CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

[Contest] Cerpen: Aku, Ramadhan dan Syawal (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 9-7-2014 02:29 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 9-7-2014 02:12 PM

adeh....

@awanjingga       jangan ambik hati ya.. Last edited by Ipo on 10-7-2014 08:20 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 08:53 AM | Show all posts
Ipo posted on 9-7-2014 02:29 PM
adeh....

@awanjingga       jangan ambik hati ya..

nape nk ambik ati..

pc bisu jdi xleh dengor bideo tu.....

@Nicki_Meow ..tepek dialog ..xdengorrrrrrrr laaaaaaa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 09:07 AM | Show all posts
awanjingga posted on 10-7-2014 08:53 AM
nape nk ambik ati..

pc bisu jdi xleh dengor bideo tu.....

pasal kesinambungan citer ipo ni ha...setahun kemudian...
err..nak kena sambung ka?

bideo tu dlm loghat utara (skrip tukar)
dialog sazali tu marahkan bapak dia sebab tak tukar sarung kusyen..
dah nak raya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 09:15 AM | Show all posts
Ipo posted on 10-7-2014 09:07 AM
pasal kesinambungan citer ipo ni ha...setahun kemudian...
err..nak kena sambung ka?

ohhh..xde hal la pasl tu..

sambung la ..xpuas baca la ..... ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:19 AM | Show all posts
Ipo posted on 7-7-2014 04:46 PM
Emi pandang ibu Hazrul dengan wajah bingung. Dia menoleh pula ke arah seseorang yang dimaksudkan ole ...

Ipo... mcm pernah baca kat satu blog.. blog ipo ke tu???
anyway.. suka crite ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 09:27 AM | Show all posts
khaizarina posted on 15-7-2014 09:19 AM
Ipo... mcm pernah baca kat satu blog.. blog ipo ke tu???
anyway.. suka crite ni

ipo tak ada blog
tpi ipo ada tepek citer kat situ..nama lain..

terima kasih baca ya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2014 12:13 PM | Show all posts
sweet sangat citer ni
petang nanti nak pi usha pakwe mcm shafiq ke bazaar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2014 03:53 PM | Show all posts
mijot posted on 16-7-2014 12:13 PM
sweet sangat citer ni
petang nanti nak pi usha pakwe mcm shafiq ke bazaar

dah jumpa pakwe mcm Shafiq?

selamat berpuasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 04:33 PM | Show all posts
Ipo posted on 9-7-2014 02:02 PM
tergantung ek?

conan pun ckp cam tu...

Sambung lerrrr

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 05:38 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 24-7-2014 04:33 PM
Sambung lerrrr

nak kena sambung ke?

tak dak idea lagi..

jap fikir fikir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 06:24 PM | Show all posts
EMI senyum. Sungguh tak sangka, Shafiq juga sukakannya. Mati-mati dia ingat Shafiq bencikannya dulu. Yalah, dah buat macam-macam kat mamat tu. Siap lempar batu lagi ke dahi. Emi menyanyi-nyanyi kecil lagu selamat hari raya. Terasa hidupnya seperti pelangi. Kuih semperit dimasukkan ke dalam balang.

'Sesuci.. di hening subuh sunyi
Sesuci... terdengar nurani
Sesuci...salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil...Insafi pada diri
Lebaran..terasa kesayuan
Lebaran..takbir bersahutan
Lebaran..memuji keagungan
Bergema suara...
Syukuri nikmat tuhan..'


"Ehem!!"

"Oh mak kau!" Sekali lagi terpelanting kuih semperit dan jatuh ke lantai. Emi menoleh. Shafiq sudah tersengih di muka pintu dapur.

"Sedap suara awak. Kalah Siti Nurhaliza." Shafiq sengih lagi.

Emi sudah tunduk. Bila masa pulak Shafiq ni datang ke sini? Menyibuk pulak!

"Err..awak nak apa datang sini?" Emi mendongak semula. Kuih semperit yang jatuh tadi sudah hancur berderai. Dia sapu dengan tisu.

"Nak ambil pinggan..nak makan rendang dan nasi himpit." Shafiq menapak ke arah Emi.

"Erk! Kat luar tak ada pinggan ke?" Emi rapat ke meja makan. Shafiq sudah rapat ke arahnya.

"Kalau ada, tak adalah saya datang sini, faham cik Emi?" Shafiq dekatkan mukanya ke muka Emi.

"Err...hihihi.." Emi sengih.Termalu sendiri. Dia segera menapak ke rak pinggan dan hulur beberapa keping pinggan kepada Shafiq. Dia sengih. Malunya pada Shafiq. Suara sumbang mambangnya sudah didengar oleh Shafiq tadi.

