|
Ayam Kukus Halia
1. Ayam - di potong2
Bahan2 Perap
1. 3 cm Halia - hiris kecil2
2. 2 ulas Bawang Putih - cincang
3. Kicap Cair - 1/2 sd mkn
4. Sedikit Garam
5. Serbuk lada putih - jika suka
6. Minyak Bijan -1/2 sd mkn
7. Daun bawang - di hiris
Cara Masak
perap ayam dgn bahan2 perap selama 30min
kukus 10min -15min
*kukus bergantung kpd brp byk ayam korang masak
tabur hirisan daun bawang..siap
|
|
|
|
|
|
|
|
keropok nasi
Bahan-bahan
1 mangkuk nasi sejuk, rendam 1 jam
1 mangkuk tepung ubi / secukupnya
3 ulasbawang putih
1 sdt ketumbar
1 batang daun bawang saya ambil yang hijaunya saja. iris nipis
garam secukup rasa
Stok ayam/ kiub ayam
Langkah-langkahnya
1.Blender nasi, bawang putih, ketumbar sampai halus
2.Masukkan garam, irisan daun bawang, kiub ayam. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat.
3. angkat adunan dan bentukkan lonjong(seperti keropok lekor batang) dan rebus dalam air mendidih sehingga terapung sendiri.
4. Angkat dan poton gnipis, kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.
5.Hasilnya, keropok yang rangup apabila digoreng.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maggi Goreng Ala Thai
Bahan tumbuk
1. Bawang merah - 3 biji
2. Bawang putih - 3 ulas
3. Cili padi - 5 biji
Bahan hiris
1. Daun limau purut - 5 helai
2. Daun kucai - 3 ikat (optional)
3. Daun ketumbar - 3 helai
Bahan lain
1. Maggi - 1 bungkus (dicelur)
2. Telur ayam - 1 biji
3. Kiub pati ikan bilis - 1/2
4. Air limau nipis - 1/2 biji
5. Udang @ sotong
6. Sos ikan - 2 sudu besar
7. Sos tiram - 2 sudu besar
8. Chili flakes - 2 sudu besar
9. Maggi cukup rasa - 1 sudu kecil
Cara-cara membuatnya
1. Panaskan kuali & masukkan minyak masak
2. Masukkan telur & kacau seketika, angkat & asingkan
3. Masukkan bahan tumbuk & kacau
4. Masukkan sos ikan + sos tiram + daun limau purut + kiub pati ikan bilis + udang @ sotong
5. Kacau sebati & masukkan pula jus limau nipis
6. Masukkan maggi yang telah dicelur & kacau sebati
7. Taburkan pula maggi cukup rasa + daun kucai & telur yang telah digoreng
8. Kacau sebati & Biarkan seketika
9. masukkan pula hirisan daun ketumbar & chili flakes
10. Tutup api & sedia untuk dihidang
|
|
|
|
|
|
|
|
MEE REBUS @ MEE KUAH
Bahan-bahan tumbuk
1. Bawang putih - 4 ulas
2. Lada hitam - 1 sudu kecil
Bahan-bahan lain
1. Mee-1 bungkus (dibasuh & ditoskan)
2. Telur-2 biji (ayam @ itik)
3. Sayur sawi @ kobis- dipotong
4. Lada besar -1 biji (dihiris)
5. isi ayam @ udang @ sotong
6. Air- 1 1/2 mangkuk besar
7.tomato- 1 biji (dipotong)
Cara-cara memasak
1. Panaskan kuali & tumis bahan tumbuk
2. Kacau & masukkan isi ayam @ udang @ sotong
3. Kacau sekata & masukkan pula air
4. Biarkan sehingga mendidih & bila sudah mendidih bolehlah dimasukkan telur
5. Biarkan telur masak seketika & membentuk, angkat & asingkan
6. Masukkan pula mee & sayur sawi & hirisan tomato, kemudian perasakan
7. Biarkan mendidih, masukkan pula hirisan cili merah besar
8. Kacau & masukkan telur yang sudah dimasak tadi
9. tutup api & sedia untuk dihidang
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SnekResipi Tauhu Begedil Paling Mudah, Sedap & Kos Tak Mahal.
