CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mofisa

Usop Wilcha bertekak peminat di facebook

  [Copy link]
Post time 12-4-2011 11:37 PM | Show all posts
panataik oppurtunist gila kuasa, gila glemer, gila duit begini selalu dijumpai dalam kelab2 AF.

akaka.

ya, memang niat dia bagus mula2. nak tolong promosi la konon si persona usop wilcha ni (ntah2 si dayniel ni tatau pun nama sebenar usop wilcha).

tapi lama2 terpengaruh dengan hasutan setan, buat bisnis cepat kayo lak jual t-shirt ala2 lanun cetak rompak; dah la letak nama habang syed sebagai admin?

kelas kau maria. perangai sungguh mainland china.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2011 01:56 AM | Show all posts
ni pesbuk mamat yg create fanpage pelesu tu...

http://www.facebook.com/dayniel.izham?sk=wall

inikah t shirt yg dijualnye? huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 02:10 AM | Show all posts
panataik oppurtunist gila kuasa, gila glemer, gila duit begini selalu dijumpai dalam kelab2 AF.

a ...
chazey Post at 12-4-2011 23:37


kaaaaaaan. dah tu leh plak marah2 shy8 ni kate tak hargai dia. die tu patut berterima kasih kat shy8 sbb suka2 hati makpak dia guna nama org tu. dah la gigih korek gambo family dia kat fb pastu dok sebar gambar2 personal anak bini org tu. keji punya olang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 02:22 AM | Show all posts
wowwwwwwwwwwwwww citer ni sampai  dah keluar mstar!! baru tadi aku ushar mstar. pantas betol hihii

glamor la budak daniyel (betol ke aku eja) tu. sbb mstar tak itamkan name dia hihi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 02:47 AM | Show all posts
bila dh glamer semua gerak geri jd perhatian, cuba kalo org biasa, xde yg heran pon
tp nsb baik aku x join fan page dia lg, org lain yg manage rupanye
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 03:48 AM | Show all posts
modal satu baju 10 rggt klu dia wat bnyk2..klu satu baju jual agak2 29.90..admin page tu kata da dpt tmphn 119 helai...agak2 bpe dia dpt..ceh..celaka amik untung. mmg patut kena bakar hidup2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2011 08:14 AM | Show all posts
Dayniel Izham ni memang over. Banyak fanpage budak ni jadi admin. Gile glamer punya budak
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 08:14 AM | Show all posts
Rabu April 13, 2011
'Usop Wilcha' Naik Angin Ada Pihak Ambil Kesempatan

Oleh KEMALIA OTHMAN




Shy8 dalam watak Hantu Kak Limah Balik Rumah


PETALING JAYA: Pelakon Syed Mohamad Asri yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) kesal dengan perbuatan individu yang menubuhkan kelab peminat melalui Facebook menggunakan nama wataknya untuk memperdayakan orang ramai.

Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba ada pihak menghubunginya bertanyakan mengenai pakaian yang dibeli melalui pengendali laman sosial itu sedangkan dia tidak tahu menahu apa-apa.

“Saya menerima kiriman e-mel dan panggilan telefon daripada peminat yang merungut tentang pakaian yang mereka beli kerana mereka sangkakan urus niaga itu dikendalikan oleh saya.

“Sedangkan saya tidak menubuhkan apa-apa kelab peminat apatah lagi mahu menghasilkan cenderamata menggunakan populariti saya dalam filem tersebut,” katanya kepada mStar Online, Selasa.

Dia diminta mengulas tentang perang mulut yang berlaku antara dia dengan seorang lelaki yang mengendalikan Kelab Peminat Facebook Usop Wilcha berikutan insiden berkenaan.



Shy8 atau Syed Mohamad Asri menengur individu yang dikatakan mengambil kesempatan terhadapnya menggunakan.

Pelakon yang popular dengan karakternya berkerusi roda dalam filem tersebut kesal dengan individu tersebut kerana mengambil kesempatan.

“Saya bukan marah mereka yang menumpang populariti Usop Wilcha untuk mencari rezeki itu kerana bagi saya ia bukan rezeki saya seorang.

“Tapi apa yang dikesalkan mereka membabitkan saya dalam urusan jual beli sehingga ada mesej saya terima tentang perkara-perkara yang saya sendiri tidak tahu.

Katanya, dia memberi kebenaran kepada individu tersebut untuk mengendalikan kelab peminat berkenaan tetapi tidak menyangka pula ia dijadikan batu loncatan untuk mengambil kesempatan.

Lebih menyakitkan hati katanya, individu tersebut turut menulis status yang bukan-bukan di dalam Facebook tersebut termasuklah menghinanya dengan perkataan yang kurang sopan.

