CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Keturunan ketujuh Mahsuri kembali ke Langkawi, Wan Aishah kini bergelar ibu

[Copy link]
Post time 3-8-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
So, apa yg langkawi dah capai dgn adanya budak keturunan mahsuri ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 05:15 PM | Show all posts
_blackbird replied at 3-8-2022 02:37 PM
sinopsis mahsuri ni dah well known, meol nak tau mcm mana tandus gersangnya tanah mahsuri masa aba ...

Tadak laa tandus pun tanah sana.. cuma tak ramai orang p sana ka apa kaa... waktu itu, hendak beli tanah especially tanah pantai buleh guna system barter yakni guna kain ka barang2 lain ka apa kaa.. transport nak p sana pun hanya guna sampan/bot kecil kaa bot nelayan kaa apa kaa.. tu ada orang politaik + kroni2 sakau banyak tanah pantai di sana ... then cepat2 jadikan pulau tu bebas cukai ka apa kaa... guna la cerita2 lagenda nak bagi nampak special.. dah famous, kaut untung besaq hasil jual  tanah pantai ka apa kaa...

Waktu tu juga, siapa dapat tanah pantai sebagai pusaka dikira hina dek kerna tiada nilai... rasa mana2 pulau di waktu dulu memang lagu tu laa... cuma malang langkawi ni, memang jadi tempat belasahan Tentera Siam jaa dalam banyak peperangan Kedah - Siam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
so die ni sbenanye org malaysia ke rakyat thai? i tgk muke so so jela. tang mane jelitawan nye. over nye la nk bagi duit tetiap bulan kt die. ape langkawi tu die pnye ke? dh serupe org sulu pulak.

pasni rohingyuck yg dh membiak pesat kt langkawi tu pulak claim mcm2. bodoh pnye gomen
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
board sebelah “Legenda Mahsuri” - LailaTempawan.lepas tu ada sambungan thread.menarik juga baca kat situ sejarah salasilah mahsuri
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
satu thread lagi “Mahsuri D’ Langkawi”- Tanggo.Pak Tanggo banyak cerita pasal sejarah mahsuri ni dan banyak rupanya misteri.Dia kata Wan Aishah ni bukanlah keturunan ketujuh mahsuri.Mahsuri ada dua anak dan dia cerita satu satu salasilah anak anak mahsuri ni sampai ke mana
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-8-2022 01:04 AM
Ko biar betul Tun Det tu ada kaitan dengan Mahsuri.

Btw, apa cerita sebenar Mahsuri ya? Bukan yang  ...

Kalau sol buat movie..agak2 boleh letup 100j tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
keturunan pertama siapa, kedua siapa sampailah yang keenam.in fact paktanggo kata makam
mahsuri hat kita dok p tu pun bukan makam sebenar.hujung kaki makam sedia ada tu sebenarnya barulah makam mahsuri.ala kena pergi baca sendiri thread tu.quite interesting and an eye opener jugak.betul tak betul tu wallahua’lam.tapi banyak persoalan yang dia timbulkan tu buat kita berfikir
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:26 PM | Show all posts
awal tahun arituh gi Langkawi
ada sorang drebar grab ni dok bercerita pasal keturunan Mahsuri
katanya Tun M ni adalah keturunan Mahsuri di sebelah mak nya Wan Tempawan
sebab tak berapa tahu kisah Mahsuri ni, jadinya kita dengar jelah dia bercerita,betul ke tidak entahlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
perasan tak kenapa sentiasa ada pisang kat hujung makam mahsuri tu? jeng jeng jeng.penat jugak nak khatam.pada saya, saya membaca sekadar bacaan sahaja.tapi something to ponder la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:29 PM | Show all posts
krustykrab replied at 3-8-2022 04:25 PM
So, apa yg langkawi dah capai dgn adanya budak keturunan mahsuri ni...

guna duit taxpayers utk bg all kind of perks to her



Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_Sally replied at 3-8-2022 01:39 PM
Share link kalau jumpa yaa....

cari tajuk “Lagenda Mahsuri” by LailaTempawan.ada dua thread.satu lagi “Mahsuri D Langkawi” by tanggo
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
reproduced petikan dari PakTanggo bod sebelah:
Di Kampung Pengkalan kapal sanak saudara menunggu mereka kerana ada yang cedera dan lemah dan perlu diberi rawatan. Tidak kurang juga berita yang didengar dan diceritakan diantara mereka.

Wan Derus senang dengan tugas yang telah diselesaikan  ketika di Satun . Tetapi lain pula setelah beliau pulang ke Pulau Langkasuka. Hadiah di Pulau Langkasuka pula amat menyedihkan beliau dan boeh membawa kepada pergaduhan di antara keluarga sendiri.

Beliau dan dibantu dengan sahabat-sahabatnya dapat mengawal keadaan yang kalau tersilap hitung boleh membawa kepada pembunuhan. Beliau menerima saja takdir yang telah menimpanya dengan penuh sabar dan berserah kepada Allah.

