|
pagi baby...kami merinduimu baby...nak n3 |
|
|
|
|
|
|
|
nampaknya xde la n3 dari baby untuk kita ari ni |
|
|
|
|
|
|
|
aiseh terberenti kt part besh lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
baby ada...
dia g masuk rmah sebelah.... |
|
|
|
|
|
|
|
sorry u all......![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by babyanah at 18-7-2010 00:22
“Maafkan saya Kay. Saya tidak sangka yang mereka sanggup melakukan semua ini.” Suara Azryn Zafira kedengaran sayu. Apatah lagi melihat keadaan Kay yang lemah dengan bahagian perutnya dibaluti kain kasa serta terdapat beberapa kesan lebam pada lengan dan tubuh badan akibat daripada tindakan mempertahankan diri.
Azryn Zafira tidak dapat menyangkal yang Tengku Izuddin sebenarnya ada kaitan dengan serangan itu apatah lagi bila Kay memberitahu yang dia telah diberi amaran untuk menjauhkan diri daripadanya. Siapa lagi sanggup melakukan perkara di luar batasan seperti itu dan yang bermain di kotak fikiran cuma sebaris nama itu. Azryn Zafira merasa sungguh-sungguh kesal dengan kejadian yang menimpa Kay. Semua ini berpunca dari dirinya. Bertambah-tambah rasa bersalah dia pada Kay kerana terpaksa menanggung kesakitan yang sepatutnya tidak berlaku kalau dia tidak melibatkan Kay. Dia tidak akan mampu memaafkan dirinya seandainya Kay tidak terselamat dalam serangan tersebut.
“Saya betul-betul minta maaf, Kay.” Setitis airmatanya tumpah. Kalau boleh dia tidak mahu menyakiti sesiapapun. Kay sedikit tersentak melihat Azryn Zafira yang tidak semena-mena mengalirkan airmata. Seumur hidupnya, tidak pernah ada sesiapapun yang menitiskan airmata untuk dirinya melainkan mak dia seorang jer.
“Tak apa! Tak apa! Bukannya sakit sangat pun.” Sekadar menyedapkan hati Azryn Zafira walhal untuk bergerak sedikit pun rasa tidak mampu. Risau dia menyaksikan wajah sedih yang terpancar pada Azryn Zafira. Tidak pula dia menyangka Azryn Zafira yang kelihatan tegas itu punya hati yang sensitif. Terkelu lidahnya. Hendak memujuk dia tidak tahu bagaimana. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
Fesol yang memerhatikan mereka berdua sejak dari tadi, cuma mampu berdiam diri tak faham apa sebenarnya yang telah dan sedang berlaku. Bila pula member aku ni couple dengan minah cun ni? Ketika dia mengangkat telefon bimbit milik Kay yang tak berhenti-henti berbunyi sejak pagi, suara Azryn Zafira yang menyapa pendengaran.
“Kay? Kenapa tak jawab panggilan saya?” Cemas sahaja bunyinya.
“Aa…err…saya bukan Kay. “Azryn Zafira tersentak.
“Ini bukan handphone Kay ker?” Dia bertanya cuba mendapatkan kepastian.
“Betul…”
“Habis tu, dia kat mana?”
“Dia kat Hospital.” Hospital? Kemalangan ker atau melawat orang sakit. Berdebar-debar hatinya. Kalau sekadar melawat orang sakit tak mungkinlah telefon itu akan berada dalam tangan orang lain.
“Hah? Kenapa?”
“Dia cedera.”
“Hah?” Bertambah-tambah cemas suara Azryn Zafira jadinya.
Ketika Azryn Zafira tiba tadi, Kay sudah pun bangun dari tidur. Nasib baiklah luka akibat tusukan pisau itu tidak terlalu dalam atau terkena pada mana-mana organ penting Kay. Kalau tidak mahu jadi arwah dia malam itu.
Memandangkan Kay sedang terlantar di hospital, Azryn Zafira faham sekiranya Kay ingin menarik diri daripada meneruskan rancangan yang ditawarkan olehnya. Siapa yang mahu melibatkan diri kalau sudah menerima ugutan sebegitu rupa. Walaupun ratusan ribu menjadi habuan, ianya tidak berbaloi untuk menggadai secebis nyawa yang tiada galang-gantinya.
“Cik Zafira tak perlu susah hati, saya bersetuju untuk meneruskan rancangan yang berikutnya.”
“Hah?” Terkejut Azryn Zafira mendengarnya. Betul kah? Dia tak serik ?
“Are you sure?” Dia memandang Kay untuk memastikannya dan Kay mengangguk seraya tersenyum.
Rancangan? Rancangan apa? Fesol yang menjadi pemerhati tertanya-tanya. Dia jadi makin tak faham dan keliru. Kay cuma memberi isyarat mata kepadanya, mungkin cuba memberitahu Fesol yang dia akan bercerita lanjut padanya kemudian.
Kenapa harus melepaskan sesuatu yang berharga setelah sanggup bergadai nyawa begini? Tidak, tidak mungkin aku akan menarik diri. Makin berkobar dia untuk turut serta dalam permainan anak-anak orang kaya itu. Begitu desis hati Kay ketika memberi persetujuan kepada Azryn Zafira tadi. Perlahan dia membetulkan badan dan membaringkan diri. Bisa tusukan itu masih dirasainya tapi dia sudah berazam dan bertekad dalam hati untuk menang dalam permainan itu walau dalam apa cara sekalipun. |
|
|
|
|
|
|
|
baby...
thanks..
akhirnya brsambung juga |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya...
thanks... ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
kalu free letak n3 lagi k... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mekasih baby...akhirnya ada juga n3 klu blh nak lagi n3 |
|
|
|
|
|
|
|
akhirny baby muncul gak
heheheheh sukanya kita..... |
|
|
|
|
|
|
|
teme kasih baby,ade jugak wlupun ckit. |
|
|
|
|
|
|
|
dah nak minum ptg ni.. blm ada n3 lagi ke baby |
|
|
|
|
|
|
|
korang...minta maaf banyak2....kepala tgh serabut....![](static/image/smiley/default/dizzy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
takpe baby jgn serabut2kn kepala
nnt sian kita org xde n3 lak nk membaca
take ur time |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm...setia menanti... ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pun tunggu baby tgak
harap2 arini ada n3 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|