CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mnm77

Tajwid dan Bacaan Al-Quran

[Copy link]
 Author| Post time 9-7-2014 10:56 AM | Show all posts
Jetty posted on 9-7-2014 10:15 AM
Salam untuk semua....

Seronok jumpa thread ni..banyak penambahan ilmu utk org mcm saya ni.

Boleh terangkan tentang nun iwad?

Terima kasih.

Salam... Alhamdulillah... semoga bermanfaat untuk kita...

Adakah yang dimaksudkan dengan Nun 'Iwad itu, cara bacaan apabila tanwin bertemu Hamzah Wasal?

Seperti contoh ini:
وَأَمَّا مَنۡ ءَامَنَ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا فَلَهُ ۥ جَزَآءً ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۖ
(Al-Kahfi, 88)

Yang digariskan di atas, tanwin pada huruf Hamzah Qoto' (baris dua) bertemu Alif Hamzah Wasal. Ada kaedah cara bacaan secara wasal (sambung). Adakah ini yang ditanya dan dimaksudkan Nun 'Iwad?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2014 11:05 AM | Show all posts


Sesetengah mushaf (seperti contoh di atas) ada ditulis Nun kecil berbaris bawah, bila tanwin bertemu Hamzah Wasal. Mushaf Rasm Uthmani tidak ditulis Nun kecil.

Nun ini dikenali sebagai Nun 'Iwad, atau sesetengah sebut Nun wasal atau Nun pengganti, atau Nun Wiqayah. Nun itu dibaca dengan baris bawah.

Kaedah bacaannya dah dijelaskan pada post #52. Untuk ayat di atas:

جَزَآءً ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۖ
Secara wasal dibaca "Jazaa-anil Husna"  : جَزَآءَنِ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۖ

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 9-7-2014 11:17 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 11:08 AM | Show all posts
mnm77 posted on 9-7-2014 10:56 AM
Salam... Alhamdulillah... semoga bermanfaat untuk kita...

Adakah yang dimaksudkan dengan Nun 'I ...


macamana nak cakap ya..

cara bacaan.. maknanya kita kena gantikan dgn huruf nun (kasrah) kan..
manakala tanwin tersebut dikekalkan dgn satu baris sahaja? maksudnya buang satu baris la kan.. betul?

alamak..maaf lah tok guru... saya ni fail sikit bab2 nak tulis pertanyaan ni...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2014 11:12 AM | Show all posts
Jetty posted on 9-7-2014 11:08 AM
macamana nak cakap ya..

cara bacaan.. maknanya kita kena gantikan dgn huruf nun (kasrah) kan..
manakala tanwin tersebut dikekalkan dgn satu baris sahaja? maksudnya buang satu baris la kan.. betul?

alamak..maaf lah tok guru... saya ni fail sikit bab2 nak tulis pertanyaan ni...

Ahsan (baik)... betul tu, bila baca secara wasal (bersambung), tanwin tu dibaca seolah-olah satu baris saja (gantikan gandaan dengan satu baris saja), dan ditambah Nun berbaris bawah. Ya, buang satu baris pada tanwin bila dibaca secara sambung.

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 11:23 AM | Show all posts

Terima kasih di atas penerangan di atas, sgt berharga bagi buta tajwid spt saya..

sila teruskan dgn kelas seterusnya...

saya akan menyampuk sekiranya ada pertanyaan.. (biasanya SR je)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 12:10 PM | Show all posts
mnm77 posted on 8-7-2014 04:50 PM
Salam Ramadhan....

شَهْرُ رَمَض ...

Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ramdhan Kareem....semoga amal ibdaha kita semuanya diterima Allah.

Alhamdullillah


Uncle suka nak jawab soalan Guru kita Tuan mnm77  
harap ramai ramai meriahkan kelas A Quraan kita...


(cammon le..nanti asyik Uncle je, org kata uncle poyo pulak..   )


Tanda "sin" pada Resm Uthmani ...tu..tanda SAKTAH .

