show all posts
1) orang anti hadis sembahyang tak ?
2) macamana pergerakan sembahyang orang anti hadis ? Sama macam kitaorang atau ada beza ?
3) Cara-cara sembahyang ikut panduan dari mana ?

Ada kaa orang anti hadis yang berani jawab soalan2 cepumas di atas ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 04:47 AM | Show all posts
Reply 94# blastoff

utk pengetahuan saudara, persoalan2 ini bukannnya masalah bg mereka kerana tidak ada keperluan bg mereka menlakukan semua itu...

kerana apa yg mereka faham dari Quran adalah lain dari kita, dan mereka ada set pmahaman mereka sendiri yg bebas dari memerlukan apa yg kita sebagai ahli sunnah soalkan itu...

soalan2 seperti itu bukan masalah bg mereka jika anda memahami apa yg mereka fahamkan.

walopun begitu, TETAP kita kena beritahu mereka bahawa sesungguhnya kita hanya perlu melihat Quran dari sudut yg nabi ajar, bukan sudut fahaman masing2....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 07:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 4-6-2010 08:02
Reply  blastoff

utk pengetahuan saudara, persoalan2 ini bukannnya masalah bg mereka kerana tidak ...
ussopp Post at 4-6-2010 04:47


So mereka tak sembahyang sepertimana kita sembahyang , kalau beza tang mana ? Atau mereka tak sembahyang langsung?

Dalam Al Quran banyak menyuruh mengerjakan sembahyang, jadi apa yang mereka faham mengenai suruhan sembahyang yang terdapat dalam Quran ?

Saya tak berpeluang bergaul dengan anti - hadis so saya tak tahu apa yang mereka faham mengenai bab sembahyang ni thats why saya tanya .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2010 06:18 PM | Show all posts

adui,
itu bukan alasan yang membolehkan kita untuk tidak mencari pemahaman Islam sebagaimana nabi faham....
atau dengan kata lain, ia sekali-kali bukan alasan yang membolehkan kita memahami agama lain dari pemahaman nabi....


Apakah dalilnya?



cuba bayangkan kalo kita pi nasihat orang,
pastu dia kata alah, aku bukan nabi....biarlah aku tak beriman sangat pun....
oh, mana buleh camtue...


Contoh yg anda berikan adalah tidak lojik.
kefahaman &keimanan adalah 2 perkara yg berbeza.
jika seseorg itu tidak memahami seperti apa yg nabi faham,
itu tidak akan menjadikan seseorg itu kafir.
tetapi jika seseorg itu tidak beriman sepertimana nabi beriman,
sudah pasti ia menjadi kafir.

iman &faham adalah 2 perkarai yg berbeza.




pemahaman tentang agama perluah satu.
walopun kita tak dapat nak wat mcm nabi buat.


Dalil nya?



pertama ialah kategori "DILALAH" yg mana disampaikan melalui manusia contohnya ilmu2 yg kita cari dan pelajari

dalil= surah as-syura ayat (52)
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quransebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami;
engkau tidakpernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu):
Apakah Kitab(Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu;
akan tetapiKami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi,
Kami beri petunjukdengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dansesungguhnya engkau
(wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk denganAl-Quran itu ke jalan yang lurus, (52)  



Terjemahan anda ini banyak yg tokok tambah dari lafaz yg asal.
cuba check balik ayat yg telah saya warna merahkan di atas.
di sini saya bentangkan kembali terjemahan yg asal dari grammar AlQuran yg saheh tanpa menokok tambah apa yg tiada di sebutkan di dlm ayat berkenaan:

Dan demikianlah Kami wahyukan kpd engkau akan roh dari urusan kami.
tidaklah engkau mengetahui apakah kitab itu dan tidaklah iman itu dan tetapi Kami jadikan akan nya sebagai cahaya yg Kami beri petunjuk dgn nya akan sesiapa yg Kami kehendaki dari hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau itu adalah benar-benar memberi petunjuk kpd jalan yg lurus.
Asy-syura: 52





dalilnya adalah hadis sahih tentang wafatnya abu tolib yang telahsampai padanya ilmu tentang Tuhan yang satu dari nabi,
namun masihikut agama nenek moyangnya.


Saheh ke?
sila berikan sanadnya serta tolong jelaskan kpd saya perihal perawi-perawi riwayat berkenaan satu-persatu.



ayat 56 surah Al-QAsas

Al-Qasas
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayatpetunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi
(supaya dia menerima Islam),

tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepadasesiapa yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya) danDialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
(ada persediaanuntuk) mendapat hidayat petunjuk
(kepada memeluk Islam). (56)


Terjemahan ini banyak yg tokok tambah.
di harap ussop berhati-hati menukilkan sebarang terjemahan ayat-ayat Quran.
ambil lah iktibar dari sikap ahli kitab yahudi &nasara yg suka menokok tambah ayat-ayat ALLAH.
ini terjemahan aslinya:

Sesungguhnya engkau tidaklah memberi petunjuk kpd sesiapa yg engkau cintai dan tetapi ALLAH memberi petunjuk kpd sesiapa yg Dia kehendaki dan Dia itu lebih tahu tentang org-org yg mendapat petunjuk.
Al-Qasas: 56




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 06:31 PM | Show all posts

1) orang anti hadis sembahyang tak ?


Sudah pasti lah mereka itu solat,
kerana perintah solat itu ada di sebut di dlm AlQuran.



2) macamana pergerakan sembahyang orang anti hadis ?
Sama macam kitaorang atau ada beza ?


"Sama mcm kitaorg atau ada beza" itu apa maksudnya?
adakah ia seperti perbezaan antara muslim &kafir?
dan siapa pulak yg mengajarkan gerak geri solat kpd nabi SAW?
dan apakah dalilnya?



3) Cara-cara sembahyang ikut panduan dari mana ?


Apakah AlQuran langsung tiada menyebut sebarang panduan @cara-cara utk bersolat?
apakah dalilnya?



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 06:40 PM | Show all posts

utk pengetahuan saudara,
persoalan2 ini bukannnya masalah bg mereka kerana tidak ada keperluan bg mereka menlakukan semua itu...


AstaghfiruLLAH... apakah buktinya?



kerana apa yg mereka faham dari Quran adalah lain dari kita,
dan mereka ada set pmahaman mereka sendiri yg bebas dari memerlukan apa yg kita sebagai ahli sunnah soalkan itu...


Boleh saudara buktikan "kebebasan" fahaman mereka itu?



soalan2 seperti itu bukan masalah bg mereka jika anda memahami apa yg mereka fahamkan.


Mana saudara tahu ia tidak menjadi masaalah bagi mereka?
ada banyak ibadat-ibadat yg tidak di sebutkan di dlm AlQuran contohnya:
hari raya dsbnya.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 06:51 PM | Show all posts

Dalam Al Quran banyak menyuruh mengerjakan sembahyang,
jadi apa yang mereka faham mengenai suruhan sembahyang
yang terdapat dalam Quran ?


Betul kata saudara.
AlQuran hanya mengatakan "Dirikanlah Solat".
tetapi solat apa?
wajib ke sunat?
bila waktunya?
dan bagaimana cara-caranya?
dan seterusnya.

so, mahu tak mahu antihadis terpaksalah merujuk kembali kitab hadis.
sebenarnya anti hadis tidaklah menolak hadis secara keseluruhan kerana hadis itu adalah sebahagian sejarah islam dan sebetulnya golongan anti hadis menjadikan sejarah sebagai rujukan kedua selepas AlQuran,
contohnya mereka ada berbicara tentang kesahehan Piagam Madinah dsbnya.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.056524 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list