CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN by Ruhil Amani

   Close [Copy link]
Post time 22-7-2010 10:33 PM | Show all posts
bunick dah buka rumah baru
tak sempat baca lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 11:18 PM | Show all posts
baru jejak kaki...
kelako citer ni...
cam leh bayang korang ni cam maner
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 11:33 PM | Show all posts
hai bunick.. hai chengkeh.. hai miko
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 06:56 AM | Show all posts
salam & monin
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 06:56 AM | Show all posts
ko da smpai ke bunick
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 07:13 AM | Show all posts
ko da smpai ke bunick
amandaatika Post at 23-7-2010 06:56



cesss...ko menang lg ari nih.
mulai sinin dpn, aku dtg nk kena on pc dlu br buka segala pintu yg ada kt opis aku nih!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-7-2010 07:13 AM | Show all posts
salam & monin
amandaatika Post at 23-7-2010 06:56



wslm & camat pgi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 07:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 23-7-2010 08:04

BAB 2


Chengkeh dah rasa macam nak nangis dah! Dia melunjurkan kakinya yang panjang kat atas lantai. “Mana lagi aku nak cari ni?” Dia cakap kat diri sendiri. Ye la kan, takkan nak cakap kat katil bujang dengan almari baju dia pulak. Nanti tak pasal-pasal Bunick tolong dia isi borang untuk hantar kat Tanjung Rambutan. Chengkeh perhatikan biliknya yang dah macam tongkang pecah. Habis semua tempat digeledahnya, tapi tak jumpa-jumpa jugak.


“Ya Rabbi Chengkeh, bilik kau ni dah kena La Nina ke apa?” Miko dah tercegat depan  pintu bilik Chengkeh. Ini kalau gajah yang nyorok pun cari tak jumpa ni. Habis semua tunggang langgang.


“Aku cari lesen aku la….”


“Lesen kau hilang ke?”


“Kalau tak hilang, takde la aku kumbah semua barang ni Miko.”


“Mana la tau, aku ingat rumah ni kena masuk pencuri ke….” Miko kuis kain baju Chengkeh kat atas lantai.


“Semalam cadar kau yang hilang, hari ni lesen aku pulak yang hilang. Kau tak pelik ke Miko?” Chengkeh tanya Miko dengan muka yang serius.


“Haah kan, aku pun pelik. Takkan rumah kita kena masuk pencuri pulak? Kau ada hilang barang lain tak?”


“Rasanya takde pulak, tabung ayam aku tu elok je ada. Laptop dengan kamera aku pun ada ni.”


“Ishhh… misteri sungguh la Chengkeh. Entah-entah rumah kita ada toyol tak? Tak pun hantu raya?” Miko buat muka seram kat Chengkeh.


“Kau jangan Miko….kalau betul ada toyol ke, hantu raya ke tak pasal-pasal aku kena tidur kat bilik Kia.” Chengkeh dah mula takut dah. “Tapi kan, apa ke hal makhluk tu nak curi lesen aku pulak? Takkan diorang nak bawak kereta jugak?” Chengkeh tanya Miko balik.


“Isss…mana la tau kot-kot tuan toyol tu yang suruh curi. Tuan toyol tu berniaga lesen terbang kot.” Miko dah start meraban dah. Kadang-kadang tahap kemerabanan Miko ni agak tidak masuk akal jugak.


“Akutak kira la tuan toyol tu berniaga lesen terbang ke, kapal terbang ke, yang penting kau kena tolong aku cari lesen aku!” Chengkeh bagi arahan kat Miko.


“Aik, aku pulak yang kena? Aku cari cadar aku pun tak jumpa-jumpa lagi, ni nak kena tolong kau cari lesen kau yang kecil dan nipis tu?” Miko tepuk dahinya sendiri.


“Ala,tolonglah Miko. Aku takut nak drive kalau takde lesen. Nanti tak pasal-pasal kena saman pulak.” Chengkeh merayu kat Miko.


“Nakcari kat mana? Kau dah tengok dalam kereta kau? Mana tau tercicir kat dalam kereta masa kau ambil duit nak bayar tol?”


“Dah cari dah, tapi tak jumpa jugak.” Chengkeh mengeluh perlahan. Kalau tak jumpa jugak lesen memandunya, terpaksa lah dia buat lesen baru. Duit lagi tu.


“Kaypo cakap, kalau lesen hilang kau kena pergi ambik ujian lagi sekali tau.” Miko macam tau-tau je Chengkeh tengah fikir apa.


“Kau biar betul Miko, takkan aku nak test lagi sekali? Yang dulu pun nasib baik lepas.” Chengkeh dah menggelabah. “Mana Kaypo tau? Suami dia kerja dengan JPJ ke?”


“Entah le, tapi Kaypo tu pun suka meraban gak. Baik kau call JPJ terus tanya prosedur lesen hilang.”


“Kena buat report polis ke Miko?”


“Entah, aku pun tak tau. Better kau tanya orang JPJ terus. Aku rasa Kaypo tu pun dapat ajaran sesat gak tuh.” Miko cakap sambil gelak. Ada ke patut Kaypo cakap kalau lesen hilang kena duduki lagi sekali ujian memandu. Kaya la sekolah memandu kalau macam tu. Aku pun nak buka sekolah memandu la lepas ni….Miko sengih sorang-sorang sambil bayangkan macam mana rupanya kalau dia jadi cikgu sekolah memandu.


