“Jadi, saya tak mahu buat otak stres apatah lagi memikirkan pertandingan setiap minggu, mahu kusutkan kepala nak fikir apa orang nak. Itu sebab utama saya tolak,” katanya lagi. Sebelum ini, nama pelantun lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu itu kerap menjadi sebutan sebagai salah seorang peserta sebuah program nyanyian popular namun perkara tersebut berakhir sebagai khabar angin sahaja. Perkembangan terkini, Ramlah menjadi salah seorang penyanyi yang bakal beraksi di Konsert Mega Hitz 3 Dekad Vol 1 di Zepp Kuala Lumpur pada 25 Januari nanti. Konsert itu turut dimeriahkan dengan barisan penyanyi lain iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Nash, Man Bai, Zur Eda, Noorshila Amin dan Amir Masdi. – KOSMO! ONLINE
|