Ada juga digelar "Saktatun lathifah "  

atau  " Waqfatun yasirah"


Semuanya merujuk kepada,  " Berhenti seketika (kadar 2 harakat) tanpa tukar nafas...sambung balik ayat selepasnya. Dikatakan "latifah" sebab..kira.."BERHENTI LEMBUT" gitu



Harap jawaban Uncle ni betui..



Tambahan : Uncle nak tanya soalan....


Salah satu tempat saktah adalah kat hujung ayat 1 Surah Al Kahfi .

Uncle tengok bacaan Syekh Mahmood Khalil al husyari  , Syekh Mishary al afasy misalnya, mereka baca tanpa bacaan saktah.

Maksud Uncle, mereka berhenti ayat 1 dan kemudian sambung ayat 2.

Jadi ..adakah dalam keadaan ini...bila saktah berlaku pada penghujung ayat (atau awal ayat)...bacaaan yg betul adalah dgn berhenti 2 harakat tanpa tarik nafas, atau kita berhenti dan sambung dgn ayat 2 dgn nafas yg lain? atau, mana satu yg lebih baik?


TQ..


Bacaan Syekh Khalil Al Husyairi





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2014 12:21 PM | Show all posts
Sebagai tambahan...Uncle suka dengar bacaan Saktah Syeh Misyary al Afasy dalam video ni..

rujuk minit 2:25    (ayat 27 Surah Al Qiyyamah  )..hebat..tengah jawab tinggi tu...brek lembut cantik...  tak pakai brek angin (nafas) ..hheheeh  

(betul kan Tuan   )



Comments

Qari favourite saya.... Mishari Rashid Al-'Afaasy  Post time 9-7-2014 04:47 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2014 04:44 PM | Show all posts
burungantu posted on 9-7-2014 12:10 PM
Tanda "sin" pada Resm Uthmani ...tu..tanda SAKTAH .

Alhamdulilah... terima kasih atas jawapan dan penjelasan uncle.

Tambahan : Uncle nak tanya soalan....


Salah satu tempat saktah adalah kat hujung ayat 1 Surah Al Kahfi .

Uncle tengok bacaan Syekh Mahmood Khalil al husyari  , Syekh Mishary al afasy misalnya, mereka baca tanpa bacaan saktah.

Maksud Uncle, mereka berhenti ayat 1 dan kemudian sambung ayat 2.

Jadi ..adakah dalam keadaan ini...bila saktah berlaku pada penghujung ayat (atau awal ayat)...bacaaan yg betul adalah dgn berhenti 2 harakat tanpa tarik nafas, atau kita berhenti dan sambung dgn ayat 2 dgn nafas yg lain? atau, mana satu yg lebih baik?

Setahu saya, untuk Surah Al-Kahfi ayat pertama, boleh berhenti macam biasa pada hujung. Hukum saktah tu timbul jika nak sambung ayat pertama dengan ayat kedua.

Maklumat tambahan pasal saktah (dalam Bahasa Inggeris):
http://www.abouttajweed.com/the-qalqalah-as-sakt-and-al-ikhtilaas/the-sakt.html

Mari kita lihat ayat yang satu lagi dari soalan saya, ayat 69 Surah Al-A'raf:
أَوَعَجِبۡتُمۡ أَن جَآءَكُمۡ ذِڪۡرٌ۬ مِّن رَّبِّكُمۡ عَلَىٰ رَجُلٍ۬ مِّنكُمۡ لِيُنذِرَڪُمۡ‌ۚ وَٱذۡڪُرُوٓاْ إِذۡ جَعَلَكُمۡ خُلَفَآءَ مِنۢ بَعۡدِ قَوۡمِ نُوحٍ۬ وَزَادَكُمۡ فِى ٱلۡخَلۡقِ بَصۜۡطَةً۬‌ۖ فَٱذۡڪُرُوٓاْ ءَالَآءَ ٱللَّهِ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Adakah huruf sin kecil (س) pada kalimah yang digariskan itu juga saktah? Bagaimana bacaannya?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 02:11 AM | Show all posts
mnm77 posted on 9-7-2014 04:44 PM
Alhamdulilah... terima kasih atas jawapan dan penjelasan uncle.

