|
sambungan...
‘ooo… oklah kalau camtu, pukul 6 abg jemput Fina’ jawab Fina dan perbualan kami terhenti disitu.
Jam 5.50 aku dah tercongok depan pejabat Fina, takpe lah awal sikit…jangan Fina yang tunggu aku.
6.10 petang kami sampai di restoran Penarak, berhampiran jeti Kuah.. niat di hati lepas makan baru aku nak terus terang dengan Fina. Kalau cakap awal2 bimbang juga nnt ada pulak org yg hilang selera makan… hehe…
Selesai makan… ku kumpul seluruh kekuatan dalam diri untuk berterus terang dengan Fina. Harap Fina tidak menolak permintaan aku.
‘Errr… Fina… abg ada hal nak cakap ni…’ kataku…
‘Hmm? Abg nak cakap apa? Soalnya ceria seperti selalu.
‘Abg nak masuk minang!’ tiba2 kurasakan seperti satu bebanan yang besar terangkat dari diriku. Pedulikan rasa malu… aku dah tak sanggup nak tunggu lama lagi. Bagiku…3 tahun sudah cukup untuk aku mengenali Fina. Ku pandang wajah Fina yg mula berona merah dihadapanku. Fina menunduk… malu untuk bertentang mata denganku barangkali…
‘Abg jgn nak buat lawak le menda2 serius camni…’ kata Fina
‘apa pulak lawak… abg serius ni’ jawabku. Kulihat Fina seperti hilang arah. Sekejab membetulkan tudungnya… sekejap membelek kukunya. Dia kelihatan sedikit gelabah.
‘errr… abg dah fikir panjang ke ni? Tak menyesal ke nanti org ckp isteri abg tak setaraf dari segi pendidikan, kerjaya dan juga taraf hidup?’ jawab Fina.
‘Abg dah habis fikir…dan abg rasa abg dah jumpa org yang boleh bahagiakan abg’ jawabku setulus hati.
‘hmm… bagi Fina masa untuk berfikir dan bagitau mak dan ayah Fina dulu… Fina perlu dapatkan persetujuan mak dan ayah sebelum Fina buat apa2 keputusan.’ Jawab Fina lancar.
‘Okey… abg tunggu jawapan Fina… baik atau buruk abg akan terima’ jawabku.
‘Jom balik!’ Fina bersuara. Hmmm.. aku dah agak dah… nasib baik aku tak cakap awal2 tadi..
Aku pulang ke rumah selepas menghantar Fina kerumahnya. Malamnya aku mencipta angan setinggi langit. Merancang tarikh yang sesuai untuk majlis pernikahan kami… mungkin Mei, 2003 adalah masa yang tepat? Merancang tempat untuk berbulan madu. Selepas majlis pernikahan selesai, musim sejuk di New Zealand bakal menjadi destinasi bulan madu kami. Ingin sekali aku membawa Fina menaiki bot menghayati keindahan alam di Milford Sound, atau menghabiskan masa di Lake Matheson… huh!! Best betul berangan…aku tersenyum sendiri.
Seminggu selepas aku meluahkan niat hatiku pada Fina aku terima panggilannya selepas isya’
‘Assalamualaikum sayang…’ sapaku.
‘waalaikumsalam’ jawab Fina. Tetapa ada sesuatu pada suara itu yg tidak menyenangkan hatiku. Aku mula berdebar walau Fina belum beri apa2 kata putus.
‘Lama Fina tak telefon abg… Fina marah abg ke? Soalku ingin tahu.
‘kenapa abg tipu Fina? Apa salah Fina pada abg? Kenapa abg buat Fina mengharap, lepas tu abg buat Fina kecewa? Fina tak pernah buat camtu kat abg… bicara Fina mulai sebak.
Bertubi2 soalan dari Fina yang tak mampu untuk kujawab…kerana aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yg berlaku sehingga Fina menganggap aku menipunya. Perasaan aku padanya bukan satu penipuan! Hasrat hatiku untuk menjadikan Fina sebagai isteriku juga bukan satu penipuan! Kenapa Fina cakap aku menipunya? Aku mula rasa tidak sedap hati.
