|
semoga ada jodoh NAJMI ngan ALISHA... |
|
|
|
|
|
|
|
buat semua yg mengikuti cerita yg x seberapa ni, TERIMA KASIH!!
maaf lama xde N3...writer's block hu3...
tp hari ni ada n3,he3.. ~~~ Alhamdulillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
EPISOD 13
Di rumah Alisha...
“Icha, rasa macam dah lama aku tak nampak kau berdiri kat balkoni tu sambil pegang handphone,” tegur Nina saat melangkah keluar dari biliknya. Alisha yang berdiri di balkoni berpaling dan melemparkan senyum hambar.
“Kenapa Icha?” Nina bertanya setelah menyedari wajah Alisha yang kelat.
Alisha mengeluh perlahan. “Najmi ni...” adu Alisha. “Tak reti- reti ke nak return call aku?”
Nina tergelak kecil. “Payback time!” selamba Nina berkata.
“Apa kau kata?!” pantas Alisha bertanya. Dahinya berkerut seribu.
“Kau call la lagi!” Jawab Nina. Dia tersengih- sengih. “Ntah- ntah dia tak ada kredit,” kata Nina lagi.
“Dia guna post paid la!” balas Alisha. Dia menekan- nekan kekunci telefon bimbitnya. Mulutnya terkumat kamit seperti membaca mantera. Entah apa yang dikarutnya, Nina tidak tahu.
Nina sekadar tersenyum melihat gelagat Alisha. Hatinya berbisik, kalut pun kau ehh? Hari tu buat perangai!
Di pihak Najmi...
“Ada Icha call?” Tanya Azim sambil mata tak lepas dari memandang skrin televisyen. Siapa sangka, lelaki yang kelihatan brutal seperti Azim tidak pernah melepaskan peluang untuk menonton Glee?
“Tak ada pun... Should I call her?” Najmi bertanya. Telefon bimbitnya kemas dalam pegangan. Azim pantas berpaling.
“Bro, relax la bro... Jangan bagi malu kaum lelaki!” kata Azim. Sengihnya melebar.
“Di buatnya Icha ada something important nak bagitahu aku macam mana?” Najmi bertanya lagi.
Azim mendengus. “Hah, kalau dah penting sangat, dia mesti telefon balik. Jangan gabra bro!”
“Kau cakap senang la,” balas Najmi. Aku ni separuh mati rasa nak tekan je nombor telefon Alisha!
Azim ketawa kecil. “Bro, aku ada plan best pasal kau dengan Icha. Kau nak tak?”
Dahi Najmi berkerut. “Plan apa?”
Azim tersengih. “Plan ni boleh membuktikan sedalam mana cinta Icha kat kau. Aku yakin plan ni berjaya sebab aku tengok kat Glee!”
Najmi membulatkan matanya. “Kau nak aku buat apa kat sayang aku?? Kau jangan Zim!!”
“Apa pulak kau tengok aku macam tu?! Aku bukannya nak suru kau buat bukan- bukan!” balas Azim.
“Cer cerite!” balas Najmi mengikut gaya Hussin dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Azim mendekati Najmi dan berbisik. “Apa motifnya berbisik, bukannya ada orang lain pun dalam rumah ni?” Najmi bertanya.
“Kau diam boleh tak bro?” Itu Azim balas. Aku nak tolong ni, banyak cekadak pulak!
Setelah benar- benar memahami apa yang diperkatakan Azim, Najmi memberikan persetujuan. “Boleh lah kot kita try,” kata Najmi.
Azim tersenyum sebelum berkata, “Aku nak jadi pengapit kau!”
Azmal Zakwan pula...
“Oii, buat kerja ke sibuk main message?” sergah Abul, rakan serumah Azmal. Azmal tersengih sahja mendengar kata-kata Abul.
“Aku boleh buat banyak benda dalam satu masa. How’s that?” jawab Azmal dalam senyuman. Telefon bimbit diletakkan di sebelah komputer riba.
Abul menarik kerusi dan duduk selang satu kerusi dari Azmal. “Yela tu... Tu, kerja yang mana tu?” tanya Abul. Lehernya dipanjangkan untuk melihat ke skrin komputer. “Untuk fasa GPT 3 ke?” tanya Abul lagi.
“Ya la... Pening kepala aku. Aku dah serik tercampak kat Tasik Tebing Biru tu, menyiapkan benda alah ni,” jawab Azmal.
