CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Changa

diva AA declare war dengan aznil?

[Copy link]
Post time 30-12-2015 06:06 PM | Show all posts
esteryen replied at 30-12-2015 05:58 PM
Miahahahas sbb too free hari ni..tadi i google nama azwan ngan aznil..takde pun pasal mereka gaduh ...

Nah chuolsss...

ARKIB : 08/07/2001
Azwan dan Aznil "kami tidak semesra dulu"
Oleh: SAHARUDIN MUSTHAFA
SEMUANYA berlaku apabila pengacara terkenal Azwan Ali menganjurkan majlis pelancaran Parti Cit Cat 2001 (PCC2001) di salah sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebelum itu, teman baiknya, Aznil Nawawi yang kini mengendalikan program Pop TV menghubungi Azwan meminta keizinannya untuk menghadiri majlis pelancaran PCC2001 semata-mata untuk menemu bualnya. Hasil temu bual itu, mahu dimuatkan dalam Pop TV.
Azwan mengizinkan Aznil hadir ke majlis itu tetapi perlulah mematuhi beberapa syarat kerana kedua-dua mereka mewakili dua program hiburan yang berbeza dan ditayangkan di dua stesen yang berlainan. Aznil bersetuju dan menganggap tidak timbul sebarang masalah.
Pada hari majlis pelancaran, perkara yang sebaliknya pula berlaku. Kehadiran Aznil sebagai wartawan penyiaran di majlis itu disalah anggap oleh banyak mata yang tidak mengetahui kisah sebenar.
Aznil menjalankan tugas sebagai wartawan dan Azwan pula mesra melayan tetamu artis yang lain dan membiarkan Aznil meneruskan tugasnya.
Pada pandangan sesetengah pihak pada ketika itu, hubungan Azwan dan Aznil tidak semesra seperti kebiasaan. Aznil dikatakan dipinggirkan oleh Azwan.
Tidak cukup itu, beberapa hari selepas majlis itu, tersiar pula dua gosip di dua akhbar yang berbeza yang menulis kononnya Aznil terhegeh-hegeh datang ke majlis itu walaupun tanpa dijemput.
Biarpun tanpa nama, namun baik pembaca mahupun peminat sudah boleh meneka siapa yang dimaksudkan dalam gosip itu.
Bermula dari situ, Aznil cuba mencari jawapan dengan menghubungi Azwan berkali-kali. Malangnya jawapan tidak diperoleh.
``Sekali boleh saya berdiam diri tetapi bila kali kedua, orang pula asyik bertanya, mana boleh. Azwan pula tak jawab panggilan saya membuatkan saya semakin resah,'' kata Aznil.
Bagi pihak Azwan pula, dia barangkali beranggapan tidak ada apa yang perlu dijelaskan kerana tulisan itu sekadar gosip dan dia mengakui gosip itu bukan bertujuan ditujukan kepada Aznil.
``Gosip itu bukan untuk Aznil. Ini kerana ia boleh jadi ditujukan kepada orang lain,'' Azwan mempertahankan pendiriannya.
Menyedari keadaan yang keruh harus dijernihkan, Pancaindera menemukan kedua-dua mereka di pejabat Utusan, Rabu lalu.
Aznil mendedahkan segala kekecewaannya manakala Azwan mempertahankan pendiriannya serta menjelaskan sejauh mana kebenaran hubungan dinginnya dengan Aznil.

