CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lejen

[Dunia] Sebenarnya tiada konsep zero-interest di perbankan Islam

[Copy link]
Post time 18-6-2013 10:00 PM | Show all posts
Mak aku penah beli kete guna loan Ambank islamik. Time susah kejap 2, 3 tahun lepas, penah tak bayar loan 8 bulan.
Takde pulak orang datang nak tarik kete yg tersadai ja depan rumah tu. Sekali nak gi bayar loan tertunggak tu, orang Ambank cakap surat tarik tak dikeluarkan pun, cuma kena bayar denda dalam RM 30 ja kot kalo tak silap. Tapi kete tuh da bayar lebih 70 % la . Bagi aku memang ada beza la islamik ngan konvensional tuh. Yang tak dak beza bayar ptptn tuh. Yang ujrah sama mencekik darah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2013 11:40 PM | Show all posts
Muntz posted on 18-6-2013 06:56 PM
Kalau dari segi pelaburan, simpanan, deposit, aku boleh terima penjelasannya dalam perbankan Islam.  ...

Sebaik baiknya kita senangkan hati kita dan berlapang dada bahawa interest yang di kenakan oleh Bank bukan lah riba dan tidak haram macam kata pengkaji "riba" yang terkenal dari Pakistan,  Fazlur Rahman.

Diantara perkara yang tidak masuk akal tentang riba pada Maideen ialah "riba al hadith" (juga di panggil riba al fadl) - [Klasifikasi riba yang satu lagi ialah Riba al Quran (juga di panggil Riba al Nasiah)]

Amat tidak masuk akal apabila jika kita ada dua kilo buah kurma gred "B", tidak boleh di tukar dengan satu kilo kurma gred "A" kerana kununnya Allah SWT tidak membenarkan pertukaran barang yang sama (yakni buah kurma) melainkan barangan itu sama jumlah (yakni berat)nya - ia itu satu kilo kurma hanya boleh ditukar dengan satu kilo kurma! Jika hendak ditukar juga, maka hendaklah kita jual dahulu 2 kilo kurma Grade "B" kita dan dari hasil jualan itu kita beli satu kilo kurma Grade "A".

"Hadith yang terkenal tentang riba al Fadl ini ialah - Emas hendaklah ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barley untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam, serupa dengan serupa dan satu jumlah dengan jumlah yang sama, ditukar serta mereta!"

Pada mulanya Maideen menyangkakan tentu ada maksud lain yang terpakai untuk hadith ini selain dari maksud literalnya. Kemudian Maideen terjumpa hadith ini:

From Abu Sa'id : Bilal brought to the Prophet, , some barni [good quality] dates whereupon the Prophet asked him where these were from. Bilal replied, "I had some inferior dates which I exchanged for these - two sa's for a sa'." The Prophet said, "Oh no, this is exactly riba. Do not do so, but when you wish to buy, sell the inferior dates against something [cash] and then buy the better dates with the price you receive." (Muslim, Kitab al-Musaqat, Bab al-ta'ami mithlan bi mithlin; also Musnad Ahmad)
Last edited by Maideen. on 18-6-2013 11:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 12:26 AM | Show all posts
Maideen. posted on 18-6-2013 12:27 PM
Lkick memang dah lama bencikan Isle ka?

tidak maideen...cuma loan konvensional ni lg rendah interest nya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 12:52 AM | Show all posts
kalau celup sebelum kawen = haram

kalau celup lepas cukup 5 rukun nikah = halal

kaedahnya sama iaitu celup

tp ada beza haram  dan halal.

tp cucuk bontot dah register ke tak register ke tetap luar tabiii.. Last edited by Radzor on 19-6-2013 01:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
tamarSusu posted on 18-6-2013 04:45 PM
ramai jgak nk kondem islamic banking yer....betul2 paham ker urusan muamalat islamic banking???... ...

Soklan senang: kalau nak untung 10%, amek untung 10%.

hadis sohih mana perbankan isele amek untung 10% per annum?

mana datangnya kadar per annum ini?

haram seko lobai pon takleh jawap.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 01:01 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 18-6-2013 08:50 PM
http://meludah-pja.blogspot.com/2013/03/musharakah-mutanakisah-partnership-mmp.html

Musharakah Mu ...
Pembelian rumah kedua saya telah gunakan pinjaman MMP dari RHB Islamik ini dan ianya jauh berbeza dan ketara dengan pinjaman BBA yang saya buat semasa membeli rumah pertama dahulu dari Bank Islam.

Kiranya RHB Islamic lebih Islam daripada Bank Islam lah ye?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2013 01:16 AM | Show all posts
Maideen. posted on 18-6-2013 11:40 PM
Sebaik baiknya kita senangkan hati kita dan berlapang dada bahawa interest yang di kenakan oleh Ba ...

