CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] KEMAS KINI: 'Saya agak terkejut, tidak masuk akal' - Norjuma. Norjuma Habib muncul di Kota Bharu selepas 4 waran tangkap dikeluarkan. KES: 4 mahkamah majistret keluarkan waran tangkap Norjuma Habib

[Copy link]
 Author| Post time 1-7-2024 10:43 PM | Show all posts
UTAMA

Waran tangkap: 'Saya agak terkejut, tidak masuk akal' - Norjuma

Nor Fazlina Abdul Rahim
[email protected]

Kota Bharu: Bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed yang kini berdepan empat waran tangkap oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendakwa terkejut berhubung perkara itu dan sehingga kini tidak dimaklumkan oleh mana-mana pihak termasuk peguam.

Usahawan tudung berusia 44 tahun itu turut mendakwa hanya mengetahui isu waran tangkap melalui laporan media selain menyifatkan perkara itu tidak masuk akal.

Pada masa sama katanya, beliau sudah mendapat tarikh baru untuk hadir di mahkamah bulan ini dan akan hadir pada tarikh yang ditetapkan itu.

"Saya pun tidak tahu pangkal cerita berhubung waran tangkap itu dan mengakui agak terkejut membaca laporan media berhubung isu waran tangkap. Sepatutnya perkara ini diuruskan oleh peguam saya, bukannya pihak media.

"Sehingga kini lima peguam yang dilantik pun tidak memaklumkan perkara ini dan buat masa ini saya juga berdepan masalah kerana barisan peguam tidak memberi kerjasama kepada saya.

"Baru-baru ini pun peguam tidak hadir ke mahkamah sedangkan saya mengeluarkan kos setengah juta untuk kos mereka," katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran di Royal Guest House, di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, beliau akan hadir pada tarikh baru yang ditetapkan oleh mahkamah bulan ini.

"Sebenarnya ramai orang tidak tahu mahkamah sudah memberi tarikh baru kepada saya iaitu bulan ini. Saya akan hadir pada tarikh itu," katanya.



Norjuma Habib Mohamed ketika ditemui di Royal Guest House. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR


Media sebelum ini melaporkan, empat Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Norjuma Habib kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes.

Sebutan kes itu berkaitan lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.

Waran tangkap itu masing-masing dikeluarkan oleh Majistret Illi Marisqa Khalizan, Nurul Izzah Shaharuddin, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim selepas Norjuma dan penjamin iaitu adiknya tidak muncul dalam kamar mahkamah walaupun nama dan kesnya disebut beberapa kali.

Dalam perkembangan lain ketika mengulas mengenai perniagaan baru membabitkan bidang perhotelan di sini, Norjuma berkata ia adalah cabaran baru yang diambil.

"Saya menghabiskan kos sebanyak RM3.5 juta untuk ubah suai hotel ini selepas mengambil alih sejak 2022 membabitkan sebanyak 40 bilik.

"Hari ini secara rasminya hotel ini kembali dibuka selepas ditutup untuk ubah suai. Harga yang dikenakan serendah RM120 sehingga RM200.

"Konsep yang kita ketengahkan adalah butik hotel di mana di tingkat bawah saya menjual tudung keluaran saya selain terdapat kafe dan tingkat atas pula untuk bilik hotel," katanya.

Disiarkan pada: Julai 1, 2024 @ 6:38pm


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -masuk-akal-norjuma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2024 10:43 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 1-7-2024 11:01 PM



  

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang halau kereta, suruh park elok2. Dibantainya balik rumah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 1-7-2024 10:43 PM

Baju siapa yg disarungnya tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayenye.. 3.5juta renovate
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape la tak pakai tudung tu elok2
Baju dah la mcm salah size, siap npk kulit dada kat belahan baju tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 1-7-2024 10:43 PM
UTAMA

Waran tangkap: 'Saya agak terkejut, tidak masuk akal' - Norjuma

Loyar takut nk inform ke?

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Barisan loyar pun tak bagi kerjasama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2024 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 1-7-2024 11:16 PM
Nape la tak pakai tudung tu elok2
Baju dah la mcm salah size, siap npk kulit dada kat belahan baju t ...

Nmpk selekeh. Tak pakai camisole inner sampai nmpk garis bra. Makin nmpk body gen paki/mamak.

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-7-2024 11:22 PM
Nmpk selekeh. Tak pakai camisole inner sampai nmpk garis bra. Makin nmpk body gen paki/mamak.

Yes, betul...selekeh
Ko dah tau nak jumpa press, gitu je selempang tudung sampai nampak mcm tak berleher dah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
theorkedd replied at 1-7-2024 10:48 PM
Orang halau kereta, suruh park elok2. Dibantainya balik rumah

Kalau tk tau naper ek dia pi court tu
Tingtong
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-7-2024 11:17 PM
Loyar takut nk inform ke?

Entah2 lawyer pun takdak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 11:52 PM | Show all posts
Boleh tak tukar dulu kaler lens tu? Terganggu pulak tgk

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 1-7-2024 07:13 PM
wow!! ada hotel nyah
gtu je dia bodoh2kan mahkamah ya
tak de pun rasa takut

Hotel bukan sebarang hotel. Royal nyah. Setarap gelaran seniri claim datin che puan
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 1-7-2024 11:33 PM
Entah2 lawyer pun takdak...

Sembang kencang kata bayar loyar setengah jota.

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 1-7-2024 11:27 PM
Yes, betul...selekeh
Ko dah tau nak jumpa press, gitu je selempang tudung sampai nampak mcm tak be ...

Makin nmpk layut teks sheols.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2024 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun kak peguam tak bagi kejesama ke peguam tanak ikut kepala angin ko? Dlm sewel pun sempat membongkak setengah juta cerita ko kalau tak kelangit mmg tak sah!

"Sehingga kini lima peguam yang dilantik pun tidak memaklumkan perkara ini dan buat masa ini saya juga berdepan masalah kerana barisan peguam tidak memberi kerjasama kepada saya.

"Baru-baru ini pun peguam tidak hadir ke mahkamah sedangkan saya mengeluarkan kos setengah juta untuk kos mereka," katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran di Royal Guest House, di sini, hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 1-7-2024 10:43 PM

Ankeljim tersenyum sinis


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 1-7-2024 10:43 PM

Tang mana lawanya dia ni sekarang...muka mcm.marhein biasa je dlm video ni...

Rasanya dia masih isteri SB tak?...dulu samsul Debat ada sebut dlm.videonya norjuma kawan baik dia mmg kawin dgn SB senyap2..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 2-7-2024 02:10 AM
Ya ampun kak peguam tak bagi kejesama ke peguam tanak ikut kepala angin ko? Dlm sewel pun sempat mem ...

½ juta tu dlm mimpi dia kot. Dia berhalusinansi yg diq dh appoint lawyer, bg deposit segala kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.042402 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list