"Terima kasih..lain kali kalau nak nyanyi, nyanyi kuat-kuat sikit. Boleh saya dengar dari luar nun..tapi tak naklah macam katak panggil hujan macam tadi. Tak ada selera nak tadah telinga." Usik Shafiq. Sempat dia mengelak bila sekali lagi kuih semperit dibaling ke arahnya. Dia ketawa mengekek sambil berlalu ke ruang tamu semula.

Emi mencebik. Suara kau tu sedap sangatlah! Dia menyambung masukkan kuih semperit ke dalam balang. Kali ini Emi sudah terbantut hendak menyanyi lagu raya. Hilang moodnya bila ditegur Shafiq tadi. Tak ada orang lain ke nak datang ambil pinggan? Saja je!

Emi berpaling bila mendengar ibunya melaung namanya dari ruang tamu. Dia betulkan baju kurung dan tudung yang dipakai. Dah nak jadi menantu kan, kenalah lawa dan sopan. Emi senyum sendiri. Langkah diatur sopan ke ruang tamu. Tersenyum simpul.

"Ada apa mak?" Emi melabuhkan punggung sebelah ibunya.

Semua mata memandang ke arahnya sambil tersenyum-senyum. Emi sudah pelik. Dia mula tunduk.

"Sedap suara Emi tadi.."

Emi cepat-cepat mendongak. Ibu Shafiq sudah tersenyum padanya. Alamak! Dia dengar ke aku nyanyi tadi? Kuat sangat ke suara aku? Emi sudah gabra. Terkebil-kebil dia di sebelah ibunya. Pipi sudah terasa merah bak saga.

"Tak apa..Shafiq cakap suara Emi sedap." Hazrul pula mencelah.

Mereka yang lain mula ketawa. Emi semakin tunduk. Mahu saja dia berlari masuk ke dalam bilik. Dia kemudian mendongak. Shafiq dilihat sudah tersengih padanya. Huh! Ni mesti Shafiq yang beritahu ni!

"Ni..makcik nak beritahu, macam mana dengan Emi, suka tak kat Shafiq?" Mak Shafiq mula bertanya Emi.

Emi membuntang memandang mak Shafiq. Biar betul! Takkan tanya direct macam tu? Malulah nak jawab! Emi sudah menggelabah. Dia ramas-ramsa jari jemarinya sendiri.

"Sukalah tu kak. Kalau dah tunduk dan diam tu.." Mak Emi pula menjawab.

"Hmm..kalau macam tu, eloklah kita cepatkan. Shafiq dan Emi bincanglah nanti ya. Bila nak bertunang dan bila nak nikah. Kami ikut saja. Maklumlah budak-budak sekarang ni, nak tarikh yang unik. Orang kata apa..kebabom?." Mak Shafiq ketawa kecil.

Emi sengih. Amboih! Pandai juga mak Shafiq ni buat lawak. Sempat jeling Shafiq yang turut ketawa di sebelah abangnya. Dari tadi dia lihat, Hazrul asyik melihat padanya. Hish..

Shafiq dan keluarganya mula minta diri untuk pulang. Shafiq sempat hulur sampul raya pada Emi.

"Eh, apa ni? Saya bukan budak-budak lagi."Emi hulur semula pada Shafiq.

"Memang awak budak pun!" Shafiq tidak menyambut sampul raya tadi,dia terus saja menyarung kasut dan menapak ke kereta.

Emi garu kepala. Aku dia kata budak?? Shafiq dan keluarganya sudah mula menaiki kereta dan meninggalkan kawasan laman rumah. Emi menapak semula ke sofa. Sampul raya dibuka perlahan.

"Hmm..berapa ringgit dalam ni?" Emi sudah teruja. Pertama kali dapat duit raya dari Shafiq. sampul itu dibuka perlahan.

"Hah??" Emi muncung. Wang kertas biru satu keping dikeluarkan dari sampul itu. Dia jeling abang Edy yang sudah mengekek ketawakannya.

"Kedekut! Seringgit je?" Ketawa Edy makin menjadi.

Emi mengetap bibir. Dia baling ke arah abangnya kulit daun pisang dari lemang. Edy cepat-cepat berlari ke laman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 08:32 AM | Show all posts
EMI kembali ke Kuala Lumpur semula setelah hampir seminggu dia bercuti hari raya. Kali ini dia kembali dengan senyuman lebar di bibir. Terasa raya kali ini sungguh bermakna. Dia mula mengemas pakaian dan menyusun semula dalam almari. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Tangan ligat mengemas tapi otak sibuk berfikir hal Shafiq.

"Ada ke beri aku duit raya seringgit? Nak beli kuih pun tak lepas.." Emi sengih.

"Eh, Emi dah balik?"

Emi mendongak. Kak Yati sedang tersenyum di muka pintu bilik. DI kiri bahu Kak Yati tersangkut beg tangan.

"Ya kak, baru sampai. Akak dari mana ni?" Emi senyum.