‘Fina! Fina cakap apa ni? Apa yg abg tipu Fina? Soalan Fina kujawab juga dengan soalan. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg jd sebenarnya nie...
lagilah n3... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...
‘ooo… oklah kalau camtu, pukul 6 abg jemput Fina’ jawab Fina dan perbualan kami ...
Fantaghiro Post at 8-7-2010 14:11
abang sebenarnya perempuan kan?? kenapa abg tukar jantina? kenapa bang?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 42# Fantaghiro
aku pn suka movie nih ...
masih teringat2 kt tarabas... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 85# kendOS
samalah dgn aku...
lagi suker tarabas dr putera bodoh tu |
|
|
|
|
|
|
|
apalah masalah yg timbul ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung...
‘Kenapa abg tak cakap abg dah kawin? Kenapa abg tak pernah cakap pun abg dah ada anak? Selama ni Fina ingat abg betul2 ikhlas dengan Fina…tapi abg tipu Fina! Selama ni Fina berjanji pada diri Fina, yang fina takkan jadi perosak rumah tangga orang… Fina taknak jadi org ke-3, tapi rupanya2 Fina tak sedar pun yg Fina dah melukakan hati perempuan lain!!’ tingkah Fina
‘Fina! Dengar abg nak ckp! Mana Fina dapat cerita abg dah kawin ni? Siapa yang cakap abg dah kawin? Suaraku mulai keras.
‘Fina call tanya En Lan, Asst. Manager tpt abg kerja! Fina tanya Zan! Guard tempat abg kerja! Fina tanya Kak Ju! Kak Ju sendiri cakap penah jumpa dengan isteri abg yg tengah mengandung masa tu! Fina tanya Fizli! Semua cakap abg dah kawin! Abg nak nafikan lagi? Takkan semua 1 bank tu nak tipu Fina? Apa untungnya kawan2 abg tipu Fina? Fina mula membuka cerita yang menjadi punca kemarahannya padaku.
Tidak kusangka sikap Fina berubah sama sekali. Dari seorang yang lemah lembut bicaranya, sopan tutur katanya, berubah menjadi seorang yg asing padaku. Tapi aku faham kenapa Fina begitu marah. Aku tahu pendirian Fina. Apa yang berlaku pada rumahtangga ibu dan ayahnya membuat Fina terlalu berhati2 dalam memilih teman hidupnya. Aku tidak menyalahkan Fina sama sekali.
Bagaikan dihempas seketul batu besar di atas kepalaku mendengar bicara Fina. Tidak ku sangka rakan sekerjaku berpakat untuk menjatuhkan maruahku dihadapan Fina. Aku akui aku tidak begitu rapat dengan mereka, tapi itu bukan menjadi sebab untuk mereka menjatuhkan aku sesuka hati! Mungkin juga mereka mempunyai niat yang tidak baik pada Fina! Aku tak pasti…
Aku cuba sedaya upayaku untuk meyakinkan Fina yang aku ni belum berkahwin… nampaknya tidak mudah untuk Fina mempercayai aku seperti sebelum ini. Aku betul2 kecewa dengan apa yang terjadi. Hendak aku lepaskan kemarahan ini pada siapa? Rakan sekerjaku? Andai perkara ini aku panjangkan… keadaan akan bertambah buruk… biarlah kemarahan ini kupendamkan saja...
Sejak dari hari itu hubungan aku dengan Fina semakin renggang… amat jarang sekali panggilanku berjawab, tidak seperti selalu… angan2ku selama ini hilang begitu saja. Dalam diam ku cuba untuk mencari pekerjaan lain… jauh dari semua org2 yang memusnahkan impianku. Jauh dari insan yg amat aku sayangi. Dan syukur, aku diterima berkerja sebagai Penolong Pendaftar bahagian Kenderaan & Keselamatan di Kolej Universiti Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai.
Julai 2003 aku berhijrah ke Negeri Sembilan. Membawa bersama rasa kecewa yang tak berpenghujung. 3 hari sebelum aku meninggalkan bumi lagenda itu ku hubungi Fina… mungkin untuk kali terakhir... dan syukur panggilan ku berjawab…
‘abg dah berenti kerja…’ beritahuku
‘kenapa abg berhenti? Soal Fina
‘nak bawak diri… duk sini pun takde org yg sayang kat abg’ bicaraku dalam rajuk yang masih bersisa.
