CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hasell

Star of David: rahsia sebenarnya

[Copy link]
Post time 16-6-2011 05:42 PM | Show all posts
satu je aku tanye = lambang bulan bintang tu ---- boleh ke 'represent' Allah??? mcm kristian sem ...
unekspekted_XII Post at 16-6-2011 17:06


Saja je aku tanya balik, Kaabah tu represent apa pulak yang kita dok sujud 5 hari sekali mengadap dia? Sesat ke kita semua?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2011 06:14 PM | Show all posts
Reply 81# FussyPussy


satu cerita ............

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 06:21 PM | Show all posts
Reply  FussyPussy


satu cerita ............
winamp05 Post at 16-6-2011 18:14


Semoga dengan ini ada yang akan lebih faham fungsi symbolism...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 07:34 PM | Show all posts
Bulan dan bintang tak represent Allah, tp represent people who believe in Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 09:46 PM | Show all posts
hhehee..

kewl.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 09:10 AM | Show all posts
apa ke bangang nye unek vavi ni.. aku tulis dlm bahasa omputih ' it represent'...

bukan bermaksud ...
hasell Post at 16-6-2011 17:14


ko laa bodoh bahase inggeris. tak reti vocab nak blagak speaking
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2011 09:11 AM | Show all posts
Saja je aku tanya balik, Kaabah tu represent apa pulak yang kita dok sujud 5 hari sekali mengada ...
FussyPussy Post at 16-6-2011 17:42


ko je sorang sesat.

klu kaabah takde kt situ pun.. lapang takde ape2. x mendatangkan mudarat, sembayang sah jugak
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:52 AM | Show all posts
mod sila berpendirian tegas............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2011 01:03 PM | Show all posts
Mari menyusuri sejarah nabi daud dan sulaiman serta waris yang memperkenalkan star of david ini:-


Daud (David)

Daud lahir di Betlehem-Palestina saat kaumnya, Yahudi, mengalami krisis kepemimpinan. Ia keturunan Yahudza, salah seorang anak Nabi Yakub. Saat itu kekuasaan berada di tangan Jalut (Goliath) -pemimpin bangsa Palestina yang digambarkan memiliki sosok tubuh tinggi besar. Pada masa tersebut, bangsa Palestina tidak menuhankan Allah seperti yang diajarkan Musa dan para rasul terdahulu.

Kegelisahan kaum Yahudi memuncak karena “tabut” milik mereka hilang. Tabut adalah kotak berisi kitab Taurat yang menjadi simbol kepemimpinan Yahudi. Pemuka masyarakat setempat, Samuel, meyakinkan kaumnya bahwa “tabut” itu akan kembali dan agar mereka mengangkat Thalut menjadi raja. Thalut seorang Yahudi biasa dan sangat sederhana. Kaum Yahudi sempat menolak usulan Samuel, namun akhirnya mereka menyepakatinya.

Bagi bangsa Palestina, pengangkatan Thalut sebagai raja bagai sebuah pemberontakan. Perang pun terjadi. Jalut memimpin sendiri pasukannya. Di pihak Yahudi, Daud yang masih remaja ikut bertempur bersama dua kakaknya. Dengan mengandalkan kecerdikan, Daud bahkan mampu membunuh Jalut. Ia diyakini menggunakan semacam ketapel sebagai senjata.

Daud lalu diangkat menjadi Panglima Perang Israel, dan dinikahkan dengan putri Thalut. Popularitasnya di kalangan rakyat pun melesat yang memunculkan rasa iri pada Thalut serta anak-anak lelakinya. Beberapa kali upaya pembunuhan dilakukan, namun gagal. Pada saat yang sama, bangsa Palestina juga terus berupaya untuk kembali merebut kekuasaan. Thalut disebutkan tewas bunuh diri di pertempuran itu. Daud tampil menjadi raja. Melalui perang, ia mengalahkan saudara iparnya yang juga mengincar posisi itu.

