CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

[Tempatan] Cerai talak tiga: Dr Hatta perlu rujuk Mahkamah Syariah - Ahmad Yakob

[Copy link]
Post time 3-9-2015 07:09 AM | Show all posts
Benda dah jadi, kau dah angkat sumpah, dah kau dah baca dalam keadaan sedar, bukan tengah mabuk atau tak waras pun.. kalau sayang bini taknak talak tiga, lepaskan jawatan tu sebagai ADUN.. abis citer............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Letak jawatan ajela. Abis cerita. Ada pakai baiah ka tadak pakai baiah ka, itu jam masa betanding pakai tiket Pas lambang bendera jepun salah warna. Adek kakak, abe, mokcik pokcik kelate semua undi ini doktor. Tapi, sekarang ikut suka dia mau masuk parti lain pasal ada funder lain.  Ini SPIN DOCTOR.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 07:11 AM | Show all posts
Tak boleh salahkan PAS bila dah jadi begini.
Orang yang ampunya diri sanggup bersumpah, time gila nak
jadi CALON dalam pilihan raya di bawah jenama PAS. Kalau ampunya
diri rasa bersumpah ini SALAH, apasal dia BERSUMPAH in the first place......?????
Nak sangat bertanding dalam pilihanraya, bertandinglah atas tikit sendiri,
atau duduk bawah DAP or PKR or jadi CALON BEBAS.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm terbaca mahkamah syariah kelantan dah sahkan..mmg gugur talak 3..kesian wife dia..laki gila politaik sgt dia jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 07:20 AM | Show all posts
ketika sumpah dibaca takde ke lebai2 pas bangkang? mana ulamak2 pas bnde smpai gugat perkahwinan dibiarkan? pakat suma anggok,xde bangkang2, ke masing2 dok tgk bini member?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
namirulmukminin replied at 2-9-2015 01:14 PM
Ko meroyan apa ni? Laki ko dh ceraikan ko ke yg sibuk suh aku cerai bini aku ni? Bodo punya dodol. ...

Haha win sgt reply ko terhadap kaka dodol...

Harap sis @dodolgemok dpt terima cash dgn redho
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2015 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg tepat laa mereka sume kuar pas..parti amanah tak wat keje gila ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 07:36 AM | Show all posts
highcastle replied at 3-9-2015 12:15 AM
Cuba hang baca keratan dari sinar harian ni.........

ok uols....
jantan dan jawatan sukar dipisahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2015 07:37 AM | Show all posts
vandergooh replied at 3-9-2015 02:36 AM
akak tak tahu u ni perempuan atau lelaki.. nampak cam perempuan.. tapi tak nampak cam perempuan bi ...

setengah perempuan rela ditapak kaki kan oleh jantan tak guna..
harap2 perempuan ni sedar dan tidak membiarkan diri mereka dipermainkan jantan tak guna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 07:41 AM | Show all posts
Persoalan Meletak Jawatan Sebagai Ahli Parlimen dan Pelanggaran Bai’ah[size=10.8000001907349px]

[size=13.1999998092651px][size=13.1999998092651px]Sejak pengumuman penyertaan saya dan sahabat lain dari PAS dalam parti Pekerja-Pekerja Malaysia melalui mana perjuangan yang dibawa gerakan Harapan Baru dapat diteruskan, maka terdapat kedengaran tuntutan untuk kami meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN. Mengikut mereka ini adalah yang sewajarnya kerana kami telah dipilih atas lambang PAS dalam PRU yang lepas.

Saya telah memberi penjelasan mengenai persoalan ini dalam satu sidang akhbar pada 25 Ogos yang lepas. Oleh kerana persoalan ini masih ditimbulkan, maka saya ingin menjelaskan pendirian saya kembali untuk pengetahuan semua pihak.

Seseorang wajar diminta meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri hanya atas dua sebab. Pertama kerana melanggar asas di atas mana dia dipilih dan kedua kerana tidak berperanan di Parlimen dan kawasannya.