Dalam seminggu setelah arwah Mahsuri meninggal, Pandak Mayah tidak dapat melihat lagi barang-barang peninggalan arwah. Dikumpul olehnya barang-barang itu dan diberi kepada seseorang untuk menjaganya.

Ibu dan kakak-kakak arwah tidak lagi dapat menahan kesedihan yang menimpa mereka. Mereka sentiasa mendoakan agar mereka dipendekan umur. Maka selepas setahun pemergian arwah, ibunya pula dijemput Allah. Ibunya juga disemadikan tidak jauh dari tempat arwah disemadikan.Tidak lama selepas itu pula turut diikuti oleh dua orang kakaknya. Kakaknya juga disemadikan ditempat yang sama.

Setelah beberapa lama Wan Derus tinggal bersama dua orang anaknya, beliau pun meminta izin dari Pandak Mayah untuk meninggal Pulau Langkasuka. Setelah keizinan
diberikan oleh Pandak Mayah barulah beliau berpindah dan tidak pulang lagi.

Bekalan untuk beliau dan anak-anaknya pun disediakan oleh keluarga dan rakan-rakannya. Tiba hari berpindah, beliau pun dihantar oleh orang–orang  terdekat hingga ke pantai. Maka belayarlah mereka ke destinasi yang dirahsiakan. Bersama beliau turut serta ialah  kawan rapatnya. Setelah sampai ke tempat yang di tujunya maka bermudiklah mereka menyusuri sungai dan sampai ke suatu daerah bernama Trang .Beliau dan anak-anaknya pun menetap di Trang. Beliau tidak lagi berkahwin. Beliau sendiri membesarkan anak-anaknya. Beliau juga mengajar ilmu agama kepada orang-orang sekitarnya. Beliau memilih Trang untuk menetap kerana di sini beliau mempunyai ramai kenalan.

Setelah beberapa lama beliau menetap disitu, sahabatnya berangkat pulang ke Pulau Langkasuka dengan tujuan untuk menyampaikan berita kepada Pandak Mayah. Sahabatnya itu berulang alik setahun sekali di antaraTrang dan Pulau Langkasuka.

Pandak Mayah, setelah kematian isteri dan anak-anaknya beliau pun berpindah ke tempat Wan Derus. Sebelum berpindah beliau memberi barang-barang kepada sahabatnya untuk dijaga dan diserah kepada anak-anak cucunya di kemudian hari. Rumah  asalnya pun hendak diroboh tetapi dicadang oleh sahabatnya supaya tinggalkan untuk tatapan anak-anak cucunya. Cadangan itu diterimanya. Maka kekalah ukuran rumah itu hingga kehari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mikroorganisma replied at 3-8-2022 05:30 PM
cari tajuk “Lagenda Mahsuri” by LailaTempawan.ada dua thread.satu lagi “Mahsuri D Langkawi” by ...

Oraitt...

Tq yatchhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sambungan cerita paktanggo:

Setelah tiba masanya berpindah ,beliau pun berpindahlah ke tempat cucunya tinggal dengan ditemani oleh sahabat Wan Derus tadi dalam usianya tujuh puluhan. Semasa perpindahan itu beliau membawa bersamanya persalinan ketua kampung termasuk kasut capar, Keris Wali,tengkolok, lebai dan lain-lain barang.Tiba di Trang menetaplah beliau bersama menantu dan cucu-cucunya.Mereka membuat kerja seperti biasa  untuk menyara kehidupan harian.

Lebih kurang sepuluh tahun Pandak Mayah berada di Trang ,beliau pun uzur. Oleh itu beliau pun meminta agar beliau dihantar pulang ke Pulau Langkasuka.Pulanglah beliau ke Pulau Langkasuka dan ditemani oleh orang harapan . Setiba di Pulau Langkasuka beliau tinggal bersama saudaranya. Hari berganti hari. Pandak Mayah semakin uzur. Beliau meninggal di Pulau Langkasuka dan disemadikan di Pulau Langkasuka. Berita kematian Pandak Mayah disampaikan kepada Wan Derus oleh penyampainya.

Setelah sekian lama di Trang , Wan Hakim pun dewasa. Beliau dikahwinkan dengan Umi Kalsom dari Pathalong. Setelah berkahwin beliau tinggal berasingan dari bapanya. Lebih kurang 86 tahun usia Wan  Derus maka meninggallah beliau. Beliau disemadikan oleh orang-orang kampung. Makamnya sekarang ini terletak di belakang Masjid Trang yang imamnya sekarang ini bernama Hj. Ramli.

Wan Hakim dan isteri. setelah beberapa tahun mereka kahwin, maka dikurniakan dua orang anak laki-laki. Anak pertama bernama Wan Mohd Salleh dan yang kedua bernama  Wan Mohd Zaidi. Wan Mohd Zaidi dua tahun lebih muda dari abangnya.