PUBLISHED BY Nur
Tauhu Begedil ni memang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Ramai yang takut nak cuba sebab rasa hidangan ni susah nak disediakan. Namun menerusi perkongsian Puan Siti Misyati, beliau kongsikan resipi Tauhu Begedilyang paling mudah dan sedap. Kosnya pun tak mahal. Malah inilah resipi yang digunakan untuk perniagaan Tauhu Begedil yang beliau usahakan. Sedapkan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUHU BERGEDIL HOMEMADE SEDAP IKLAN
BAHAN-BAHAN: - Tauhu pok/tauhu kering secukupnya
BAHAN INTI: - Ubi kentang – bergantung pada jumlah tauhu yang nak dibuat
- Bawang Holland – potong dadu
- Daging kisar – lebih banyak lebih sedap
- Daun sup – dicincang
- Serbuk lada sulah & serbuk lada hitam secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
- Minyak untuk menumis
BAHAN SALUT: - Telur secukupnya
- Sedikit garam
[img][/img]" i-amphtml-auto-lightbox-visited="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; outline: 0px; vertical-align: baseline; background: transparent; max-width: 100%; display: block !important;"> CARA MEMASAK: 1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang Holland dan daging kisar hingga masak. Kemudian masukkan daun sup, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam dan perasa dengan secukupnya. Gaul rata. Angkat. 2. Kupas ubi kentang dan rebus hingga empuk. Tambah sedikit garam kemudian lenyek hingga halus. IKLAN
3. Satukan daging yang ditumis tadi dengan ubi kentang lenyek. Gaul rata hingga sebati. [img][/img]" i-amphtml-auto-lightbox-visited="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; outline: 0px; vertical-align: baseline; background: transparent; max-width: 100%; display: block !important;"> 4. Bulat-bulatkan inti supaya senang untuk disumbat ke dalam tauhu. Buat hingga habis. IKLAN
[img][/img]" i-amphtml-auto-lightbox-visited="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; outline: 0px; vertical-align: baseline; background: transparent; max-width: 100%; display: block !important;"> 5. Sumbat bebola kentang ke dalam tauhu yang dipotong sedikit. Kemudian celupkan tauhu ke dalam bancuhan telur yang telah dipukul dengan sedikit garam. [img][/img]" i-amphtml-auto-lightbox-visited="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; outline: 0px; vertical-align: baseline; background: transparent; max-width: 100%; display: block !important;"> 6. Goreng hingga keperangan. Angkat dan nikmati bersama sambal kicap. [img][/img]" i-amphtml-auto-lightbox-visited="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; outline: 0px; vertical-align: baseline; background: transparent; max-width: 100%; display: block !important;"> [img][/img]" i-amphtml-auto-lightbox-visited="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; outline: 0px; vertical-align: baseline; background: transparent; max-width: 100%; display: block !important;"> RESIPI SAMBAL KICAP BAHAN-BAHAN: - Cili padi hijau – ikut kepedasan yang dikehendaki
- 4 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- Kicap secukupnya
- Gula dan sedikit garam
- Minyak untuk menggoreng
[img][/img]" i-amphtml-auto-lightbox-visited="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; outline: 0px; vertical-align: baseline; background: transparent; max-width: 100%; display: block !important;"> CARA MEMASAK: - Panaskan minyak dan goreng cili padi, bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit layu.
- Angkat dan kisar bahan goreng tadi bersama kicap, gula secukupnya, sedikit garam dan sedikit minyak gorengan tadi.
- Siap untuk dihidangkan bersama tauhu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikan Masak Air Asam
Ikan perap dulu dgn garam dan kunyit kemudian goreng dan ketepikan.
Bwg merah hiris
Dua ulas bwg putih ketuk
3inci halia hiris memanjang
1 cawan air asam jawa
1 sdm cuka
1 sdm kicap
Garam dan gula
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Bahan hiasan
Bwg merah hiris
Cili merah hiris
Cili padi
Daun sup hiris
Tomato belah 4
Tumis bwg merah,halia dan bwg putih hingga layu dan biji sawi, masukkan air asam jawa, air, serbuk kunyit,cuka, garam gula,dan kicap,kacau sebati, kemudian masukkan bahan hiasan kecuali daun sup, agak2 dah layu, masukkan ikan, kacau sebati biarkan mendidih 5minit, last sekali masukkan daun sup, siapppp.
|
|
|
|
|
|
|
|
RENDANG CILI API
Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 - 1 1/2 kotak santan kotak
2 - 4 batang serai - ketuk
2 sudu besar cili kering kisar - opsyenal untuk cantikkan warna supaya kemerahan
1 keping asam keping
4 keping daun limau purut - opsyenal. Saya letak sebab guna serai 2 sahaja
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula
Sedikit serbuk kunyit - jika perlu
Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
7-10 tangkai cili padi kampung - boleh tambah
4 hirisan nipis lengkuas
Cara cara:
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan cili kisar hingga air agak kering sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam keping, gula dan garam. Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masuk daun limau purut, boleh masukkan ketika ini.
Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati.
|
|
|
|
|
|
|
|
KARIPAP PUSING YANG RANGUP
Doh A (Minyak)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar shortening
2 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar minyak masak
Uli sebati dan perap dlm peti ais 15 minit
Doh B (tepung)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
1 cawan air sejuk dr peti ais atau air biasa tambah ais
1 sudu kecil garam
dan sedikit gula
Uli sebati dan perap dlm peti ais selama 15 minit
cara-cara
1. Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga (nak buat 4 set pun blh)
2. Bulat Bulatkan doh seperti dalam gambar
3. Ambil Doh minyak (A) letak diatas Doh Tepung (B) yg telah dileperkan seperti gambar .Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut
4. bulatkan kesemua doh. Dan biarkan selama 10 minit.
5. Boleh Leperkan/Gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan utk gam. Gulung kembali doh tadi
6. Setelah di gulung leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dgn sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali
7. Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian
8. Ambil 1 keping adunan dan leperkan masuk inti dan kelim tepi
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Percik Air Fryer
Bahan perapan :
-2 ulas bawang putih
-6 ulas bawang merah@1 bawang besar
-3 inci halia
-2 batang serai(potong kecil)
-2 sudu ciliboh(nak lg pedas letak lebih)
-1/4 cawan santan pekat
-gula&garam secukup rasa
***blender semua bahan... Perap ayam selama 2jam+++..lagi lama perap lagi sedap... Bakar suhu 170 selama 15min..kalih bakar lagi 10min...siappp...
|
|
|
|
|
|
|
|
kuih siput OTAI!!!
Bahan2nya..
2 cwn tepung gandum..
1 cwn tepung bestari hot spicy..
2 sdk serbuk kari daging..
3 sdk Majerin..
Cili kering ( ikut kpedasan )..
1/2 cwn udang geragau..
3 btg serai..
1 sdk jintan manis..
3 ulas bawang merah..
2 ulas bawang putih..
Garam dn gula..
Daun kari..
Caranya..
-cili,udang,serai,jintan manis dn bawang ( smua d blander )..
-satukn tepung dlm bekas..
- pnaskn Majerin tuang kdlm tepung..
- msukkn bhan yg d blander skit demi skit( jgn lupa garam dn gula msukkn dlu dlm bhan yg blander)
- tuang sdikit2 dlm tepung..
- uli hingga jadi doh..
- tekan atas acuan siput dan goreng..
Dh siappp..
|
|
|
|
|
|
|
|
ROTI GOLOK
Bahan A:
1 cawan air suam
1 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula
2 sudu besar yis (1 peket)
Bahan B:
4 cawan tepung roti @ tepung high protein @ tepung gandum
1 sudu kecil pelembut roti
2 sudu besar mentega
1 biji telur
1 sudu besar susu tepung (optional)
Cara-cara:
1. Bancuh bahan A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik. (lebih kurang 15-20 minit)
2. Campurkan ke semua bahan B ke dalam mangkuk besar. Gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Tuang bahan A ke dalam bahan B. Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Lagi lama uli roti akan jadi lagi lembut.
4. Rehatkan doh selama lebih kurang 1 jam @ naik 2 kali ganda.
5. Timbang doh 20 gm setiap satu sebanyak 3 untuk sebiji roti. Buat memanjang dan pintal-pintal.
6. Susun dlm loyang. Letak jarak-jarak kerana doh akan mengembang lagi.
7. Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda.
8. Sementara tu panaskan oven. Bakar pada suhu 180°c selama 20-25 minit atau sehingga keperangan.
9. Apabila roti sejuk, sapukan butter dan taburkan gula halus mengikut citarasa masing-masing.
Nota :
Adunan roti ini juga boleh digunakan untuk membuat roti lain seperti roti cheese, roti Sosej dan sebagainya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semperit susu
Butter cup 250 g
Susu pekat 250 g (setengh tin)
Tepung jagung 500 g..
Kacau butter dgn susu..Saya guna senduk kayu je..Kacau mnja2..dh sebati... Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit.. Sampai doh tak melekat di tangan..Biar lembut sng nk tekan..
Susun atas loyang.. Hiasan blh ltk choc chip,ceri atau manik yg bersesuaian citarasa..
