CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: apech

Aku dan Misteri #Page 5

[Copy link]
Post time 18-4-2016 03:25 PM | Show all posts
apech replied at 18-4-2016 03:11 PM
Dah takde siter seramnya....menumpang dekat benang org je.

Cuma baru-baru ni je ada sorang hamb ...

pasal sarawak tu xder sambungan ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 03:28 PM | Show all posts
apech replied at 18-4-2016 03:11 PM
Dah takde siter seramnya....menumpang dekat benang org je.

Cuma baru-baru ni je ada sorang hamb ...

nah...masa dlm masjid tu....ada ke yg ngikut tu duk sebelah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2016 03:36 PM | Show all posts
Edited by apech at 21-4-2016 08:19 AM
kentel replied at 18-4-2016 03:25 PM
pasal sarawak tu xder sambungan ke



Yang Sarawak tu, dah arwah dah kentel. Dalam bulan 8 tahun lepas.
Tu yg lama tak update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2016 03:40 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 18-4-2016 03:28 PM
nah...masa dlm masjid tu....ada ke yg ngikut tu duk sebelah?

Masa dlm masjid tu tak tertanya la pulak samada masih ikut ke tak.Tapi tak tergerak lagi hati nak pegi berubat.

Cuma rasa makin culas nak semayang. Hehehehe. Kena paksa.


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 03:55 PM | Show all posts
apech replied at 18-4-2016 03:36 PM
Yang Sarawak tu, dah arwah dah kentel. Bulan 11 tahun lepas.
Tu yg lama ...

innalillah...kasihan ye....nape la manusia sampai sanggup guna ilmu cmtu nak jatuhkan lawan...anyway dia sakit sbb kanser tu ke sbb gangguan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2016 04:32 PM | Show all posts
kentel replied at 18-4-2016 03:55 PM
innalillah...kasihan ye....nape la manusia sampai sanggup guna ilmu cmtu nak jatuhkan lawan...anyw ...

Doktor kata sb kanser,
Pengamal kata gangguan yg menyebabkan kanser,
Ustaz kata dah sampai ajal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2016 04:39 PM | Show all posts
apech replied at 18-4-2016 04:32 PM
Doktor kata sb kanser,
Pengamal kata gangguan yg menyebabkan kanser,
Ustaz kata dah sampai ajal
...

kasihan ye....semoga pelaku tu dpt balasan setimpal....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 05:10 PM | Show all posts
TT ada sambungan ke citer kat hotel mahal tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2016 10:26 AM | Show all posts
SUMPAHAN SARAWAK
WAKIL SUKAN PART 5


**”Aku” dalam cerita ni merujuk kepada Kay

Lepas tukar ke hotel lain, perangai Is masih macam biasa. Paranoid. Asyik tertoleh-toleh, mata melilau mcm mencari sesuatu. Rupa-rupanya lepas malam tu mata Is lagi terbukak luas. Lagi banyak dan jelas makhluk yang dia nampak.  

Ada yang bertenggek atas bahu, menari sambil loncat atas kepala, org tgh makan dia berak dlm pinggan sambil terlompat-lompat. Kita yg tak nampak ni, makan macam biasa. Tempat yg paling ramai benda ni dekat dapur. Berpusu-pusu keluar masuk tak tau kenapa.

Check in letak beg, tukar baju, keluar jumpa stokis Is tak nak ikut dia kata dia penat, nak tidur. Kalau nak apa-apa call je hotel. Dia jawab ok. Sebelum keluar aku tinggal kan no fon dekat receptionist suruh call segera kalau ada apa-apa yg pelik.

Ding dong ding dong setel pukul 6 lebih. Alang-alang terus ke masjid, terus tapau makanan feveret bawak balik hotel. Tengok fon takde call dr hotel mahupun Is, lega. Moga baik-baik hendaknya. Ingat kalau Is mlm ni dah ok sikit nak ajak dia jalan ambik angin, esok dah nak balik keja pun dah setel.  