Aku pun dengar jugak pasal benda ni. Aku pelik, kenapa nak kena ada step perantara (convert barang jadi duit) sebelum boleh beli kurma gred lain? Since kita dah tau gred A adalah sekian ringgit lebih mahal dari gred B, patutnya tukar direct pon boleh la, asal betul matematiknya. Sekali lagi aku yang jahil ni nak bertanya, kenapa mesti ada step perantara.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 01:24 AM | Show all posts
akuwell posted on 18-6-2013 10:00 PM
Mak aku penah beli kete guna loan Ambank islamik. Time susah kejap 2, 3 tahun lepas, penah tak bayar ...

Tak bayar 8 bulan kena caj RM30 je? Biar betul!
Ke ada hidden nyer caj?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 01:28 AM | Show all posts
Muntz posted on 18-6-2013 06:56 PM
Kalau dari segi pelaburan, simpanan, deposit, aku boleh terima penjelasannya dalam perbankan Islam.  ...

Aku setuju ngan ko.
Sekarang pelik, tukar sikit ada bunyi2 areb ape kelancaw tu, terus jatuh halal. Padahal dia ingat Allah tak tau ke niat dihati konar baring nak halalkan riba.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 01:33 AM | Show all posts
TuntungReturn posted on 18-6-2013 04:41 PM
dlam perbankan isle tak kire soal ikot isle ka,haram ka.riba ka,janji syarikat untung!!

Tepat sekali. Orang nak terjerut lantak, janji bank untung.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 01:42 AM | Show all posts
kabukiman posted on 18-6-2013 04:20 PM
tompang tanya: sejak bile isele mengambil kira konsep yehudi laknatullah "time value of money"?


...

Lobai yang kononnya arif tupun makan gaji ngan bank gak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 02:07 AM | Show all posts
Maideen. posted on 18-6-2013 11:40 PM
Sebaik baiknya kita senangkan hati kita dan berlapang dada bahawa interest yang di kenakan oleh Ba ...


bagaimana plak ade uztad kata kalo kte beli kurma rm10 sekilo dn jual pada kadar rm100 kilo hukumya harammmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!sebab dalam isle katanya barang yg dijual,keuntungan tak bleh dari 3 kali ganda,kalo lebih dari 3 kali ganda kadar keuntungan dikira riba!..bende ni dh jadik pegangan setengah melayu isle.harom jual barang melebihi 3 kali ganda nilai barangan,keuntungan tu dikira riba!
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 02:18 AM | Show all posts
lkick2113 posted on 19-6-2013 12:26 AM
tidak maideen...cuma loan konvensional ni lg rendah interest nya...

Jadinya, Lkick ni bukan lah jenis yang kagum hanya dengan kata kata lobai kekununnya perbankan Isle tu halal dan perbankan konvensional tu harooom lah yer. Tontu sodih lobai tu bila dia tahu Lkick tak kagum dengan dia punya halal harom......prrrrrrrrrpfffftght Kalau ada lobai yang cakap cengitu kat Maideen pon Maideen akan suruh dia pi tipu orang kampong ajer dah lah.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 02:57 AM | Show all posts
Babai posted on 19-6-2013 01:28 AM
Aku setuju ngan ko.
Sekarang pelik, tukar sikit ada bunyi2 areb ape kelancaw tu, terus jatuh hala ...

Perkara tentang niat inilah yang membuatkan Bay al Inah dikatakan halal sebenarnya.   Untuk menerangkan semula apa itu binatangnya yang diberi nama arab supaya nampak suci, contoh Bay al Inah telah Maideen terangkan sebelum ini:

"....they say that trade is like riba but Allah has permitted trade and forbidden riba..." translation of Al Baqarah (2): 275.

Maka oleh kerana Allah membenarkan jual beli dan mengharamkan riba, apabila sesebuah Bank itu mahu makan riba hendaklah dia menjual mesin ATMnya dengan harga RM10,000.00 dengan cara pembayaran tertangguh selama 2 tahun dan serta merta membeli semula mesin ATM itu dengan harga RM5,000.00 tunai! Dengan cara itu pelanggan dapat cash RM5,000.00 serta merta dan membayar RM10,000.00 secara ansur ansur selama 2 tahun. Ini namanya "Bay al Inah"....hehehehehe


Dan seperti yang Maideen juga ada katakan sebelum ini, menatang ini hanya dipakai di Malaysia dan Brunei dan dikecam hebat di negara negara islam lain dan dikatakan sebagai " a back door to riba' dan " form over substance' dsbnya. Kenapa di Malaysia di katakan halal dan menepati Shariah? Ini adalah kerana orang Islam di Malaysia bertaklid kepada fahaman Imam Shafie (yang nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris).

