CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

mati TERhumban 10m dari AKLEH!!

[Copy link]
Post time 28-7-2010 09:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by shahx at 28-7-2010 21:55

from ondscene.blogspot.com


http://1.bp.blogspot.com/_mRoqJlc41Lo/TE13HNnlUI/AAAAAAAARTs/1V59lavVN98/s400/DSCN0869.jpg

KM 1.7
Lebuhraya AKLEH
(Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur)
Kuala Lumpur
26 Jul 2010
5 ptg



Kemalangan ini berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa, terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di selekoh AKLEH menuju Kg Baru.



Akibatnya, mangsa melambung dan tercampak lalu terjatuh pada ketinggian kira-kira 20 meter ke laluan bawah lebuhraya bertingkat ini.



Mangsa, Muhammad Fuad Ahmad, 28 tahun, berasal dari Kg Dato Ahmad Said, Ipoh, Perak.



Muhammad merupakan kakitangan CIMB Bank bahagian pinjaman kenderaan. Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam ini lalu merempuh dan bergesel dengan tembok lebuhraya.



Hentakan kuat menyebabkan mangsa melambung dan terjatuh. Turut jatuh bersama mangsa ialah komputer ribanya.



Bagaimanapun, sebelah kasutnya tertanggal dan masih berada di bahagian atas lebuhraya.



Sebaik mengetahui mengenai kemalangan ini, ramai rakan sekerja dari CIMB datang ke lokasi kejadian.





Mayat dihantar ke HKL untuk bedah siasat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 09:45 PM | Show all posts
...aku jarang bersedih bila dengar cerita penonggang motor mati accident....
in fact, bila nampak mamat-mamat motor ni cilok sana, cilok sini, langgar lampu merah macam selamba je, selalu aku harap diaorang jadi macam kes ni....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 09:52 PM | Show all posts
from ondcene.blogspot.com

AKLEH Bukan Direkabentuk Untuk Laluan Motosikal



AKLEH
(Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway)
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
26 Jul 2010
5 petang



Ketika dalam perjalanan ke lokasi kemalangan maut kakitangan CIMB, saya terserempak dengan kemalangan ini.



Ia berlaku kira-kira 100 meter dari Plaza Tol keluar ke Kuala Lumpur , Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur.



Kemalangan ini membabitkan seorang penunggang motosikal terbabas dan terseret di atas jalan.





Ketika saya sampai, mangsa baru beberapa saat terseret, lalu saya memberhentikan kereta untuk memberikan bantuan.



Saya segera menelefon ambulan kerana keadaan kecederaan di kakinya serius. Kaki kirinya dipercayai patah dari pergelangan kaki.





Orangramai mula membantu mangsa dan mengangkatnya ke tepi jalan.



Kira-kira 10 minit kemudian, sebuah ambulan Bulan Sabit Merah Malaysia, tiba di lokasi.



Mangsa agak bernasib baik kerana kebetulan, ambulan terbabit baru selesai melakukan pemeriksaan pada mangsa kemalangan maut kakitangan CIMB itu, kira-kira 2 kilometer di hadapan.



Kita boleh bayangkan, bagaimana sakitnya mangsa ketika ini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 10:25 PM | Show all posts
takziah kpd keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 11:46 PM | Show all posts
Reply 33# yayaji


aku dah lama dok perati mek kelate nih  rasa2 mcm sapa?
beselindung disebalik slang kelate la kununnnn
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 12:07 AM | Show all posts
Aku mmg selalu ke KL ikut AKLEH je. Mmg betul la hiway ni tak sesuai utk motor sbb tu dulu tak dibenarkan masuk. Lorong dia sempit dan banyak selekoh tajam (utk sebuah hiway).

Kalau mat2 moto bawa penuh berhemah pun kt tepi tu, tapi tiba2 ada 2 kete berselisih laju plak tu, silap2 keta tu bole makan line tepi. time ni la motor jadi mangsa kena himpit.

