|
[Tempatan]
banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2
[Copy link]
|
|
MissMamamia75 posted on 6-12-2013 11:48 AM
mekasih for update yg tip top @miawpink
rumah abg ipar - 100% brg dlm rumah rosak
semoga abg n adik ipar tabah hadapi dugaan
|
|
|
|
|
|
|
|
Jalan dari Terengganu ke KL melalui Kemaman (Jalan Chendor-Cherating) masih lagi ditutup.. Sesiapa yang berhajat untuk ke KL hari ni boleh menggunakan Jalan Jabor untuk ke KL, tetapi kena masuk melalui Jalan Santong, Paka...
Harap Maklum...
Sumber dari : IPK KT |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa ditarik pusaran air
KUANTAN - “Tiada sikap pelik yang ditunjukkan mangsa sebelum kejadian melainkan meminta agar bot fiber dihantar kepadanya dengan segera.
Demikian luahan saksi kejadian, Abd Jamal Affandi, 38, sebelum kejadian bot fiber ditarik pusaran air sehingga hanyut dibawa arus yang menimpa abang sepupunya, Jamali Ali, 44 bersama anaknya, Megat Mohd Nazli, 17, kira-kira jam 7.40 malam, kelmarin.
Menurutnya, mangsa meminta sepupu dan abang sulungnya yang berada di Pekan untuk menghantar bot sebagai bantuan kepadanya untuk mengangkut keluarganya di Perkampungan Sungai Isap Jaya, di sini.
“Selepas menerima bantuan dia bersama anaknya menghantar saudaranya ke jalan raya utama dan ingin terus menggunakan bot fiber untuk kembali ke rumah membantu ahli keluarga lain yang masih terperangkap.
“Sungguh tidak sangka saat mereka berpatah balik, bot fiber tersebut terlanggar ombak bot fiber lain yang berselisih dengan mereka dan sedikit hanyut ke tengah.
“Malangnya tanpa diduga dalam masa yang sama enjin bot tersebut tiba-tiba mati dan anaknya tidak pandai mendayung lantas terpusing ke dalam putaran air lalu tenggelam dan dibawa arus tali air,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tambahnya, sehingga kini (semalam) sudah hampir 24 jam mangsa masih belum ditemui dan kerja-kerja mencari dan menyelamat masih teruskan pasukan penyelamat.
“Anak mangsa yang terlibat merupakan anak kedua dan baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia masih belum ditemui.
“Waktu kejadian ada terdengar suara anaknya menjerit meminta tolong tetapi hilang begitu sahaja dibawa arus deras, lebih-lebih lagi keadaan yang semakin gelap menyukarkan kami,” katanya.
sinar harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dungun : hujan lebat sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Sape2 hok bermuroh ati nk derme barang2 keperluan utk mangsa2 banjir di kemaman,buleh la mri kt pantai Batu Buruk...pakat2 tlg sikit sorang...mknn ke,pakaian ke...ramai lg memerlukan...sekiang....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keadaan banjir di Johor makin pulih
MUTAKHIR
Keadaan banjir di Johor makin pulih
2013/12/06 - 10:35:06 AM Cetak Emel Kawan
Johor Bahru: Keadaan banjir di Johor semakin pulih apabila hanya 1,825 mangsa dari 468 keluarga masih ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara di negeri ini.
Sehingga jam 10 pagi ini, Mersing yang sebelum ini menjadi daerah paling terjejas di negeri ini menunjukkan penurunan ketara apabila hanya 194 mangsa yang masih berlindung di satu pusat pemindahan banjir.
Selain itu, keadaan banjir di Segamat mencatatkan 425 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir, diikuti Batu Pahat (472 mangsa), Pontian (353 mangsa), Kota Tinggi (218 mangsa) dan Ledang (lapan mangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
Harga ikan naik mendadak
KUALA TERENGGANU – Harga ikan baik mendadak sejak beberapa hari lalu apabila banjir semakin teruk melanda negeri ini.
Tinjauan Sinar Harian di Pasar Chabang Tiga, semalam mendapati, harga ikan meningkat RM2 hingga RM4 sekilogram apabila bekalan sumber protein dari laut itu semakin berkurangan setelah tidak ramai nelayan yang turun dalam cuaca buruk begini.
Walaupun begitu, peniaga di sini tidak sama sekali menjual ikan kotak, iaitu yang disejukbekukan kerana mengutamakan ikan segar untuk dijual.
Seorang peniaga, Harun Abdullah, 58 berkata, harga ikan meningkat bermula minggu ini disebabkan keadaan cuaca yang semakin buruk.
“Harga ikan kembung naik RM15 sekilogram berbanding tiga hari lalu, hanya RM12, ikan aya RM9 kepada RM12, selayang RM8 kepada RM10. Tetapi kami masih menjual ikan segar.
“Walaupun harganya naik, pembeli masih memilih untuk membeli ikan segar berbanding ikan kotak," katanya.
Seorang lagi peniaga, Adam Bakar, 46 berkata, harga ikan tidak menentu sejak beberapa minggu belakangan ini disebabkan keadaan cuaca.
“Tiba sahaja musim tengkujuh akan berlaku kenaikan harga. Keadaan sukar dijangka, bila-bila masa juga ia (harga) boleh turun," katanya.
Namun kata Adam, bekalan ikan masih mencukupi untuk menampung permintaan pembeli.
sinar harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Permintaan ubi kayu meningkat
KUALA DUNGUN – Kedatangan musim tengkujuh menyebabkan permintaan terhadap produk pertanian ubi kayu meningkat secara mendadak.
