Kang Chol boleh ditangkap jika...Hari ini, 8:40 pagiHari ini, 8:44 pagi
Ketika jarum jam terus berjalan dan tempoh yang diberikan kian menghampiri penamat, tidak dapat dipastikan sama ada Duta Korea Utara, Kang Chol, masih berada di negara ini atau sudah keluar.
Kang Chol yang diumum kerajaan sebagai persona non grata (orang tidak dikehendaki) sejak semalam sepatutnya meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam jam.
Namun, bagaimana jika dia tetap enggan dan sebaliknya kekal di kedutaan itu?
Sumber dipetik Utusan Online semalam memberitahu pihak berkuasa negara ini tidak boleh menahan duta terbabit jika dia mengingari arahan dan bersembunyi di kedutaan berkenaan.
Kata sumber yang tidak didedahkan identitinya itu Kang Chol hanya boleh ditahan jika pihak keselamatan Malaysia menemuinya di luar bangunan Kedutaan Korea Utara dan tempoh 48 jam diberikan itu berakhir.
“Pihak ber­kuasa tidak bo­leh ma­suk ke bangunan kedutaan jika du­­ta terbabit enggan ke­­luar,” katanya.
Semalam Wisma Putra mengumumkan kerajaan mengusir Kang Chol keluar dari negara ini selepas gagal hadir ke kementerian terbabit seperti diarahkan.
Kang Chol sepatutnya memberi penjelasan berhubung beberapa dakwaan dibuatnya mengenai Malaysia ketika kes pembunuhan Kim Jong-nam masih terus disiasat.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan berkata, duta Korea Utara sepatutnya bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin.
"Bagaimanapun, tiada duta mahupun para pegawai kanan kedutaan hadir di kementerian.
"Beliau dijangka meninggalkan Malaysia dalam masa 48 jam dari masa yang dijadualkan untuk mesyuarat itu, iaitu jam 6 petang, 4 Mac 2017," kata Anifah.
Mengikut tempoh yang diberikan itu, detik terakhir Kang Chol mesti keluar dari Malaysia ialah jam 4 petang ini.
Menjelaskan alasan pengusiran tersebut, kata Anifah, para pegawai Kementerian Luar yang diketuai oleh Raja Nushirwan pada Selasa bertemu dengan delegasi peringkat tinggi Korea Utara yang diketuai oleh Kim Song.
Last I dgr waktu belajar International Law dulu. Lama dah.
Ada ke filem persona nan grata lakonan hans isaac? I didn't know that. Ketinggalan zaman nya I.
Sempat pi shopping dkt KLCC & main pool katanya. Relax je mereka ni. I have the feeling yg kang choi tak kan keluar dari ibu pertiwi. Saja nak tunjuk yg NK very stubborn & tak takut with mana2 country
Kang Chol sudah 'angkat kaki'Alyaa AlhadjriHari ini, 4:00 petangHari ini, 4:55 petang
Diplomat Korea Utara yang diisytihar kerajaan Malaysia sebagai persona non grata, meninggalkan kedutaan negara itu di Damansara hanya beberapa minit sebelum jam 4 petang ini.
Kang Chol dijadual berlepas ke luar negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini.
Tidak dapat dipastikan sama ada Kang Chol akan terus menuju KLIA kerana pihak kedutaan tidak memberikan sebarang komen kepada media.
Bagaimanapun bagasinya dihantar ke lapangan terbang berkenaan lebih awal menaiki kereta Toyota Alphard.
Kang Chol diberi tempoh maksimum 48 jam untuk meninggalkan Malaysia oleh Putrajaya sejak petang kelmarin selepas dia gagal hadir dalam pertemuan dengan pegawai Wisma Putra.
Ketegangan hubungan diplomatik Putrajaya - Pyongyang berlaku ekoran beberapa kenyataan dibuat pihak Korea Utara berhubung pembunuhan Kim Jong-nam yang juga abang pemimpin tertinggi negara terbabit, Kim Jong-un. Terbang petang ini
Kang Chol berlepas meninggalkan bangunan kedutaan itu menaiki kereta Jaguar berwarna hitam.
Turut kelihatan meninggalkan bangunan itu ialah isteri Kang Chol.
Kenderaan mereka diiringi dua kereta peronda polis
Kira-kira 30 minit sebelumnya kaunselor kedutaan itu, Kim Yu-song kelihatan meninggalkan premis kedutaan itu menaiki kereta Mercedes-Benz hitam.
Untuk memastikan keadaan lancar, beberapa anggota polis mengarahkan petugas media agar menjauhi pintu pagar bangunan itu seawal jam 2.20 petang.
Wartawan dan jurugambar memang 'berkampung' di sekitar kedutaan itu sejak awal dan tanpa sebarang maklumat rasmi dari pihak Korea Utara, mereka memburu setiap kenderaan keluar masuk kawasan berkenaan.
Difahamkan Kang Chol akan menaiki pesawat menuju ke Beijing, China pada jam 6.25 petang ini.
Minggu lalu Kang Chol berkata negaranya "tidak mempercayai" cara Malaysia menguruskan siasatan serta menuduh negara ini "bersekongkol dengan kuasa luar" dalam siasatan pembunuhan Jong-nam.
Korea Utara juga pada 22 Februari menuduh Putrajaya sebagai "amat menghina" kedaulatan republik itu berhubung siasatan mengenai pembunuhan berkenaan.
Jawapan itu diberikan ketika Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan kenyataan Kang Chol menuduh Malaysia tidak bersikap adil dalam penyiasatan berkenaan.
Cukup-cukup time baru dia berambus. Ada bini dia sekali kat sini rupanya. Entah-entah sampai beijing terus pegi kedutaan Korea Selatan berpaling tadah.
Bagi I cara pembunuhan Jong Nam ni so messy. Tak cekap. Agen NK nampak tak pandai buat mission. Kalau CIA atau MI6 punya mission percayalah akan sangat kemas dan clean.