Alhamdullillah

nampaknya anak murid tua nak cuba jawab juga...

Mari kita lihat ayat yang satu lagi dari soalan saya, ayat 69 Surah Al-A'raf:
أَوَعَجِبۡتُمۡ أَن جَآءَكُمۡ ذِڪۡرٌ۬ مِّن رَّبِّكُمۡ عَلَىٰ رَجُلٍ۬ مِّنكُمۡ لِيُنذِرَڪُمۡ‌ۚ وَٱذۡڪُرُوٓاْ إِذۡ جَعَلَكُمۡ خُلَفَآءَ مِنۢ بَعۡدِ قَوۡمِ نُوحٍ۬ وَزَادَكُمۡ فِى ٱلۡخَلۡقِ بَصۜۡطَةً۬‌ۖ فَٱذۡڪُرُوٓاْ ءَالَآءَ ٱللَّهِ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Adakah huruf sin kecil (س) pada kalimah yang digariskan itu juga saktah? Bagaimana bacaannya?


tunggu2 tak ada yg jawab...



sin kecik yg ni....bukan tanda saktah , tapi ini ..kita ibdal huruf "sod" tu kepada huruf "sin"

Maksudnya...walaupun hurufnya huruf "sod", tapi bunyi bacaannya adalah bunyi "sin" (seolah olah huruf sod tu dipadam & digantikan dgn huruf sin )



Ada 2 tempat dalam Al Quraan yg berlakunya Ibdal begini...iaitu satu lagi pada ayat 245 Surah Al Baqarah.


Uncle nak tanya...
Maksudnya Tuan.....adakah maksud ayat akan berubah kalau kita membaca kalimat ini dgn tanpa ibdal? (kesalahan besar? )
& kenapakah dalam penulisan Al Quraan, tidak terus sja ditulis dgn "sin" ?

Terima kasih...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 09:42 AM | Show all posts
burungantu posted on 10-7-2014 02:11 AM
Uncle nak tanya...
Maksudnya Tuan.....adakah maksud ayat akan berubah kalau kita membaca kalimat ini dgn tanpa ibdal? (kesalahan besar? )
& kenapakah dalam penulisan Al Quraan, tidak terus sja ditulis dgn "sin" ?

Terima kasih...

Berkenaan dengan huruf س kecil samada atas atau di bawah huruf ص, itu bukan tanda saktah. Terima kasih uncle atas penjelasan yang diberi.

Untuk soalan uncle pula, setakat yang saya tahu tiada kesalahan bila baca samada dengan makhraf huruf Sod (ص) mahupun makhraj huruf Seen (س). Secara tulisan huruf sebenar ialah ص namun dari segi bacaan boleh dibacakan dengan makhraj huruf س, sebab tu diletakkan huruf س kecil atas/bawah huruf ص

Al-A'raf, 69: فِى ٱلۡخَلۡقِ بَصۜۡطَةً۬‌ۖ
Al-Baqarah, 245: وَيَبۡصُۜطُ وَإِلَيۡهِ
At-Tur, 37: أَمۡ هُمُ ٱلۡمُصَۣيۡطِرُونَ

Kita dapat lihat pada Surah Al-A'raf ayat 69 dan Al-Baqarah ayat 245, huruf ص yang merupakan huruf berat bertemu dengan huruf ط yang juga berat, riwayat dari Imam 'Asim memberi bacaan  dengan makhraj س pada kedua-dua contoh ayat tersebut.

Pada Surah At-Tur ayat 37, huruf ص bertemu huruf ى (huruf ringan) sebelum bertemu dengan huruf berat ط, boleh dibacakan dengan mana-mana makhraj huruf س atau huruf ص, pada huruf ص tersebut.

Perhatikan pula Surah Al-Ghaashiyah ayat 22, juga menunjukkan huruf ص bertemu huruf ى sebelum bertemu dengan huruf ط dalam satu kalimah:
لَّسۡتَ عَلَيۡهِم بِمُصَيۡطِرٍ

Mengikut riwayat Imam 'Asim, bacaannya sama seperti dalam mushaf, iaitu dibaca dengan makhraj huruf asal ص.

WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 10-7-2014 10:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 10:07 PM | Show all posts
Assalamualaikum....


nice thread tt...
nak tanya,ada tips pasal teknik pernafasan masa mengaji tak...huhu sbb bila mengaji voice jadi low pitch..so macam affect the way I breathe sikit..jadi semput semput like that... Last edited by Elle_mujigae on 15-8-2014 10:08 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 12:58 AM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 15-8-2014 10:07 PM
Assalamualaikum....

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Pasti Tuan mnm77 kita ada petua baiiikkk punya tentang nafas ni..


Uncle dulu, Guru mengaji uncle ajar ..kalau nak nafas panjang, cuba selalu buat "latihan nafas"

Caranya, masa mandi misalnya, kemam air penuh mulut & cuba tahan seberapa lama yg boleh.

Cuma buat selalu & buat seberapa lama....praktis...


Entahlah nafas uncle panjang ke idak..hehee..tapi baru ni, kami sekeluarga mandi di sungai air terjun "sungai Sedim" yg ada canopy walk tinggi tu (best).- lama dah Uncle tak bawak  anak2 mandi sungai..sebab risaukan "kencing tikus"....& kami lawan siapa boleh menyelam/tahan nafas paling lama dlm air....& Uncle menang bagi semua pusingan..haha



boleh le cuba try test...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae posted on 15-8-2014 10:07 PM
Assalamualaikum....



Ini sekadar pengalaman.

1) Bangun awal pagi dan tarik nafas dlm2 dan lepas pelan2
2) Buka titik urat (akupuntur) pada lengan jika nafas pendek disebabkan oleh perasaan gabra
3) Pastikan makan jgn terlampau byk sehingga tiada ruang udara
4) Jika suara dlm, praktis semula sebutan huruf Alif hingga Ya pada not selamber
5) Selamber aje ketika membaca. Jgn terdesak ketika membaca Alquran. Berlapang dada
6) Jika bangun dan sebelum tidur, minumlah paling kurang 1/2 cawan air suam
7) Yg paling utama antara semua di atas, minta kpd Allah.

Selalunya suara dlm ketika bacaan bermula ketika kita memulakan bacaan basmallah. Bacalah dlm keadaan relex dan tidak perlu tekan. Sebaliknya buat2 biasa aje. Jika awal bacaan basmallah sederhana, maka bacaan yg lain turut memberi efek ayat yg mahu dibaca.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:10 AM | Show all posts
burungantu posted on 16-8-2014 12:58 AM
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Pasti Tuan mnm77 kita ada petua baiiikkk punya tent ...

Thank you for the tips Uncle...rasanya guru kita pun pernah nasihat sebegini dulu..tapi tu la tak prektis...hehe..>.< kena start balik... air air ni i panik sikit..

kira nafas Uncle tu panjang la kalau dah menang semua game hari tu..tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:14 AM | Show all posts
Abangcute posted on 16-8-2014 03:13 AM
Ini sekadar pengalaman.

1) Bangun awal pagi dan tarik nafas dlm2 dan lepas pelan2

Terima kasih for the tips...nasihat nombor tiga tu buat I gelak je..hehe terasa...

Bacalah dlm keadaan relex dan tidak perlu tekan.
baik...mmg selalu bila baca depan Ustazah mesti stress sikit...>.<

7) Yg paling utama antara semua di atas, minta kpd Allah.


Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae posted on 20-8-2014 11:14 AM
Terima kasih for the tips...nasihat nombor tiga tu buat I gelak je..hehe terasa...

baik...mmg s ...

Insya'allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepada yg ada masaalah penglihatan ketika membaca Alquran, ini tipnya :

1. Cari Alquran yg tulisan besar sket
2. Minum air yg bertapis
3. Sentiasa melihat daun hijau pada waktu fajar 5-15 minit. Mulai Basmallah dan akhiri Alhamdullillah
4. Ketika solah tahajjud, keluar rumah utk melihat awan yg bergerak dan juga bintang. Mulailah dgn Basmallah dan akhiri Alhamdullillah.

