tak pernah miss citer ni dulu.. sanggup kensel apa2 appointment sbb tak nak miss punyer pasal... suka sangat watak Fizz (Rasyad).. cool sangat2.. utk part 2 ni anak dorang dah besar.. siapa agaknya jd anak dorang.. Mia Sarah ker agak nyer? Mia tu ada chemstry dgn Fizz.. betul2 mcm bapak ngan anak...comelll sangat2
WARIS merupakan sekuel kepada KEKASIHKU SERU yang masih mengekalkan barisan pelakon asal seperti Datin Paduka Umie Aida, Emelda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman dan Kuza.
Mengisahkan kehidupan Marisa dan Rashad selepas 10 tahun, mereka kembali dihantui Waris apabila anak mereka, Amar berubah selepas kembali bercuti dari Terengganu.
Berjayakah Mas Suri, Rashad dan Marisa menumpaskan Waris sekali lagi?
yesssssssss tak sabar, harap cite ni lagi meletup dari yg lepas, terbayang2 lagi moyang marissa time mula nak merendek ala2 terlanggar jari time nak sidai baju hahhaa, pastu si hantu tu duduk bertenggek atas almari baju, gilos siot terkejut masa tu.....dari citer nilah aku start suka ngan fizz hehehe....siap nak letak nama anak rasyad tapi yg kuar bb girl...kui kui kui....
Saka cari waris
Oleh Norhayati Nordin [email protected]
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SELEPAS tiga tahun berlalu, baru kini pengarah berkaliber Kabir Bhatia menghasilkan sekuel drama Kekasihku Seru yang pernah memenangi Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2009. Pun begitu, bersandarkan judul berbeza iaitu Waris, kisah dimuatkan dalam 13 episod nyata cukup seram dan mendebarkan.
Menemui penonton di TV3 bermula 14 Jun ini, jam 10 malam, Waris terbitan produksi Filmscape Sdn Bhd masih mengekalkan barisan pelakon yang sama seperti Datin Paduka Umie Aida sebagai Mas Suri, Emelda Rosmila (Marisa), Fizz Fairuz (Rashad), Hairi Othman (Waris) dan Tengku Sariza atau Kuza (Mas Ayu).
Tidak ketinggalan, kemunculan beberapa pelakon lain seperti Liza Shadan sebagai Aida, Fadzrin Danial (Amar), Syamiem Alnisa (Sarah) dan Mozalfa Faisa (Fariz) mengukuhkan lagi perjalanan cerita.
Kabir yang kekal memikul tanggungjawab selaku pengarah berkata, dia sangat gembira kerana masih berpeluang meneruskan kerjasama dengan pelakon asal drama Kekasihku Seru termasuk gabungan beberapa pelakon lain. Ujarnya, gandingan itu secara tidak langsung memantapkan lagi perjalanan cerita mengenai saka Waris yang menghantui.
“Garapan terbaru ini lebih tertumpu kepada Waris yang masih menjadi igauan ngeri kepada Marisa. Selepas 10 tahun hidup bahagia di samping suami, Rashad dan anak lelakinya, Amar, gangguan Waris kembali. Ini kerana, Waris terdesak mencari ‘tuan’ baru kerana keadaan Mas Ayu yang sudah terlalu lemah.
“Seiring dengan judulnya, Waris menumpukan kepada usaha Mas Suri, Marisa dan Rasyad menyelamatkan keturunan mereka daripada menjadi mangsa saka Waris. Pun begitu, saka Waris tidak pernah berhenti mencari Marisa yang memiliki anak kembar untuk dia kembali berkuasa semula,” katanya.
Skrip ditulis Mira Mustafa, Tommy CT Loh dan Nik Naemah itu, ujar Khabir cukup mantap dan padat dalam mengetengahkan kisah saka yang mencari waris.
“Memandangkan ini kisah sekuel, terus-terang saya katakan bukan mudah untuk menghasilkan. Banyak perkara perlu diambil kira dan fokus diberikan perlu lebih tepat. Dalam perjalanan kali ini, Marisa perlu cari apa yang dia kehilangan dan harus tahu apa sebenar terjadi dalam keluarganya.
“Saya memerlukan masa dua bulan untuk menyiapkan drama sekuel ini. Apatah lagi, tumpuan penuh diberikan pada pergerakan jalan cerita kisah pewarisan saka. Sehubungan itu, saya berharap penonton akan terhibur menyaksikan drama Waris ini yang penuh dengan misteri yang diungkap dalam setiap episod,” katanya.
Waris mengisahkan Marisa dan Rashad yang kehilangan anak kembar perempuan mereka dan memberi sepenuh perhatian kepada anak lelaki, Amar. Bagaimanapun, ketika bercuti di Terengganu, Amar yang menghilangkan diri ditemui diserang penyakit sawan tiba-tiba dan keadaannya membimbangkan Marisa.
Sebaik pulih, Marisa membawa Amar bertemu dengan ibunya, Mas Suri. Ternyata, apa yang dirisaukan Mas Suri selama ini menjadi kenyataan apabila sikap Amar yang ceria, sudah berubah menjadi murung dan cepat marah. Apakah itu menandakan saka Waris sudah bangkit semula dan menghantui mereka?
