|
Rasa tak selesa dengan hubungan suami isteri.
[Copy link]
|
|
Mariah91 posted on 24-4-2014 09:44 PM
Thank you. You analyze every single word of mine Terima kasih sebab bagi pendapat.
Sama-sama... Pada pandangan saya, ia bukan masalah ego. Cuma you takut. Macam you cakap, kalau you beri sepenuh kasih sayang yang ada, you takut akan dikecewakan. And that is not your fault.For someone who sees the betrayal of love happened right infront of her eyes (your father left your mother..just like that, your brother too,left you and your mom, behind).. it is understandable for your heart to be this well-guarded. Guarded from being loved and to love. Tambah tambah lagi kes itu berlaku masa zaman you remaja; zaman di mana kita sedang membentuk persepsi tentang cinta.. Eventually we become someone who, think too much,but feels too little..
bila kita think too much,itulah boleh ada idea yg perkahwinan ini telah menyebabkan impian you dari segi kerjaya terbatas. Sebenarnya tak,itu hanya escapism saja. trying to rationalize your decision to separate. you tulis husband you ada tolong buat assignment semua kan ..from there can see he is supporting you.
Seperti yang dicadangkan oleh forumer yang lain, sesi luahan perasaan perlu ada di antara you and your beloved husband. And this time tell him what you need.Untuk orang yang macam kita ni, all we need is..time. Time to sorted out our perspective,our feeling,our thinking...sebab tu mula2 I tanya you ada berjauhan dengan husband tak..sebab proses ini lebih mudah bila berjauhan..sebab bila berjauhan tu rasa kehilangan tu akan ada..we will tend to feel more and somehow you can just think clearly...
Hati kita ni Allah yang pegang...Mariah berterusan lah berdoa masa solat supaya dilembutkan hati...begitu juga hati suami..doa yang baik2 untuk rumahtangga kita..Please..don;t give up before trying your very best..your veryyy best.
Last edited by Elle_mujigae on 24-4-2014 11:53 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Elle_mujigae posted on 24-4-2014 11:11 PM
Sama-sama... Pada pandangan saya, ia bukan masalah ego. Cuma you takut. Macam you cak ...
Me, remind you of yourself? So, you gegirl lah nie? I see. You manage to give me advice. Thus, I believe you can handle this way better than I do. It's good to finally to be able to talk to someone who actually has been in the same shoe. At least, you could see things out of the box because you've once been there. I really hope that you're strong enough, honey. Women sometimes, we are just too vulnerable to deal with things. I do hope that you would meet someone who could appreciate you and live a happy life. And yes, thanks for reminding upon how supportive my husband is. Yes, he is. Though he's exhausted, still he has time to entertain my assignments though he has no interest at laws at all. Thanks again.
p/s: I always love your flower, tp I tak reti nak balas balik~
|
|
|
|
|
|
|
|
bungapeony posted on 24-4-2014 10:06 PM
babe....the pattern of terlalu memberi from your mother ada in you. Ini biasa terjadi. We counselo ...
Memang I kuat memberi. Sebab itulah I takut sangat. I actually tak kisah pun jadi suri rumah. Tapi, takut kalau tak bekerja, apa-apa jadi, nanti susah. Itu sahaja.
Anyway, terima kasih sebab bagi nasihat and I'll ACT on it. Insha-Allah, since everyone seems to not to agree with me to split up, so I supposed, I tak patut ikut perasaan. I akui, kalau I berpisah pun, I tak rasa I nak cari pengganti, sebab rasanya macam tak akan jumpa.
|
|
|
|
|
|
|
|
nuryakmal posted on 24-4-2014 11:54 PM
Its your hormones
Supposedly
|
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki awak dah dapat suami yg baik, bila dapat awak layan endah x endah....bila dia dah xde jgn menyesal la, buang ego awak tu jauh2. Hargai org yg sayang awak |
|
|
|
|
|
|
|
rawahah posted on 23-4-2014 11:37 PM
teruskan egomu sehingga ke alam barzakh..
kan..TT patut bersyukur dpt suami mcm suami tt tu..org len punya cr hat mcm tu tp susah..igt mcm nila..berjaya kat dunia klau xde restu suami akhirnya gagal d akhirat..dunia hanya persinggahan..kejap je pun... |
|
|
|
|
|
|
|
sayang nye..some people nak sangat berkahwin, ade anak2.. but tt ade semua tu tp xnak hargai nye.. tt ckp tt sygkn en.suami tp tt xlayan en.suami dgn baik, klu mcm tu kenapa kawin dgn en.suami?? kesian kt en.suami.. stress smpai xboleh buat keje dgn betul.. klu lh semudah itu nk melafazkan cerai..en.suami masih sygkn tt sbb tu die berat nk ceraikn tt.. die cube nk fahami tt but tt xbg die peluang.. sy lebih kasihan kn en.suami.. fikirlh masak2, klu perlu pergilah jumpa kaunselor.. sy rase dr segi emosi, emosi tt xstabil... just my 2cents |
|
|
|
|
|
|
|
As Salam....Alhamdulillah TT tak jadi nak bercerai....
