|
Ramai Usahawan Muda Yang Gagal Dalam Perniagaan
[Copy link]
|
|
I rasa kebanyakkannya terlalu gelojoh...pada masa yang sama nak menunjuk-nunjuk yang mereka ada bisnes besar...kalau buka kecik2 mereka malu..tak da kurlast katanye
Apa salahnya mula dari kecil-kecilan..belajar dari pengalaman...then baru la besarkan sikit2...kejayaan tu bukan datang bergolek..ia datang sikit2...![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 7-4-2012 14:02
Saya pernah dengar kata2 hikmah dari sesorang dia kata semua orang dilahirkan dengan bakat berniaga...cuma beza setiap individu adalah jenis perniagaannya/minatnya![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
Lagi satu kalau nak berniaga..kuncinya adalah uolz kena jadi kedekut..n tak boleh boros...biasa orang yang camni akan catat setiap perbelanjaan dia...untuk memastikan kewangan dia tak menganggu perniagaan dia...terutama orang yang berniaga jenis Milikan Tunggal...kan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bukan budak retail...aku dari bidang lain..secara jujur ramai graduan2 dr bidang retail tak mahu keje dlm bidang ni...so orang macam aku dapat la menimba pengalaman dalam bidang retail secara real...
Keje bidang retail ni memang stress sangat tapi disebabkan ilmu aku gigihkan juga...mana taknya...aku dari bidang jurusan yang jauh beza dengan retail...n budak2 retail sendiri x mo keje dlm bidang ni...antara sebab nya customer yang macam2 perangai...terutama yg jenis cerewet...so kita kena ada ilmu (product knowledge) n kene lak aku bukan budak farmasi...bidang aku ngan farmasi jauh beza...nak tak nak kene amik tahu gak pasal ubat-ubat neh ...tapi at least aku dah tahu sedikit ubat2 yg perlu orang amik time sakit...
Antara cabarannya korang akan dipandang rendah oleh customer termasuk budak2 lepasan SPM yg keje kat situ sebab korang lulusan universiti keje kat kedai runcit..orang akan padang ko macam tak da ilmu..
Aku rasa menda yang sama la jugak graduan2 universiti yg nak ceburi bidang perniagaan ni akan hadapi..iaitu rasa malu n dipandang rendah kononya rasa cam dak lepasan SPM...sebab tu la aku rasa kebanyakkan derang ni x mo berniaga n kurang yg jadi peniaga..padahal mereka ni berpotensi untuk berniaga kalau merendah diri pada masa yg sama dada penuh dengan ilmu![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mia pun nak share la....walau mia ni takla sebesar mana...pengalaman mia...
setahun mia berniaga nasi lemak....ada masa turun dan naik, ada masa semangat berkobar dan ada masa sangat down. dalam masa sama macam macam masalah datang menimpa. Dalam masa yang sama..ALLAH tetap berikan rezeki dan raya tahun lepas mia dapat durian runtuh.
Sayang seribu kali sayang...ni mia nak pesan kat semua kaum wanita...jangan sesekali cepat kesian dengan lelaki suami ke kekasih ni berlaku pada mia. Mia hilang fokus dan mia dah buat silap..personal matter buat mia tak fokus and end up...rezeki tu terbantut...now mia start all over again...and mia tak give up...cuma sekarang ni...mia dah tak jual nasi lemak tepi jalan...lagi...muga ALLAH kuatkan semangat mia. Pergi jauh semua lelaki jahat nih! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 85# Mia_Sara
Susahkan berniaga kalau dah berkeluarga...tu la yang saya banyak tengok di kalangan Melayu yang keje dalam bidang retail...mereka ada pengalaman tapi terus keje sampai ke tua sebab nak menyara anak2..nak tolong suami, mak ayah dll
Sebab tu ada yg cakap kena mula berniaga dari muda..kalau masa dh tua dah tak da banyak peluang berusaha/memikirkan camne nak membesarkan perniagaan tu...n pengalaman pon x banyak. Sebab tu la kita tengok kebnyakkan golongan yang berumur n berkeluarga ni berniaga sekadar cukup2 makan n x da kemajuan pun dalam berniaga...sesetengah tu berjaya mengembangkan perniagaan mereka dan orang2 ni la yang layak digelar sebagai Usahawan bukan sekadar peniaga. Contoh orang yg berjaya walaupun ada tanggungan macam arwah Sosilawati tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak citer sikit la pasal Cashier Counter ni...sebab aku tengok kadang2 ada peniaga yang pakai duit poket sendiri pasal x da duit pecah la...amik duit berniaga pergi shopping la..duit kecik x da la (ada jgak yg x pasal2 kene jual barang lebih murah pasal x da duit nak bagi baki)...