Sebagaimana Yusuf, Daud adalah rasul yang juga menjadi penguasa. Di masanya, kerajaan tumbuh kuat dan masyarakat menjadi makmur. Daud juga dikenal sebagai pemimpin yang adil. Ia mengembangkan sistem hukum sebagai pijakan bermasyarakat. Dalam pemerintahannya, ilmu metalurgi -ilmu tentang logam-juga berkembang pesat.

Sejak itu, masyarakat Yahudi menjadikan Daud sebagai idola mereka hingga sekarang. Daud menjadi simbol bahwa kecerdikan (Yahudi) akan mengalahkan kekuatan apapun. Lambang kerajaan Daud, bintang bersudut enam, kini dijadikan lambang dan bendera Israel.

Beberapa kisah juga dikaitkan dengan Daud. Di antaranya adalah bencana yang menimpa masyarakat nelayan Ailah. Konon Daud telah memperingatkan mereka untuk tidak menangkap ikan di hari Sabtu. Hari itu adalah hari ibadah. Namun mereka melanggar hingga terjadi bencana reruntuhan -mungkin gempa-yang menewaskan seluruh penduduk.

Pertempuran pasukan Thalut dan Jalut yang menjadikan Daud pahlawan itu tampaknya merupakan perang pertama bangsa Yahudi dan Palestina yang terkisahkan. Pertikaian yang terus berlarut hingga sekarang. Hanya posisinya yang bertolak belakang. Dulu kalangan Yahudi yang umumnya memegang ajaran untuk mengesakan Allah, sekangan bangsa Palestina.

credit: http://septabae.wordpress.com/2009/01/19/sejarah-nabi-daud/


p/s: nabi daud mempunyai 2 kelebihan yakni boleh melembutkan besi dan mempunyai suara yang merdu (ketika membaca zabur yakni bermaksud 'poem' atau 'book of song') yang mana menyebabkan burung2 berhenti terbang, manusia terpaku mendengarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 04:15 PM | Show all posts
apakah point unek kat sini?
-dia nak membuktikan yg allah tiada ke apa? sahsyat unek ni, inilah dia untold history johor yg dibangga2kan tu
-last last sesat, terlalu untold
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2011 02:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by hasell at 18-6-2011 14:52

tambah sikit info. research dari orang luar negara plak:-



Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 04:33 PM | Show all posts
Manuskrip zaman Dinasti Song akan dikaji



Oleh LUKMAN ISMAIL

MELAKA 28 Okt. - Satu kajian terperinci terhadap sebuah manuskrip Islam yang dipercayai berasal dari Dinasti Song, China akan dilakukan bagi membuktikan kesahihannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, pihaknya akan mendapatkan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Arkib Negara dan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) untuk membuat kajian terhadap manuskrip itu.

Menurutnya, kajian itu perlu dilakukan bagi membuktikan manuskrip tulisan tangan yang ditemui di negeri ini tiga tahun lalu itu adalah tulen bagi menjadikannya bukti peradaban Islam di rantau ini berdasarkan fakta sejarah.

Kajian awal beberapa ahli akademik di universiti tempatan menafsirkan manuskrip yang dipercayai berusia lebih 1,000 tahun itu adalah sebuah kitab Thaharah (ibadah) yang ditulis dalam bahasa Arab.

Pada bahagian awalnya terdapat cop mohor bertulisan China, katanya kepada pemberita, di pejabatnya di sini.

Manuskrip tersebut milik pencari khazanah dan manuskrip lama terkenal, Wan Ahmad Arshad yang juga pengusaha Galeri Pusaka Moyang.

Ab. Rahaman menambah, ahli akademik terbabit mendapati manuskrip itu mempunyai beberapa perkataan berkaitan dinasti tersebut antaranya Utara Tanah Besar, kumpulan orang berkuda, maju ke hadapan, daerah, dokumentasi serta satu diagram lima bintang.

