CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: keypochino

Neelofa Berdebar Tunggu Tayangan 4 Filem

[Copy link]
Post time 29-10-2011 01:01 AM | Show all posts
fefeling minah saleh siot minah ni.. tp takper la ku tetap nk tgk ko berlakon neelopak oi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2011 01:14 AM | Show all posts
dia ni spm straight a mrsm langkawi kan?haha.time kan mrsm mesti ramai pakwe ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 01:18 AM | Show all posts
xpenah suke ngn minah neh....suke wat statement mcm bgs
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 01:22 AM | Show all posts

BERLIBUR DARI ENKLAF DUA IKONIK, JUMA & LOFA

GANDINGAN DUA FIGURA IAITU PEMENANG PENGACARA NONA MUSIM KELIMA 2002 DAN DEWI REMAJA 2010 DIPENTAS PERAGAAN MASiF 2011, MENGGAYAKAN BUSANA WANPA COUTURE KELIHATAN NYATA MENONJOL, SAMA MUDA JELITA, PUNYAI AURA TERSENDIRI, SINONIM DENGAN KEPETAHAN BERBICARA, POPULARITI YANG TAK PERNAH REDA DEK DUNIA GLAMOR… DIPERTEMUKAN SEBAGAI PENGHIAS KULIT NONA BERTEMAKAN PERCUTIAN UNTUK EDISI NOVEMBER 2011 KALI INI.

BAKAT YANG BERGEMERLAPAN, DATIN NORJUMA HABIB MOHAMED DAN SELEBRITI YANG MULA MENDAPAT PERHATIAN RAMAI, NOOR NEELOFA MOHD NOOR ADALAH GANDINGAN UNGGUL YANG BUKAN SAHAJA MEMPERTARUHKAN PARAS RUPA MALAH MEMPAMERKAN DAYA INTELEKTUAL YANG TAK DAPAT DISANGGAH. “THE PERFECT EXAMPLE OF BEAUTY WITH BRAINS,” DETIK HATI PENULIS. SEIRING TEMA, NONA BERKONGSI DESTINASI LIBUR KEDUA-DUA IKON MANTAP INI SELAIN MEMBICARAKAN PERKEMBANGAN TERKINI…

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 01:22 AM | Show all posts
Dari majalah NONA Nov 2011

NEELOFA BINTANG BARU YANG KIAN BERSINAR
Usai dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2010 namanya kian menjadi sebutan. Malah, dia juga kini semakin menjadi pilihan kebanyakan pengarah untuk membintangi filem mahupun drama arahan mereka. Dalam tempoh yang singkat sahaja namanya mudah melekat dibibir peminat. Neelofa, sebutir lagi bintang yang kini semakin bersinar dipersada seni tanahair.

Sejujurnya, biarpun dianggap masih ‘hijau’ di dalam dunia seni lakonan namun tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bakat lakonan gadis jelita ini adalah sehebat artis-artis popular tanahair. Bukan sekadar bersandarkan rupa paras yang menawan, Neelofa juga berjaya membuktikan bahawa dirinya benar-benar berbakat. Sebaik bergelar Dewi Remaja, peluang untuk berlakon datang mencurah-curah. Itulah yang dinamakan rezeki.


DIHIMPIT KONTROVERSI
Apabila bergelar artis bermakna seseorang itu harus bersedia menghadapi segala kemungkinan sebagai asam garam dunia artis termasuklah kontroversi. Neelofa turut tidak terlepas dari kenyataan itu. Saat namanya sedang dikenali, terpalit jug abeberapa kisah kontroversi yang melibatkan dirinya. Hakikatnya, ia cukup menyakitkan. Sebagai artis baru, Neelofa hanya mampu berdiam diri sambil menganggap semua kontroversi itu adalah gosip kosong semata-mata. Tidak mahu terlalu memikirkannya, Neelofa terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Fokusnya kini hanyalah satu iaitu memberikan sepenuh perhatian kepada perjalanan seninya yang baru bermula.

Neelofa sedar selagi dia berada di landasan yang betul tiada apa yang perlu digusarkan. Melihat kepada riak wajahnya, Neelofa sememangnya seorang yang tabah. Senyuman yang sentiasa terukir di bibir menjadi penawar kepada segala duka dihatinya.

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 01:23 AM | Show all posts
Samb:

MINAT BIDANG PENGACARAAN
“Sebelum saya menyertai pertandingan Dewi Remaja, saya sebenarnya sudahpun aktif di dalam iklan komersil selama tiga tahun. Saya menjadikan pertandingan Dewi Remaja sebagai satu platform untuk mengembangkan bakat saya di dalam bidang pengacaraan serta iklan komersil. Saya bercita-cita untukpergi lebih jauh di dalam kedua-dua bidang itu. Tidak sangka pula saya akan memenangi pertandingan tersebut. Selepas tamat pertandingan, banyak tawaran berlakon filem dan drama yang saya terima. Saya menganggap itu sebagai satu rezeki.