“Macam la kau tak pernah outstation ke situ, Mal. Bukan apa tu, sebab tak ada coverage phone kan?” balas Abul. Spontan Azmal ketawa. “Selama ni, tak pernahnya kau cakap serik tercampak kat tasik tu. Happy lagi ada. Apa kau cakap, nature at it best?” perli Abul.
Azmal menyambut dengan tawa. “Perli nampak?”
“Terasa ke? Tak kesah lah. Tak lama lagi, boleh makan nasi minyak ke Mal?” usik Abul.
Azmal ketawa lagi. Murah sungguh tawanya sekarang, menggambarkan betapa bahagianya dia. “Insya Allah, doakan lah,” balas Azmal. Abul tersengih sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 84# nhid_tam
sikit jer?maksud? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply nhid_tam
sikit jer?maksud?
anakhalal Post at 13-2-2011 22:05
maksudnye nak n3 pnjang2 lagi pnjang2 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnye nak n3 pnjang2 lagi pnjang2 lagi
juliet80 Post at 14-2-2011 08:12
betol tue..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe..idea x mari lg ni.nk kena bertapa dulu kot?
sabar ek... |
|
|
|
|
|
|
|
cepat AH !!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe..idea x mari lg ni.nk kena bertapa dulu kot?
sabar ek...
anakhalal Post at 14-2-2011 22:17
lama ke kena bertapa baru idea datang?? |
|
|
|
|
|
|
|
tak lama...sekejap jer.
ops..ops...idea on the way!! |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 14
Hari Jumaat. Alisha sibuk membantu ibunya di dapur. Sebentar lagi babah dan abangnya akan pulang dari menunaikan solat Jumaat. Mereka akan menikmati makan tengahari bersama. Menu hari itu, asam pedas ikan tenggiri, sayur campur dan sambal udang petai. Melihat sambal udang petai mengingatkan Alisha pada... Najmi. Tunangnya itu suka benar sambal udang petai dan pastinya Alisha pernah menyediakan juadah itu untuknya. Pujian berbakul- bakul dia terima dari Najmi. Kembang hatinya. Tapi...
Alisha mengeluh perlahan. Dia menarik kerusi dan menghadap juadah tengahari mereka. Matanya tepat memandang kepada sambal udang petai yang terletak elok dalam mangkuk Correll. Dia menongkat dagu. Fikirannya melayang mengenangkan Najmi.
Arfah memandang sekilas anak perempuannya itu. Bahu Alisha di tepuk perlahan. Alisha tersentak dan berpaling kepada ibunya. Mulutnya terkunci namun matanya seolah- olah bertanya, kenapa?
“Elok lah tu menongkat dagu mengadap makanan,” tegur Arfah. “Fikir apa?” Arfah bertanya pula.
“Tak ada apalah bu... Lapar je,” dalih Alisha.
Arfah menggeleng. Percaya benarlah dia cakap Alisha tadi. Lapar konon... Sarapan pagi tadi pun dijamah tidak sahaja. Katanya tidak berselera. Melihat air mukanya sahaja Arfah tahu, ada yang tidak kena. Icha... Icha...
“Kejap lagi babah dengan abang balik. Pergilah mandi. Elok benarlah pakai macam tu,” arah ibunya. Alisha memandang tubuh sendiri. Dia sekadar memakai t-shirt dan seluar khaki setakat lutut. Dalam langkah yang malas, Alisha mendaki tangga ke biliknya.
“Nanti turun pakai elok- elok sikit!” sempat Arfah melaung dari dapur. Alisha dengar sahaja.
Di kamar, Alisha mencapai telefon bimbitnya yang terbaring kaku. Dia segara ke menu Message dan seterusnya ke New Massage. Jarinya lincah menari di papan kekunci.
Waktu menunjukkan ke pukul 240 petang saat Alisha selesai menunaikan solat Zuhur. Babah dan abangnya pasti sudah pulang dari masjid. Alisha bergegas turun. Dilihat babah dan abangnya sedang menonton televisyen. Dia langsung ke dapur.
“Tak nak makan lagi ke bu?” tanya Alisha.
“Tunggulah sekejap,” balas Arfah yang sedang memotong buah tembikai. Kecur air liur Alisha melihat tembikai merah itu. Abangnya muncul di dapur. Rambut Alisha yang di ikat ekor kuda ditariknya. Alisha berpura- pura mahu menendang kaki abangnya.
“Kenapa tak pakai tudung?” Syafiq bertanya. Alisha tertanya- tanya mengapa dia perlu pakai tudung untuk makan tengahari. Melihat Alisha yang terpinga- pinga, Shafiq berkata, “Najmi dah sampai tu. Pergi la pakai tudung.” Bulat mata Alisha memandang ibunya.
