CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cemolot

[Politik] [Edisi Tersipu-Sipu] Dijulang Bak Piala Malaysia!

[Copy link]
Post time 15-4-2015 09:09 AM | Show all posts
Apa motif Pemuda UMNO julang Najib?

FMT Reporters
| April 14, 2015

http://www.freemalaysiatoday.com ... -umno-julang-najib/



Najib tidak boleh dijulang kerana beliau tidak memenangi sebarang pertandingan dan belum lagi menang melawan Tun Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Tindakan Pemuda UMNO menjulang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap beliau.

“Apakah Pemuda UMNO, di mana ketika mulut menyatakan sokongan tetapi sebenarnya bertindak bertentangan iaitu mahukan Najib makin dibenci dan dijauhi,” tulis Shahbudin Husin di blognya, shahbudindotcom.blogspot,com.

Bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa itu berkata, motif Pemuda UMNO menjulang Najib selepas pertemuan pada Isnin hanya boleh dikaitkan dengan dua kemungkinan sahaja.

“Tindakan menjulang itu akan memprovokasi Tun Mahathir agar terus menyerang Najib atau sebagai membalas dendam pada Tun Mahathir yang pernah dimusuhi Pemuda UMNO ketika era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi,” tulisnya.

Apapun motifnya, Shahbudin mengakui, Najib tidak boleh dijulang kerana beliau tidak memenangi sebarang pertandingan dan belum lagi menang dalam pertembungannya dengan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bukankah lebih natural jika sekadar bertemu, mendengar penjelasan dan menyatakan sokongan saja,” soalnya.

Namun, beliau tidak menolak tindakan itu sebagai satu sindiran kepada Najib supaya Perdana Menteri keliru mengapa beliau dijulang ataupun sindiran supaya terus bergasak dengan Dr Mahathir.

Katanya, oleh kerana Najib tidak menjawab banyak persoalan yang ditujukan kepadanya, Ahli Parlimen Pekan itu seharusnya lebih memperlihatkan watak merendah diri dan merakyatkan kepimpinan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2015 09:23 AM | Show all posts
cemolot replied at 15-4-2015 09:02 AM
yang tu

"Fragile : Handle With Care"

wei, apa pulak

dia macam airbag, tau. bila jatuh kembong otomatik

gerenti soft landing punya
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 09:27 AM | Show all posts
hihkhihkhihkhkk...memacam hal
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 09:36 AM | Show all posts
cemolot replied at 15-4-2015 09:04 AM
mohon bang @STONER menjawab spekulasi ini

aku perlihatkan adja reaksi tindak balas @STONER terhadap fitnah x berasas yg aku cuba lemparkan itu,hahahahahhahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.109694 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list