Pakcik aku dulu2 pernah kena himpit (keta tu memotong dgn laju dan berbahaya keta lain)  dan xcident kat flyover selekoh atas flamingo tu, hampir la jatuh dari atas tu. aku masa dtg tolong, gayat gak tgk bawah tu. trauma dia smpi skrg.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2010 01:24 AM | Show all posts
takziah kepada keluarga arwah..

jgn la asik nk blame motorcyclist. kalo motorcyclist bwk slow/berhati2 tapi kena langgar ngan kereta, salah motorcyclist tu gak?
kat akleh, mmg jalan sempit, so; nak usulkan supaya motor dilarang guna akleh?
bleh make sure ke accident x berlaku kat Jalan Ampang? Jalan Tun Razak? Jelatek? Semarak? even MRR2 yg jalan seluas2nya tu?

accident leh jadik kat mane pun. kat jalan ampang tu, lagi besar risiko nak eksiden. jalan berlubang2, driver2 yg bengap yg xtau nak bagi signal. kete laju kat akleh? so kat jalan ampang orang bwk kete slow ke? x.. aku sendiri dah bape kali nak eksiden kat jalan ampang tu.

senang cite, berhati2 dan beretikalah di jalan raya. hargai nyawa sendiri, hargai juga nyawa org lain. jalanraya dikongsi bersame

peace2
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 02:30 AM | Show all posts
Reply  yayaji


aku dah lama dok perati mek kelate nih  rasa2 mcm sapa?
beselindung diseba ...
gekgucekgi Post at 28-7-2010 23:46



    dia cina kelantan.

takziah kepada keluarga mangsa.

P/S:pandai tulis BM tak bermakna org tu Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2010 03:04 AM | Show all posts
utk perhatian semua, arwah adalah staf adik aku...ni cerita drp adik aku...

arwah on d way nak ...
yayaji Post at 28-7-2010 08:55



    aku fikir juga arwah mungkin kena langgar dari belakang....nampaknya benar apa yang aku fikirkan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 03:07 AM | Show all posts
Reply  yayaji


aku dah lama dok perati mek kelate nih  rasa2 mcm sapa?
beselindung diseba ...
gekgucekgi Post at 28-7-2010 23:46


makcik senah laa tu...tukar imej ehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 08:39 AM | Show all posts
Reply 90# abgboroi


    oooo...ya ka...patut le kekadang terbabas...he..he...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 09:14 AM | Show all posts
aku rasa nak maki je some ppl sini .. but b4 that, sbg org islam.. aku ucapkan takziah la keluarga famili ni..

ada yg ckp arwah soft spoken.. aku kenal je ramai org yg soft spoken tp once on the road dah jd pelesit.. tak kisah la dia bwk motor or kete..

pengalaman aku sendiri bwk kete kat AKLEH.. mmg 100% aku setuju hiway ni tak sesuai utk motorbike.. mmg membahayakan penunggang motor and pemandu kete.. lorong tu cukup2 utk bwk kete je.. pastu korang tau la kan.. 90% (statistik aku) penunggang motor kat kl ni mana respek org lain.. dia bwk ikut suke dia.. potong ikut suka dia.. lampu merah ke ijau ke, dia blasah gak jalan..

seriusly.. dah byk kali ms aku bwk kete, aku doakan je diorg ni mati kena langgar lori..

in this case, ramai yg salahkan pemandu kete tu.. mcm la korang nampak pe yg tjadi.. ntah2 dia ni yg tiba2 memotong dpn kete tu pastu kena lggr..