Apa yg dipandang itu cumalah ciptaan Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2015 10:09 AM | Show all posts
burungantu replied at 16-8-2014 12:58 AM
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Pasti Tuan mnm77 kita ada petua baiiikkk punya tent ...

Salam Ramadhan Al-Mubarak...

Lama tak jengah thread ni, ada persoalan yang lepas yang saya pun dah 'terlepas'...

Ada lagi perkongsian atau pertanyaan?

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 10:41 PM | Show all posts
Edited by Elle_mujigae at 17-4-2016 10:45 PM
hari ni kita baca buku karangan Ustadz Hj Mohammad Asraff Ayob.. tentang persoalan-persoalan berkaitan hukum tajwid...

Ada satu soalan tu sangat menarik..

Soalan :

Ustaz, maksud syamsiyah dan qomariah dalam hukum Alif-Lam adalah matahari dan bulan. Soalnya, mengapa ia dinamakan begitu  sedangkan bulan & matahari tiada kena mengena dengan perbincangan hukum ini?

so cute rite the question..


Jawapan :

Ustadz Asraff Ayob jawab dgn mula2 beri penerangan tentang hukum bacaan Alif-Lam Syamsiah dan Qomariah ...

pastu beliau terangkan tentang mengapa ia dinamakan sempena matahari (Syamsiyah) dan bulan (Qomariah). Beliau kata sebenarnya Syamsiah dan Qomariah  hanyalah analogi. Menurut Syeikh Mahmud Ali Bassah dalam kitabnya Al-Amid fi Ilm Tajwid & tuan guru Al-Quran beliau di Mesir iaitu Syeikh Hassan Rajab, analogi itu bermaksud;

Qomariyah (bulan) : Huruf Lam diumpamakan seperti bintang sementara 14 hurufnya  seperti bulan. Ketika malam, cahaya bulan tetap lebih jelas (seperti jelasnya huruf Lam ketika dibunyikan) ..cahaya bintang turut sama bersinar.

Syamsiyah (matahari) : Huruf Lam dianalogikan seperti bintang sementara 14 huruf Syamsiyah seperti matahari. Ketika siang, cahaya bintang (Lam) akan tenggelam dengan kehadiran cahaya matahari. (sama seperti bunyi Lam akan hilang apabila diidghamkan dalam bunyi 14 hurufnya) ...


lepas baca, I was like wow...so impress..tak sangka pula ada penerangan disebaliknya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 08:02 AM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 17-4-2016 10:41 PM
Edited by Elle_mujigae at 17-4-2016 10:45 PM
hari ni kita baca buku karangan Ustadz Hj Mohammad As ...

Salam....

Pada saya, ada lagi penjelasan yang nampak lebih menarik.... yang boleh menjadikan kita tahu yang mana satu Alif Lam Qamariah, dan yang mana satu Alif Lam Syamsiah bila kita tahu cara sebutan yang betul melalui makhraj huruf...

Alif Lam Qamariah (Alif Lam Bulan), kalau kita sebut khas untuk perkataan 'bulan', dalam Bahasa Arabnya kalimah 'Al-Qamar', bunyi 'lam' (lam mati) dalam 'Al' pada Alif Lam itu jelas. Contoh dalam surah Al-Fatihah, Al-hamd... 'lam mati' bunyi jelas di situ.

Alif Lam Syamsiah (Alif Lam Matahari) pula, kalau kita sebut khas untuk perkataan 'matahari', dalam Bahasa Arabnya kalimah 'Al-Syams' tetapi secara bunyinya 'Asy-Syams', yang mana Lam dalam 'Al' tidak bunyi, tapi terus masuk dalam huruf Syin. Contoh dalam surah Al-Fatihah, Ar-Rahman, yang asalnya Al-Rahman, lam mati tak bunyi jelas, tapi terus masuk dalam huruf ra... ini contoh Alif Lam Syamsiah...

Secara praktiknya, huruf yang makhrajnya hampir dengan huruf Lam, maka Alif Lam akan jadi Alif Lam Syamsiah. Huruf yang makhrajnya jauh dari huruf Lam, maka Alif Lam akan jadi Alif Lam Qamariah....

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.129260 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list