Sampai bilik tgk Is terbongkang tidur lagi. Tgh mandi dengar bunyi telefon bunyi. Kacau betul. Dgn bertuala aku nak g jawab Nampak Is dah bangun, tengok tv.

“Is, kenapa tak tolong jawab telefon? Kan ayah cik tgh mandi”.
“Malas”. Jawab Is.

Dalam hati ni geram sangat dah la aku ni bertuala je, sejuk ekon lagi. Nak terkancing gigi rasanya. Sikit pun tak nak tolong. Tapi bila fikir dia tu tak berapa sihat, sabar je la..
Nombor tak naik nama.  Tapi mcm no fon ofis/ rumah, bukan no hp.
Baru nak call balik, no tu call lagi.

“Hello, ni En. Kay ke?
Ya, saya Kay ni sape ni?
Saya Zie, dari hotel yg cik duduk tu.
Ok…….knp ya cik zie.
En. Kay ada dekat mana ya
Saya dalam bilik, baru sampai. Kenapa ya….?” Aku cemas.

“Ooo…nasib baik. Tak, mcm ni adik En Kay ada dekat kafe ni, dia mengamuk. Boleh tak encik turun bawah sekejap”


Eh, aku rasa nak pitam. Tolong la pengsan kan aku sekarang. Tolong, plis.                                                                                                                                                                                                                                          
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2016 11:42 AM | Show all posts
SUMPAHAN SARAWAK
WAKIL SUKAN PART 6



Tapi aku tak pengsan-pengsan jugak. Aku tak tau nak buat reaksi yg macam mana. Ekon yang sejuk tu pun boleh tak terasa. Depan mata aku nampak Is tengah tengok tv. Tak tau yang mana 1 betul samada yg ni atau yang dekat kafe.

Terus tak jadi nak sambung mandi. Ingat nak pegi kafe, nak tengok apa yg jadi. Tengah cari baju, tiba-tiba aku dengar suara ber hihihi. Halahh…..….kenapaaaaaaa la buat macam ni.

Dia punya mengekek tu sampai terhenjut-henjut bahu. Nampak dia sengih dari tepi pun dah cukup takut. Tapi mata ‘Is’ ni masih lagi ke tv. Aku tak rasa ada cerita lawak dekat tv yg boleh buat dia mengekek mcm tu. Tak nampak mcm gelihati, lagi seram ada la.

Makin lama makin galak dia mengekek entah apa yg seronok sangat. Tak boleh lupa cara dia gelak, sampai sekarang masih terngiang-ngiang.

“Hiiiii…..hii..hii..hii.. Hiiiiii……..hihihihi… Hiiii…..”

Aku pun apalagi terus sarung seluar, capai baju, sambil sauk je semua benda atas meja terus  tak pandang dah. Baju pakai sambil lari, sampai spender pun tak pakai. Lantak. Sampai kat bawah, nampak lega muka diorang bila nampak aku. Si Zie receptionist bawak aku ke kafe. Aku nampak Is mengamuk hentak-hentak kaki dekat lantai. Sekali tgk gaya mcm budak kecik mengamuk pun ada.

“Cik Zie, kenapa dia tetiba jadi macam ni?”
“Entah la encik, waiter kata adik cik marah bila dia tak dpt apa yang dia oder”
“Apa yg dia order, susah sangat ke nak dapat?”
“Errr……dia order sup buaya encik. Kat sini kitorang mmg tak jual buaya”
“Ha…buaya? Crocodile ke maksud awak?”
“Betul cik. Buaya. Crocodile”.  

Lepas pujuk punya pujuk aku decide nak balik malam tu jugak. Tak nak tunggu esok. Aku mintak bell boy tolong ambikkan semua beg dgn barang aku dlm bilik. Suruh dia pegi 2 3 org teman, aku cakap brg aku banyak.

Sementara tu aku bawak Is rehat dekat lobi. Kesian tengok dia.