‘Fina mintak maaf banyak2 dengan abg… Fina tak tau siapa yg Fina patut percaya… Bukan Fina tak sayangkan abg… tapi cukuplah sayang tu sekadar sayang pada saudara seagama… Fina takut nak ambik risiko… harap abg faham…’
‘takpe la Fina… apa pun berlaku… abg nak Fina ingat… abg sayang Fina sampai bila2…’ luahku…
‘Fina doakan abg bahagia… tak kira walau siapapun yang menjadi teman hidup abg’
Berbicara dengan Fina buat hatiku makin terhiris… seolah2 sudah tiada ruang untuk aku membuktikan kebenaran tentang diriku.
Berbulan lamanya kuteruskan hidup dengan penuh kerinduan pada insan yang amat aku sayangi… walau jauh…aku tak pernah melupakan Fina… sesekali aku terlihat kelibat seseorang seperti Fina di tempat baruku… ah!! Mungkin khayalanku saja… ‘tapi… kerap pulak aku Nampak budak yg macam Fina tu…student agaknya’ bisikku sendiri… rinduku sikit sebanyak terubat dengan kehadirannya… |
|
|
|
|
|
|
|
Kendos & mijot: putera bodoh? hehe.. betul2... asek pingsan jah putera tu... balik2 heroin gak nak kena selamatkan dia...
tarabas tu walo jahat... dia sangat sayang kat fantaghiro taw... |
|
|
|
|
|
|
|
asyriqa: sambung dah... |
|
|
|
|
|
|
|
fan sambung lagi...adakah tahir jumpa pelanduk dua serupa fina |
|
|
|
|
|
|
|
fan sambung lagi...adakah tahir jumpa pelanduk dua serupa fina
asnita Post at 9-7-2010 09:44
jap... tengah menaip lagi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
siannya... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung sket lagi... nnt sambung senin...
Selepas beberapa kali terserempak dengan insan persis Fina aku mula yakin… dia memang ujud… bukan sekadar khayalanku… ku cuba untuk mengenali dia… beberapa minggu selepas itu aku mengenalinya… Nira Nadia… nama insan mirip Fina… untuk seketika… aku mula melupai Fina… tetapi… lama kelamaan… baru ku sedari, terlalu banyak perbezaan Nira Nadia dengan Fina… Nira Nadia lebih keanak2kan..manakala Fina… matang di usia muda… aku rindukan Fina tiba2… rindukan gurau sendanya… rindukan suaranya… pembawakan Fina lebih menyenangkan aku… entah kenapa aku tidak dapat menahan diri dari menghubungi Fina… Nombor telefonnya ku dail… tapi… talian telah ditamatkan… aku mula gelisah…adakah ini penamat bagi hubunganku dengan Fina? Takpe… telefon rumah dia pulak… dan panggilanku berjawab…
‘Hello…Assalamualaikum’. Kedengaran suara di sebelah sana…yang pasti bukan Fina…maknya barangkali…
‘Waalaikumsalam… sapa ni? Nak cakap dengan sapa?’ soal yang disebelah sana.
‘errr… boleh saya cakap dengan Syafina?’ soalku kembali.
‘ooo… Syafina dah tak duk sini… dia kerja kat KL skrg’. Jawabnya…
‘er… ni mak Syafina ke? Soalku lagi…
‘a’ah… ni mak Syafina’ jawab ibunya…
‘makcik… boleh tak saya nak mintak nombor telefon Fina? Saya call handphone Fina tak dapat’ pintaku sopan…
‘boleh… tapi sapa ni? Ibunya bertanya…alamak!!! Apa aku nak cakap ni… kalau aku cakap terusterang nak ke mak dia bagi no. telefon Fina? tiba2 aku mendapat idea!
‘errr… saya dari pihak maybank makcik… Fina ada buat pinjaman ASB dengan bank… tapi ni dah 2 bulan dia tak bayar…’ aku membuat helah.