Beliau memberitahu, perkataan-perkataan tersebut menyokong hipotesis berdasarkan fakta Dinasti Song awal dikenali sebagai Song Utara manakala kumpulan berkuda adalah kelompok Islam yang mahir dari aspek ketenteraan dan berasal daripada golongan Arab, iaitu Bukhara.

Manuskrip berkenaan berukuran 25 sentimeter x 41 sentimeter dan kulitnya diperbuat daripada kulit binatang yang belum dikenal pasti jenisnya.

Kertas yang digunakan pula diperbuat daripada buluh jenis istimewa dan berkualiti tinggi di mana permukaannya bersinar.

Manuskrip ini mengandungi 288 muka surat yang lengkap bertulis, corak penulisan atau khat istimewa serta luar biasa. Setiap bab dibezakan dengan tulisan khat bertajuk besar.

Ab. Rahaman berkata, menurut ahli sejarah Barat, Emanuel Gadinho Eradia, Islam mula bertapak di China pada kurun ke-9 menerusi Canton dan Hainan pada zaman pemerintahan Dinasti Tang.

Kedudukan Islam menjadi lebih kukuh sewaktu pemerintahan Dinasti Song (960-1279 Masihi) dan Islam memperkukuhkan pengaruh ekonomi dengan menguasai perdagangan antarabangsa khususnya import dan eksport.

Malahan, secara konsisten jawatan Pengarah Perkapalan China sentiasa dipegang penjawat agama Islam pada era berkenaan sementara pada 1070 Masihi, Maharaja Sheng-Tsung menjemput 5,300 orang Arab dari Bukhara untuk menetap di China.

Baginda juga menggunakan tenaga dan kepakaran golongan Arab termasuk di bidang ketenteraan berkuda untuk menentang pemerintahan Liao di Utara dan Tenggara.

Golongan Arab itu dikatakan menetap di Kaifeng dan Yenching (kini dikenali sebagai Beijing). Idea utama membawa masuk golongan Arab ini adalah untuk membuat buffer zone antara China dan Liao,jelasnya.

Pada tahun 1080 Masihi, seramai 10,000 lelaki dan wanita Arab Bukhara berhijrah serta menetap di Wilayah Utara dan Tenggara.

Kumpulan itu diketuai oleh Putera Amir Sayyid atau dikenali sebagai so-fei-er. Beliau kemudiannya diberi gelaran sebagai Bapa Islam di China.

Menurut Ab. Rahaman, kajian kesahihan manuskrip ini boleh dilakukan menerusi ujian karbon yang kebanyakan dilakukan di Universiti Melbourne di Australia di mana ketepatan tidak boleh diragui.

Menjadi harapan saya, manuskrip yang tidak ternilai itu dapat disimpan di Muzium al-Quran Melaka di Kompleks Masjid Al-Azim untuk kajian kita.

Pada masa yang sama dapat mempertontonkan kepada orang ramai bahawa kemajuan Islam di rantau ini sudah bertapak sejak dulu lagi, katanya.


- Utusan Malaysia -


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 03:40 AM | Show all posts
Dan kenapa dua piramid di satukan?
ia adakah mengenai kalimah syahadah, kunci bagi segalanya.
alam atas, alam bawah, alam kabir, alam saghir.
(alam malakut, alam penciptaan, alam semesta, alam dalam diri seperti mimpi, khayalan, minda etc.)
Dan tiap perkara ada oppositenya masing2 (syurga neraka, bulan bintang, tanah air, lelaki perempuan etc.)


bab ni saya tak faham la TT.
TT leh terangkan lebih lanjut tak?
macam mana piramid tu leh represent kalimah syahadah? kalau represent pun... di titik mana letak adam, muhammad, dn ALLAH tu?