PERCUTIAN SATU TERAPI
“Bagi saya, makna percutian adalah keluar dari situasi yang sedang kita hadapi kepada ‘dunia’ lain yang penuh dengan ketenangan, keindahan serta berbeza secara keseluruhannya. Percutian membantu mengembalikan semangat kepada diri kita. Ianya ibarat terapi dalam kehidupan kita. Jika ditanya, memang saya seorang yang gemar bercuti. Kalau dahulu, sebelum bergelar artis saya kerap keluar bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Antara destinasi percutian yang sering menjadi pilihan adalah Paris dan Sepanyol. Biasanya, percutian saya dan keluarga banyak ke negara-negara luar kerana mahukan suasana yang berbeza. Tetapi kini masa saya sangat terhad kerana terlalu sibuk dengan penggambaran, sesi fotografi dan sebagainya. Mujurlah keluarga dan juga rakan-rakan memahami diri saya.


Biasanya kami akan berhubung melalui Twitter atau BBM sahaja. Untuk mencari ketenangan biasanya saya akan memilih pulau sebagai destinasi percutian yang saya anggap eksotik. Selain hembusan bayunya yang menyegarkan saya juga sukakan bunyi kicauan-kicauan burung yang menghiburkan. Dengan itu,segala tekanan lenyap begitu sahaja. Selain itu, jika bercuti ke pantai aktiviti yang ‘wajib’ saya lakukan ialah bermain jet ski. Sekarang ini saya sedang berjinak-jinak pula dengan aktiviti diving. Manakala untuk destinasi membeli belah pula biasanya saya akan memilih Hong Kong dan Paris. Biasanya sebelum pergi bercuti saya akan melakukan persiapan awal antaranya menghubungi orang yang saya kenal di sana. Jika di Dubai dan London, saya memang sudah ada saudara yang menetap disana,” ujar Neelofa yang sentiasa menjaga kecantikannya dengan mengambil vitamin, minum air kosong secukupnya di samping jamu buatan tempatan. Bagi Neelofa, kecantikan dalaman itu adalah yang paling penting.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2011 01:53 AM | Show all posts
Choyyy sangat statement dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 02:37 AM | Show all posts
choyyyyyyyyyy hingat dia tu pan asia keh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2011 03:36 AM | Show all posts
mak aih.. umur baru 22 tapi tgk cam dah 30. sheolls suka perwatakan yg matang kah? tp ayat tidak selari dgn luaran..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 03:42 AM | Show all posts
tp bangga jugak jdk ore kelate ni. Lebih2 lagi yg dok kat Psir MAs ni memang terkenal dengan lawa+hensem nya. meleyu campur siam kan.. memng la lawa.pastu lg2 cam family korang yg belah pasir mas ni pastuh campur pakistan plak.. fulamak.. cuci mata jela kekdahnyer..


Akukah itew..?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 06:15 AM | Show all posts
xde maknenye berlakon watak kg tp mekap sampai 5 inci dgn bulu mata palsu bagai....{:4_188:}
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 09:46 AM | Show all posts
rambut dia mmg perang la.. satu family rambut perang.. so apa ada hal
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 10:07 AM | Show all posts
cantik sgt lofa nih... aku pon suke die... tp rupe nmpk jauh lbh tua dr usia die... same cam kilafairytu gak... cantik tp nmpk lbh tua... make up ke ape yek...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 10:12 AM | Show all posts
Reply 4# anakperantau


   ubah ciptaan Tuhan?...nabi galakkan kite warna rambut..so u expect nabi ubah ciptaan Tuhan?..yg dilarang kalu dye tu najis, x kalis air, atau nak tutup uban.

kalu ikut logik ko, bukit bukau x boleh ditarah la kalau nak buat highway yg straight? sbb bumi ni kan ciptaan tuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 10:59 AM | Show all posts
\
bodoh punya statement...x sesuai warna rambut...ko nk lawan tuhan ke?tuhan dh jadikan setiap manusia ...
anakperantau Post at 27-10-2011 10:23



   tak semua orang di lahirkan dengan warna rambut hitam pekat.
adakah ummah2 itu tidak mensyukuri ketentuan ilahi?

kamu potong rambut kenapa? kenapa melawan ketentuan ilahi dengan memotong rambut?:
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 11:01 AM | Show all posts
Reply  anakperantau


   ubah ciptaan Tuhan?...nabi galakkan kite warna rambut..so u expect nabi ...
brownstone Post at 29-10-2011 10:12



   rambut dan bulu kemaluan kamu pun tidak boleh potong nanti rasul melayu islam kata melawan ketentuan ilahi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2011 11:03 AM | Show all posts
Statement TEKY... sgt2 takleh blah
teruling2 sakit pewut dah ni.... nahan gelakss

P/s: ayat2 momod, sgt ringkas... tapi tajam
Matila kutuk....... larikksss....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 11:11 AM | Show all posts
Mengalir air mata darah sekalipun.......{:3_84:}
Nine tetap akan nonton
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 11:30 AM | Show all posts
klau lahir rambut hitam,mmg hitam la yg sesuai dgn kita...xpyh la gatal2 tgn dye kaler lain n xpyh la nk ckp kaler itu,kaler ni x seswai ngan muka bla bla bla....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 04:51 PM | Show all posts
lopah lopah..straight A kat spm tak semestinya bijak bercakap..bijak menghafal kekdah nya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.074780 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list