Baca citer2 TT....harap2 TT bersyukur kepada Allah kerana memberi seorg suami yg amat2 menyayangi TT....sanggup lakukan byk mende utk TT....hargai dan sayangi la dia TT....cuma dia masih manusia biasa..dia seorg somi dan manusia biasa yg mengharapkan sesuatu dari seorg isteri yg amat dicintainya....
korang luahkan la rasa hati masing2....lepas dgr luahan masing2 tuh...jgn amik hati..amik pelajaran...cari point yg mana boleh tolak ansur....InsyaAllah dgn sabar dan doa....dua2 akan memahami satu sama lain dan saling bahagia membahagiakan...
pendapat aku...masalah utama kat sini.....somi TT minta sesuatu yg amat sukar utk TT tunaikan...pada somi mende tu mudah sgt...tp pada TT amat2 la sukar.....harap2 TT dpt kenal pasti root cause ni dan minta somi bertolak ansur....InsyaAllah lepas TT justify mende tu susah dan amat sukar utk TT...somi akan lebih memahami... dan akan lebih membahagiakan TT...dan TT pun...usaha la..utk memenuhi permintaan somi tu....sikit2 insyaAllah berjaya....
kalau aku salah...harap2 TT maafkan .....apa2 pun aku doakan korang somi isteri akan kekal dan bahagia didunia dan akhirat....dukurniakan anak2 yg beriman, comel dan bijak....ammeeennn.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Isteri kena tahu letak duduknya seorang suami dan dia kena tahu letak duduknya sebagai isteri...
Ramai wanita yang bekerjaya bagus bagus, bergaji besar tapi masih mampu melayan suami dgn baik....
Benar, dalam rumah tangga kita tidak boleh memberi 100% kepada suami tapi itu bukan bermakna kita boleh biadap, kurang ajar dan ego dgn suami... Tak perlu la nak tunjuk yang kita nih kononnya
tak kisah pun kalau dia tak de.... Tp cukup lah itu dalam hati...
Bersyukur lah saudari kerana di kurniakan suami yg cukup baik dan penyabar... Berapa ramai perempuan yang hidup derita kerana suami dan tak bersuami?
Jangan sampai suami kita pergi tinggalkan kita barulah kita nak insaf....
Ingatlah saudari, islam tak ajar kita untuk ego tinggi dan menafikan hak hak suami dan islam juga tak ajar kita untuk menjadi hamba suami.... Duduk lah dipertengahan....
Saya sebagai wanita pun rasa sedikit marah dgn sikap saudari nih.... Minta maaf lah... Perceraian bukan jalannya jika suami tak nak... Lagipun nak bercerai sebab tak nak terus berdosa... Sungguh tak masuk akal... Melainkan jika suami saudari punya akhlak yang teruk
Sepatutnya saudari cuba berubah menjadi lebih baik... Sebab, rumah tangga merupakan salah satu medan tarbiyyah insan...
Tambah tambah saudari sedang hamil... Berubah la saudari, turunkan ego... Tekan nafsu....
Kita kena tahu dan faham letak duduknya seorang suami... Bukan sampai menjadi hamba suami...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
akula203 posted on 25-4-2014 02:56 PM
As Salam....Alhamdulillah TT tak jadi nak bercerai....
Baca citer2 TT....harap2 TT bersyukur ke ...
Salam.
Definitely, ada sesetengah perkara, yang melibtkan perasaan terutamanya, sangat sukar saya laksanakan senandainya diminta oleh suami. Kalau suami minta masak sesuatu, saya boleh tunaikan. Kalau tak tahu, boleh tanya org. Kalau tak memenuhi citarasa boleh belajar lagi. Tapi, bila melibatkan perasaan, kadang-kadang bila suami mula pun saya dah sejuk kaki tangan. Susah sangat. Mungkin terbawa-bawa dengan pengalaman kerja sebagai flight attendance lepas SPM dulu. Saya pernah berkali-kali 'diserang' oleh datin-datin dan puan-puan sri sebabnya, mereka selalu ingat saya ada berniat merampas suami mereka. Setiap kali saya diamuk, saya memang tak lawan, sebabnya saya kesian. Maafkan saya seadainya anda seorang saudara, tetapi, ramai datuk-datuk di luar sana yang suka umpan perempuan seperti saya dengan kebendaan. kita tolak cara elok-elok, biasanya esok dia hantar pula saguhati yang lebih mahal. Mentang-mentanglah mampu. Saya kesian wanita-wanita yang bersuamikan lelaki seperti itu. Terdetik di hati "agaknya, beginilah sikap abah".