Masa nak buat Opening Store/memulakan perniagaan..korang kena la sediakan awal2 duit korang...pastikan korang ada duit 5 sen, 10 sen,20 sen, 50 sen, rm1, rm5, rm10..ni semua sebagai langkah berjaga2 kalau korang kehabisan mana2 duit tersebut...
Biasanya duit2 ni kita simpan dalam Safe (peti besi)...duit2 yang korang akan guna untuk perniagaan tu kita panggi Safe Float...jumlah yang biasa untuk kedai yg busy adalah RM900 . Safe Float ni terdiri dari 5 sen hingga ke RM10...korang boleh dapatkan duit Loose Change ni kat cashier maybank. Korang Pack la duit tu elok2...supaya mudah dikira nanti...
RM900 ni adalah Safe Float yg korang simpan dalam Safe je. Dan kemudian korang buat la 2 atau 3 beg yg berisi Loose Change money (duit pecah) dengan jumlah setiap bag RM200(bergantung jenis perniagaan)...dalam ni korang mesti pastikan ada banyak duit syiling, duit RM1 dan RM5 (bergantung jenis perniagaan).
Bila nak keluarkan duit pastikan korang cek semua jumlah duit dalam bag Float dan Safe adalah sama...katakan ada 3 beg float setiap satu RM200 dan Safe Float berjumlah RM900 so total duit dalam safe ada RM1500..tulis dalam buku rekod Safe dan orang yg periksa kena sign...dan pastu baru boleh keluarkan satu beg Float untuk buat opening..
Duit RM200 tu korang akan buat berniaga untuk bagi baki pada customer...bila agak2 duit antara duit2 tu dah nak abis cepat2 pergi amik kat Safe Float yg berjumlah RM900 tu...katakan korang kekurangan duit 10 sen...korang pergi ke Safe bawa note RM10 dan ambil duit 10 sen yang dipackkan RM10 setiap satu...note RM10 tu korang letak dalam Safe sebagai ganti untuk 10 sen yg berjumlah RM10 yg korang dah amik tadi...so kira jumlah duit dalam safe tetap sama...
Bila nak tukar shift...korang tukar la beg float yg dipakai td dengan beg yang baru yg ada dalam safe tadi..pastikan korang dah buat float dalam beg yang lama dengan jumlah RM200(mesti banyak duit2 kecik/Loose change) pastu pastikan check duit dlm Safe sama macam nak buka kedai tadi untuk pasti duit dalam Safe tak short/excess...lepastu rekod dalam buku (masa dan jumlah) n sign...kalau buat camni...kita akan dapat mengurangkan kes2 staff yang x jujur/mencuri. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 7-4-2012 23:23
Bila sampai satu tahap korang akan sedar yang duit korang tu dah banyak kat Cashier Counter...so korang x boleh biarkan duit tu melambak...sebab bahaya biarkan banyak2 camtu...kalau kene rompak siapa nak jawab...so korang kena buat Pick-up iaitu ambilan...jumlah Pick up yang korang nak amik bergantung pada korang la...sama ada RM100,RM200, RM500(bergantung kepada perniagaan korang)...korang kena catat Cash Pick-up yg korang dah amik..kita panggil form tu sbg sebagai Till Balance Slip..termasuk masa korang amik dan sign (untuk tahu siapa yg buat pick-up)...
Duit Pick-up tu masukkan dalam bag Sales Money dan simpan dalam Safe elok2.
Camtu la seterusnya...dan pastikan korang pegang duit x banyak kat counter paling bagus cukup2 RM 200 je yang ditinggalkan semasa buat Pick-up.
Bila nak buat Closing Store...Korang kena buat float RM200 untuk beg Float yg dah dipakai tadi (pastikan banyak duit2 kecik je)...so korang pon akan dapat la Closing Cash (baki selepas diasingkan duit float)...tulis dalam Till Balance Slip jumlah Closing Cash...So bila korang totalkan semua Pick-up dan termasuk Closing Cash korang akan dapat Total Cash Sales (jumlah keseluruhan jualan).
Nak tahu excess atau short perniagaan korang, korang kene la catat setiap jualan dalam Cash Memo atau resit...Amik total jualan tolak dengan jualan kredit..maka korang akan dapat Nett Cash Sales...
