|
still nak tunggu apa yg terjadi seterusnya... |
|
|
|
|
|
|
|
adik oooiiii..bila nak sambung... sunyi la ari nih tak dak n3... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 82# ariellin
alaa....jgn la ariell..kalu sad ending pasti laris mcm goreng pisang u punye citer ni... |
|
|
|
|
|
|
|
adik oooiiii..bila nak sambung... sunyi la ari nih tak dak n3...
asyriqa Post at 7-7-2010 14:00
post n3 baru mlm kang kut...ngah carik ilham |
|
|
|
|
|
|
|
sad ending ke happy ending ke janji citenya best... |
|
|
|
|
|
|
|
pasti best...wink2..i tlg pomot nie u pnye citer ariellin.. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tanye kat TT??
betul ke ade peraturan macam tu kat asrama??
ke main reka jer??
teringat kenakalan aku kat asrama.. tak sah jadi student kalau tak fly |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tanye kat TT??
betul ke ade peraturan macam tu kat asrama??
ke main reka jer??
teringa ...
Kia_picanto Post at 7-7-2010 19:51
tah...aku reka jek...tapi kalu ikut real life ada yg mati lah kene buli... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 91# ariellin
dah agak ko reka nyetapi ok jer... imaginasi org kan..
tiada batasan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 95# ariellin
tak pe.. man man.. taip je pape patut.. kami menunggu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 20:05
Aku buka mata perlahan. Ternampak Lailawati dan Shakira di birai katil sedang berbual. Lagaknya macam serius. Aku di mana, ya? Aku buang pandangan ke sekeliling bilik bercat merah jambu yang dihiasi mural pokok-pokok merimbun. Oh, di Bilik Sakit rupanya.
Lemas pulak rasanya baring macam ni. Ketika aku cuba bangun dari katil, Lailawati dan Shakira datang menghampiri.
"Wei, kau tu tak sihat. Baring aje lah diam-diam. Jangan banyak sangat bergerak", lagi satu perintah dari Lailawati. Ishh dia ni kan, sama ada aku sihat atau sakit, lagak dia tetap macam emak-emak. Kalau dia ada anak, mesti letih telinga anak dia nak dengar dia membebel 24 jam non stop.
"Kau dengar tak? Kalau kau baring, kami pun boleh rehat sekali. Ha ha ha..", pernyataan dari Lailawati membuatkan aku ketawa.
"Banyak lah kau punya rehat. Eh chup! Apa pasal aku kat sini? Aku kenapa ya?", memang aku tidak ingat kenapa aku 'direhatkan' di sini. Ada something wrong yang berlaku ke sebelum ni?.
Lailawati dan Shakira berpandangan sesama sendiri mendengar soalan aku. Aku pandang mereka. Aku konpius ni!
"Kau jatuh dekat tangga sekolah. Sudah lah jatuh, lepas tu siap langgar student lain. Student tu pun dah terlantar macam kau. Tapi dekat Asrama Lelaki lah. Tak warded pun. Dah lah, jangan fikir bukan-bukan", sedikit lega dengan penjelasan Shakira tapi macam mana aku boleh jatuh tangga.
"Eh sekali lagi aku nak chup! Apa pasal pulak aku boleh jatuh tangga? Bukan tadi Kak Aini datang wat spot check ke? Atau ada ...",
"Dah lah, tak payah nak fikir yang bukan-bukan. Yang penting kau rest. Malam ni ada special dinner, Warden dah announced tadi. So malam ni, boleh cuci mata", senyum Shakira. Ceh! hormon gatal dia dah keluar membuak-buak lah tu.
Dan sekali lagi dengan tiba-tiba aku tertarik untuk bertanya Lailawati. Sebab semuanya secara tiba-tiba. Tiba-tiba teringatkan satu topik yang masih belum ada petunjuk.
"Lai, kau hutang aku satu benda. Aku bagi tahu aje lah supaya kau tak banyak tanya. Malam nanti kau tunjuk dekat aku siapa student tu ye. Boleh ye? Saja-saja nak tahu", aku senyum nipis. Lailawati membuntangkan matanya kepada aku. Terperanjat agaknya dengan 'hutang' dia pada aku yang masih tertunggak itu.
Melihatkan aku yang masih lagi tersenyum menantikan dia menganggukkan kepala tanda setuju dengan proposal aku, akhirnya dia bersuara,
"Ya lah. Sudah. Jangan cakap banyak. Baring je diam-diam", suruhan dari mak tiri.
Aku kembali mengemaskan baringku. Shakira mencapai buku nota kecilnya.
Dan di sebalik selimut yang menutupi muka, aku tersengih...akhirnya......wakakkakaka
"Tidur lah....kau buat apa lagi tu?", ishhhhh tau je dia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
next3....nk lagik n3 pliss.... citer awak nie buat saya terkenang zaman duk hostel dulu r..best300x... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 20:05
Aku hanya mengenakan baju kurung biru muda bercorak bunga-bunga besar warna merah untuk dinner malam ni. Riuh rendah jadinya bilik kami kerana Lailawati dan Shakira sibuk mengoleskan wajah masing-masing dengan segala maskara, eyeshadow dan entah apa-apa lagi yang aku kurang tahu. Aku cuma sapu bedak Johnson&Johnson saja dimuka, itupun bekalan bedak sejak awal tahun yang masih tak habis-habis. Timbul juga rasa musykil di dalam kepala otak aku yang sedikit RAMnya ini, dari mana budak-budak bertiga ni dapat stok alat mekap? Bukan ke alat mekap tidak dibenarkan dibawa masuk oleh junior, arahan dari Senior?