ASAS DI ATAS MANA KAMI DIPILIH

Kami menang dalam PRU lepas atas dua asas. Pertama Islam dan kedua PR. Asas pertama adalah asas yang mana PAS mendapat sokongannya. Asas kedua adalah terkandung dalam kempen kami semasa PRU di mana kami membawa ‘Buku Jingga’ dan Manifesto PR untuk Negeri Selangor dan rakyat awam, Islam dan bukan Islam, memilih kami atas sebabnya.

Walaupun kami berpindah wadah, namun kami kekal atas kedua-dua asas tersebut. Dengan itu kami tidak mengkhianati sebab atas mana kami diundi. Adalah perlu dibezakan bahawa kami bersama PAS dahulu untuk perjuangkan Islam, bukan perjuangkan PAS. Bagi kami PAS hanya merupakan wadah untuk perjuangkan Islam. Pada ketika itu, hanya PAS sahaja membawa perjuangan berasaskan Islam. Selagi kami terus bersama perjuangan Islam, walapun melalui wadah lain, maka dasar perjuangan kami tetap sama dan kami tidak mengkhianati undi yang diperolehi atas sebab dasar Islam ini.

Dalam persoalan asas kedua kami dipilih, ianya adalah kekal bersama PR dalam erti-kata tahaluf siyaasi bersama PKR dan DAP. Kami kekal dengan dasar itu. Malahan itu adalah salah satu factor penting mengapa kami terpaksa berhijrah ke wadah baru apabila ingin terus setia dengan asas kedua ini. Ini adalah kerana PAS telah berpindah dari dasar itu setelah mengkhianati PKR beberapa kali dan bertelagah dengan DAP sehingga musnahnya PR.

Yang tidak setia dengan dua asas pemilihan inilah yang sepatutnya dianggap mengkhianati undi rakyat walapun mungkin tidak berpindah parti. Ini adalah kerana kemenangan tercapai atas dua dasar utama yang disebutkan tadi dan bukan atas salah satu darinya.

Kedudukan kami tidak boleh disamakan dengan yang lompat dan khianat perjuangan partinya atau pengundinya seperti Dato Ibrahim Ali. Dia telah melompat dan menjadi wakil rakyat bebas dan seterusnya menyokong BN. Sedangkan BN ditentang rakyat yang mengundinya! Rakyat mengundinya kerana menentang BN dan menyokong PR, tetapi akhirnya dia bertindak menyokong BN dan menolak PR! Kami tidak bertindak sedemikian rupa.

TIDAK BERPERANAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN DI PARLIMEN DAN KAWASANNYA

Sebab kedua yang wajar untuk mana-mana wakil rakyat diminta meletakkan jawatan adalah sekiranya dia tidak berperanan.

Sefaham kami, kami telah memenuhi tanggung-jawab kami sebagai Ahli Parlimen dengan sebaik mungkin melalui kehadiran yang hampir penuh dan keterlibatan aktif dalam perbahasan. Yang kurang hadir dan kurang terlibat dalam perbahasan ini sepatutnya dikaji kembali kedudukan sebagai Ahli Parlimen. Yang sebegitu sifatnya maka memang sepatutnya diminta untuk meletakkan jawatan.

Keanggotaan kami di dalam parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang bakal ditukar namanya kepada Amanah Negara tidak menghalang kami dari terus memainkan peranan kami sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri dengan sebaik mungkin. Oleh itu tiada sebab untuk kami meletak jawatan atas sebabnya.

PERSOALAN BAIAH SEMASA DIPILIH SEBAGAI CALON PAS

Akhirnya ada juga yang menimbulkan persoalan Baiah apabila kami dipilih menjadi calon PAS. Baiah itu telah menyebut secara jelas bahawa sekiranya kami keluar PAS atau menyertai parti lain selepas menang, maka kami akan dilaknat Allah dan pendapatan kami sebagai Ahli Parlimen dianggap haram.