AZNIL NAWAWI
APABILA kali pertama keluar cerita di ruangan gosip kononnya saya terhegeh-hegeh mahu menghadiri majlis Parti Cit Cat 2001 Azwan Ali menyebabkan banyak pihak bertanya sejauh mana kebenaran itu.
Biarpun sekadar gosip namun anggapan orang lain atau pembaca sudah pasti orang yang dimaksudkan ialah Aznil Nawawi.
Siapa lagi rakan karib Azwan kalau bukan Aznil. Untuk kali pertama saya mampu untuk berdiam diri kerana pada pandangan saya, mungkin Azwan tujukan hal itu kepada orang lain.
Tiba-tiba sahaja, tidak lama kemudian timbul pula satu lagi gosip yang ceritanya lebih kurang sama.
Apabila membacanya sekali lagi saya tersentak dan bertanya diri saya sendiri, ``kenapa Azwan buat macam ini?''
Sekali lagi saya menjadi mangsa pertanyaan orang ramai. Reputasi saya terjejas kerana orang beranggapan seolah-olah saya tidak ada perasaan malu atau maruah dan cuba untuk bergaduh dengan orang.
Ini menyebabkan banyak pihak yang memandang serong kepada saya. Apabila keadaan ini berlaku, saya merasa tidak senang duduk.
Setahu saya, saya tidak pernah melakukan sebarang perkara yang boleh melukakan atau berkecil hati kepada Azwan.
Sudah lama saya mengenali Azwan. Malah hubungan akrab kami sudah seperti saudara kandung.
Malah telinga saya selama ini mendengar masalahnya dan di bahu saya juga dia selalu menangis apabila dia ditimpa sebarang masalah.
Saya hairan kenapa gosip yang seperti itu boleh keluar dalam kolum itu sedangkan setahu saya perkara yang sebenarnya bukanlah seperti itu.
Saya juga tertanya kenapa Azwan sendiri buat macam itu kepada saya. Apa dosa saya? Bukankah saya telah menghubunginya cara baik meminta izin untuk hadir ke majlis pelancaran PCC2001 dan dia mengizinkan serta memberikan syarat.
Saya pula bersetuju kerana saya sendiri sudah lama mencari Azwan dan mahu menemu bualnya. Kalau saya tahu perkara ini dari awal, saya mungkin tidak akan hadir. Kalau saya tahu nama baik saya akan terjejas, saya mungkin tidak akan menghubunginya.
Namun apabila hubungan ini kembali bergolak, saya dapat rasakan Azwan mungkin berkecil hati kepada saya atau mungkin ada apa-apa yang pernah berlaku di antara kami berdua yang mungkin kami tak tahu.
Saya tertanya juga apakah ada orang ketiga yang menyebabkan kami terputus hubungan sehinggakan Azwan tidak mahu menjawab panggilan telefon saya.
Apabila saya tanya perkara ini, Azwan menafikan semua itu. Tetapi dia sendiri mengesahkan bahawa hubungan kami tidak semesra dulu.
Jika begini keadaannya, saya kira cukuplah hubungan saya dengan Azwan berjalan seperti hubungan saya dengan artis lain.
Biarlah hubungan kami sekadar hubungan profesional. Semuanya atas dasar kerja sahaja. Kami bertemu hanya untuk urusan kerja. Selepas ini, biarlah dia dengan jalannya sendiri dan saya dengan jalan saya sendiri.
Bagus juga Pancaindera aturkan pertemuan ini kerana inilah kesempatan untuk saya bersemuka dengan Azwan dan bertanyakan hal sebenar.
Pada masa hadapan, saya perlu lebih berhati-hati dalam perhubungan.
Saya juga mengharapkan ini merupakan kenyataan terakhir saya untuk menjelaskan kepada umum mengenai hubungan saya dengan Azwan. Saya sudah malas untuk memberi sebarang kenyataan terhadap isu yang saya anggap tidak begitu penting berbanding karier seni saya.