Menurut Imam Shafie ,sesuatu trade itu adalah sah jika ianya memenuhi syarat syarat kontrak ( kepada yang kagum dengan bahasa arab, ianya di sebut rukn al akd) dan tidak ada unsur unsur riba, gharar (uncertainty) - [musti ghara fahish, gharar yasir kalu, tak pa], maysir dan qimar (perjudian), dan subject matter akad itu bukan arak, babi dan lain lain barang yang menjadi phobia kepada ulamak ulamak Isle, maka jual beli itu adalah sah. Imam Shafie tidak akan sesekali menyiasat dan melihat niat pihak pihak yang melakukan kontrak itu. Oleh kerana itu lah Shariah Advisory Council (SAC) yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia mengatakan Bay al Inah itu halal. Perlu diingat di Malaysia, keputusan halal haram sesuatu perkara tentang perbankan Islam adalah muktamad. Bila berkuatkuasanya Akta Perkhidmatan Institusi Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013), lebih kuasa akan diberikan kepada SAC.

Imam imam Mazhab lain mereka memberi efek kepada hadith yang mengatakan sesuatu perbuatan itu adalah dari niat. Tapi tidak Imam Shafie kita. Itu lah sebabnya dalam fekah Imam Shafie, tiada salahnya apabila seseorang yang beriman membeli seorang hamba wanita selepas sembahyang Isyak dan menjualnya semula kepada tuan asalnya dengan harga yang rendah sedikit, keesokan harinya selepas sembahyang suboh!

Wallahualam.


Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 03:12 AM | Show all posts
TuntungReturn posted on 19-6-2013 02:07 AM
bagaimana plak ade uztad kata kalo kte beli kurma rm10 sekilo dn jual pada kadar rm100 kilo huku ...

Kalau ada Ostad yang cakap cenggitu, ini bermakna Ostad itu telah membaca kitab yang ditulis oleh orang yang lain pula pemahamannya tentang apa itu riba. Seperti yang dikatakan ada bermacam macam fahaman seseorang itu tentang riba. Ada yang mengatakan riba itu hanyalah interest yang melampau. Ada juga yang mengatakan ianya merankumi semua jenis oppressi termasuk membayar gaji yang tidak berpatutkan kepada orang yang tiada pilihan melainkan bekerja untuk orang itu! Jadi Maideen tidak takajut jika ada (yang pastinya berdasarkan conscience mereka) , meresakan untuk lebih 3 kali ganda kalu, adalah sesuatu ketidak adilan dan oppressi dan mengatakan ianya harom!

Perlu di ingat para Philosof, Hindu, Yahudi dan Kristian juga melarang usury. Kita ambil contoh Kristianity - mereka telah diujudkan Allah SWT 600 tahun terlebih dahulu dari Islam. Pandangan mereka tentang apa yang diharomkan, telah berubah. Maideen utarakan di sini bahawa apa yang disibukkan oleh orang Islam tentang riba kini, telah dialami oleh orang Kristian 600 dahulu. Kita boleh sahaja mengambil pengajaran dari pengalaman mereka, tapi kang marah plak para "ulamak"....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 04:56 AM | Show all posts
kasibiman posted on 19-6-2013 12:58 AM
Soklan senang: kalau nak untung 10%, amek untung 10%.

hadis sohih mana perbankan isele amek unt ...


seblum nk jawab soklan senang ko.....jwb soklan aku dulu

1)hadis soheh mana melarang amik untung 10%
2)bank isele mana yg amik untung 10%
3)10% keuntungan atas urusan apa?
4)macamana urusan akad/kontrak ketika mula berusrusan?
5)betulkah guna istilah amek untung 10% atau ade istilah lain guna pakai?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 04:58 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 18-6-2013 06:49 PM
sekarang ni perbankan Islam perlu diperbaiki jer..........

itu yg sewajibnya

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 08:35 AM | Show all posts
ultra78 posted on 19-6-2013 01:01 AM
Kiranya RHB Islamic lebih Islam daripada Bank Islam lah ye?

yg tu belum check
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 08:41 AM | Show all posts
bank bukanlah penjual rumah, bank juga bukan penjual kereta, jadi tak sepatutnya bila org nak buat pinjaman, bank tgk harga pasaran rumah dan sebagainya sbb itu bukan gheja bank pun

kalau nak meniaga pun, harga rumah yg dinilai tak sepatutnya mahal sehingga melebihi harga asal
apa salahnya kalau nak meniaga pun letak tak boleh lebih 50% dr harga asal
nak untung gila2 sampai 100% tu sebab apa?

memang la ada hadis yg kata boleh jual dgn harga tinggi tapi tgk juga, tujuan bank Islam ditubuhkan........ kalau tujuan hanya utk meniaga....... habaq la awai2 nak meniaga
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 08:59 AM | Show all posts
Pinjam RM10,000 bayar balik RM10,000 -> mcmana bank nak bayar gaji perkerja, api-air, sewa, kos alatan pejabat, etc,etc. Dan kemudian susut nilai matawang dek kerana inflasi. Setiap tahun duit susut nilai mengikut kadar inflasi. Common sense laa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050187 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list