Apa yang perlu difahami ialah baiah ini adalah antara dua pihak yang kedua-dua pihak mempunyai tanggung jawab terhadap satu sama lain. Yang memberi baiah mempunyai tanggung jawab terhadap penerima baiah dan penerima baiah juga mempunyai tanggung-jawab terhadap yang memberi baiah. Dalam soal ini kami berpandangan bahawa pihak penerima baiah telah gagal memenuhi tanggung jawab mereka terhadap kami apabila:

a) Membenarkan kempen kotor memfitnah dan melabel kami sepanjang 2013 sehingga 2015 tanpa sebarang usaha untuk menghalangnya atau membendungnya sedangkan ia adalah menjadi tanggungjawab pimpinanan parti untuk memelihara ukhwah di kalangan ahli. Malahan dari maklumat yang ada, jelas membenarkannya serta menggalakkannya demi menentukan kami dijatuhkan semasa muktamar 2015 dan telah menjadi Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS.

b) Kedua dan lebih releven terhadap kedudukan kami sebagai wakil rakyat, pihak penerima baiah telah melanggar persetujuan parti, termasuk diri kami, untuk mengukuhkan PR, atas mana kami telah diturunkan sebagai calon dan dipilih oleh rakyat. Apabila ini tidak dipenuhi maka pemilihan kami sebagai wakil rakyat oleh pengundi telah dikhianati sepertimana juga kefahaman kami bahawa kami turun sebagai calon PAS yang mewakili PR.

Pelanggaran baiah oleh penerima baiah dengan sendirinya adalah alasan kukuh untuk kami keluar dari baiah tersebut.

Kedua, sesuatu Baiah seharusnya berpaksikan ketaatan kepada Allah dan RasulNya, bukan ketaatan kepada mana-mana badan/organisasi atau individu. Ini bererti selagimana ketaatan kepada Allah dan RasulNya tidak dilanggari, malahan itu yang diusahakan, maka persoalan perlanggaran Baiah tidak timbul. Adalah amat malang sekiranya seseorang yang ingin mencari keredhaan Allah dengan melakukan apa yang diyakininya sebagai yang lebih baik, maka dia dihalang oleh kerana sesuatu baiah terhadap satu badan atau individu. Sedangkan pada akhirat kelak tiada yang akan menjawab bagi dirinya apabila ditanya oleh Allah mengapa tidak dilakukan apa yang diyakini adalah lebih baik. Dalam soal ini, sila rujuk kepada hadis Sahih Muslim yang disertakan di bawah.

Ketiga, kami yakin bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Allah mengetahui niat kami dan sebab mengapa kami terpaksa bertindak sebegini. Dia mengetahui latar belakang dan peristiwa-peristiwa di sebalik semua yang berlaku. Maka atas keyakinan terhadap sifat Allah sebagai Maha Mengetahui dan Maha Adil, kami bertindak untuk keluar PAS dan bersama parti yang bakal dinamakan Amanah Negara.

MEMBAYAR KAFFARAH: DALIL DAN KEPERLUANNYA

Namun demikian, oleh kerana melanggar Baiah ini sesuatu persoalan besar dan berat, maka ianya tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya. Melanggar janji tetap merupakan satu kesalahan, samada janji itu dibuat dengan orang Islam atau orang bukan Islam, samada beralasan kukuh atau pun tanpa alasan kukuh. Oleh itu kaffarah perlu dibayar dan hendaklah juga kami beristighfar atas pelanggaran baiah ini. Sememangnya tiada janji yang dibuat yang ingin dilanggari.

Dalam soal kaffarah yang perlu dibayar, maka ini telah diperjelaskan dalam Al-Quran, ayat 89 Surah Al-Ma’idah yang berbunyi:



Maksudnya;

“Kamu tidak dikira salah oleh Allah terhadap sumpah-sumpah yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian kepada mereka, atau memerdekakan hamba. Kemudian sesiapa yang tidak mampu (menunaikan denda tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah, pelihara sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur”.

Ada juga hadis dari Abu Hurairah (RA) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya yang berbunyi;



Maksudnya;

“Barang siapa yang mengangkat sumpah dalam sesuatu perkara lalu ia melihat ada yang lain yang lebih baik dari sumpahnya itu maka ambillah yang lebih baik itu dan hendaklah ia membayar kaffarah terhadap sumpah tersebut”.