Nett Cash Sales ni mesti sama jumlah dengan Total Cash Sales...kalau kurang dari Total Cash Sales maksudnya duit korang dah short (cashier kene bayar )..kalau lebih maksudnya duit korang excess...mungkin ada orang yg korang x bagi baki..atau mungkin juga transaksi korang x dicatat dalam Cash memo/resit
Duit Pick-up dan Closing Cash masukkan dalam beg Sales Money...tu la duit jualan korang |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 7-4-2012 23:33
Jangan sesekali usik duit perniagaan hari tersebut untuk pergi shopping...ibaratnya anda telah mencuri/menyelewngkan duit syarikat..ini adalah satu kesalahan yg besar:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 89# nobito
err tapi kan nobito sy solo je....ada keluarga tak ke pemangkin semangat jugak ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 8-4-2012 21:50
Korang baca la pengalaman penulis blog ni...pengalaman buka kedai hardware dengan husband dia. Peringatan dia 1 sen pon kene masuk akaun..so fikirkan baik2 kalau nak bagi hutang. Kagum sungguh aku ngan mereka ni![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
http://farizalife.blogspot.com/s ... 8:00&max-results=48
Antara pengalaman dia bawah ni:-
Nota: Kepada peniaga2 lain, anda perlu bertegas, tiada lagi slogan " customer is always right".
- Buat syarat2 anda sendiri sebagai hak anda, supaya anda tidak rugi dan terseksa.
- Berhati2, jangan termakan dengan kata2 yang sangat manis. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang baca la pengalaman penulis blog ni...pengalaman buka kedai hardware dengan husband dia. Perin ...
nobito Post at 8-4-2012 21:41 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
keje farmasi mmg best..huhuhu..daku pernah keje dekat dua farmasi, satu guardian , satu vitacare..adalah jugak belajar retail sikit2, tapi rasanya yang compile semua benada2 tuh farmasi as store manager atau supervisor...cashier cam aku tolon jual barang, dgn terima stok jerk |
|
|
|
|
|
|
|
Kat bawah ni link pasal kedai Guitar n alat2 muzik...dia orang Cina tapi mula2 ingatkn Melayu..
http://guitarempire99.blogspot.c ... &max-results=25
Jangan ingat Cina tak nak kongsi pengalaman dan pengetahuan pasal perniagaan...
Tak kira Cina, India, Melayu atau apa2 saja ramai yang kedekut nak kongsi ilmu walaupun dia sebangsa dengan kita...
sebab tu Allah tak masukkan kita ke Syurga mengikut apa bangsa dan keturunan kita...so menuntut la ilmu walau apa keturunan guru2 anda |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang penting jangan tamak dan terlalu inginkan kejayaan dengan cepat..ada sat kawan ni..Dia buat perniagaan online..saya rasa perniagaan dia amatlah berjaya. Tapi tengok dia jenis yang suka bermewah..sepatutnya duit perniagaan dia gunalah untuk langsaikan hutang kad kredit (Ada beberapa kad kredit kena block).
Bila kad kredit di block, nak buat pinjaman perniagaan pun tak boleh. Lepas tu, nak dapat duit cepat dia main kutu online. Berpuluh2 kutu, dia ambil turn 1 @ 2. Mula2 dapat duit tu syok la..ye la berbelas2 ribu skali dapat (bila di kumpulkan semua turn dia dapat). Tapi lumrah manusia, bil nampak duit banyak..mcm2 benda nak kan. Tak sedar yang duit tu hanya pinjaman je. Then after that, ada sesetengah yang tak jujur, tak bayar duit turn orang lain. Sekarang, bila time bayar giliran oarang, dia sangkut..sbb dah terguna duit tu..
Sekarang, nak beli brang meniaga pun duit tak cukup..dok berhutang lg dengan oarang. Nak beronline pun tak boleh..orang dok kejar..Rumah nak kena jual, byar anak mengasuh pun tak mampu..
Jadi moralnya, berbelanja la ikut kemampuan..bukan perasaan. Ada duit lebih, simpan buat modal dan byar la segala hutang2 yang ada..biarla bersusah2 dahulu..bersenang kemudian..ameen (di tujukan untuk diriku jua).. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal akaun tu mmg kantoi..sbb tak paham basic asas nak buat akaun. Biasa buat sekerat jalan..pas tu semangat luntur balik..haru!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Betul sangat tu. Berniaga bukan sekadar ikut semangat atau tengok orang lain berjaya, tapi kena ada ilmu, perancangan, dan persediaan kewangan yang kukuh. Kalau terus buat tanpa kajian atau strategi, memang mudah tersungkur. Nak berjaya, kena rajin belajar, minta nasihat, dan bersedia hadapi cabaran. Semangat saja tak cukup, kena ada tindakan bijak juga.
https://izzatsabyan.com/cara-membuat-ebook/
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|