“Korang bergaduh ke apa ni?” Sergah Kia pada Miko dengan Chengkeh. Terkejut dia tengok bilik Chengkeh yang dah tunggang langgang. Takkan Miko ni geledah bilik Chengkeh pulak cari cadar kesayangan dia tu.


“Mana ada, Chengkeh cari lesen dia ni ha.” Miko jawab bagi pihak Chengkeh. Entah bila masa Chengkeh lantik dia jadi jurucakap pun tak tau.


“Kat mana lesen kau hilang ke Chengkeh?” Bunick yang tiba-tiba masuk dalam bilik Chengkeh main terjah je tanya.


“Kau ni Bunick, kalau aku tau kat mana lesen tu hilang tak payah la aku selerakkan bilik ni.” Muka Chengkeh dah merah dah. Entahkan bengang dengan soalan Bunick yang tak berapa cerdik atau pun susah hati sebab lesen dia masih belum dijumpai lagi.


“Ye tak ye jugakkan…” Bunick garu kepala dia yang tak gatal. Ada ke patut dia tanya macam tu kat Chengkeh. Nasib baik tak kena seligi dengan Chengkeh.


“Kat dalam kereta dah cari?” Kia tanya soalan yang sama dengan Miko tadi. Chengkeh angguk je. Dah tak larat nak bagi jawapan yang sama. Membazir air liur je.


“Kat opis? Mana tau kau  fotostat ke lesen kau lepas tu lupa nak masuk dalam purse…” Giliran Bunick pulak yang tanya Chengkeh.


“Dah, tapi tak jumpa jugak. Lagi pun buat apa aku nak fotostat lesen aku tu.” Chengkeh jawab jugak soalan Bunick walaupun dia malas nak jawab sebenarnya.


“Aku rasa kan, rumah kita ni ada misteri kot. Semalam cadar Miko yang hilang, hari ni lesen Chengkeh pulak. Baik kita panggil Tok Moh suruh dia tengokkan rumah kita ni.” Bunick cakap sambil tengok kiri kanan.


Pap! Miko tepuk bahu Bunick. “Kau jangan mengada-ngada nak panggil Tok Moh. Khurafat tuh!” Miko marah kat Bunick sambil tepuk lengan Bunick lagi sekali. Menyeringai Bunick bila Miko buat macam tu, sakit dowh….


“Takpe,tak payah nak panggil bomoh ke, tabib ke….Kita cari dulu, aku rasa ada je lesen Chengkeh ni terselit kat mana-mana. Malam nanti kita cari kat ruang tamu pulak.” Kia cakap kat budak-budak bertiga tu. Kalau dibiarkan diorang ni buat cerita palsu, sampai esok pun tak habis. Masing-masing punya daya imaginasi tu dah capai tahap langit ke tujuh dah.


“Korang tolong la kemas bilik aku ni….” Chengkeh buat muka sedih campur kasihan. Jadilah muka seposen si Chengkeh ni.


“Aik, tadi ko kumbah bilik ni tak mintak tolong kitaorang pun.” Kia usik Chengkeh yang dah bersila kat atas katil.


“Aku setuju dengan Kia!” Serentak Miko dengan Bunick bersuara manakala Chengkeh dah tarik muncung Donald Duck.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 08:50 AM | Show all posts
ehehhehee.. kisah chengkeh hilang lesen pun msk plot...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 08:56 AM | Show all posts
thanks bunick, pepagi dah ada n3... hepinyeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 09:25 AM | Show all posts
lepas ni bunick hilang ape plak???
aku hilang ape plak??
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 09:33 AM | Show all posts
Reply 86# bunick



buatlah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 09:33 AM | Show all posts
thanks bunick 4 de n3...
tambah kenyang aku dngn bekfas ko ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 09:39 AM | Show all posts
lepas ni bunick hilang ape plak???
aku hilang ape plak??
Kia_picanto Post at 23-7-2010 09:25



kena tgk pda keadaan semasa
aku kan taip onte spot, so korang jga2 la ye
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 09:40 AM | Show all posts
lepas ni bunick hilang ape plak???
aku hilang ape plak??
Kia_picanto Post at 23-7-2010 09:25


kia, plot ko dgn bunick kena tggu dulu... surprise!!!!!!!!!!!!!!
bunick, mesti dgn si EPAL HIJAU nye!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 09:54 AM | Show all posts
pagi semua...

thanks bunick...
tak sabar tunggu n3 seterusnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 09:56 AM | Show all posts
salam semua....

aduh...sakit perut gelak baca citer bunick...
kelakar btol arr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 10:06 AM | Show all posts
kia, plot ko dgn bunick kena tggu dulu... surprise!!!!!!!!!!!!!!
bunick, mesti dgn si EPAL HIJA ...
mikoodette Post at 23-7-2010 09:40



bernas sungguh cadangan ko miko
akan aku singkirkan epal ijau gred C tuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 10:11 AM | Show all posts
bernas sungguh cadangan ko miko
akan aku singkirkan epal ijau gred C tuh
bunick Post at 23-7-2010 10:06


well, u know me.... (curik ayat kaypo)...
ko singkirkan epal gred c tu x pe.... janji ko jgn singkirkan aku.. wahhahahaa... jgn jeless..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 10:16 AM | Show all posts
kia, plot ko dgn bunick kena tggu dulu... surprise!!!!!!!!!!!!!!
bunick, mesti dgn si EPAL HIJA ...
mikoodette Post at 23-7-2010 09:40


oooo ye.. aku lupa pasal epal hijau bunick nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.050022 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list