"Akak dari rumah makcik akak di Seremban. Semalam lagi akak sampai rumah ni. Alin sorang je yang sampai semalam. Hari ni pulak Emi, sekejap lagi mungkin Shidah dan Nor." Panjang lebar kak Yati menjawab soalan pendek dari Emi.

Emi sengih. Dia meneruskan mengemas semua pakaiannya yang dikeluarkan dari beg besar. Kak Yati dilihat sudah menapak kearahnya dan duduk di birai katil.

"Dari tadi akak tengok Emi duk sengih-sengih. Any good news?" Kak Yati kenyit mata.

Emi senyum lagi. Semakin lebar. Dia tidak menjawab soalan Kak Yati.

"Siapa yang datang merisik?" Kak Yati semakin ingin tahu.

"Shafiq kak.." Emi tunduk. Rasanya pipinya sudah merah.

"Ya? Hari tu kata orang lain? Berialah akak call Shafiq hari tu.."Kak Yati senyum lagi.

"Akak cakap apa kat dia?"

"Yalah..kan Emi kata suka kat dia dan tak nak terima orang yang datang merisik tu. Akak cakaplah kat Shafiq tu yang Emi dah gila bayang kat Shafiq. Akak cakap, Emi tak nak makan kalau Shafiq tak balas cinta Emi. Emi patut berterima kasih pada akak tau!" Kak Yati sudah gelak.

"Apa? Saya gila bayang kat Shafiq?? Akak ni, malu EMi tau tak. Tak kuasa Emi nak gila bayang kat mamat tu." Emi mencebik. Entah apa yang Shafiq fikir saat kak Yati beritahu tentang itu. Eii..malulah aku!

"Alah..gila bayang pun, Emi dah dapat Shafiq kan? Bila nak tunang? Nikah?" Kak yati makin galak mengusik.

"Tak tahu lagi kak. Emi ada satu semester lagi nak habis pengajian. Mungkin lepas tu la kut." Senyum Emi sudah ke telinga. Dia merancang untuk bertunang selepas tamat pengajian dan kemudian bernikah setahun kemudian, mungkin hari raya ke lima.

"Oh..eloklah tu. Akak doakan Emi bahagia dengan Shafiq. Oh ya jangan lupa nanti. Minggu depan kita nak buat rumah terbuka. Akak jemput sekali jrian sebelah. Nanti kita masak ya?" Kak Yati minta diri dan mula beredar dari bilik Emi.

Emi angguk. Dia teruskan mengemas.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 09:02 AM | Show all posts
terbaik !!!!
tinggalkan jejak yer..

ada sambungan lagi kan kan ?? @Ipo
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 10:45 AM | Show all posts
AisyDani13 posted on 25-7-2014 09:02 AM
terbaik !!!!
tinggalkan jejak yer..


amboi cik @AisyDani13 ... sukanya dia... @Ipo ... sambung lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 12:28 PM | Show all posts
SUASANA di dapur agak riuh. Kak Yati sibuk memotong ayam dan daging untuk dibuat rendang. Alin pula menyediakan bahan-bahan untuk sambal goreng nanti. Noor dan Shidah pula memotong bahan-bahan lain untuk menyediakan rempah ratus. Emi senyum, kali ini dia diberi kepercayaan untuk menyediakan pemanis mulut.

"Aku nak buat puding karamel dan agar-agar pelangi kebabom.." Emi sengih sendiri. Laju saja tangannya mengacau telur dengan susu pekat untuk dibuat puding karamel.

"Emi, dah masak air untuk kukus puding tu? Kalau dah siap, nanti tolong akak masak rendang ya." Kak Yati menoleh ke arah Emi yang bersila di lantai sambil tangan ligat mengacau telur dalam mangkuk besar. Bersungguh nampak Emi mengacaunya.

"Yalah kak! Saya pun dah nak siap dah ni." Emi sengih.

"Emi, kau patut tolong aku..aku dah semangkuk tadah air mata ni.." Shidah mencelah. Bawang merah yang dikupas masih lagi ada separuh dalam besen tu. Asyik menyapu matanya dengan tuala good morning.

Emi geleng. Shidah tidak pernah mengupas bawang merah. Mungkin sebab itulah dia menangis bagai nak rak. Kalah orang kecewa bercinta! Tengok Noor tu, selamba dek je hiris bawang.

"Alah..macam mana kau nak nikah nanti? Kupas bawang je pun.." Emi sudah mengekek ketawakan Shidah.

Shidah sengih. Dia akan cuba menghabiskan bawang yang masih banyak dalam besen. Dia pandang pula ke arah Alin yang sudah siap memotong sayur.

"Dah siap!" Alin pandang semua rakan serumahnya.

"Wuik! Cepatnya! Kalau dah siap, meh sini tolong aku kupas bawang ni. Dah merana mata aku ni." Shidah tarik tangan Alin pula dan duduk di sebelahnya.