Kami berpandangan bahawa adalah lebih baik untuk kami berkhidmat untuk Islam dan rakyat melalui Amanah Negara. Ini adalah kerana kami akan dapat terus setia terhadap kedua-dua janji kami kepada rakyat yang atas mana rakyat mengundi kami, iaitu Islam dan tahaluf siyaasi bersama PKR dan DAP.

KESIMPULAN

Berdasarkan penjelasan di atas, adalah diharap pendirian kami terhadap persoalan perletakkan jawatan sebagai wakil rakyat menjadi lebih jelas. Kami faham bahawa ada yang masih tidak bersetuju dengan pendirian kami walaupun setelah kami menjelaskannya. Itu tiada apa yang boleh kami lakukan.

Bagi yang melihat Islam itu PAS dan PAS itu adalah Islam, khususnya, mereka tidak akan berpuas-hati. Bagi golongan ini, mungkin penyelesaian akan hanya tercapai melalui PRU ke-14 apabila kami akan kembali bertanding sebagai calon Amanah Negara insyaAllah. Mungkin pada ketika itu akan terbukti samada kami layak terus bertindak sebagai wakil rakyat atau sebaliknya.

Sambil itu kami akan terus berusaha untuk menunaikan tanggung-jawab kami dengan memperjuangkan Islam dan mempertahankan kesepakatan dengan PKR dan DAP demi menjatuhkan BN. Hanya dengan dijatuhkan BN akan Islam serta rakyat dimerdekakan dari kekeliruan dan adu-domba yang sedang berluasa sekarang ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD



Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:02 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 2-9-2015 09:43 PM
Eh lobai sekor ni konar baring tmpat lain pulak. Tanak komen ke pasal baiah cerai talak tiga? Mana ...

Ko tanya la yg tukang baiah tu.. Dah depa gatal sgt nak jadi calon, sanggup stuju dgn syarat Nik Aziz, ko nak meroyan pasai apa? Nik Aziz pon buat lagu tu pasai ambil iktibar dgn apa yg berlaku kat Perak dulu.. BN main kotor... Ko dah lupa ke macam mana kalipah DAPig ko meroyan pasal kes Perak dulu??

Orang bodogemok cam ko je nak biar pisang bebuah dua kali..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:08 AM | Show all posts
berpelajaran, berpendidikan...tp
malas nk kutuk..lebih2..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:13 AM | Show all posts
mendapat la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:14 AM | Show all posts
10 fakta apa itu sumpah bai'ah Pas



                                                                                                              MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
                                                                                                  26 Julai 2015                              
            
                                                                                                                                
               

                                                                                                                                                     NIK MUHAMMAD ZAWAWI NIK SALLEH - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


SEPULUH
fakta yang masyarakat perlu tahu tentang apa itu bai'ah yang dilafazkan oleh ahli dan wakil rakyat Pas. Pengertian mengenai bai'ah ini dikongsikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI NIK SALLEH kepada Sinar Online dalam satu wawancara khas semalam.


       
       
        1. Definisi bai'ah Pas ?
       
        Menyentuh topik yang dinamakan bai’ah di dalam Pas sama sebagaimana bai’ah yang dirujuk dalam Fiqh al-Islami , di dalam sirah Nabi Muhammad SAW, Rasulullah mengadakan bai’ah antaranya Bai’ahtul Nisa, Bai’atul Ridwan, Bai’atul Aqabah dan banyak lagi bai’ah-bai’ah yang lain, yang dilaksanakan oleh Rasululllah dengan tujuan supaya umat Islam ini terikat dengan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Islam, dan umat Islam ini terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh Rasulullah, walaupun peraturan itu kadangkala sangat mencabar seperti perkara yang membabitkan peperangan antara Islam dengan musuh Islam jadi bai'ah ini dibuat supaya ia mengikat para sahabat ini, maka Rasulullah memperkenalkan satu sistem yang dinamakan bai’ah.
         
