Edited by aidan90 at 11-9-2015 12:19 AM
Saja nak share dengan korang satu cerita ni. Rekaan semata, mungkin ada yang pernah baca. Aku agak berapi jugak lepas baca cerita ni, (cerita asal dalam B.I). Aku translate. Berapi sebab tak jumpa part mana yang seram atau pelik lepas habis baca. Lepas 2,3 minit fikir baru aku paham. Lembap sikit aku ni. Hee. Kalau rajin baca la. Bagitau aku apa korang paham.
Minggu lepas malam rabu, aku pergi ke sebuah rumah hujung pekan dengan dua orang kawan aku, kita panggil sorang dengan nama A dan sorang lagi B. Bulan lepas, satu tragedi berdarah berlaku di rumah tu. Empat sekeluarga di bunuh dan pembunuh sehingga kini belum diberkas. Menurut surat khabar, si isteri ditikam bertubi-tubi di dada dan kepala nya dipotong. Manakala pembunuh itu mencungkil kedua biji mata si suami menggunakan pisau dan menetak kepala. Kedua anak mereka dikatakan ditanam hidup2 di halaman rumah.
Aku, A dan B sampai dekat rumah tu pukul 2 pagi. Kami masuk ikut tingkap sebab rumah tu dikunci dengan mangga besar. Mula-mula, kami ke ruang tamu. Dengan berbekal kan lampu suluh, kami meneroka ruang dapur, tempat di mana pembunuhan kejam tu berlaku. Masih ada bekas-bekas tompokan darah di dinding, lantai dan meja makan. Kesemua perabot di dalam rumah tu masih ada.
Aku naik ke tingkat atas, perlahan memerhati keadaan sekeliling. Tiba-tiba terdapat satu bau yang amat busuk. Seperti bau busuk bangkai. Aku bertanya pada si B, "Kau tak rasa seram ke bro?"
"Ada la sikit-sikit", jawab B.
Aku teroka lagi setiap bilik yang ada di rumah tersebut dengan harapan dapat jumpa sesuatu yang menyeramkan. Dah habis pusing, kami pun ambil keputusan untuk keluar, waktu tu jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Sebelum keluar dari rumah tu, kami berhenti di ruang tamu. Aku bertanya pada A dan B serentak, "Korang ada nampak apa-apa tak?,"
Jawab A dan B,
"Tak, tak de pape,"
"Tak, aku pun sama tak nampak ape,"
"Aku pun, lagi la tak boleh nampak apa-apa langsung,"
Aku agak kecewa sebab tak jumpa apa-apa yang menyeramkan. Dalam masa yang sama aku jugak berasa lega sebab kami langsung tak kena kacau. Kami pun balik dengan tenang.
Keliru dengan cerita ni?
|