CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

6 Zulhijjah - [U]

  [Copy link]
 Author| Post time 13-11-2011 11:32 AM | Show all posts
Rushdi tersenyum sambil menggeleng. Mata mereka  bersabung.
“ Abang tak ada girlfriend. Abang tahu hukum hakam dan dia juga orang Islam. Tak perlulah nak luahkan kata kata romantik atau keluar tengok wayang atau makan berdua sebelum ada ikatan yang sah. Bila abang rasa dia dah bersedia , abang akan terus lamar dia.”

Pelik betul konsep Abang Rushdi ni. Nak tergelak pula aku.
“ You mean she doesn’t know you? Habis tu macam mana abang boleh suka dia? Abang ni stalker kah?” Ketawa Rushdi terletus

“ I’m not that bad. Abang dah lama kenal dia. Cuma kami tak pernah bercakap soal cinta. Lebih manis begitu abang rasa”

Agaknya gadis pilihan Abang Rushdi kawan lama dari university Manchester dulu, teka Nadia. Mana lagi dia kenal calon serupa Ustazah Pilihan kalau bukan di sana. Tak mungkin Abang Rushdi jatuh hati dengan kawan sekerja sebab dulu dia bekerja dengan syarikat multinational Jepun.

“Tak terkejut kah perempuan tu nanti bila tiba tiba abang propose kat dia. Silap haribulan abang kena penampar.” Rushdi gelak kecil melihat riak muka Nadia

“I’m not going to go down on my knees and propose to her over a candlelight dinner. Itu semua budaya barat yang bertentangan dengan agama. Kita orang Melayu Islam, biar orang tua yang aturkan. Merisik, meminang dan bernikah kalau ada jodoh. Jodoh itu ketentuan Allah. Abang cuma mampu berdoa supaya Allah letakkan perasaan kasih yang sama dalam hati nya untuk abang. Bercinta lepas bernikah lebih indah, semua yang haram jadi halal.”

Perghhh... Mesti Abang Rushdi peminat filem  Ayat ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Aku tak percaya dua orang yang tak mengenali satu sama lain senang senang saja boleh duduk serumah, tidur sekatil. Bangun pagi tengok tengok ada a total stranger di sebelah. Geli makkk! Lepas itu kena hidup selamanya bersama. Memang tak masuk akal.

“ Macam mana kalau lepas kahwin nanti abang dengan dia tak serasi? Katalah dia suka makan pedas, abang tak suka. Dia suka aktiviti lasak, abang suka baca buku... macam mana? Bahagiakah abang dengan dia nanti?” Nadia penuh skeptis.

“ Itu semua perkara kecil saja. Kena lah give and take. Abang tak impikan perkahwinan yang perfect from day one. Orang yang dah kahwin berpuluh tahun pun masih ada masaalah. Yang penting kita terima pasangan kita seadanya. Love them for who they are. Tanggungjawab seorang suami ialah untuk membimbing dan melindungi isterinya, memberi nafkah zahir dan batin. Bukan untuk kompelin kalau isteri masak tak sedap, kalau isteri dah gemuk. Isteri yang solehah itu pakaian terindah untuk seorang suami di dunia. Nad mesti ada baju yang Nad sayang dan jaga baik baik. Bila Nad pakai baju itu, Nad rasa selesa, konfiden dan gembira. Macam itulah analogi nya. ”

Dah mula lah sepupu aku ni berceramah. Bab teori bukan main pakar lagi, kawinnya tidak juga. Borrinngg! Nadia menguap. Nasib baiklah sudah hampir sampai ke rumah. Rushdi mematikan enjin sebaik mendapat petak kosong depan rumah Nadia.

“ Well, good luck to you. Er.... betul tak nak Kak Min?” Jari telunjuk di acu ke muka Rushdi. Last try.  Rushdi cuma senyum dan geleng.

“ Abang doakan dia jumpa jodoh yang lebih baik dari abang”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2011 11:39 AM | Show all posts
Nice...cepat2 masukkan n3 baru nnt yer smiley
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 11:47 AM | Show all posts
kan dah kata...rushdi mmg ada hati ngan nad... tapi nad anggap rushdi macam abg jek... sure rushdi akan frussss... siannn...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 05:31 PM | Show all posts
nak lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 07:50 PM | Show all posts
sambung lg ehh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 12:42 AM | Show all posts
Reply  asyriqa


    hehehe... abg rushdi baik tp  boring
rain romeo tp mungkin dia taubat nan ...
sang_arjuna Post at 13-11-2011 11:13



    Smileyyy.... I lap yuuu  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2011 09:24 AM | Show all posts
nad langsung x terlintas yg pompuan rushdi minat tu adalah dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 04:52 PM | Show all posts
jgn nanti Rusdhi gunakan family utk dapatkan Nad...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2011 06:03 PM | Show all posts
jgn nanti Rusdhi gunakan family utk dapatkan Nad...
nallepooh Post at 14-11-2011 16:52



    tu la kan... since auntie Nad tu dah asyik tanya2 if Nad dah ada org special.. ntah2 memang dah ada plan nak suruh Nad ngan Rushdi
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 06:40 PM | Show all posts
nak n3 lg.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 10:34 PM | Show all posts
masak ko nad.... {:4_229:}
ntah2 rushdi dah suruh aunty aida g merisik kat mak su...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 11:30 AM | Show all posts
wahhhhh.. citer baru!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 02:09 PM | Show all posts
baru baca first ayat dah suka nak tny sume citer smiley kat sini ada yg dah dinovelkan ke...akak suka citer  yg kisah arkitek tu..lupalah tajuk.

tak sabar nak tunggu kisah seterusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 08:20 AM | Show all posts
kak arjuna... sambung la ari nih pleaseee...{:4_189:}
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 10:42 AM | Show all posts
sambung lg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2011 12:53 PM | Show all posts
sori uols, akak smiley bizi skrg sebab kena buat soalan peperiksaan
akak cuba sambung dalam minggu ni, insyaallah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2011 12:56 PM | Show all posts
Reply 93# dobot


    citer saya tak pernah di novelkan -  sbb tak ada masa nak type manuskrip hantar kat penerbit, sampai ada soft copy yg dah hilang


yg pasal akitek tu " Andai kau jadi Milikku"
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 12:57 PM | Show all posts
ingat ade n3....huhuhu...{:4_189:}
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 01:17 PM | Show all posts
kalau kak juna compile semua cite akak & bukukan..tb pasti akan beli ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 01:51 PM | Show all posts
Reply 99# tudung_bawal

akan beli jugak...{:4_181:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061785 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list