        Jadi kita sebagai parti Islam kita ambil semangat daripada sirah ini, untuk kita laksanakan didalam parti kita kerana parti kita Pas ini sangat berpengalaman dari segi pelbagai isu... masalah dan macam-macam perkara jadi kita ambil faedah bai’ah ini untuk diperkenalkan dalam Pas supaya pimpinan dalam parti kita tahan menghadapi ujian sama ada ujian berbentuk dalaman mahupun berbentuk luaran.
       
        Jadi sebab itu bai’ah yang kita perkenalkan ini adalah salah satu daripada sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
       
       
        2. Jenis bai'ah dalam Pas ?
       
        Dalam konteks Pas,  bai’ah ini ada dua yang pertama bai’ah kepada ahli umum apabila mereka ini mengisi borang Pas.
       
        Jadi walaupun kita tidak namakan ia sebagai bai’ah tetapi bila mereka mengisi borang Pas ini mereka  mengakui dengan nama ALLAH, mereka mengakui bahawa masuk di dalam Pas ini untuk dia menegakkan syariat Islam.
       
        Walaupun berhadapan dengan pelbagai isu sama ada isu dalaman atau luaran, supaya ahli (boleh) tahan, kita (Pas) ikat mereka dengan bai’ah.
       
        Ada pun peringkat kepimpinan terutama sekali pemimpin yang dipilih menjadi calon di dalam Pas kerana di dalam konteks negara kita ini banyak aspek yang akan mencabar calon-calon ini seperti isu membeli calon,  isu lompat parti, isu khianat parti, jadi kita dalam Pas hendak supaya parti Pas ini berbeza dengan parti-parti yang lain, maka kita ambil inpitati daripada sunnah ini kemudian kita laksanakan di dalam parti kita.
       
        Kita buat bai’ah untuk mengikat calon kita biar mereka lebih istiqamah dengan perjuangan Islam kerana memang perjuangan Islam ini satu perjuangan yang banyak menghadapi ujian tetapi bila kita ikat mereka dengan bai’ah Insya-ALLAH calon ada ketahanan dan sebelum bertindak, mereka akan ingat apa janji dengan parti, janji dengan bai’ah yang dilafazkan sebelum daripada masuk bertanding dalam pilihan raya.
       
        Untuk ahli, kita tidak namakan sebagai bai’ah secara umumnya, kita tidak rasmikan namanya sebagai bai’ah tetapi bila mereka isi borang Pas itu maka mereka memahami janji dengan Pas untuk patuh kepada segala peraturan parti dan kita kaitkan perkara ini dengan nama ALLAH, Nabi maka bila satu perjanjian dikaitkan dengan ALLAH dan Rasulnya maka perjanjian ini namakan sebagai bai’ah manusia dengan ALLAH adapun bai’ah membabitkan calon-calon yang bertanding ini perlu saya perjelaskan bahawa, bai’ah ini kita bagi pilihan kepada orang yang hendak bertanding atas tiket Pas, kalau calon merasakan bahawa mereka hendak bertanding atas tiket Pas kita mengatakan dalam Pas ada bai’ah, jadi kalau dia hendak bertanding dan dia tengok bai’ah itu, dia restu dengan bai’ah itu, dia kena patuh dengan bai’ah dan kalau dia tidak hendak dengan bai’ah ini, jangan bertanding atas tiket Pas, bolehlah bertanding atas tiket mana-mana sahaja.
       
       
        3. Jika langgar bai'ah ?
       
        Jadi sebab itu isu melanggar bai’ah ini adalah isu yang besar kerana bai’ah ini adalah pilihan daripada individu itu sendiri, bukan parti yang paksa... dia bebas kalau dia hendak bertanding sahaja, kalau dia tidak mahu bertanding tidak mengapa, kalau dia hendak guna parti lain tidak mengapa, tapi apabila hendak bertanding atas tiket Pas dia kena faham bahawa dalam Pas ini ada bai’ah ada janji setia untuk mengikat mereka ini dengan perjuangan Islam supaya mereka tidak tergopoh-gapah, istiqamah dengan perjuangan Islam, jadi bila dia berbai’ah dengan Pas dia kena akur bai’ah ini janji dia dengan ALLAH yang paling besar.
       