and then mcm mana piramid ni leh represent segala macam alam plak? pe hubungkait segitiga ni dengan alam? kenapa tak bulat je? kan bumi tu bulat? (eh, banyak lak soalan saya... maklum la budak baru belajar... kalau salah... tolong tunjukkan)

harap TT leh jelaskan kat saya.
tengs TT! thread ni menarik! teruskan okeh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2011 03:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by hasell at 20-6-2011 11:59

represent dua kalimah syahadah:- dua piramid
piramid satu :
Allah, Muhammad, Adam (rahsia, roh, jasad)
piramid dua:
islam, iman, ihsan (syariat, hakikat, makrifat) / (law of life/ asal usul life / kenali life)

kenapa piramid / segi tiga :-

hairaki kehidupan. dari rakyat kepada raja. dari raja kepada tuhan.
dari banyak kepada satu. rakyat tak akan sama dengan raja. dan raja takkan sama dengan tuhan.
makna kata; jangan sesekali berlagak seperti tuhan. Ini termaktub dalam perjanjian alastubirabbikum masa alam arwah (rujuk quran) (peristiwa perjanjian Allah dan hamba)... kerana itu kita adalah hamba dan selamanya hamba. Allah tempat mengadu dan bergantung. Itu perjanjiannya.

piramid atas: melambangkan alam khabir /besar yakni universe
piramid bawah: melambangkan alam saghir/kecil yakni diri manusia/jasad/container
piramid bergabung: kehidupan di muka bumi

piramid bergabung: container/jasad/manusia, menanggung roh, perjanjian dari alam arwah untuk hidup di muka bumi, yang akan menghidupkan law of life, untuk mengenali asal usul kehidupan dan seterusnya mengenali kehidupan untuk menjadi hamba.

p/s: star of david bukanlah lambang magic, tapi lambang peringatan kita ni manusia dan hamba, jangan dok berlagak. sebab nabi sulaiman dan daud yang raja pun tetap berasa kehambaan kepada tuhannya. Lagipun, thread ni di buat adalah untuk membetulkan tanggapan orang terhadap star of david tu, ia bukan lambang kejahatan, bahkan ia sigil nabi. Kenapa kita nak membencinya pula.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 12:30 PM | Show all posts
Reply 94# hasell


baru saya faham.
di bawah ni adalah gambar shatkona; segitiga atas represent siva (male), manakala segitiga bawah represent shakti (female).
Shatkona, "six-pointed star," is two interlocking triangles; the upper stands for Siva, 'purusha' (male energy) and fire, the lower for Shakti, 'prakriti' (female power) and water. Their union gives birth to Sanatkumara, whose sacred number is six.


kalau ikut sufism ... ada tak perkaitannya dengan prinsip KUN? (saya tak reti nak jelaskan....)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2011 01:27 PM | Show all posts
prinsip KUN?

kun faya kun ke?
maksud: kata 'jadi' maka jadilah

dalam ibrani, ia di sebut 'Abracadabra'
http://en.wikipedia.org/wiki/Abracadabra
"to create as i say"

Kun fayakun banyak di gunakan dalam perkara ghaibyiah dan berbentuk ritual. tapi dlm sufism, bukanlah makhluk yg berkata begitu, tapi gerak Allah taala melalui makhluknya yg mana KUN FAYAKUN.

prinsip ni akan betul2 jadi pada orang insan kamil. wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 01:28 PM | Show all posts
Bendera Morocco dahulu....


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 02:27 PM | Show all posts
info yg mnarik
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 08:35 PM | Show all posts
i like this thread..
mmg skg byk sangat budak2 baru naik, sembang teori2 konspirasi bagai..
bkn nk argue, tp nampak sangat kekurangan ilmu deme sume tuh..
pape pun, sharing is caring..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 05:57 AM | Show all posts
Bulan dan bintang tak represent Allah, tp represent people who believe in Allah.
thessailly Post at 16-6-2011 19:34



   Ntah la, aku rasa kagum lak ngn post sendiri ni...power seyh.
a shift in perspective...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.064668 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list