Apakah anak kembar perempuan Marisa sememangnya sudah meninggal dunia? Malah, apa pula tindakan Mas Suri seterusnya untuk membantu Marisa dan Rashad menyelamatkan keturunan mereka. Menyaksikan episod pertama drama ini pada majlis pelancarannya di Cathay Cineplex, E-Curve, Mutiara Damansara, kelmarin, cukup menyeramkan.
“Maaas....” Suara yang telah menghantui hidup mereka sudah kembali... Kebimbangan Mas Suri tentang kebangkitan Waris akhirnya menjadi kenyataan dan dia perlu bertindak pantas untuk melindungi keturunannya daripada ancaman Waris. Terbaru di slot Seram, drama bersiri 13 episod, WARIS terbitan Filmscape Sdn. Bhd. yang bakal menemui penonton TV3 pada 14 Jun 2012, setiap hari Khamis jam 10.00 malam merupakan sekuel kepada Kekasihku Seru (Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2009).
Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama seperti Datin Paduka Umie Aida (Mas Suri), Emelda Rosmila (Marisa), Fizz Fairuz (Rashad), Hairi Othman (Waris) dan Kuza (Mas Ayu), drama 13 episod terbitan Filmscape turut menampilkan Liza Shadan (Aida), Mozalfa Faisa (Fariz), Syamiem Alnisa (Sarah) dan Fadzrin Danial (Amar).
WARIS merupakan buah tangan terbaru daripada pengarah berbakat besar, Kabir Bhatia dan garapan skrip oleh Mira Mustaffa, Tommy CT Loh dan Nik Naemah. Sekuel drama tersebut mengisahkan kehidupan Rashad dan Marisa selepas 10 tahun yang tenang bersama anak lelaki mereka Amar. Waris menjadi igauan ngeri bagi Marisa pada suatu ketika dulu kerana dia merupakan mangsa kepada Waris yang memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.
Marisa bersyukur kerana dapat memulakan kehidupan baru bersama suami tersayang dan anak lelakinya yang sangat ceria dan aktif. Kadang-kala dia akan berasa sedih apabila terkenangkan anak kembarnya yang sudah meninggal dunia pada hari kelahiran.
Rashad dan Marisa telah membawa Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh secara kejam dan meninggalkan anak perempuannya yang masih kecil, Sarah.
Marisa menjadi panik apabila Amar hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan. Namun, doktor mengesahkan keadaan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu, Amar berubah menjadi murung dan cepat marah. Buntu melihat perubahan anak mereka, Rashad dan Marisa telah membawanya pulang berjumpa dengan Mas Suri, Ibu kepada Marisa.
Mas Suri mula berasa bimbang jika masalah yang sering membelenggu fikirannya selama ini telah menjadi nyata. Dia risau jika Waris telah bangkit semula. Mas Suri terpaksa membuka rahsia yang anak kembar perempuan Marisa masih hidup dan berada di bawah jagaan Rokiah. Mas Suri terpaksa memisahkannya daripada Marisa kerana dia tahu Waris akan kembali memburu anak perempuan keturunan mereka. Rokiah yang dipertanggungjawabkan menjaga anak perempuan itu telah menyerahkan anak tersebut kepada sepupunya kerana menganggapnya sebagai beban.
Marisa seakan tidak percaya mendengar pengakuan Mas Suri. Tergamak Mas Suri melakukan perkara yang sama dia pernah lakukan pada Marisa. Mas Suri memohon maaf daripada Marisa kerana dia tiada pilihan lain bagi melindungi cucu perempuannya daripada ancaman Waris. Selama ini, Mas Suri sedar bahawa Mas Ayu tidak akan berputus asa dan dia akan menyeru semula Waris.
Amar menjadi sasaran baru Waris yang terdesak untuk mencari Tuan baru kerana keadaan Mas Ayu yang terlalu lemah dan sedang nazak. Waris perlukan badan baru untuk berkuasa semula. Walaupun masih marah terhadap ibunya, Marisa perlukan bantuan Mas Suri untuk menjejaki anak perempuannya, Sarah yang kini dijaga oleh Aida dan suaminya, Fariz.
Sarah membesar dalam keadaan yang daif tanpa belaian kasih sayang. Selepas ibu angkatnya meninggal dunia, Aida telah mempelawa Sarah untuk tinggal bersama. Tanpa disedari, Aida telah mengundang bahaya dalam kehidupannya. Sarah yang dipengaruhi oleh kuasa jahat telah memberi ancaman nyawa kepada ahli keluarga barunya.
Sempatkah Mas Suri dan Marisa menjejaki Sarah sebelum Waris? Apakah muslihat Waris akan berjaya pada kali ini? Berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya daripada ancaman Waris buat selama-lamanya?
Jangan ketinggalan untuk menonton WARIS bermula 14 Jun 2012, setiap hari Khamis jam 10.00 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan WARIS boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.