Biasanya, malahan terbukti melalui respon dari majoriti 'forumer' di sini, masyarakat akan menyalahkan saya. tapi, tidak saudari/a. Sebelum membuat kesimpulan, saudari/a cuba mendalami punca yang menyebabkan masalah ini timbul. Untuk itu, terima kasih banyak2. seandainya anda seorang saudara, beruntung org tua saudara memiliki anak seperti saudara. Dan sekiranya saudara sudah berkahwin, sangat bertuah isteri saudara, sekiranya saudara sudah memili anak, saudara pasti seorang ayah yang memahami. Seandainya anda seorang saudari, teramat beruntung orang tua saudari kerana memiliki seorang anak yang baik budi bicaranya. Saya benar-benar kagum. Beruntung juga suami dan anak saudari kerana memiliki saudari yang saya kira menggunakan pendekatan yang lembut untuk menangani masalah.
terima kasih kerana doakan saya dan anak dalam kandungan. Saya sendiri gementar, kerana ini bukan pengalaman pertama saya melahirkan. Saya pernah melahirkan, tetapi, anak lelaki saya sebelum ini dapat melihat dunia hanya dalam masa 10 hari. Dan, sebelum ini, saya juga ada beberapa kali keguguran kerana kata doktor, saya terlalu stress.
Terima kasih sekali lagi Saya juga doakan agar urusan saudara/i dipermudahkan. Amin
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 25-4-2014 07:27 PM
Isteri kena tahu letak duduknya seorang suami dan dia kena tahu letak duduknya sebagai isteri...
...
Saya tahu, memang ada yang akan marah. Terima kasih atas peringatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rela lg layan seks suami Dr buat keje UMAH hahah.. Bile laki aku dpt memuaskan nafsu... Jd kalau aku mls nk masak etc die OK je..jnji anu die kenyang. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT,
Maaf la kalo apa yg aku nk ckap ni buat ko terasa or kasar bahasanya..aku rasa sedikit sbnyak ko ni masih trauma dgn apa yang terjadi kat ibu ko. Aku x salahkan perangai ko yang boleh dianggarkan sedikit ‘teruk’ sbb apa yang ko lalui dalam kehidupan mgkin menyebabkan ko jadi begini. Cuma aku nak cakap sket yang ego ko ni penyebab segala masalah timbul. Ko sendiri pun mengaku kan….since ko pn tahu ego ko yg menyebabkan masalah, jdi kenapa tidak ko settle kan saja ego ko 2…mksd aku guna lah pelbagai kaedah apa pn yang ko rasa sesuai untuk merendahkan sedikit ego ko..aku tahu ko pnya cita2 tinggi, org lain pn ramai yang kejar cita2 mereka tapi on the same time keluarga tidak terabai..
Ko kata ko x sesuai dengan perkahwinan..statement ko ni buat aku rasa ko sebenarnya masih x puas enjoy hidup sbagai remaja tanpa ada komitment lain selain study..betul tak apa yang aku ckap ni TT..maaf la kalo salah..hihihi…
Satu lagi, boleh x kalo sebelum buat apa2 keputusan TT fikir panjang2 sket..sbbnya drpd apa yang aku baca drpd smua post ko ni mcm ko buat keputusan terburu2 tanpa fikir kesan2 yang bakal berlaku..contoh la aku bagi..ko buat keputusan nak kahwin tapi ko sendiri x tahu dan x faham apa sebenarnya peranan dan tggjwb ko sbg isteri. Adakah masa ko buat keputusan tu ko fikir seronok tgk org lain kahwin jd ko pun nak kahwin jgk..?maafla kalo salah lagi..aku teka je ni…
Lepas 2 ko nak cerai pulak ngan laki kesayangan ko 2..mana ada isteri yang nak cerai ngan suami yang dah dikategorikan sbgai sempurna..?? bersyukurlah wahai TT. Allah dah bagi ko kesenangan dengan menganugerahkan ko seorang lelaki yang baik tapi ko pulak seakan2 akan tak nak terimanya. Barapa ramai yang wanita di luar sana yang tak bernasib baik mcm ko..contoh terdekat, arwah ibu ko..maaf la kalo contoh aku ni buat ko rasa sensitive..tapi tu la kebenarannya. Ko juga nikah disebabkan oleh ibu ko kan, aku rasa ibu ko stuju lelaki tu jadi suami ko sbb dia yakin yg lelaki tu xkan mensia-siakan ko sbgaimana yang terjadi pada dia..xkan la ibu ko nak ko plk rasa bgaimana sakitnya dan sengsaranya rasa ditinggal dan membesarkan anak sorg2..jadi aku rasa idea ko utk bercerai itu sangat tidak patut..
