CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azredclaw66

CERITA MISTIK CATATAN MERAPU AZRED

[Copy link]
 Author| Post time 21-12-2009 11:09 PM | Show all posts
tahniah pakcik..
cite yg menarik..

freyza Post at 21-12-2009 15:31


TQ.Ado laie ekau Frey? Ingat dah ghaib di Kola tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2009 02:06 PM | Show all posts
Setelah itu, dia memantapkan perisai tujuh lapis Lam Jalallah melingkungi tubuhnya.
Hadi kemudiannya bangun membuat latihan jurus-jurus sufinya sehingga dia berpuas hati. Ketika itu, Hadi dapat merasakan kehadiran yang ramai di sekelilingnya walaupun tidak kelihatan di mata kasarnya. Setelah itu dia kembali duduk berzikir dan berdoa dalam semadi yang dalam sehingga hampir sejam lamanya. Setelah membuka matanya, Hadi terkejut melihatkan bayangan bapanya duduk berdepan dengannya.
“Assalamualaikum anakku Hadi, abah tahu kamu akan menghadapi satu perjuangan yang hebat. Jangan risau, InsyaAllah, demi kebenaran dan hak, kamu akan berjaya. InsyaAllah, abah akan bantu bila perlu dari jauh. Sebenarnya ramai lagi makhluk Allah akan bersama-sama berjuang tanpa kamu sedari.”  Bayangan bapanya terus menghilang.
Suara bapanya yang bergetar di dalam kalbunya tadi memberi satu suntikan semangat yang membara di dalam jiwanya. Dr. Salam telah menggunakan ilmu terawangan untuk hadir ke sisi anak lelaki tunggalnya itu. Ilmu terawangan peringkat tinggi membolehkan pengembaraan roh ke merata pelusuk alam maya ini. Walaubagaimanapun ilmu ini harus betul-betul dimahirkan kerana banyak bahayanya.
“Syukur Alhamdulillah” Hadi begitu gembira sekali kerana dia tahu bahawa bapanya tidak akan membiarkan dia berjuang keseorangan. Kini dia yakin kemenangan akan berpihak kepadanya. Apa yang penting ialah keyakinan yang tinggi dan pengabdian menyeluruh kepada Allah Azzawajalla.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 04:23 PM | Show all posts
semakin menarik cerita ni...teruskan menulis..kerana sy akan jd pembaca setia..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 04:37 PM | Show all posts
{:3_83:} peramu neh yang area kg nelayan kat tg lumpur, kuantan tu eh?
nak berimaginasi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2009 05:37 PM | Show all posts
semakin menarik cerita ni...teruskan menulis..kerana sy akan jd pembaca setia..
yt79 Post at 22-12-2009 16:23

Makasih, Malulah den, cam ada fan club lak he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2009 05:38 PM | Show all posts
{:3_83:} peramu neh yang area kg nelayan kat tg lumpur, kuantan tu eh?
nak berimaginasi...
detonna Post at 22-12-2009 16:37

Mano mano pun tak apo, janji ekau bahgio yo....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-12-2009 05:47 PM | Show all posts
KAWAN BARU