AZWAN ALI
TIDAK timbul soal saya bermusuh dengan Aznil ataupun sebaliknya hanya kerana gosip yang disiarkan itu.
Saya akui gosip itu datang dari mulut saya tetapi itu tidak bermakna saya tujukan hal itu buat Aznil.
Aznil sebenarnya menjadi mangsa keadaan. Ketika dia menghubungi saya untuk hadir ke majlis pelancaran PCC2001, kepala saya berserabut kerana memikirkan soal hubungan dingin saya dengan enam artis yang pernah saya beri peluang menyertai produksi saya.
Siapa enam artis itu biarlah saya rahsiakan sahaja.
Enam artis yang saya maksudkan itu sebelum ini banyak menimbulkan masalah buat saya sehingga ada usaha untuk menyekat periuk rezeki saya.
Saya benar-benar marah kepada keenam-enam artis itu dan sukar untuk saya memaafkan mereka. Walau sekalipun saya tahu balasan yang akan Tuhan berikan kepada saya, sukar untuk saya memaafkan mereka.
Tindakan mereka benar-benar membuatkan saya kecewa, sedih dan berjauh hati.
Pada masa yang sama juga saya mula kenal siapa kawan dan siapa lawan serta saya belajar untuk tidak terlalu mengagungkan rakan yang selama ini saya tatang bagaikan minyak yang penuh.
Biarpun begitu, saya menjadi begitu kuat dan setiap apa yang saya lakukan semuanya berdasarkan kepada prinsip hidup termasuk juga ketika pelancaran PCC2001.
Saya banyak bertegas sehinggakan setiap tetamu saya pada tempoh hari semuanya harus ditapis dahulu termasuk Aznil.
Pada awalnya, nama Aznil sememangnya tiada dalam senarai jemputan saya.
Tiba-tiba pula Aznil menghubungi saya. Saya terfikir pula, kalau Aznil mahu datang perlukah saya menolak. Itu tidak adil bukan, dan rasanya terlalu kejam.
Maka saya pun memberi keizinan kepadanya dan mengenakan syarat. Dia setuju dan tidak timbul soal bermusuhan antara kami berdua.
Mengenai gosip juga, ingin saya tekankan gosip itu bukan ditujukan kepada Aznil. Saya harap dia memahaminya.
Bagaimanapun, jika ditanya sejauh mana kemesraan kami, ya saya katakan hubungan kami sudah tidak semesra dulu.
Apa sebab dan puncanya, jangan ditanya tetapi sebagai rakan ada sebab mengapa saya merasakan hubungan kami sudah tidak semesra dahulu dan saya sama sekali tidak akan menjelaskan sebabnya baik pada Aznil mahupun pada rakan-rakan media.
Biarpun sudah tidak semesra dulu, saya yakin perkara ini tidak akan membawa kepada hubungan yang renggang sehingga meletakkan Aznil dalam kumpulan enam artis yang benar-benar saya marah.
Saya percaya hubungan tidak mesra ini tidak akan berpanjangan sehingga ke peringkat tersebut. Percayalah.
Dalam waktu yang sama saya bersyukur dan gembira kerana pertemuan ini diatur kerana sekarang anda sendiri boleh menilai sendiri hubungan kami berdua.




Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_09.htm#ixzz3vnU57aUD
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 06:10 PM | Show all posts
bila aku baca azwan tuduh paknil cucuk, bajet boyish terus aku terjah instagram paknil.

ha ah, mmg betul paknil acah2 boyish. dgn rambut yg tak hitamnya. pasal cucuk tu pun questionable jugak. memang tak selari dgn umurnya.
apa2 pun, tak kisah la rupa macam mana pun, at least aznil ni nampak matang sikit dari azwan. walaupun ada jugak si paknil ni duk mengutuk artis lain kat instagram tapi tak seteruk azwan.

macam tak caya aznil dah 53. antara orang yang dah byk lihat macam mana malaysia bergolak sejak zaman 70-an
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 30-12-2015 06:06 PM
Nah chuolsss...

ARKIB : 08/07/2001

Ya..ni je lah kisah mereka yg i dapat.

And bila baca, terus kesian kat PakNil, obvious AA tu jealous sbb PakNil overshadow dia kat "show" dia. Dia nak jadi NO.1 at any occassions. Hmmmm...

Harap2 lepas ni PakNil keraskan hati kat AA ni..biarlah mcm mana dia minta maaf, menangis, jangan terima balik orang mcm ni.

