CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sarizu

Kahwin

[Copy link]
 Author| Post time 16-5-2012 10:27 AM | Show all posts
Kenapa Iddin garang sangat?
Nicki_Meow Post at 11-5-2012 07:52


nk tunjuk macho
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2012 10:28 AM | Show all posts
alaaa...sikitnya...
nhid_tam Post at 11-5-2012 14:46


ok, ok...nk tmbh sikit lg ni... sikit-sikit ni dh jd trademark
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 10:33 AM | Show all posts
belum kwin lagi yer..tgu cti sek ni kot
awanjingga Post at 14-5-2012 09:31


haaa kan...elok sgt la tu, kasi meriah sikit d musim org lain kawin jugak ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 10:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by sarizu at 16-5-2012 10:43

Episod 17

Farid memandang kehairanan, lebih-lebih lagi apabila dia langsung tidak mengenali siapa lelaki bersama Anis. Client? Tak mungkin...memang tak pernah kenal langsung.

“Ya Anis, boleh perkenalkan?” Farid memandang tamu yang tak diundangnya.

“Izzuddin. Tunang Anis,” Iddin mendahului sambil tangannya dihulur untuk bersalam dengan Farid. Profesional! Kejap pula Farid menggenggam tangannya walaupun sebentar cuma.  

“Saya Hisyam.” Hisyam pula disalaminya. Huh! Mereka berpandangan, tanpa bicara namun hati terusan berdetak membuat sebarang kesimpulan tentang peribadi masing-masing. Bak kata hati Hisyam; patutlah Anis menolak dirinya. Iddin pula berego; boleh blah!

Kalau dah marah peduli apa. Itupun dah nasib baik hati yang menyampah, kalau keluar di mulut? Sabar...

“Oh, tak sangka saya boleh kenal hari ni,” sopan saja Farid melayan tamunya walaupun bukanlah dia selesa sangat. “Duduklah, kita borak-borak dulu,” Farid mengambil tempat di sofa. Bertiga yang lain turut mengambil kedudukan di sofa masing-masing.

“Maaflah Encik Farid kalau kedatangan saya ni mengganggu. Saya mohon masa Encik Farid untuk menerima kedatangan saya yang berhajat ni. Hajat untuk menjemput Encik Farid sekeluarga hadir ke majlis perkahwinan kami tidak lama lagi. Hisyam, jangan lupa datang ya,” sopan pula Iddin menyusun ayat menyatakan hajat besarnya.

Anis memandangnya. Macam tak percaya! Tadi bukan main macam nak cari gaduh.  

“Jangan lupa ya Encik Farid, bawa Puan Maria dan anak-anak yang lain. Bertambah meriahlah hendaknya majlis kami nanti,” Anis pula menyambung menegaskan lagi bahawa mereka betul-betul mahu menjemput sekeluarga itu datang.

Terdengar pintu diketuk. Mila, sekretari Farid masuk menatang empat cawan berisi nescafe panas, disusuli Akma pula yang membawa bakul tadi. Semua mata memandang. Akma tersenyum sambil meletakkan bakul tersebut di atas meja di hadapan Farid. Sejurus, Mila dan Akma bersedia untuk keluar.

Farid mengangkat kening. “Apa ni Akma?” Sempat lagi dia bertanya, tetapi Akma sudah menghilang di balik pintu. Matanya menilik-nilik bakul cantik di depannya.

“Hadiah daripada saya dan kad jemputan kahwin kami,” Iddin menjawab sambil ibu jarinya menunjukkan selitan kad di dalam bakul tersebut.

Farid mengambil kad yang dimaksudkan. Membaca sepintas lalu mengambil hati si pemberi. “Lebih kurang sebulan lagi ni...tahniahlah. InsyaAllah kami datang jika tiada aral. So, Anis, awak nak hadiah apa?” Kad kembali diletakkan di atas meja selepas dibacanya sambil mengangkat kening memandang Anis, mahukan jawapan kepada soalan yang ditanya tadi. Bagaikan tidak kesah jika stafnya itu meminta apa saja hadiah daripadanya.

Anis tersenyum tidak menjawab, tetapi seolah-olah sedang berfikir apa jawapan yang akan diberikannya nanti. Iddin memandangnya, ternanti-nanti juga apa jawapan yang akan keluar daripada mulut tunangnya itu. Risau juga dia kalau Anis cakap yang bukan-bukan, jatuh maruah bakal suami nih. Macam la dia tak mampu nak sediakannya.