Lagi pun, katakanlah ko nak cerai juga, lepas ko deliver baby tu sape yang nak jaga ko msa pantang smua..?sapa yang nak urus bayi ko masa ko x boleh bergerak normal mcm org sihat..? sapa yang nak jaga mkn minum ko..? mcm mana nak besarkan baby ko 2..? nak ke baby ko 2 jd mcm ko, hidup dalam keluarga yang x sempurna. dan banyak lagi lah soalan2 lain…fikir ye TT, jgn igt nak selesa dgn kehidupan sekarang ko buat keputusan yang salah utk kehidupan ko masa akn datang pulak..
Masalah ko bukan dengan perkahwinan ko atau tgjwb ko sbgai isteri..ko bermasalah dengan diri ko sendiri sebenarnya..ko x mampu nak rendahkan ego ko, ko x mampu nak lawan perasaan ko..sbb 2 hidup ko jadi mcm ni. Andai kata ko masih belum berkahwin, aku berani ckap ko mgkin susah nak kahwin or mgkn juga jd andartu sbb ko fobia dgn lelaki dan perkahwinan. Sbb 2 ko memperjuangkan hak2 wanita sbb ko sendiri sedar betapa sakitnya jadi wanita yg dianiaya..tapi dalam kes ko ni, ko yang menganiaya suami ko sbb ko x mampu tangani ego ko 2..
Maaf lah sbb aku nak tnya sket..ko study ni sape yang tanggung..?kalo suami ko yang tanggung, maka perkataan cerai merupakan perkataan paling kejam yang keluar dari mulut ko sbb ko mmg x bersyukur dengan nikmat kesenangan hidup yang Allah dah bagi..kalo ko taggung sendiri, maka abaikan apa yang aku ckap ye…hihi..
Owh..satu lagi…kes abang ko tu..aku rasa ko patut jauhkan abg ko drpd trus ganggu ko n suami..sbb dah la suami ko stress ngan perangai ko, tambah lagi abg ko yang perangai mcm 2, lagi stress dibuatnya. X salah nak tolong adik beradik, tapi bila ko sendiri pn rasa terganggu dgn abg ko jd aku rasa kop on tahu apa yang perlu ko buat kan…
Pnjgnya aku taip…maaf la kalo apa yg aku tulis ni ko x suka ek…walau apa pun, sentiasa dekatkan diri dengan Allah…
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Good for you n for your husband
You get your freedom
N he gets his soul n life back
Cepat2 la gunakan kepakaran mu dalam undang2 untuk selesaikan kes perceraian
Dah bersalin n dah jatuh talak nanti
Tolong share your feelings ye |
|
|
|
|
|
|
|
poison_paradise posted on 26-4-2014 02:53 AM
Aku rela lg layan seks suami Dr buat keje UMAH hahah.. Bile laki aku dpt memuaskan nafsu... Jd kalau ...
Yup
Kenyangkan dulu bebirdnya
Itu lah rahsia dunia lelaki
Masa PMS j boleh fokus kat perutnya
Masa tu masak la macam2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tq momod mziskandar bagi aku tacang...
Aku nak tambah, tt, aku ada sorang kawan baik.... Dia nih lebih kurang kes ko la... Masa silam dia yang teruk... Ayah dia nih kaki pukul, kaki judi. Suka belasah mak dia separuh mati... Duit gaji abih berjudi... Dia n adik beradik dia pun kena belasah.. Setakat sepak terajanh, kena baham dgn batang penyapu tu biasa dah... Kepala dia kena hantuk kat dinding tu biasa dah...
Sumpah seranah, maki hamun tu jadi makanan dia sekeluarga... Penah depan mata dia ayah dia hantuk kepala mak dia di bucu dinding sampai pecah dan berdarah darah pastu pengsan... Penah ayah dia cekik mak dia sampai nak pengsan, penah ayah dia terbalikkan meja makan yg penuh dgn lauk... Dan banyak lagi la
Hidup dia sekeluarga memang menderita sampai la dia besar... Cuma syukur la dia dan adik beradik dia nih pandai dan dapat keja baik baik... Dari kecik dia x penah rasa happy dgn lelaki...
