Khalid saran NS beri air percuma kepada rakyat
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan Kerajaan Negeri Sembilan mencontohi corak pentadbiran Kerajaan Selangor dengan memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat. Bercakap kepada pemberita di Telok Kemang semalam Abdul Khalid menegaskan, Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menerima tawaran penjualan air seperti yang ditawarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan (gambar).Abdul Khalid menyifatkan, tawaran Mohamad sebagai kawan yang baik dan mesra ketika Selangor berhadapan krisis air. “Memandangkan kita tidak mahu membeli air yang ditawarkan, saya cadangkan agar beliau memberi air secara percuma kepada rakyat negeri Sembilan.
http://bm.harakahdaily.net/ |