“Susah la nak fikir sekarang, Bos. Banyak sangat benda yang nak dalam kepala ni... Kalau nak jawapan sekarang jugak, terpaksa la saya mintak hadiah...Bos datang dengan family ke majlis kami nanti, itulah hadiah yang terbaik buat saya ” akhirnya Anis membuat kata putus, senang tanpa memeningkan kepala nak fikir benda-benda yang berupa materialistik nih. Kalau ikutkan hati yang bernafsu besar ni nak jugak dia mintak set periuk belanga yang canggih-manggih tu ke, peti ais ke, mesin basuh ke, atau mungkin saja home theater? Bos nak kata apa kalau aku mintak benda-benda duniawi nih, kan dia yang tanya...

“Betul tu Encik Farid, tak kisah lah dengan hadiah tu,” Iddin lega, memandang si tunang dengan sebuah senyuman penghargaan. Dia tahu Anis seorang perempuan yang baik, bukan hanya pandai menjaga diri tetapi juga maruah dirinya yang akan bergelar suami kepadanya tidak lama lagi.



Secara beradabnya, Iddin dan Anis telah menjemput semua rakan-rakan di pejabatnya untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka nanti. Sekarang ni tengah tunggu hari saja. Dah tak sabar-sabar rasanya. Malah, semua persiapan majlis mereka telahpun selesai sehingga 70%. Photographer yang mereka kecohkan hari tu pun dah selesai. Anis setuju saja dengan pilihan Iddin yang melantik sahabat lamanya, Kamalia, seorang Jurutera, tetapi juga merangkap jurugambar sambilan untuk majlis-majlis tertentu sahaja. Minat punya pasal!

Anis melenggang menghantar Iddin keluar dari pejabatnya sambil berbual kosong. Nasib baiklah Iddin tak buat hal tadi, katanya saja je ugut-ugut manja. Takkan la dia nak jatuhkan kemachoannya sendiri. Perasan plak dah... Tapi itulah Iddin sebenarnya, kalau sesekala tu ada juga tindakannya yang agak sengal, tapi banyak kalinya dia seorang yang matang dalam setiap tindakan yang diambilnya.




Iddin berhujung minggu di rumah kakaknya kali ini sementelah sudah hampir sebulan dia tidak menemui ibunya. Tidak bertemu bukan bermakna tidak berhubung, tetapi dia telah menjadualkan untuk dirinya sendiri bertanya khabar ibunya setiap tiga hari sekali. Telefonlah yang akan menjadi pengerat kasih-sayang mereka berdua. Apatah lagi dia merupakan satu-satunya anak lelaki daripada tiga beradik. Adiknya, Hana masih lagi bergelar mahasiswi kala ini.  

Kali ini Iddin mahu bermanja-manja hendaknya sebelum dia menggalas tanggungjawab baru bergelar suami selepas ini. Bukan mahu menyisihkan tempat nombor satu buat ibunya yang sentiasa akan menjadi keutamaan, tetapi dia jelas bahawa kesibukannya akan bertambah nanti apabila sudah memiliki keluarga sendiri.

Bersarapan pagi dengan nasi lemak berlaukkan ayam kampung sangat membangkitkan seleranya. Masih diawal waktu apabila berada bersama keluarga, jam baru saja menghampiri lapan pagi, perutnya sudahpun kekenyangan. Lain benar kalau berada di rumah bujangnya sendiri. Usai solat Subuh biasanya dia akan menyambung tidur sehingga jam lapan. Selepas itu barulah nak fikir apa menu sarapan pada pagi itu.  

Iddin menyertai ibu dan kakaknya di ruang tamu. Hari minggu begini memang santai saja programnya.

“Tengahari nanti ajak la Anis datang makan kat sini. Bolehlah kita makan satu keluarga,” tiba-tiba saja ibunya memberi idea bernas. Iddin terdiam, nak ke perempuan tu datang? Bukan senang nak ajak-ajak Anis tu, banyak benar alasannya.  

“Tengoklah nanti, mak. Hari minggu macam ni biasanya dia pun balik rumah family,” jawab Iddin sambil bangun untuk mengambil handphonenya di bilik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 10:42 AM | Show all posts
nasi lemak ayam kg? ayam muda ke tua..he he
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:34 PM | Show all posts
cik sarizu..kad kwen untuk kita xde ke..dh nk cti sek ni...

smbg yer ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-5-2012 10:46 PM | Show all posts
nasi lemak ayam kg? ayam muda ke tua..he he
mie07 Post at 16-5-2012 10:42


tak kesah...jnji sodap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2012 10:47 PM | Show all posts
cik sarizu..kad kwen untuk kita xde ke..dh nk cti sek ni...

smbg yer ...
awanjingga Post at 18-5-2012 14:34


kasi alamat ya dik...jnji bwk hdiah besar tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2012 10:52 PM | Show all posts
to mod jaza
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2012 10:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by sarizu at 22-5-2012 23:01

Episod 18

Suara serak Anis mengejutkan Iddin. Kenapa pula?  