“Cepatlah,” gesa ibunya pula. Kelam kabut Alisha berlari ke biliknya untuk memakai tudung. Tambah bedak sikit kot? Sempat hati Alisha berlucu sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...
Makan tengahari yang terasa janggal bagi Alisha. Terasa seakan sudah lama dia tidak berkongsi meja makan bersama Najmi. Melihat Najmi ketika ini terasa seakan mimpi. Sudahnya dia hanya diam menyuap nasi. Ibu di sebelahnya, babah di hujung meja manakala Najmi dan Shafiq di sebelah yang lagi satu. Sesekali perbualan menghiasi waktu makan tengahari mereka. Alisha senang melihat Najmi yang nampak berselera menikmati makan tengaharinya. Sudah tiga kali Najmi dilihat menambah sambal udang petai ke pinggannya. Icha yang masak, khas untuk abang, bisik hati Alisha.
“Sikitnya Icha makan,” tegur Shafiq apabila melihat pinggan Alisha yang sudah kosong. Najmi turut sama memandang Alisha. Wajah Alisha di pandang terus.
“Dah kenyang,” balas Alisha. Dia menggelak matanya dari bertembung dengan mata Najmi yang tajam menikam. Dia malu.
“Kenyang sebab ada..ehemm! ehemm kan?” usik Shafiq. Spontan Alisha menjegilkan matanya kepada Shafiq. Senyuman terukir di bibir Najmi. Suka benar dapat menatap wajah Alisha yang merah menahan malu. Arfah dan Hanif sama- sama tersenyum melihat gelagat anak- anak dan bakal menantu mereka.
Alisha mengemas dapur bersama ibunya usai makan tengahari. Kedengaran rancak babah, Shafiq dan Najmi bergebang di ruang tamu. Sesekali pecah tawa mereka. Entah apa yang mereka bualkan, Alisha tidak pasti. Kopi ‘o’ panas juga ibu sediakan untuk mereka. Lambat sekali Alisha menyertai keluarganya di ruang tamu. Sempat matanya dan Najmi bersatu. Debar di hatinya, hanya Tuhan yang mengerti. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan..
Tidak lama kemudian, Najmi meminta diri untuk pulang. Perut sudah kenyang, namun matanya masih belum puas untuk menatap wajah Alisha. Hati juga masih berlagu rindu. Seakan memahami, keluarga Alisha meminta Alisha menghantar Najmi ke luar. Seketika, mereka diam membisu walaupun sebenarnya dalam hati, terlalu banyak yang mereka ingin katakan.
“Macam mana abang boleh ada kat sini?” tiba-tiba Alisha bertanya.
Najmi tersenyum mendengar pertanyaan Alisha. “Kenapa, Icha tak suka abang datang sini?” Pedih juga hatinya saat menuturkan kata-kata itu. Takut pun ada.
Alisha terpana sendiri. Icha? Bukan... Sayang?
“Icha?” tegur Najmi apabila Alisha sekadar diam.
Alisha cepat- cepat menggeleng. “Kenapa abang cakap macam tu?”
“Cakap apa?” Najmi bertanya kembali. Dia berpura- pura tidak faham.
Alisha menjeling. Orang tanya dia, dia tanya orang balik! Alisha mengetap bibir menahan geram.
Najmi tersenyum lagi. Wajah Alisha ketika marah memang manis. Najmi betul- betul terpikat. Matanya tak lepas dari memandang wajah Alisha. Hai, kalau dah kawin, mau aku gigit pipi tu, bisik Najmi dalam hati. “Tadi ada someone SMS abang, bagitahu dia masak sambal udang petai. Dia teringatkan abang. Hmm... Abang Shafiq rasanya yang SMS abang tadi. Sebab tu abang terus datang sini,” usik Najmi sambil menggosok dagunya.
Wajah Alisha jelas kelihatan berubah. Pipinya bertukar merah.
“Mengada!” spontan Alisha mengutuk tunangnya itu. Jangan dikata betapa malunya dia saat itu. Memang dia yang menghantar pesanan ringkas itu tadi dan ayat- ayatnya... Adoii malu!!!
Najmi ketawa besar. Pantas Alisha membesarkan matanya. Malu kalau didengar dek keluarga terutama sekali Shafiq. Mungkin sampai ke minggu hadapan Alisha disakatnya. “Abang ni...” rungut Alisha. Kedengaran manja di telinga Najmi.