"Cik kak, kita ni cuma nak dinner di Dewan Makan aje lah. Bukan ke five star hotel. Yang kau orang beria-ia memekap bagai ni, kenapa? Buang tabiat?", sergah Marshila. Aku mengekek ketawa. Marshila ibarat nenek kebayan kalau dilihat gayanya yang bercekak pinggang itu.
"Aduh Shila...kau cakap pun tak serupa bikin. Cuba kau tengok muka kau di cermin tu. Layaknya dah macam heroin tua dalam opera Cina, kau tahu. Aduh...buang lah, tak tahan aku nak ketawakan kau ni..", sungguh sakit perut aku melihatkan wajah seorang demi seorang. Rasanya ada yang kencing atas katil malam nanti sebab mengalami mimpi buruk.
Mendengarkan komen pedas dari aku, Marshila bergegas mendapatkan cermin ajaib nya yang diletakkan di hadapan katil. Puas wajahnya dibelek ke kiri dan ke kanan, dia memandang aku dan berkata, "Mana ada, kau ni kan...", secepat kilat juga aku mengelakkan diri dari terkena bantal yang dibaling Marshila. Dan aku sambung ketawa yang terputus tadi.
Hairan aku, semua cerdik-cerdik belaka tapi bila dapat hadir function yang tidak segah manapun, masing-masing dah serupa orang gila. Ya lah, mungkin kesan duduk terperuk dalam Asrama, tak bercampur pulak dengan gen yang berlawanan, dalam kelas juga jantina yang sama, haruslah medula oblongata membuat onar (betul ke itu fungsi medula oblongata) arhhh .. belasah aje lah, janji ada perumpamaan.
Loceng telah dibunyikan menandakan barisan-barisan tentera harus bersiap sedia.
Terkocoh-kocoh kami mengambil sandal dan sama-sama berlari dengan penghuni yang lain menuju ke padang. Kalau lambat nanti terpaksa pulak masing-masing nak menadah telinga mendengar syarahan yang panjang lebar dari Kakak Suara Bingit itu..."Cepatlah dik. Tak dengar ke dik?", itu aje lah ayat yang Kakak Suara Bingit tu jeritkan setiap hari tapi hairan juga, malam ni tak dengar pulak suara dia. Lantak dia lah !! Malam ni aku cuma mahu mengisi perut dan mencuci mata.
Oleh sebab malam ini makan malam bersama-sama dengan semua pelajar Tunas Setia, maka secara tepat dan logiknya, Dewan Makan ibarat Pasar Basar Kampung Kepayang. Kami berempat duduk di meja yang paling belakang.
Lailawati yang memekak minta kami duduk di meja ini, katanya kalau makan banyak pun, tak ada orang yang perasan. Pendek kata, saham dia takkan jatuh di mata budak-budak lelaki tu. Lepas tu katanya tempat ni paling strategik nak jamu mata tengok mamat handsome Tunas Puteri. Statement yang sangat perasan. Aduh, semakin lama minah ni semakin menunjukkan perasaan miang nak berlaki. Mengenangkan itu membuatkan tawa aku terletus.
"Kau ni kenapa? Tiba-tiba ketawa? Gila?", serentak mereka bertanya. Aku tekup mulut namun masih ketawa. Ingin ku tahan-tahan tapi tak berdaya. Dan aku ketawa juga akhirnya. Ketawa yang ikhlas.
Berkerut-kerut muka mereka. Ha ha ha..aku ketawa lagi.
Menu malam ini, nasi ayam, sate, lontong, mee goreng, buah-buahan, dan dessert. Selesai Warden membuat sedikit ucapan alu-aluan, dengan diiiringi bacaan doa dari Imam Asrama (yang aku tak tahu pun namanya), acara makan-memakan terus berlangsung.
Aku tak makan sate, jadi mereka bertiga memang beruntung besar. Aku hanya makan nasi ayam dan sedikit mee goreng. Perut aku tak mampu nak menampung makanan yang ada. Tak larat sudah rasanya.
"Psttt, kau nak tahu tak siapa budak lelaki tu?", Lailawati berbisik pada aku. Terus juga aku menganggukkan kepala. Automatik mata aku meliar memandang ke sekeliling dewan. Ramai juga yang handsome-handsome di Tunas Setia ni. Sebelum ni tak perasan pun. Aku senyum gatal dalam hati.
"Kau nampak tak, budak lelaki meja nombor 3 dari depan, bertentang pada kita tu?", mata aku menjalankan tugas. Mesti tak berapa nak handsome mamat ni sebab aku tak nampak pun, hati berkira-kira.
"Mana?", aku pandang Lailawati. Namun perasan raut wajah Shakira dan Marshila yang pelik melihat kami berbisik-bisik.
"Yang pakai baju melayu warna biru tu lah. Yang chinese look tu", nadanya bertukar geram. Hilang sabar dengan aku, agaknya.
Sekali lagi, mata aku yang cantik dan sihat ini menjalankan tugas..meja nombor tiga, chinese look, pakai baju warna bi....
"Alamak, dia perasan aku pandang dia..", aku menundukkan wajah di sebalik Lailawati.
"Kenapa dia macam tahu aje aku nak pandang dia? Dan apa pasal aku rasa macam tak sedap badan ni", aku merungut. Ingin memandangnya sekali lagi, itu sangat tidak mungkin.
Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa budak lelaki tu masih memandang aku. Macam mana nak terangkan yang aku rasa dia masih pandang aku? No idea tapi aku rasa aku tahu, lah.
"Itulah budak yang buat Shakira gila bayang", bisik suara itu macam berbunyi amaran pada pendengaran telinga aku.
Dan kenapa dengan tiba-tiba telinga aku jadi panas, muka pun panas, hati pun panas....ishhhhhh....kenapa semuanya tiba-tiba...!! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|