Penjual ubi kayu di Pasar Dungun, Lijah Mamat, 58, berkata, permintaan produk pertanian itu meningkat secara mendadak selepas hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
Katanya, harga ubi kayu yang dijual bergantung kepada saiz serta bekalan yang diperoleh.
“Pada musim hujan, penduduk akan datang ke sini untuk mendapatkan ubi kayu yang diperlukan sama ada untuk dimakan atau dijadikan resipi kuih jualan.
“Setakat ini harganya masih terkawal, cuma wujud sedikit persaingan kerana ramai yang menjual ubi pada musim hujan,” katanya.
sinar harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
FB KUANTAN
Latest update Jumaat 06/12/13
Jalan 2 hala KUANTAN-SEGAMAT still belum boleh lalu. Pihak JKR sedang membina jambatan sementara berhampiran jalan ke Chini atas ckit dari Muadzam Shah jika dari Selatan. Dijangka siap hari Ahad ni |
|
|
|
|
|
|
|
Muhammad Sani
Salam kuantan : kami akan bergotong royong utk masak dan bikin roti manis dibantu oleh Chef Mazmi Majid .. Mohon ada pembikin roti utk supply tepung roti / high protein flour , yis and bread softener dan kita akan goreng meehoon secara gotong royong.. Yang mana mahu membantu boley sms / pm saya di fb atau tipon 0139435888 .. Smua yang dah siap dimasak akan disalurkan kepada mangsa banjir Terima kasih. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 6-12-2013 11:49 AM
semoga abg n adik ipar tabah hadapi dugaan
Mekasih @miawpink
tgk gambar2 kat Pekan yg miaw tepek tu..
buat sy rasa nak terbang balik kampung jer - rindu nak main air banjir...hehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
Terpaksa bercuti di pusat banjir
Juliana (kanan) terpaksa menangguhkan niatnya untuk pulang ke Johor selepas terpaksa berpindah ke pusat pemindahan ekoran air naik di rumah ibubapanya dekat Taman Rakyat.
KAMPUNG PAYA – Kegembiraan seorang anak untuk bercuti di rumah ibu bapa bertukar duka apabila terpaksa tinggal sementara di pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air.
Pengalaman pahit itu dikongsi Juliawati Mohd Nor, 36, yang kini menjadikan Pusat Sukan di Balai Besar sebagai lokasi penginapan sementara selepas rumah ibu bapa mereka ditenggelami air.
Juliana yang tinggal di Johor Bharu berkata, dia pulang ke kampung sejak dua hari lalu, namun sebaik tiba di rumah ibunya dekat sini, paras air di halaman rumah naik mendadak sehingga memaksa mereka sekeluarga berpindah ke lokasi yang diarahkan pihak berkuasa.
“Nak buat macam mana, saya terpaksa menghabiskan masa cuti di sini, walaupun tidak selesa namun kami tiada pilihan demi keselamatan.
“Nak pulang semula ke rumah di Johor pun pasti tersekat di tengah jalan kerana banjir,” katanya.
Menurut Juliana, pengalaman pertama bermalam di pusat pemindahan merupakan satu pengalaman yang amat berharga buatnya, apatah lagi dia terpaksa menghadapi situasi itu dalam serba kekurangan kerana tidak membuat apa-apa persediaan.
Bagaimanapun dia berpuas hati dengan layanan diberikan cuma berharap pihak pengurusan dapat meningkatkan lagi keperluan logistik kepada mangsa banjir, terutama dari segi bekalan makanan dan keperluan asas lain seperti selimut dan bantal.
sinar harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagus mak cik... brilliant!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Johor tinjau mangsa banjir Segamat
SEGAMAT - Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan di sekitar daerah ini.
Sultan Ibrahim tiba di pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Pogoh 2, kira-kira pukul 3.40 petang dan beramah mesra serta bertanyakan tahap kesihatan kesemua mangsa.
Keberangkatan baginda yang turut menyampaikan bantuan barangan keperluan dan wang tunai menceriakan 26 keluarga yang berada di pusat pemindahan terbabit sejak empat hari lepas.
Baginda kemudian melawat dan menyampaikan bantuan yang sama kepada mangsa banjir di pusat pemindahan balai raya Kampung Paya Dalam dan balai raya Kampung Batu Badak.
Penghulu Mukim Pogoh Hamzah Abu Bakar ketika ditemui berkata 135 mangsa banjir dari Kampung Pogoh 2 masih ditempatkan di pusat pemindahan itu yang melibatkan 56 lelaki, 46 wanita, 32 kanak-kanak serta seorang bayi.
Beliau berkata kampung berkenaan kerap dilanda banjir, bagaimanapun, keadaan banjir ketika ini beransur pulih.
Sementara itu, seorang penerima bantuan, Azizah Mat Tap, 63, berkata keprihatinan Sultan Johor melawat rakyat yang berdepan dengan musibah membuatkannya berasa terharu.
"Saya amat gembira dengan kunjungan Sultan Ibrahim yang sekurang-kurangnya mengubat sedih dan susah hati kami," katanya yang berharap banjir cepat pulih sepenuhnya dalam masa terdekat. - Bernama
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pembersihan bermula bagi tpt yg dh surut. Gambar dirakam di Kg. Alor Ladang. Kerja2 dibantu oleh kakitangan MPK dan AFSB. Terima kasih.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hujan lebat kembali di tmn bkt pelindung beserah..adakah ini gelombang ke 2 yg di katakan? 11:55am 06.12
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|