“Saya suruh dia berhenti menulis status yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan perspektif buruk masyarakat kepada saya.

Jelas pelakon itu lagi dia tidak mahu peminat-peminat Usop Wilcha terpedaya dengan perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

Ketika ditanya tentang tindakannya dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada individu berkenaan sekiranya masalah tersebut masih berlarutan.

“Kita tengok dahulu, jika dia semakin melampau saya akan ambil tindakan dan perkara ini telah dibincangkan dengan pihak-pihak tertentu,” katanya yang dalam perancangan membintangi filem Usop Wilcha arahan Mamat Khalid.

-mstar-


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2011 08:16 AM | Show all posts
Rabu April 13, 2011
'Usop Wilcha' Naik Angin Ada Pihak Ambil Kesempatan

Oleh KEMALIA OTHMAN


...
mea Post at 13-4-2011 08:14



    kosseerrr
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 08:28 AM | Show all posts
emm ak pung x bpe faham
slow betul ak nye pikup
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 08:28 AM | Show all posts

Usop Wilcha Amuk Di Facebook



Syed Mohamad Asri yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) kesal dengan perbuatan individu yang menubuhkan kelab peminat melalui Facebook menggunakan nama wataknya untuk memperdayakan orang ramai.

Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba ada pihak menghubunginya bertanyakan mengenai pakaian yang dibeli melalui pengendali laman sosial itu sedangkan dia tidak tahu menahu apa-apa.
Usop Wilcha Berang Ada Pihak Ambil Kesempatan


“Saya menerima kiriman e-mel dan panggilan telefon daripada peminat yang merungut tentang pakaian yang mereka beli kerana mereka sangkakan urus niaga itu dikendalikan oleh saya.

“Sedangkan saya tidak menubuhkan apa-apa kelab peminat apatah lagi mahu menghasilkan cenderamata menggunakan populariti saya dalam filem tersebut,” katanya.

Dia diminta mengulas tentang perang mulut yang berlaku antara dia dengan seorang lelaki yang mengendalikan Kelab Peminat Facebook Usop Wilcha berikutan insiden berkenaan.



Pelakon yang popular dengan karakternya berkerusi roda dalam filem tersebut kesal dengan individu tersebut kerana mengambil kesempatan.

“Saya bukan marah mereka yang menumpang populariti Usop Wilcha untuk mencari rezeki itu kerana bagi saya ia bukan rezeki saya seorang.

“Tapi apa yang dikesalkan mereka membabitkan saya dalam urusan jual beli sehingga ada mesej saya terima tentang perkara-perkara yang saya sendiri tidak tahu.

Katanya, dia memberi kebenaran kepada individu tersebut untuk mengendalikan kelab peminat berkenaan tetapi tidak menyangka pula ia dijadikan batu loncatan untuk mengambil kesempatan.

Lebih menyakitkan hati katanya, individu tersebut turut menulis status yang bukan-bukan di dalam Facebook tersebut termasuklah menghinanya dengan perkataan yang kurang sopan.

“Saya suruh dia berhenti menulis status yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan perspektif buruk masyarakat kepada saya.

Jelas pelakon itu lagi dia tidak mahu peminat-peminat Usop Wilcha terpedaya dengan perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

Ketika ditanya tentang tindakannya dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada individu berkenaan sekiranya masalah tersebut masih berlarutan.

“Kita tengok dahulu, jika dia semakin melampau saya akan ambil tindakan dan perkara ini telah dibincangkan dengan pihak-pihak tertentu,” katanya yang dalam perancangan membintangi filem Usop Wilcha arahan Mamat Khalid.









Sumber: www.syokdownload.com
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 08:31 AM | Show all posts
ADMIN CELAKA
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 08:36 AM | Show all posts
POYO LA ADMIN YG LUPO DIRI NI..SIAN USOP
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 08:38 AM | Show all posts
hahaa...admin lak lupo diri..
hehee..
idop usop
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 08:42 AM | Show all posts
selalu pelakon yg lupa diri..ni peminat lak..haha..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 08:43 AM | Show all posts
bukan admin sini la..ni admin fb yg jual2 barang atas nama usop ni ha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2011 08:45 AM | Show all posts
dah ada benang ni uolss....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 08:53 AM | Show all posts
kita bakor jerrrr....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 08:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by chekshu at 13-4-2011 09:01

kan dah ada thread pasal usop ni marah2 kat fesbuk???
sambung kat thread yg ada tak boleh ke???

tak reti baca ke hapa????
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 09:04 AM | Show all posts
itu la dia manusia..... suka sangat ambik kesempatan atas orang lain....:@  lepas tu sendiri buat taik, bila kena tegur.. dia pulak yg melenting lebih....  kita bakor jer mamat tu usop oiiii.....!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.072893 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list