Ketika menjamah hidangan tengahari yang disediakan di rumah Engku Haji Mohsein, Raja Bunian itu, Hadi mendapati terdapat empat orang lagi pemuda bersama-sama mereka. Entah bila mereka masuk pun tidak terperasan olehnya. Tiba-tiba saja ada di hadapannya. Salah seorang daripada mereka adalah lelaki yang berwajah bengis yang ditemuinya ketika mula-mula sampai di Pulau Semberani, Engku Damit. Pada perkiraan Hadi, jika mengikut umur manusia, Engku Damit berumur di sekitar awal empat puluhan tetapi di dalam dunia bunian atau jin pula, mungkin telah mencapai tiga ratus tahun. Tiada sekelumit senyum pun dipamerkannya. Bulu keningnya yang lebat dan melentik ke atas menambahkan lagi kegarangannya.
Pemuda-pemuda lainnya lebihkurang sebaya sahaja dengan Hadi. Mereka tersenyum melihat Hadi yang tidak berkelip-kelip memandang mereka. Lega sedikit perasaan Hadi yang berkecamuk di kala itu.
“Anaknda, ini Engku Damit, adinda tunggal ayahnda dan ketiga-ketiga pemuda ini adalah anakndanya, Engku Tumiran, Engku Budin dan Engku Anggun. Mereka akan bersama-sama anaknda untuk memerangi makhluk-makhluk jahat itu. Kami di sini tidak ada tentera kerana kami tidak sukakan pertumpahan darah sejak turun temurun lagi. Harap anaknda tengok-tengokkanlah mereka ini. Ilmu yang ada pada kami tidak seberapa.” Kata Raja Bunian itu.
“InsyaAllah ayahnda, tetapi anaknda ini pun tak ada yang lebihnya, Allah sahaja yang Maha Upaya.” Balas Hadi merendah diri.
"Alamak.....bolehke aku ni? Macam nak perang besar ni.....Aduhhh..., kalau boleh masuk dalam CGPA aku di Universiti ni memang 'top' ler...Silap haribulan pendek umur aku ni...Ishh! Apalah aku merepek ni! Ya Tuhan, berikanlah keyakina yang tinggi padaku...Aminn.." Getus hati Hadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2009 09:59 PM | Show all posts
Setelah selesai makan tengahari atau bersantap itu, Raja Bunian masuk sebentar ke kamarnya dan setelah beberapa ketika. keluar semula bersama sebilah sundang iaitu seperti pedang rupanya. Sundang itu sangat cantik buatannya dan sarungnya bertatahkan berbagai jenis batu yang berharga dan menarik. Sesekali tersilau mata dek kilauan cahayanya.
“Anaknda Hadi, ini adalah sundang kebesaran negeri bunian ini, Lela Andika namanya. Telah berkurun sundang ini disimpan sebagai salah satu alat kebesaran kami. Sundang ini juga ada banyak kelebihannya tetapi untuk digunakan sebagai ikhtiar terakhir sahaja kerana ia sangat merbahaya. Gunakanlah dengan bijaksana.” Kata Raja Bunian itu. Lama juga dibeleknya senjata itu seperti ada kenangan yang tiba-tiba mampir di kotak ingatannya, Kemudian dia menghulurkan sundang itu kepada Hadi.
“Eh, saya tak tahu guna senjata, berikanlah kepada Engku Damit.” Kata Hadi dengan nada perlahan, takut kalau Raja Bunian itu marah kepadanya.
“Engku Damit ada senjatanya sendiri. Bawalah Lela Andika dan kamu akan tahu sendiri nanti menggunakannya apabila tiba masanya. Hendak berperang perlu ada senjata zahir dan bathin.”
Hadi tidak punya pilihan lagi lalu diambilnya dengan beradat iaitu dengan mengeluarkan Lela Andika daripada sarungnya lalu mengucup bilah sundang itu dan menyarungkannya kembali. Adat itu sering ditontonnya di kaca TV melalui filem Melayu lama. Raja Bunian menolong menyangkutkan sundang bertali itu ke bahagian belakang badan Hadi. "Pandai beradat juga kamu anak muda," bisik Raja Bunian itu sambil tersenyum.
“Rasa macam ninja pulak,” fikir Hadi sambil tersenyum.
“Bila anaknda hendak berangkat?” tanya Raja Bunian. Dahinya berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Secepat mungkin ayahnda.” Kata Hadi. Kalau boleh dia mahu segala-galanya selesai secepat mungkin agar dia segera kembali ke alam manusia.
“Tunggulah sehingga selepas matahari menurun, sedikit,”
“Baiklah ayahnda, begitulah yang sebaiknya,” ujar Hadi kembali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2009 11:14 AM | Show all posts
beshnya citer....
tak jemu membacanya, kadang2 rasa mcm betul2 kat depan mata lak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2009 01:03 PM | Show all posts
beshnya citer....
tak jemu membacanya, kadang2 rasa mcm betul2 kat depan mata lak..
puanlina Post at 23-12-2009 11:14