Dia trauma dan benci lelaki... Tp tu la lelaki suka sgt kejar kejar dia.... Akhirnya dia kawin tu pun di usia agak lewat.... Lepas kawin dia jadi mcm tt la.... Ego, degil, kadang kadang dia yg baran belasah
dan maki suami dia... Apa ayah dia buat dekat dia dulu, dia buat balik kat suami dia tp x de la seteruk ayah dia tu sbb dia pompuan kan...
Tp suami dia sabar sbb suami dia tau kisah silam dia dulu... Bertahun tahun suami dia sabar dan dia cuba berubah jadi lebih baik.... Banyak jugak cara dia nak berubah tu, antaranya pi belajar agama, jumpa kaunselor, berdoa dan berdoa.... Yg aku tau la
Skang alhamdulillah dia dah ok wp tak de berubah 100% tp dah reti hormat suami dia, dah tau turunkan ego dia.... Dah tau nak mengalah...
Oh ya suami dia pun selalu bawak dia pi belajar agama, jumpa ustazah... Kiranya dekatkan diri dia dgn agama la...
So tt, ko boleh berubah cuma kena amik masa je dan kena banyak dekatkan diri dgn ALLAH... Pi jumpa kaunselor...
Hope ko ok kembali... |
|
|
|
|
|
|
|
storyboard posted on 24-4-2014 02:30 AM
Aku tak faham tt.. just now u mentioned that u really..really...really.. love him. but on the other ...
aku pun sama tak faham
pelik betul
|
|
|
|
|
|
|
|
To tt..
I know ur feeling..it happen to me also in early marriage. I hanya make love dengan husband selepas 6 bulan kawin..sepanjang masa tu i bangga dapat buat dia merana atas faktor2 yang i rasa tak selamat dengan dia, he's nothing to me even though kami kawin pilihan sendiri.
Sebelum terlambat tt, buang ego..u already marriage and dia adalah orang pertama dalam dunia ni yang u should to give attention. Not ur siblings, father mother and friends..
tt, disebabkan fikiran i yang bercelaru masa tu, i dapatkan nasihat dari orang yg i percaya, my mother. dia cakap kita kawin ni benda yang tertulis sejak kita terbentuk dalam rahim ibu kita diusia 4 bulan. Jangan pertikaikan takdir dihadapan sebab nobody know the future. kita cuma boleh berdoa agar rumahtangga kita kekal hingga jannah. Yang penting semasa bersama dia give the best u have..sebab mungkin itu yang membawa kamu ke syurga. wanita ni mmg senang masuk syurga..but my mother also said, kalau rasa tak boleh let go everything is better than u kumpul dosa kat suami.
it up to you tt..kebahagiaan kita yang perlu cari..see your hubby..ada dia abaikan walau sedikit tanggungjawab dia pada tt dan keluarga dia?ada dia buat onar kat luar?ada dia abaikan tanggungjawab dia kat Allah?kalau takde..he is perfect husband..jangan lepaskan. sekarang nak cari suami yang bagus bukan senang..slowly accept him..semoga tt redho dengan kehidupan tt.. |
|
|
|
|
|
|
|
muhasabah diri
ada 3 benda tt kena buat untuk turunkan ego..
BERSYUKUR...IKHLAS..REDHA..
ingat iblis dulu sebab ego dia tak pernah bahagia sampai sekarang..let me story to u..
iblis adalah salah satu daripada malaikat. tingginya Allah letak pangkat dia..disebabkan ego dan rasa terancam kedudukan, maka dia engkar perintah Allah. dia hanya perlu tunduk pada adam yang dari tanah je..but that not the point sebenarnya. Allah murka sebab iblis engkar perintah, tidak redho dan bersyukur dan menggunakan ego yang sepatutnya hanya milik Allah..kesannya dia tak pernah bahagia sampai sekarang...iblis menyesal?iye dia pernah menyesal, pernah ingin hidup seperti dulu, diredhoi Allah..tapi once Allah minta iblis sujud pada kubur adam terus ego tu datang balik. then dia masih dalam keadaan tak bahagia sampai akhirat.
pikir tt..u nak besarkan ego u..atau pun pilih kebahagiaan.. hanya redha, ikhlas dan syukur dapat bantu u..
panjangnye aku taip..anggap lah daripada kakak yang sayangkan perkahwinan adik dia.. u got everyhing yang menjadi impian kebanyakan wanita diluar. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|