“Terima kasih,” ucap Najmi perlahan. Dia cuba menahan dirinya dari memanggil Alisha ‘sayang’ tapi sungguh, dia terasa sukar. Dia terlalu menyayangi gadis di hadapannya itu.
Alisha mengangkat wajah. Pandangan mereka bertemu. “Terima kasih untuk apa?” balas Alisha.
“Untuk makan tengahari yang sangat enak,” balas Najmi sambil tersenyum manis. Dia memegang helmet dan menyarungnya ke kepala.
“Abang...” Alisha memanggilnya. Lembut sekali.
“Saya,” balas Najmi. Wajah kesayangannya itu direnung terus.
“Ride carefully,” kata Alisha. Dia malu direnung begitu.
“Insya Allah,” jawab Najmi. “Ada lagi yang Icha nak bagitahu abang?” tanya Najmi. Alisha pantas menggeleng. Sebenarnya ada tapi lidahnya kelu untuk berkata.
“Abang balik dulu ya,”kata Najmi. Alisha tercegat di situ hinggalah Najmi hilang dari pandangan. Lama dia tercegat di situ. Hati terasa kosong, sekosong jalan itu sekarang. Hatinya meronta ingin mendengar ungkapan sayang dari bibir Najmi. Abang, sudah berubahkah hatimu?
“Cik kak, berapa lama lagi nak tercegat kat situ?” laung Shafiq dari pintu rumah. Alisha segera berpaling sambil mencekak pinggang.
“Dengki!” kata Alisha saat melintasi Shafiq yang masih tersengih di muka pintu. Alisha terus ke kamarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Malam itu, berjurai- jurai air mata Alisha saat bercerita kepada Nina. Nina di talian sana hanya mampu menggaru kepala. Kata- kata Alisha acap kali terganggu dek esakan yang lebih teruk dari esakan anak kecil yang lututnya luka kerana terjatuh. Tiada ruang untuk Nina mencelah langsung.
“Icha, janganlah menangis macam ni,” pujuk Nina. Mati akal dia untuk memujuk Alisha supaya berhenti menangis.
“Aku sedih la!” balas Alisha.
“Tau la kau sedih tapi over sangat lah kau ni!” balas Nina. Geram juga dia melayan budak Alisha ni.
“Nina, sampai hati kau cakap aku over!” balas Alisha dalam nada yang sendu.
“Icha, it’s not a big deal Najmi tak panggil kau sayang,” pujuk Nina. “Ntah- ntah dia sengaja nak test kau,” kata Nina lagi.
“It’s a big deal Nina! Dia dah tak sayang aku!” Alisha teresak lagi.
Nina rasa seperti ingin mengetuk kepalanya ke kepala katil saat itu juga. Sampai ke situ fikiran Alisha! Hailoo... “Icha, kau dengar sini. Najmi yang aku kenal tak macam tu lah!” balas Nina. “Percayalah cakap aku Icha, dia sayang kau.”
Bukan sekejap masa yang Nina ambil untuk tenangkan Alisha. Hampir satu jam! Perut yang tadinya lapar minta di isi terasa kenyang. Kenyang dengan tangisan Alisha!
Najmi berkalih baring. Dia mengiring ke kanan. Terus matanya jatuh ke gambar Alisha dan dirinya pada hari pertunangan mereka. Alisha cantik sekali mengenakan kebaya moden berwarna putih. Sungguh, Najmi benar- benar tidak mampu membuang kenangan manis itu dari ingatannya, sampai bila- bila pun! Dia tidak mungkin boleh melupakan betapa terharunya dia saat melihat mamanya menyarungkan cincin ke jari manis Alisha yang runcing. Dan saat mama mengucup pipi Alisha... dia terasa harinya begitu sempurna!
Sudah tiga kali dia cuba untuk menelefon Alisha tapi talian gagal disambungkan. Najmi menghela nafas panjang. Hati terasa cemburu. Dengan siapa Alisha berhubungan? Ada lelaki lainkah dalam hidupmu sayang? Tapi abang sangat mencintaimu sayang! |
|
|
|
|
|
|
|
ngeee.... |
|
|
|
|
|
|
|
tinggal jejak kt sini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 97# adalia
tinggal jejak tu apa?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply adalia
tinggal jejak tu apa??
anakhalal Post at 16-2-2011 23:06
tanda dulu...jap g br singgah baca |
|
|
|
|
|
|
|
ooo...hahaha..ok2.
sila dtg lagi! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|