"Guys! Nak tengok tak chef Emi Suraya masak agar-agar pelangi kebabom?" Emi sedikit menjerit membuat pengumuman. Tadi sebelum masuk ke dapur, mereka semua hendak tahu cara-cara memasak agar-agar pelangi kebabom Emi.

"Nak! Dah siap ke bahan-bahannya?" Pantas saja Alin bingkas bangun dan mendekati Emi.

Shidah mencebik. Terpaksalah dia mengupas sendiri bawang itu. Laju saja tangannya mengupa dan menghiris bawang. Dia juga hendak melihat EMi memasak agar-agar kebabom tu.

"Ok, mula-mula..kita masak dulu agar-agar ni." Agar-agar dalam plastik dimasukkan ke dalam air dalam periuk yang sudah ditenggekkan atas dapur.

"Alah..yang tu, aku pun dah tahu.." Alin sengih.

Kak Yati yang masih memotong ayam dan daging menggeleng. Dia pandang Alin, Noor dan Shidah yang beria ingin belajar memasak pemanis mulut yang dibuat oleh Emi. Masa bulan ramadhan hari itu, mereka bertiga sudah merasa keenakan agar-agar pelangi kababom Emi.

"Tunggu la dulu..ni baru step pertama. Kalau tak ada agar, tak akan jadinya benda ni, faham cik-cik semua?" Emi senyum. Dengan gaya chef, dia meneruskan lagi memasak.

"Ok, nampaknya agar-agar kita sudah pun masak sepenuhnya, jadi kita tuang susu cair dan gula ya. Kalau tak nak kencing manis, taruk sikit je gula tu." Satu tin susu cair dituang ke dalam agar yang sudah dimasak tadi diikuti gula.

Yang lain angguk-angguk.

"Lepas tu, kita bahagi agar-agar kita ni kepada tujuh bahagian dan warnakan ikut warna pelangi." Emi sengih sambil mengacau agar yang sudah dituang susu cair dan gula tadi sehingga larut semua gula.

"Tujuh warna?" Alin garu kepala.

"Yalah..pelangi kan ada tujuh warna?" Emi jeling Alin yang sudah terkebil-kebil.

"Err.." Alin sengih. Shidah dan Noor turut sengih.

"Malu la kat budak tadika kalau tak ingat warna pelangi. Meh, aku ajarkan. Pelangi ada tujuh warna. Mat Jenin Ke Hutan Bawa Ikan Ulam." Emi sengih lagi.

"Hah? Kau ni merapu jelah Emi." Alin tercengang. Dia lihat Emi sudah mengekek ketawakannya.

"Itu ayat yang aku karang sendiri. Nak ingat warna-warna pelangi tu, Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu." Bangga Emi menjadi cikgu tak bertauliah pada rakan serumahnya pada pagi yang damai itu. Tangannya masih ligat mengacau agar dalam periuk agar tidak berketul.

"Wah! hebat juga formula kau ya!" Shidah sengih.

Emi mula menuang agar-agar tadi ke dalam bekas yang berlainan dan diwarnakan dengan warna pelangi tadi.

"Err..kebabom tu apa pulak?" Kak Yati mula menapak ke arah Emi.

"Ha...itulah rahsianya agar-agar pelangi kebabom ni. Kita bubuh buah yang dipotong kecil-kecil mengikut warna tadi. Macam warna merah tu, kita masukkan buah naga, kuning tu, kita masukkan nenas, haa..ungu pulak, masukkan anggur ungu, hijau, anggur hijau, mana yang payah nak matching dengan warna lain tu, masuk je buah apa pun." Beria Emi menerangkan cara-caranya.

Semua yang ada di situ mengangguk-angguk. Emi mula masukkan buah dan agar-agar tadi dilapis ikut susunan warna pelangi. Mereka semua mula menyambung semula memasak makanan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:34 PM | Show all posts
menarik resepinya TT... sambung lg TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 12:40 PM | Show all posts
jangan meletop dapor tu dah le emi oi
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:04 PM | Show all posts
yeaaaaaaaaaaaa  

sayang@Ipo .. HIHIIHI
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:05 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 25-7-2014 02:45 AM
amboi cik @AisyDani13 ... sukanya dia... @Ipo ... sambung lagi...

hehehe.. haruslah xcited.. xgitu cik @Zamzam2013 ..
cite @Ipo SEMUA BEST!!! hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:06 PM | Show all posts
AisyDani13 posted on 25-7-2014 04:05 PM
hehehe.. haruslah xcited.. xgitu cik @Zamzam2013 ..
cite @Ipo SEMUA BEST!!! hahaha


itu sudah semestinya @AisyDani13 ...i'm glad u like it... Last edited by Zamzam2013 on 25-7-2014 04:07 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.230268 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list