Setelah usia Wan Mohd Salleh 10 tahun, Wan Hakim sekeluarga berpindah pula ke Pathong  (atau Pathongmoi). Mereka tinggal di satu kampung  yang tidak jauh dari pantai .Kerja harian mereka adalah bertani dan ke laut.

Wan Mohd Salleh ketika usianya 18 tahun dengan keizinan ibu dan bapanya , merantau pula beliau untuk belajar ilmu agama. Beliau merantau hingga sampai ke Naratiwat. Di Naratiwat beliau belajar disebuah  sekolah pondok di Daerah Weng. Beliau berguru dengan seorang sheikh selama tiga tahun.  Selepas pengajian beliau terus berniaga kain dan batu pemata. Beliau berurus niaga hingga ke Saiburi.

Setelah umur Wan Mohd Salleh 25 tahun, beliau berkahwin dengan orang  dari Saiburi bernama Wan Siti Hajar Bt Wan Alias. Mereka menetap  di Ban Yala. Disini mereka mendapat seorang anak perempuan dan diberi nama Cik Aa.

Sementara itu di Phatong, Wan Mohd Zaidi meninggal dunia dalam usia 17 tahun kerana demam panas.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak cayalah .
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
and he ended up by saying this:

Wan Mohd Salleh dan isteri setelah mendapat anak pertama , mereka berpindah lagi. Kali ini mereka berpindah hingga ke negeri Kedah. Setelah mendapat tempat yang sesuai mereka membina rumah dan menetap di situ. Pekerjaan mereka bersawah , menangkap ikan dan kerja-kerja kampung yang lain. Selepas menetap di Kedah, mereka mendapat lima orang lagi anak. Anak kedua bernama Cik, ketiga Embong, keempat Fatimah,kelima Aishah dan keenam laki-laki bernama Nan.Hari ini yang masih ada hanyalah Fatimah saja dan usianya hampir 80 tahun  Kakak-kakak dan adiknya sudah pun meninggal dunia. Fatimah ialah ibu kepada Abdul Ghoni. Beliau mempunyai 12 orang anak.

Cik Aa pula berkhawin dengan Awang. Mereka menetap di Kampung Kubang Jelai dalam Daerah Pendang. Mereka mendapat beberapa orang anak. Anak sulungnya bernama Abdul Rahman.Awal tahun 60an Cik Aa meninggal dunia melewati suaminya. Beliau dimakamkan di perkuburan Islam Kampung Rambai.

Abdul Rahman pula berkahwin dengan Saodah. Mereka mendapat beberapa orang anak.Mereka menetap di Kampung Gelam jalan Tanah Merah. Beliau meninggal di awal tahun 2000 kerana  lumpuh.

Anak pertama Abdul Rahman bernama Abdul Ghani. Setelah berkahwin. Beliau mendapat beberapa orang anak. Anak yang pertama bernama ********. Mereka sekeluarga tinggal di pekan Pokok Sena, Kedah. Sekarang usia anak sulongnya  lebih kurang 17 tahun.

Apa yang dikatakan tujuh keturunan aku oleh arwah Mahsuri dalam ucapan sumpahnya ialah dikira dari dirinya, anaknya yang sulung dan seterusnya kepada cucu cicitnya yang sulung tidak kira samada laki-laki atau perempuan. Cartanya seperti berikut,


1        MAHSURI
2        WAN HAKIM
3        WAN MOHD SALLEH
4        CIK AA
5        ABDUL RAHMAN
6        ABDUL GHANI
7         ***********


    Demikian  secara ringkas cacatan keturunan moyang saya yang dapat dicari, dicatat  dan disimpan oleh saya sejak diberitahu olih nenek saya lagi. Pencarian ini memakan masa sejak saya masih kecil dan berpindah ke Pulau Langkawi pada tahun 1983 hingga ke hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pentingnya meraikan keturunan mahsuri ni ya?..ada jasa ke pd malaya? Mcm xde je
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 3-8-2022 01:15 AM
Sis baca di mana? Iols penah baca kat board sejarah dulu2 pasal wan aishah ni. Ada forumer nama ta ...

Iols pn follow jgk thread pasal keturunan mahsuri celup ni kt bod sejarah dulu...pnjg ceritanya..ape kabo la tuan tanah tu skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 3-8-2022 05:42 PM
Iols pn follow jgk thread pasal keturunan mahsuri celup ni kt bod sejarah dulu...pnjg ceritanya..a ...

Ooo chuols pon follow ye. Kan memang berangkai2 ceritanya. Apa ka nama forumer tu pak tanggo kalau tak silap. Ada deme dah mention kat atas. Cer tag nama kawan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 3-8-2022 05:39 PM
Apa pentingnya meraikan keturunan mahsuri ni ya?..ada jasa ke pd malaya? Mcm xde je

Jasa dia berjaya keluarkan darah warna putih..satu keajaiban yg tiada mana2 manusia hatta nabi pun tak de keajaiban tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.086840 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list