“Lahhh...kenapa tak call? Ni dah warded pun saya tak tahu. Kenapa tak bagitahu saya?” Nada Iddin agak tinggi. “Saya ni tak penting ke untuk tahu semua ni? Kita kan dah nak kawin...janganlah layan saya macam ni.”

“Kan saya dah cakap gastrik je...cuma kali ni teruk sikit,” Anis membela diri.

Tapi apabila difikirkan balik memang dia yang silap. Sepatutnya dia memberi maklum kepada tunangnya itu perihal keadaannya.

Iddin memutuskan talian, tidak mahu lagi bercakap sementelah dia sedang menahan marah.  

Dia tahu Anis memang selalunya begitu sejak diawal perkenalan mereka lagi sewaktu di kampus dahulu. Semua benda nak diambil mudah. Sudah banyak kali jugalah dia memberi pesan supaya berkongsi apa saja dengannya. Tapi tengoklah, si tunang bermalam di hospital pun dia tidak tahu.

Hatinya mula menebak macam-macam. Nak kata tiada cinta di hati Anis buatnya macam mustahil bilamana mereka sudah menghampiri hari bahagia untuk disatukan. Lagipun dia sendiri pasti bahawa tunangnya itu tidak punya lelaki lain di hatinya selama  ini.  

Semakin dekat untuk mereka disatukan semakin banyak pula perkara yang menghimpit perasaannya kala ini. Seolah-olah di antara mereka masih kurang kasih-sayang. Sepatutnya diwaktu-waktu beginilah mereka lebih mengeratkan perhubungan agar perkahwinan yang bakal dibina nanti lebih membahagiakan.

Setelah hatinya berbolak-balik, dia membuat keputusan untuk melawat Anis di hospital. Dia pergi ditemani ibunya yang mahu ikut melawat bakal menantunya itu.




Kelihatan ibubapa Anis turut berada di wad, menemani anak bongsu mereka yang terbaring lesu di katil. Selepas bertanya khabar sesama mereka, ibu dan bakal mertuanya memberi izin untuk Iddin berada di sisi Anis seketika, katanya mereka mahu berborak di luar.  

Iddin merenung Anis yang kelihatan sedikit pucat. Mereka saling berdiam diri. Anis mahu menegur tapi takut pula dia dengan wajah tegang si tunang. Kalau nak tunjuk muka kerut macam ni buat apa datang?

“Kenapa? Tak suka saya datang?” Suara Iddin sungguh mengejutkan khayalan Anis. Diam, malas Anis nak menjawab. Sebenarnya dia nak jawab, ‘sukaaa sangat’ pasal ada orang yang tunjuk prihatin perihal dirinya. Namun, suara itu tidak mahu keluar, dah la letih, nak memujuk si teruna ni pulak...?

“Ok lah, saya nak balik. Ada kat sini pun macam tak de. Dah jadi makhluk asing pulak rasanya.”

“Makhluk asing hensem datang melawat saya...sukaaa sangat!” Anis cepat-cepat jawab, tak nak lah Iddin balik cepat sangat. Nak bermanja lagi.

Sekali lagi Iddin renung tepat ke matanya. Gabra pulak rasanya. Suka sangat lelaki ni tenung-tenung macam ni, dah la dia tak mandi lagi, tak cantik la kekdahnya. Niat nak mandi ada tapi tak laratlah nak bangun.

“Kenapa selalu buat perangai macam ni? Memang awak rasa saya ni tak penting ke? Kita berdua ni apa? Tunang ke apa? Tinggal beberapa minggu lagi nak kahwin pun awak masih buat perangai...dah banyak kali saya tegur kan...kalau awak tak boleh nak respect nasihat saya, macamana saya nak jadi yang terbaik buat awak. Saya nak kahwin dengan awak bukan saja-saja nak kahwin, tapi untuk saling melengkapi. Kalau awak tak boleh terima saya sebagai seorang suami, baik awak cakap terus-terang sekarang. Sebelum awak jadi isteri dan rasa terseksa hidup dengan saya yang banyak komplen ni, baik awak fikir balik apa yang awak nak sebenarnya dalam hubungan kita ni. Kali ni saya betul-betul rasa tak dihargai. Saya betul-betul kecewa.” Nah! Berjela luahan hati Iddin menahan rasa.