        Calon  ini  menyebut sumpah dengan nama ALLAH, nama Nabi dan malaikat, sekiranya dia khianati apa yang diamanahkan ini dia akan dilaknat oleh ALLAH, malaikat, sekalian  makhluk yang boleh melaknat.
       
       
        4. Garis panduan lafaz bai'ah ?
       
        Di dalam Pas, Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa lafaz yang dilafazkan di dalam bai’ah itu satu lafaz.  Cuma kita dapati beberapa negeri ada yang menambah lafaz, jadi Majlis Syura Ulama kita tidak menghalang apa yang hendak ditambah itu  kerana di dalam bai’ah ini kita tengok bai’ah yang dilakukan oleh Rasullullah pun ada berbeza misalnya Bai'atul Nisa berbeza dengan Bai'atul Aqabah.
       
        Jadi bila kita meletakkan satu lafaz maka lafaz itu digunapakai oleh semua wakil-wakil rakyat hampir semua negerilah kecuali saya difahamkan di Kelantan dia menambah sedikit dalam bai’ah dan kita dalam Majlis Syura tidak menghalang tetapi lafaz yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama adalah lafaz yang jelas antara intipatinya janji supaya tidak mengkhianati parti, tidak mengkhianati amanah yang diamanahkan oleh calon Pas.
       
       
        5. Bila bermulanya bai’ah ?
         
        Waktu Pas mula-mula ditubuhkan dulu tidak ada bai’ah sebab dulu ujian tidak besar dan orang bertanding dalam pilihan raya dalam Pas ini dulu orang tak bercakap akan menang sekiranya bertanding sahaja, cuma tidak mahu Umno menang percuma.
       
        Saya masih ingat ketika saya masih kecil,  orang kampung cari duit untuk beri kepada calon Pas semata-mata tidak mahu memberi Umno ini menang percuma.
       
        Jadi zaman dulu tidak timbul masalah hendak beli calon, hendak hasut,  tidak timbul masalah  jadi zaman itu.. tiada bai’ah tetapi apabila ALLAH bagi kekuatan kepada perjuangan Pas kita melangkah selangkah demi selangkah sekarang ini bila sebut sahaja kita bertanding dalam pilihan raya maka orang boleh sebut kemungkinan besar Pas akan menang.
       
        Apabila menampakkan semakin hari (Pas) semakin kuat , maka sudah tentulah andaian yang kita takut, berlaku dalam kepimpinan dalam Pas ini... lompat parti ke… walaupun Alhamdulillah kita parti yang paling bersih berbanding dengan parti-parti lain berkenan dengan lompat parti ini tetapi macam mana pun kita perlu berwaspada sebab itulah kita meletakkan bai'ah dalam Pas.
       
       
        6. Ada calon yang pernah tolak untuk berbai'ah ?
       
        Sepanjang pengalaman saya tidak ada  calon yang dicadangkan menolak bai’ah…. dan tidak ada seorang calon yang menolak untuk berbai’ah dalam Pas.
       
        Sebab kalau dia (calon)  tolak….. dia kena tengok dulu kalau hendak bertanding atas tiket Pas, ini dia kena berbai'ah kalau setuju sila, kalau tidak setuju dia jangan bertanding… semua calon bertanding semua berbai'ah, bila hendak bertanding dia kena setuju, kalau buat sesuatu yang bercanggah dengan Pas dia dikira mengkhianatilah.
       
       
        7. Wujud bai'ah talak tiga ?
       
        Bai'ah talak tiga ini Masjlis Syura tidak menghalang,  cuma lafaz dikeluarkan Majlis Syura tidak ada kandungan itu. Tetapi kita tidak menghalang mana-mana negeri mungkin semangat untuk menjaga kuasa pemerintahan yang ada di Kelantan mungkin dia tekankan, Tok guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) jika dia saksikan dia adalah Mursyidul Am, orang paling besar dalam Majlis Syura Ulama, jadi kalau dia restu isi kandungan tersebut, maka hak negeri dan hak Mursyidul Am kerana umumnya lafaz bai’ah ini dia tidak ada nas qat'i.. sebab itu Rasulullah pun berbeza .. Baiah'tul Ridwan lain, Aqabah lain, bai’ah lain lain ikut keadaan, ikut suasana.
       