Panas kan oven dulu selama 10 minit..Suhu 160 ..Selama 20-25 bergantung pada oven masing2..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasi Arab
Bhn utk rebusan ayam & sup
1 biji tomato
1 sk jintan manis (biji)
1 sk ketumbar (biji)
3 biji buah pelaga
1kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma
Akar ketumbar
Garam
Utk nasi
Tumis bwg besar halia & 3 sekwn
Ambil air rebusan ayam
1 cwn beras 2 cwn air
Sy tumis dgn butter sb xde minyak sapi
Sambal arab
Cili api & cili merah
Tomato
Bwg putih
Daun ketumbar
Garam
(Blend + jus lemon)
Salatoh
Cam dlm gambar. Nenas tu sy tambah je. Garam gula + jus lemon...bkn guna cuka
Ayam yg nk bakar
tambah bhn perapan ni :
Serbuk kari
Serbuk cili
Sos tiram
Garam
Brown sugar / madu (sy letak dua²)
Minyak masak (2 sdb)
|
|
|
|
|
|
|
|
Spaghetti Aglio Olio Seafood
Resepi
Spaghetti +- sebungkus (rebus letak minyak + garam)
Udang + sotong (goreng dan asingkan)
Bawang putih 4-5 ulas - slices
Brokoli - rebus sekejap
Cendawan -slices
Tomato ceri
Daun parsli
Cili kering 2-3 potong serong2
Air rebusan spaghetti 1/2 cawan
Letak dlm mangkuk asing
Kiub ayam 1
Garam 2 sudu
Chili flakes 1-2 sudu besar
Lada hitam 1 sudu
Oregano sikit
Tumis bawang putih agak2 garing
Masukkan cendawan kacau2,masukkan semua bahan2..kacau2 sikit,last skli masukkan spaghetti n kacau sampai sebati semua
|
|
|
|
|
|
|
|
CARAMEL CHEESECAKE
BAHAN A (GULA HANGUS):
4 sudu makan gula kastor
BAHAN B (PUDING KARAMEL):
6 biji kuning telur
200gm susu cair
70gm air
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN C :
4 biji putih telur
50gm gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar
BAHAN D:
500gm krim keju
150gm gula kastor
40gm mentega
4 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
Masak gula dari bahan A dalam loyang 8 inci hingga keperang-perangan. Ketepikan.
Satukan bahan B dan gaul hingga sebati. Tuang sambil dinapis ke dalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.
Kemudian, pukul bahan C hingga pekat dan bertanduk.
Pukul bahan D kecuali kuning telur hingga lembut dan licin. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan adunan putih telur (bahan C) yang dipukul ke dalam adunan keju (bahan D) tadi. Pukul sebati selama 1 min. LiNa Pg guna kaedah kaub balik dengan spatula sahaja.
Bakar guna teknik water bath selama 1 1/2 jam pada suhu 150C .Bila kek masak, rehatkan selama 1/2 jam baru terbalikkan.
Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam baru dihidangkan. Kek sedap dimakan sejuk.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BUTTERCAKE KUKUS
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
4 biji telur
1 3/4 cawan mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat
3 sudu besar susu pekat - boleh kurang atau lebih sukatan, ikut selera masing-masing
Secubit garam
Mentega
Cara penyediaan:
1. Panaskan pengukus, masukkan secawan lebih mentega beku ke dalam pengukus dan biarkan ia cair.
2. Pastikan pengukus sudah mendidih.
3. Dalam mangkuk atau besen besar, pukul telur sebiji demi sebiji bersama gula. Pukul sampai kembang dan berbuih. Pastikan gula telah hancur.
4. Masukkan mentega cair perlahan-lahan. Pukul pada kelajuan tinggi.
5. Masukkan susu pekat dan secubit garam.
6. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat - part ni boleh masukkan ketiga-tiga jenis pelembut kek, tapi kurangkan sedikit sukatan setiap satu.
7. Pukul adunan dari kelajuan rendah hingga tinggi sehingga adunan menjadi likat dan sebati.
8. Sapu mentega atau minyak masak ke dalam loyang supaya senang nak keluarkan kek nanti.
9. Sebelum tuang adunan ke dalam loyang, rasa dulu adunan samada sudah elok, terlebih atau terkurang. Boleh adjust adunan mengikut selera atau citarasa masing-masing.