Ishhh......., mana ade Pn. Lina, pakcik baru belajar menulis dalam bahasa Melayu. Selama ni banyak dah fiksyen kanak-kanak dlm B.I.  Tima kasih ler kerana sudi baca ek...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 01:05 PM | Show all posts
TQ.Ado laie ekau Frey? Ingat dah ghaib di Kola tu...
azredclaw66 Post at 21-12-2009 23:09


ado laie la pakcik..
kalo prey membawa diri..
prey akan gtau pakcik la..
ucap selamat tinggal pada jack..


pasni wat cite pasal jack plak..
manyak misteri tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2009 01:26 PM | Show all posts
Sememangnya orang pesanan orang tua-tua dahulu, jika hendak keluar bertempur atau mengubati, sebaiknya jangan ketika matahari menaik. Tiada salahnya mengikut petua orang dahulu.
Hadi sedikit terkejut apabila Engku Damit menghampirinya. “Maafkan ayahnda kerana berkasar dengan anaknda tempoh hari,” katanya sambil menghulurkan salam.
“Tidak mengapa ayahnda, saya mengerti.” Jawab Hadi sambil menyambut huluran tangannya. Genggamannya kukuh sekali sehingga Hadi resah juga takut tulang tangannya patah, maklumlah genggam panglima.....Namun, masih tiada secebis senyuman pun di wajahnya yang garang itu.
“Anaknda Hadi, pada perkiraan ayahnda, untuk mengalahkan jin bertiga itu, agak sukar juga. Entah apalah sihir yang digunakan. Hebat juga syaitan tu.” Kata Engku Damit. Kemuraman mewarnai wajahnya.
“Tidak mengapa ayahnda, kekuatan Tuhan tiada tolok bandingnya. InsyaAllah, kita berlima mampu menghancurkan mereka. Bagaimana kita dapat mencari mereka ayahnda?” Hadi mengatur kata katanya sesopan mungkin.
“Sukar juga, mereka tidak berada di pulau itu sepanjang masa. Tanda yang menunjukkan mereka ada, bila sahaja kabus hijau pekat menyelubungi pulau. Dalam sehari dua ini mereka tidak berada di pulau itu. entah ke mana bergelandangan.”jawab Engku Damit.
“Mereka tidak dapat mengesan ayahnda?” tanya Hadi lagi..
“Bila kabus hijau mula muncul, ayahnda akan segera masuk ke dimensi bunian. Tak terdaya ayahnda untuk menghadapi mereka, sekadar mengawasi” Engku Damit melepaskan geramnya dengan menumbuk tiang seri yang berhampiran dengannya. Bergegar alang rumah agam itu dan kecut seketika perut Hadi.
"Fuh! Kalau kena muka aku sahih bersepai nih!" fikir Hadi sambil berusaha tidak mengendahkan perlakuan Engku Damit itu.
"Kita perlu berhati-hati...," tambah Engku Damit lagi.
Hadi mengangguk-anggukkankan kepalanya. Segala-galanya perlu dirancang dengan rapi dahulu. Tidak sabar rasanya untuk memusnahkan jin bertiga itu. Engku Anggun , Tumiran dan Budin hanya tersenyum mendengar perbualan mereka. Tidak terlihat perasaan takut atau ragu-ragu di wajah mereka yang agak tampan itu. Bunian empat beranak itu berpakaian serba hitam seperti hulubalang Melayu lama .Hadi pula memakai sepasang  baju Melayu serba putih, pemberian Engku Mohsein. Juga kelihatan segak tetapi lebih kelihatan sebagai mempelai daripada seorang pahlawan.
Setelah menunaikan sembahyang Asar, mereka pun turun menuju ke pintu gerbang dimensi untuk ke Pulau Semberani.
Dalam perjalanan itu, penduduk yang berselisih dengan mereka memberikan kata-kata semangat dan penghormatan kepada mereka. Wajah mereka jelas menyerlahkan pengharapan yang tinggi terhadap pahlawan-pahlawan mereka itu.
‘Semua penduduk ni tahu rupanya tentang pemergian kita,” kata Hadi sambil melambai-lambai.
“Benar. Mereka sangat mengharapkan agar kita dapat menyempurnakan tugas dengan baik.” Jawab Engku Damit.
"Tak sangka dah jadi hero le pulak aku nih.." getus hati anak muda itu sambil tersenyum.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 02:52 PM | Show all posts
Wah..we want more :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2009 02:58 PM | Show all posts
Wah..we want more :pompom:
kzamam Post at 23-12-2009 14:52