Tak sampai 10 minit, ketiga-tiga bell boy tadi dah ada depan aku dengan jinjit beg, termengah. Diorang lari turun tangga. Diorang kata, ‘Is’ ada dalam bilik masih lagi tgk tv. Tengah kemas-kemas barang Is merengek perlahan. Makin laju diorang kemas, makin kuat Is merengek. Makin lama makin mendayu, mcm suara perempuan menangis. Boleh tak korang semua bayangkan suasana kerja bell boy 3 org ni?

Tapi Is ni masih lagi pandang tv, sebelum diorang keluar dengar Is cakap dengan suara yang paling mendayu meruntun jiwa,

“Bagitahu ayah chik, jangan tinggalkan Is dekat sini”


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 03:20 PM | Show all posts
apech replied at 19-4-2016 11:42 AM
SUMPAHAN SARAWAK
WAKIL SUKAN PART 6

wow, tegar betul gangguan kat is nie. Sampai bellboy pun kena tempias.
tapi mana satu Is yang betul? Ntah-ntah yang dalam bilik tu yang betul. Hahaha..



Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 03:58 PM | Show all posts
koala check in..
best sgt storyline nih..
pandai TT susun ayat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2016 04:52 PM | Show all posts
Edited by apech at 21-4-2016 08:15 AM

SUMPAHAN SARAWAK
WAKIL SUKAN (PENULTIMATE)


**Aku dalam cerita adalah Kay

Bila bell boy cerita aku dah jadi serba salah. Serabutnya aku masa tu hanya Tuhan je tau. Serabut nak final exam pun tak seserabut tu. Mana satu Is pun aku tak tau. Aku tgk sekeliling, rasa macam kosong, sunyi, semua org dgn hal masing-masing mcm takde apa yg berlaku. Macam aku terpisah dari alam diorang. Sumpah aku rasa mcm nak nangis masa tu.

Aku tepon mak, aku cakap aku nak balik. Mak aku kata balik pagi esok lepas Subuh jangan balik sekarang. Bahaya dah malam. Malam tu kitorang tido dekat lobi. Aku tido ayam, kejap-kejap terjaga takut Is hilang. Hati aku kuat mengatakan yg dlm bilik tu tipu yg dekat lobi ni betul. Lepas insiden kafe tu Is ni tido je tak bangun-bangun dah tapi masih lagi bernapas.

Subuh tu aku keluar pegi masjid yg aku singgah semalam. Entah. Cuma aku harap org yg boleh tolong aku tu ada dekat masjid. Aku berharap aku terjumpa ustaz yg boleh rawat anak buah aku. Aku berharap sangat.
Niat aku pegi masjid tak betul, lepas semayang takde sorang pun tegur aku. Dengan imam-imam pun buat dek je.
Selalu kalau nampak muka baru diorang mesti tegur. Paling kurang pun tok siak mesti senyum punya lah. Frust.

Balik hotel, aku nampak Is dah ada dekat pintu lobi dgn beg-beg kitorang.

“Is nak pegi mana”
“Nak balik la bukan ke semalam kata kita balik hari ni?”
“Ha…haah balik hari ni”  
“Apalagi, jom ah”

Checkout, cari sarapan terus aku pecut semaksimum yang mungkin.  Sepanjang perjalanan takde perkara pelik. Selamat sampai rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tt pls sambung! ya Allah kesian is mangsa keadaan.. aku doakan arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman.. walaupun aku tak kenal dia tapi aku rasa kesian sgt. besar ujian dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 05:10 PM | Show all posts
jadi kesimpulannya Is yang betul yang kat lobi tuh la kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2016 05:12 PM | Show all posts
feuersturm replied at 21-4-2016 05:10 PM
jadi kesimpulannya Is yang betul yang kat lobi tuh la kan?

Yup yg dekat lobi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 03:35 PM | Show all posts
sambung lagi tt.. syok baca xbosan pun...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 09:36 AM | Show all posts
mana tt menghilang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2016 08:35 AM | Show all posts

Kenduri kawin...bz sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:44 AM | Show all posts
oo.. ada kawen2 ke..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.249416 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list