Forgive but never forget
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa Azwan Ali meroyan sebijik macam Hannah Montanna forum meroyan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:30 PM | Show all posts
esteryen replied at 30-12-2015 03:34 PM
In details not sure tapi masa I baca post yg dia carut2kan DSVida tu, he tulis wakil product gam ...

Hahaha 3k tu memang macam sikit. Tapinya, knowing AA ni yang selalu melompat melatah sentap walaupun sebenarnya sendiri yang salah paham, I think we should all reserve our comment pasal QP tu. Bukan leh caye AA ni, dia yang salah paham, dia jugak yang caruts kan orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus azwan teruskan makian ko.... aku memang dah lama tunggu detik dan waktu ni.... bukannya sbb aku sokong pondan tua nak mampus ni tapi aku meluat giler dgn aznil fake ni.... dah banyak kali dah si azwan gila ni dok menghanjengkan org tapi aznil ni bajet cool kengkonon memahami situasi n kenapa si gila tu bertindak camtu... ada satu kes wartawan dok hencap azwan yg terang2 azwan salah dia leh enterframe seolah press yg salah n dorang tak layak kutuk azwan yg lebih baik sbb tetiap tahun jadi tetamu allah... babi dgt hahsha....

kes menate pun nak tunjuk baik masih dok backing azwan.....skrg hambek ko... hipokrit sgt nak tunjuk baik..  sbb tu si fake ni diam jer kena belasah kaw2 kat insta azwan sbb sebelum ni masa org lain kena dia memahami sgt.... takkan skrg nak salahkan azwan lak bila kena batang idong sendiri... so utk tak malukan diri sendiri terpaksalah si aznil ni menten tunjuk baik n redha jer... dlm ati menggelupur maki azwan... bukannya tak tau aznil ni sama busuk jer ngan azwan... bezanya azwan tunjuk dia nyer true color... aznil ni banyak drama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2015 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ni few times jgk bgaduh dgn heshe kat IG heshe tapi tak diblocked pun.. Heshe delete jer komen iols koser sgt nak menjilat heshe:zz
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:37 PM | Show all posts
Dari dulu dah byk kali bermasam muka .... walaupun berbaik ... mungkin Diva masih was2 dengan keikhlasan Pak Nil ...

Diorg ni seeloknya tak payah berPerang ... tak payah berkawan ..... buat hal masing2 ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 06:44 PM | Show all posts
azwan ali ni kenapala mental sgt. adui;.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
starcity replied at 30-12-2015 03:18 PM
Apa salah pak nil pada dia? Aku pernah jumpa orang mcm AA ni. Nak selamat & aman hidup, tak payah ad ...

Ai pun pernah jumpa org mcm ni. 10 kali kita maafkan dia, 12 kali dia ulang balik perangai sama. At last, ai buang je dia dr hidup ai. Ada la dia meroyan kejap, sibuk tanya org pasal ai. Tp org pun tau dia punya perangai, org tak layan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by esteryen at 30-12-2015 07:01 PM
cahaya_almas replied at 30-12-2015 03:58 PM
Apa yg jd pda ahli famili terdekat pak nil??? 2 2 i tak minat..tpi kalau banding 2 org ni paknil l ...


AA ni silap.

Ada satu post tu PakNil shared from someone about a missing person. Bukan anak buah PakNil pun. PakNil shared out/repost that post, post missing person tu.

Post tu mmg seram!!! U all patut baca n hati2!!!
That guy kena culik ngan PakArab kat parking opposite Pavilion..takuttsss
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
esteryen replied at 30-12-2015 06:52 PM
AA ni silap.

Ada satu post tu PakNil shared from someone about a missing person. Bukan anak  ...

Apa yg seram nya???
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by esteryen at 30-12-2015 07:40 PM
barfi replied at 30-12-2015 07:18 PM
Apa yg seram nya???


About this.