Sabo tuan, pokcik dah tuo, ado maso den updatekan yo...tima kasih....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 03:22 PM | Show all posts
salam azred,
citer yang menarik...kalo buat buku mesti anak aku beli..
kalau buat manga..pakcik boleh kayo..
teruskan berkarya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 03:24 PM | Show all posts
citer azred nie bukan semua rekaan nie. pengalaman pun banyak nie kan??

makrifat yang ko citer, sejibik macam aper yang member2 aku ceritakan.. tapi takkan dapat kalau takder amal..

teruskan... nak baca lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2009 03:47 PM | Show all posts
{:3_84:} nak lagiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2009 04:09 PM | Show all posts
Yenil95, Thoyo, Naqi-tira,

Terima kasih kerana membaca dan sokongan anda.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 04:12 PM | Show all posts
sebenarnya cerita siva tnb tuh agak menarik perhatian aku...
Boleh pulak aku ter imagine langsuir terkial2 menarik rambut dia dari kabel letrik tuh. Aku budget langsuir tuh compom control cun menahan malu.... Lagi pulak kena baling kayu. jatuh sahamm!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2009 04:22 PM | Show all posts
Tidak lama kemudian mereka melepasi kawasan kampung  dan tiba di sebuah lorong yang tidak kelihatan ke arah mana halatujunya disebabkan kabus putih yang tebal di hadapan mereka. Engku Damit berpusing ke arah mereka dan mengangkat tangan kanannya..., "Bersedialah, kita kan keluar dari dunia ini menuju ke dimensi manusia. Entah apa yang menunggu kita di sana, jadi berhati-hati semua. Bismillah.." ungkap Engku Damit. Beliau melangkah tenang ke dalam kabus itu diikuti yang lainnya.  Tiba-tiba sahaja mereka sudah  berada di tanah lapang bekas kampung lama di Pulau Semberani. Suasana sunyi heningnya begitu menusuk kalbu. Engku Damit kelihatan amat sedih sambil memerhatikan sekelilingnya. Hadi diam sambil matanya memerhatikan sekeliling dengan mata fizikal dan mata hatinya.., bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.
“Di sinilah rakan-rakan manusia ayahnda dibunuh dengan kejam. Kepala mereka dipenggal dan tubuh mereka dijadikan makanan jin-jin durjana itu.” Kata Engku Damit sambil menumbuk pangkal pokok Ara Lempong berhampirannya. Wajahnya menjadi merah padam dengan kemarahan dan kesedihan yang bergabung menjadi perasaan yang sukar diungkapkan..
“Sabar ayahnda, kita akan bersama-sama menuntut bela di atas kezaliman mereka.” Pujuk Hadi sambil merenung sekitar tempat itu. Tidak ternampak sebarang kabus hijau yang muncul. Itu bererti mereka sempat untuk bersedia menunggu kemunculan jin-jin jahat itu. Dia menarik nafas lega.....buat seketika.
“Mari anaknda, kita ke tempat yang lebih selamat,” kata Engku Damit. Anak-anaknya kelihatan bersedia menghadapi sebarang ancaman dengan menghunus keris-keris mereka. Hadi tahu bahawa keris-keris mereka yang berkilauan dipanah cahaya matahari itu bukannya sebarang keris. Aura keris-keris mereka yang kemerahan begitu kuat sekali getaran tenaga ghaibnya.
“Hebat juga orang-orang bunian ni,” getus hatinya sambil melangkah mengikuti mereka. Engku Damit membawa mereka ke kaki sebuah bukit kecil dan terus masuk ke dalam dinding batu di hadapan mereka diikuti oleh anak-anaknya meninggalkan Hadi terpinga-pinga di luar. Seketika kemudian, Engku Damit muncul keseorangn sambil tersenyum. Itulah senyuman pertamanya yang pernah dilihat Hadi.
"Segak juga dia ni rupanya," kata hati kecil Hadi.
“Maafkan ayahnda kerana terlupa bahawa anaknda ni daripada golongan manusia, tidak seperti kami. Mari ikut ayahnda.”
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051743 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list