watever it is, my sympathy to his family..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 10:11 AM | Show all posts
malam tadi baru lalu AKLEH naik motor dari ampang ke Jalan tun razak kuar ke Kg baru th..selekoh nak susur keluar ke kg baru mak oi tajanm nyer..tapi tak tau plak semalam ada org mati..huhuhuh..tp situ memang bahaya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 10:29 AM | Show all posts
Tp kalau betul tak sesuai utk motosikal, jgn la gn lg jalan tu...Biar ja kenderaan besar yang guna jln tu. Sekrg2nya ini dpt mengelakkan jln lain jem.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 10:51 AM | Show all posts
aku rasa nak maki je some ppl sini .. but b4 that, sbg org islam.. aku ucapkan takziah la keluarga f ...
Nash^Roy Post at 29-7-2010 09:14


maki je, tunggu apa lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 11:00 AM | Show all posts
al fatihah utk keluarga arwah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2010 11:00 AM | Show all posts
Reply 92# Nash^Roy


   

nash..nampaknya doa awak telah dimakbulkan oleh Allah swt.

Mmg la kita tak tau puncanya, cerita ni drp adik aku yg mmg keja sekali dgn arwah & kenkawan lain di branch tempat dia keja.
since arwah dah temu ajal dgn cara mcm, tak  yah la kita nak panjangkan lagi tragedi ni...
ini semua pengajaran buat semua org yg guna hellway tu, baik yg bwk motor, bwk keta, bwk bas, lori, kontena dll.

so, hati-hati semasa di jalanraya, bwk byk bersabar...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 11:20 AM | Show all posts
Reply 92# Nash^Roy

apedaa ko ni...ko pn takde kat situ so takleh la buat andaian "ntah2" tu..ko nak maki orang lain, ate ko pun mcm deme gak
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 11:21 AM | Show all posts
salam, arwah fuad adalah sepupu sebelah keluarga suami saya..harap yg komen dlm nie..fikirlah kalo mende nie jadik kat family korg..arwah mmg seorg yg sgt baik..lemah lembut, n x bnyk ckp..etika dia biler naik motor, saya x bleh nk komen, sbb saya sendiri x pernah nk menyaksikan arwah bawak motor mcm mana..

tp bagi yg komen, doa motorcyclist jadi mcm arwah nie..x terfikit ke korg kalo jadi pada ahli keluarga korg sendiri..x semestinya yg jadi mangsa tu yg salah..dan x semestinya jgk yg jadi mangsa tu x salah..hanya Allah yg mengetahui..tlg jaga sensitiviti pihak keluarga arwah..

kami insyaAllah dlm usaha nk mntk cctv dari pihak AKLEH..utk tgk kejadian yg berlaku..masa dia jatuh...ada sorg navy sempat pangku dia..arwah sempat cerita ada sorg ppuan bawak myvi terlanggar dia, sbb tu motor dia bleh terbabas..n arwah free fall from the AKLEH..so, mmg x leh wat pape dh..n alhamdulillah arwah sempat ikut syahadah yg di ajar oleh navy tu sebelum nyawanya di cabut..thanks a lot to the navy..

masa amik arwah di rumah mayat HKL.mmg ramai kwn2 arwah yg hadir utk tgk arwah wat kali terakhir..thanks a lot jgk utk korg..harap forumer dlm nie jgn la doakan kes nie jadi pada org lain..utk yg bawak motor cam pelesit tu..doakan jer diorg nie sedar dari kesalahan yg diorg buat..x elok doakan keburukan pada org lain..

al-Fatihah utk arwah fuad..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 11:33 AM | Show all posts
Al fatihah tuk arwah fuad.... moga family dier tabah menghadapi ketentuan illahi ni.

Tuk org yg telah melanggar arwah dr belakng... tampillah buat pengakuan..
kalu benar ia seorang perempuan.... pikirkanlah perasaan wife arwah...
Mengapa kamu perlu menyorok... didunia ini kamu boleh menyorok... tp di akhirat kelak dimana kamu hendak bersembunyi?.... ingat ceta "Roh Kembali"? jgn nanti hidup kamu tak tenteram angkara sifat syaitan dlm diri kamu... tampillah..... mengakulah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.076347 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list