        Cuma yang saya sebut Majlis Syura Ulama tidak ada talak tiga ini, cuma kalau ditambah di peringkat negeri itu adalah hak yang tidak dihalang oleh Majlis Syura Ulama.
       
        Maksudnya mungkin tidak ada taklik talak tiga, setakat ini saya ingat tidak ada di negeri lain cuma rasa di Kelantan sahajalah.
       
       
        8. Komen bila Mufti Perlis dan Pulau Pinangs katakan bai'ah talak tiga Pas tidak sah (tidak jatuh taklik)
       
        Bila dia sebut taklik ini tidak sah, dia punya ayat itu sangat jelas.. mana dia tahu hati orang, mufti ini bila dia tahu hati orang, ayat itu sudah tidak betul.
       
        Saya nasihat agar mufti bercakap dengan ilmu dan orang yang layak untuk bercakap dalam isu perjuangan Islam adalah orang yang duduk dalam saf perjuangan Islam, jadi kalau orang yang dalam perjuangan Islam tidak terlibat, tidak faham jadi tidak payah bercakap dalam isu ini, kalau dia tidak sempurna dia tak payah cakap berdiam lebih baik.
       
       
        9. Bagaimana hendak elak jatuhnya talak tiga ini ?
       
        Saya sarankan agar isteri calon-calon tersebut memainkan peranan agar menasihati suami dia, beri nasihat supaya jangan buat tindakan-tindakan yang orang panggil tidak beretika,  tidak ada moral dalam konteks perjuangan ini.
       
        Hatta orang bukan Islam yang berjuang pun mereka tidak berganjak daripada parti mereka walaupun komunis, mereka ada integriti, orang Jepun tidak berganjak, kalau kita dakwa kita pejuang Islam, tiba-tiba hendak berganjak. Oleh itu isteri mereka orang yang paling rapat dengan suami, nasihat suami, pujuk dia supaya dia tidak bertindak sebagai mana yang dia hendak bertindak.
       
        Nasihat yang paling sesuai kerana akibat sangat buruk, kalau orang yang langgar bai’ah ini akibat sangat  buruk kita bimbang dalam rumah tangga tiada keberkatan, anak-anak tiada keberkatan jadi menyusahkan dia sendiri. Kalau dia berbai'ah dia memang jatuh talak kerana kuasa cerai itu ikut pada suami, jadi isteri jangan diam, pergi rujuk mahkamah syariah, paling praktikal cakap dari hati ke hati, beritahu suami agar berfikir panjang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini, kalau berlaku memang jatuh talak.
       
       
        10. Nasihat kepada rakan-rakan yang seolah-olah hendak langgar bai'ah dan tubuh parti baharu.
       
        Jangan sesekali sesiapa melanggar bai’ah dengan ALLAH, mengkhianati jemaah, dalam sejarah perjuangan,  minta maaf saya tidak mahu sebut nama sesiapa… tetapi dalam Pas orang yang langgar bai’ah yang cuba keluar parti semua sekali, saudara boleh tengok macam mana kedudukan mereka dunia ini.
       
        Dia tidak dihormati dan kadang-kadang kita lihat individu  itu berhadapan dengan kesusahan yang banyak…. kerana apa?
       
        Kerana apabila kita langgar perjanjian  ini dengan umum semua makhluk  yang boleh melaknat akan laknatnya termasuk ALLAH, malaikat lebih daripada itu di hari akhirat …
       
        Satu benda yang sangat besar, jadi sebab itu dalam kesempatan ini saya hendak nasihat kepada kawan-kawan semua yang cuba hendak tubuh parti baharu, saya ingatkan perjuangan Islam ini tidak akan tergugat… kerana perjuangan Islam ini dijaga oleh ALLAH sebab itu dalam sejarah parti politik mereka yang tidak perjuangkan Islam ini mereka akan hanyut habis begitu sahaja.
         