Rasanya that post being deleted from the main user sbb i cari2 pun tak dapat.
Kemungkinan now dah jadi kes polis or ishh sbb tu happens nearby Pavilion, so minta diremove oleh pihak berkuasa?

Sbb as per that post, dah byk kes culik n ragut macam tu happened kat parking berdekatan Pavilion..

That guy park his car opposite a building nearby Pavilion, keluar je dari kereta, few Arabians look-alike tuju pisau kat dia n force him back to his car n drive into a high-end penthouse/hotel nearby. Pastu dia kena drugged n pukul cuz they minta him to give his cards passwords.

Seram giler..sampai how the victim managed to run away n masa lodge reports, as per that post wrote, rupanya byk kes mcm tu dah berlaku.

I x faham kenapa pihak berkuasa tak nak alert the public.

And link ni pula another scary n precaution for us while we are out with our little ones.
Nowadays human so scary!!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153335472598494&id=701858493

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
abangbeca replied at 30-12-2015 06:35 PM
Bagus azwan teruskan makian ko.... aku memang dah lama tunggu detik dan waktu ni.... bukannya sbb ak ...

Semua org ada dark side nya. Berdiam diri saat dihina bukan bermaksud kalah, tapi itulah ciri org yang matang dan successful. Dan apa masalahnya kalau aznil back up azwan masa isu menate atau apa2 lagi? Tu maksudnya dia adalah kawan yang baik. Dia cuba faham perasaan kawan yang kemurungan dan cuba utk look at the positive side. Tang kena maki balik dgn AA pulak, Aznil is too successful untuk downgrade himself to that level.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
esteryen replied at 30-12-2015 06:52 PM
AA ni silap.

Ada satu post tu PakNil shared from someone about a missing person. Bukan anak  ...

Ooo aa ingt cousin tu cousin paknil ke wakaka bongoknya nauzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
scrocth replied at 30-12-2015 07:54 PM
Semua org ada dark side nya. Berdiam diri saat dihina bukan bermaksud kalah, tapi itulah ciri org  ...

Setuju sangattt!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar tgk azwan ali kena saman kaw2 sampai merempat minta simpati org ramai...

Owner kicap tirana.. mohon saman sampai xdee satu harta pun dia ada... ajar org mcmni

Yg maki hamun utk dpt rendang free... tak takut ke si azwan ni ludah kahak dia b4 pass kt u?... mental camni what do u xpect?.. tgk video dia tuang kicap tu pun dah tunjukkan dendam kesumat dia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cint@ replied at 30-12-2015 07:58 PM
Tak sabar tgk azwan ali kena saman kaw2 sampai merempat minta simpati org ramai...

Owner kicap ti ...

Kan now dia meroyan kononnya PakNil nak guna orang/pihak ke3 to saman dia bla3..ntah2 mmg pihak kicap Tirana tu yg nak saman dia sbb jatuhkan imej syarikat tu, dia pula salahkan PakNil lagi..

PakNil pun sekadar modal/pelakon dalam advertisment tu tapi dia pula dianjingnerakajahanamkan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 08:11 PM | Show all posts
zainabon replied at 30-12-2015 02:56 PM
orang macamni patut buat bodoh je.. baru dia tau takde orang amek port pasal dia.. tapi mampukah rak ...

Dlm menghadapi cabaran hidup untuk tahun 2016 yg penuh dgn cabaran ekonomi, harus lebih menumpukan fikiran mencari jalan untuk menjana pendapatan, mcmana nak kurangkan bebanan kehidupan, mcmana nak pandaikan anak dan mensejahterakan keluarga. Sudah2lah drp nak melayan kpd perkara2 yg betul2 tak memberi faedah.  AA nak meroyan, biarlah dia meroyan sendiri, orang lain tak perlu ikutserta.

Heran, pergi umrah dah ke delapa kalinya, tak berkat ke?  Seharusnya AA menjadi orang yg pemberi maaf bukan ngajak orang lain bersikap negatif spt dia.

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesianla azwan ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.084965 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list