‘laaaa… ye ke… makcik tau Fina ada buat pinjaman tu… tapi makcik tak tau pulak dia tak bayar dah 2 bulan… takpe la… ni no telefon Fina… 0123456789’. Mujur juga dulu Fina ada bertanyakan pendapat aku masa nak buat pinjaman tu… kalau tak… entah apa helah yg aku nak buat… bisikku…
Setelah panggilan ku tamatkan, aku termenung sendiri… Fina kat KL? Apa yang Fina buat kat KL? Tanyaku pada diri sendiri… aku mulai risau… KL bukanlah tempat yang sesuai buat Fina… tersalah langkah aku bimbang Fina terjerumus dengan aktiviti yang tidak sihat. Takpe… call Fina pulak… |
|
|
|
|
|
|
|
sambung sket lagi... nnt sambung senin...
Selepas beberapa kali terserempak dengan insan persis ...
Fantaghiro Post at 9-7-2010 17:15
bagus punya idea, utang ASB tak bayar?? kalau tak bayar bankers ada call ke?? ingatkan credit card aja yg kn hambat |
|
|
|
|
|
|
|
buleh la gitu bling , kira darurat la... janji dapat yang dihajati... napa fina ni bler sangat ekkk...sepatutnya kalo kita syak lelaki tu dah kawin mesti kena siasat
sampai ke akar umbi...:re: |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Selamat Berkarya Fantaghiro |
|
|
|
|
|
|
|
sambung...
‘Assalamualaikum…’ jawab Fina. Dan aku menjawab salamnya…
‘sapa ni?’ Soal Fina.
‘org jauh’ jawabku…
‘Jauh sangat ke?’ gurau Fina… ku tahu dia masih mengenali suaraku
‘takde la jauh sangat… sejam setengah je bawak kereta dah boleh sampai tempat Fina’ jawabku
‘aik!! Mana abg tau?’ Soal Fina lagi… masih ceria macam dulu
‘abg telefon mak Fina…minta no telefon baru Fina tadi… mak Fina yang cakap…’ jawabku… lalu kuceritakan helahku pada ibunya tadi… Fina tertawa… pada Fina mungkin ianya sesuatu yg lucu… tapi padaku… berpeluh juga tadi… bisikku sendiri…
Kami mengakhiri perbualan setelah bebual lebih kurang setengah jam… Fina sekarang berkerja di sebuah firma Arkitek di Gombak. Aku tumpang gembira untuk Fina. Bermula dari hari itu hubungan kami kembali mesra. Aku kembali memasang angan.
Sebulan kemudian aku cuba dapatkan alamat tempat kerja Fina dari rakan sekerjanya tanpa pengetahuan Fina. Jam 5.25 petang aku dah terpacak di depan pejabat Fina. Dalam mengawal debar, ku ketuk pintu pejabatnya dan Fina sendiri yang muncul dihadapanku. Hampir menjerit Fina memandangku. Terkejut katanya! bertubi2 soalan yang terpacul dari bibirnya dan ku terangkan segala yang ku rancangkan.
Petang itu adalah ‘date’ kami yang ke tiga… dan aku perasan Fina sudah banyak berubah. Dari segi penampilan, Fina tidak lagi berjubah dan bertudung labuh. Berbaju kurung satin bewarna biru dan bertudung seperti kebanyakan org. Namun sikap Fina masih seperti dulu.. tiada yang berubah..
Sebelum maghrib ku hantar Fina pulang. Dan sejak dari itu hubungan kami bertambah baik. Cuma seperkara yang aku perasan, Fina tidak lagi pernah menghubungi aku. ‘Asyik aku je yang call dia’ rungutku sendiri.
Saat aku mula sibuk dengan tugasan, berbulan lamanya Fina tidak aku hubungi. Mac 2005 ku terima perkhabaran yang bisa membuat jantungku terhenti. Fina nak bertunang!! Dengan duda yg punya sorang anak. Aku mula hilang punca. Ku merayu supaya Fina pertimbangkan semula keputusannya dan aku juga luahkan perasaan padanya tidak pernah berubah. Aku tidak lagi dapat menahan airmata dihadapan Fina, Namun keputusan sudah dibuat kata Fina dia takkan berpatah balik kerana lagi seminggu rombongan meminang akan kerumahnya dan mungkin akan berkahwin dalam masa 2-3 bulan kemudian. Sekali lagi aku kecewa dengan Fina. Adakah mmg benar jodohku bukan dengan Fina? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|