Anis kaget. Terdiam seribu bahasa. Sudahnya matanya bergenang, terasa tubuh Iddin kabur di pandangannya. Betullah kata Iddin, dia memang bersalah apabila seringkali tindakannya membelakangi tunangnya itu. Tetapi sebenarnya untuk kisah kali ini dia ada sebab mengapa berat hati untuk memberitahu Iddin perkara sebenarnya.

“Maafkan saya, Iddin. Awak betul, saya selalu macam ni kan. Awak jangan benci saya, saya betul-betul sayangkan awak,” suara serak Anis mula kedengaran.

Dia tahu Iddin sangat baik kepada dirinya selama ini, tidak pernah berubah hatinya selain untuk dirinya. Bukan setakat nak tunjuk baik, tetapi tunangnya itu betul-betul berhati baik. Hanya dia yang tidak tahu menghargai sesuatu yang istimewa. Mengambil mudah semua perkara, dan kala ini baru dia sedar bahawa ada hati yang sedang terluka kerana lakunya.

“Kalau sayang, kenapa layan saya macam ni? Saya tak berhak tahu tunang sendiri sakit? Apa awak fikir belum masanya untuk kita berkongsi hal-hal begini? Kita dah nak kahwin Anis, memang tak patut apa yang awak buat ni,” belum habis lagi Iddin meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.

Dia sendiri tidak faham mengapa Anis mahu merahsiakan tentang sakitnya ini. Bukannya dia jadi benci kalau tahu tunangnya berpenyakit. Malah tentunya dia mahukan rawatan terbaik buat yang tersayang agar dirinya sihat walafiat sentiasa.  

“Saya bukannya nak berahsia...tapi saya rasa lebih bersalah kalau beritahu pasal ni... Sebenarnya...Hisyam yang hantar saya ke hospital. Perut saya memang sakit teruk semalam sampai tak boleh jalan, muntah-muntah masa nak balik...kebetulan dia nampak dan dia tawarkan untuk hantar saya ke hospital,” perlahan suara Anis bercerita, kepalanya menunduk saja seperti seorang pesalah.

Lelaki itu lagi! Kenapa tak hubungi dia? Bukannya dia tak boleh datang ambil Anis di pejabat dan bawanya ke hospital.

Iddin diam, tidak lagi mahu berkata-kata. Dia mahu balik saja, biarlah mereka sama-sama mengambil masa untuk berfikir apa yang terbaik untuk perhubungan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 08:51 AM | Show all posts
Episod 18

Suara serak Anis mengejutkan Iddin. Kenapa pula?  

“Lahhh...kenapa tak call? Ni dah ...
sarizu Post at 22-5-2012 22:58



    jgn jelous iddin dah nak kahwin pun................
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 09:14 AM | Show all posts
Reply 90# sarizu

Rileklah Iddin...dugaan bertunang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2012 09:16 AM | Show all posts
kasi alamat ya dik...jnji bwk hdiah besar tau
sarizu Post at 22-5-2012 22:47



    demand plak nk hadiah bsar...


perang dh nk mula ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 11:21 PM | Show all posts
alamak.....gaduh la plak....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 08:42 PM | Show all posts
konpem gaduh besar pas ni... adei..
kesian kt anis kene marah
next...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 12:42 PM | Show all posts
jgn jelous iddin dah nak kahwin pun................
mie07 Post at 23-5-2012 08:51


kalau x de aral melintang dah nak kawin ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2012 12:44 PM | Show all posts
Reply  sarizu

Rileklah Iddin...dugaan bertunang...
Nicki_Meow Post at 23-5-2012 09:14


Nicki dolu2 mcm ni ke...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 12:45 PM | Show all posts
demand plak nk hadiah bsar...


perang dh nk mula ni...
awanjingga Post at 24-5-2012 09:16


lagi besar hadiah lagi nampak meriah

buruk la kalau tua2 nk bperang...ye dak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 12:47 PM | Show all posts
alamak.....gaduh la plak....huhu
nhid_tam Post at 27-5-2012 23:21


macam la tak biasa...
harap2 gaduh2 manja je lah kan...tambah kemesraan gituh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 12:51 PM | Show all posts
konpem gaduh besar pas ni... adei..
kesian kt anis kene marah
next...
misssakura Post at 28-5-2012 20:42


sesekala nk kn mrh gk kasi lagi phm sket

ok, smbung sket lg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.069492 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list