        Atas nama kawan, saya sangat simpati kadang-kadang saya rasa kasihan walaupun  kadang-kadang mereka lebih umur daripada saya, saya hendak nasihat kepada mereka agar kembali ke pangkal jalan. Kalau ALLAH boleh ampunkan dosa Saidina Umar Al-Khattab,  kita dalam Pas boleh maafkan kesalahan dan kesilapan dan balik ke pangkal jalan.. kami pun tidak untung apa.
       
        Cuma kita kasihan mereka yang bertindak di luar batasan agama tidak akan selamat, di dunia ini dihina oleh orang masyarakat, kita mati jawab di hadapan ALLAH satu benda yang sangat besar.
       
        Saya mengharapkan supaya semua kawan balik semua ke jalan Islam, kalau mereka hendak keluar tubuh parti cubalah mereka jawab, yang pertama parti yang ditubuh mereka itu, mereka berpegang pada ayat mana, surah mana kerana perjuangan Islam ini hanya satu.

SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/po ... bai-ah-pas-1.413201

               

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:15 AM | Show all posts
Modngengade replied at 3-9-2015 07:22 AM
Haha win sgt reply ko terhadap kaka dodol...

Harap sis @dodolgemok dpt terima cash dgn redho

Tak abih2 dia butthert dgn aku... sakit hati sgt tu sbb PAS dah kasi talak 3 kat DAPig... lepas geram kat aku...

Bodo punya cai DAPig sekor tu... dah mulut kalipah Guan Eng dia yg celupar... ko terima je la dah kena talak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:16 AM | Show all posts
selayaknya la...nk sgt jawatan kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 08:44 AM | Show all posts
Confuse plk dgn statement Khalid Samad.

Langgar sumpah yg kena kaffarah tu bukan sumpah biasa ke atau yg org panggil nazar tu?

Taklik ni, sampai ustaz dalam kursus kahwin kata; kalau suami kata: "kalau kau keluar je dari pintu rumah ni, jatuh talak", kena renovate rumah buat pintu kat lain supaya dapat lepas dari taklik ni. Ntah le. Aku pun tak tau sgt

Sape suruh hadap sangat nak jawatan. Pastu dan dan berhelah konon bai'ah tu buat atas nama perjuangan Islam

7. Wujud bai'ah talak tiga ?
      
        Bai'ah talak tiga ini Masjlis Syura tidak menghalang,  cuma lafaz dikeluarkan Majlis Syura tidak ada kandungan itu. Tetapi kita tidak menghalang mana-mana negeri mungkin semangat untuk menjaga kuasa pemerintahan yang ada di Kelantan mungkin dia tekankan, Tok guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) jika dia saksikan dia adalah Mursyidul Am, orang paling besar dalam Majlis Syura Ulama, jadi kalau dia restu isi kandungan tersebut, maka hak negeri dan hak Mursyidul Am kerana umumnya lafaz bai’ah ini dia tidak ada nas qat'i.. sebab itu Rasulullah pun berbeza .. Baiah'tul Ridwan lain, Aqabah lain, bai’ah lain lain ikut keadaan, ikut suasana.
      
        Cuma yang saya sebut Majlis Syura Ulama tidak ada talak tiga ini, cuma kalau ditambah di peringkat negeri itu adalah hak yang tidak dihalang oleh Majlis Syura Ulama.
      
        Maksudnya mungkin tidak ada taklik talak tiga, setakat ini saya ingat tidak ada di negeri lain cuma rasa di Kelantan sahajalah.
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah mahkamah syariah kata gugur tu nak buat cemana...ko nak refer bible plak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 09:09 AM | Show all posts
Eloklah kena cerai talak 3 dari terus berlaki bodoh bertuhankan parti politik.
Jantan bangang jer jadikan sanggup korbankan isteri & keluarga utk politik.


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 09:14 AM | Show all posts
macam bangsat je sumpah2 mcm ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.066392 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list