10. Tuang adunan ke dalam loyang. Part ni boleh letak pewarna jika suka.
11. Masukkan adunan ke dalam pengukus. Pastikan air masih banyak dan sudah betul-betul mendidih .
12. Kukus selama 45-50minit dengan api sederhana. Kalau api kuat, nanti kek jadi keras dan mampat, tak gebu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuih Bom
Bahan-Bahan
1. 4 senduk tepung gandum
2. Yis 1 peket
3. 2 senduk gula pasir
4. Air (tiada sukatan agk² je)
Cara-cara
Satukn tepung,gula,yis gaul bg sebati..masukkn air sedikit demi sedikit..jgn bancuh trlalu cair,biar kenyal2 gitu je..kemudian perap dlm 25-30 minit,dh naik berbuih2 seperti dalam gambar,kacau2 & boleh goreng,pastikn myk byk & btl2 panas..kemudian slowkn api masukkn adunan guna tgn atau sudu..siap
|
|
|
|
|
|
|
|
GARLIC BREAD & CREAMY MUSHROOM
Bahan sup :
300ml air
500ml susu segar
1-2 kiub ayam
1/2 st daun parsley
1/2 st serbuk lada hitam
1/2 st garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sb mentega
1 tin cendawan butang(potong hiris/cincang)
sedikit serbuk perasa
1. Masuk air & susu dalam periuk.Masak hingga mendidih baru masuk kiub ayam.
2. Kacau 2-3 minit masuk lada hitam,cendawan.Kacau lagi dalam 15 minit.
3. Masuk daun parsley, mentega, garam & kacau lagi dalam 10 minit.
4. Tepung dibancuh dengan air & kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapis dalam periuk.
5. Kacau sebati. Sup akan menjadi pekat. Reneh agak lama supaya semua masak elok.
Garlic Bread
Bahan roti :
Roti Perancis-hiris (Saya guna roti gardenia je)
2 sudu besar mentega
Secubit daun parsley
1 ulas bawang putih bakar sekejap & tumbuk halus
1. Campur semua bahan & sapukan atas roti. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ROJAK AYAM
Bahan² KUAH:-
1 1/2 cwn kacang tanah goreng, buang kulit dan kisar halus
2 keping nissan
2 biji bawang besar holland**
3 ulas bawang putih
2 senduk nasi cili giling
4 keping biskut marie dikisar (utk pekatkan kuah) -optional. Klau x nk guna boleh ganti dgn bancuhan tepung jagung
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam dan gula
Air anggaran pekat kuah
Sedikit minyak utk menumis
Cara² buat KUAH:-
1. Blend bahan² bertanda *
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan blend dan cili giling. Tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air, air asam jawa, kacang yg dikisar dan nissan. Masukkan biskut marie. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya.
4. Masak hingga kita dapat kepekatan yang kita nak.
Bahan² CUCUR:-
3 senduk tepung gandum
Air secukupnya
1 sdt soda bikarbonat
1 ikat kangkung- hiris halus
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Cara buat CUCUR :-
1. Masukkan semua bahan². Gaul rata². Perap 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam minyak (buat besar² sbb cucur akan dipotong)
4. Bila dah masak, angkat dan potong.
Bahan² ROJAK:-
1 ekor ayam (potong empat)
1 batang timun (hiris nipis)
1 biji sengkuang (hiris nipis)
1 pokok daun salad (hiris nipis)
2-3 biji ubi kentang (rebus hingga lembut kemudian goreng sekejap)
4 keping tauhu (goreng dan potong)
4 biji telur (rebus keras dan goreng sekejap)
1 bungkus mee kuning dicelur sekejap
Cara² buat ROJAK:-
1. Ayam dipotong empat. Gaulkan dengan kunyit, garam dan sedikit kicap manis. Rebus ayam dengan sedikit air saja, sampai kering air ayam. Angkat dan goreng sekejap.
Potong ayam kecik² dan campur bersama² bahan² rojak dan cucur tepung. Tuang kuah atas rojak.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE
BAHAN A:
250gm krim keju
60gm gula halus
1 biji telur gred A
1 sudu makan air
1 sudu teh jus lemon
1 sudu makan tepung gandum
CARA-CARA:
Pukul krim keju bersama gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dengan air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK):
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar/susu cair
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
CARA-CARA:
Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan serbuk koko. Ketepikan.
Pukul telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak. Kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Gaul sebati.
Bahagikan pada dua bahagian. Biarkan sebentar.
CARA MEMASAK
Sapukan sedikit minyak atau mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
Tuang separuh adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan krim keju diatasnya. Tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Kemudian tuang separuh lagi adunan coklat, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit hingga kek benar-benar masak.
Setelah kek betul-betul sejuk, boleh potong dan hidangkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|