|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
Bercakap Dengan Syaitan
10 tahun yang lalu, aku pindah masuk ke apartment kawan aku. Asalnya kawan aku yang duduk kat apartment ni, tapi dia dah tak mampu nak bayar sewa bulanan, jadi aku pun sambung bayar jelah. Masa baru-baru masuk ni, untuk beberapa hari aku tidur di sofa di ruang tamu sebab aku belum beli katil lagi. Dan aku bawak sekali kucing aku sekali duduk di rumah ni. Apartment ni kecik je, dalam 500kaki persegi. Untuk beberapa hari pertama tu, aku pasti akan dikejutkan dengan jeritan kucing aku setiap kali pukul 3 pagi. Kucing aku tidur dalam bilik kosong, pukul 3 pagi dia berlari sambil mengiau-ngiau dapatkan aku di ruang tamu. Setiap kali tu jugaklah kucing aku ni seluruh badannya menggeletar dan bulu ekornya mengembang. Tapi lepas aku belai-belai ia, kami berdua pun sama-sama tertidur...
Beberapa minggu lepas tu, teman lelaki aku pulak pindah masuk. Masa nilah kami mula diganggu oleh entiti demi entiti...
Teman lelaki aku ni keje shift malam jadi dia akan sampai rumah pukul 2 pagi. Ada satu malam tu aku sorang diri je kat rumah dengan kucing aku, kami layan drama tv sambil minum wine. 20 minit tengah syok relaks-relak depan tv tu aku ternampak sesuatu. Tapi sebelum tu aku nak korang bayangkan kedudukan rumah aku ni macam mana dulu. Aku tengah duduk atas sofa depan tv, sofa ni membelakangkan dinding rumah dan di tepi dinding tu ada kaunter dapur yang aku letak lampu kecil. Dari kedudukan aku ni aku boleh nampak pintu bilik air dan pintu bilik utama sebab kedua-dua pintu tu bertentangan dan di tengah-tengahnya ada lampu.
(ni cuma gambaran aku je ye bukan lokasi sebenar)
Tengah syok layan tv tu, dari ekor mata aku, aku nampak lampu kat tengah tu berkelip-kelip. Bukannya berkelip-kelip sebab kurang elektrik, tapi macam ada orang lalu lalang bawah lampu tu. Tapi takde orang. Bila aku perhatikan, eh macam ada bayang-bayang orang lalu bawah lampu tu dengan lajunya. Mestilah aku terperanjat, tapi dalam masa yang sama aku ni berani orangnya. Dengan lantang aku bersuara, "Hey aku nampak kau kat situ! Tunjukkan diri kau!"
Aku pun tunggu, tapi tak muncul pun depan aku. Sebaliknya, di sebelah kanan aku yang ada kaunter dapur tu, aku perasan macam ada orang tengah berdiri kat situ. Aku tak berani nak kalih, jadi aku cuma mengerling je. Tapi entiti tu cuma bayang-bayang je, dan ianya lagi pendek daripada aku. Lembaga tu seakan-akan manusia tapi ianya cuma muncul untuk beberapa saat dan lepas tu ia ghaib macam asap je.
Bila benda tu hilang je aku terus telefon nenek aku, aku ceritakan apa yang aku nampak tadi. Nenek cuma mampu menenangkan aku je tapi lepas kami letak telefon, aku rasa macam nenek tak percaya dengan aku je. Jadi aku pun kali ni aku 'panggil' balik entiti tu. Aku duduk atas sofa dan ber'cakap' dengan entiti tu. "Aku dah nampak kau tadi. Tapi kau muncul sipi-sipi je. Aku nak bukti lagi kukuh yang kau ni memang wujud". Senyap. Di meja kopi depan aku ni ada sebotol air mineral. "Kalau kau masih di sini, aku nak kau angkat botol air tu depan aku ni".
Betul-betul je lepas aku habiskan ayat aku tu, botol air tu terapung-apung dalam 6 inci di udara, botol air tu bergegar-gegar macam ada tangan ghaib yang menggoncangnya. Aku nampak air yang tinggal sikit dalam botol tu mula berasap macam nak mendidih. Aku dah rasa lain macam. "Ok dah dah ! Cukup ! Hentikan semua ini !". Botol tu pun jatuh ke meja. Aku cuba nak pegang botol tu dan masa tulah aku rasa ada sesuatu yang hangat tapi halimunan melanggar aku sampai aku terduduk semula di sofa.
Dalam ketakutan tu aku telefon semula nenek aku, aku ceritakan pada dia apa yang terjadi tadi. Nenek aku tanya aku balik, kenapa aku asyik menjerit-jerit ni? Talian pulak macam tak berapa jelas tapi nenek aku sempat suruh aku pasang lilin dan berdoa. Aku terpaksa letak telefon dan aku pun cari lilin, tapi setiap lilin yang aku nyalakan mesti terpadam sendiri padahal dalam rumah tu mana ada kipas angin pun. Aku dapat rasakan aura dalam rumah tu sangat negatif, macam benda tu tengah marah. Kucing aku pun asyik mendengus-dengus macam nak cari gaduh. Sebab lilin tu asyik terpadam je, aku pun angkut kucing aku sekali keluar dari rumah tu menuju ke rumah nenek aku. Nasib baiklah jugak rumah nenek aku tu tak berapa jauh dari sini.
Aku duduk di rumah nenek sampailah teman lelaki aku jemput aku balik ke rumah kami. Boleh dikatakan lepas tu aku memang tak berani dah nak duduk kat situ sorang diri. Aku sangkakan benda tu dah pergi tapi rupa-rupanya telahanku palsu belaka.
Lewat minggu itu, dah mula dah benda pelik terjadi pada aku dan teman lelaki aku. Masa ni perabot kami dah hampir cukup termasuklah katil, jadi kami dah mula tidur bersama dalam bilik utama tu, termasuklah kucing aku pun tidur sekali dengan kami. Apartment kami ni dah lama dah, pintu bilik tu pun dah berkali-kali dicat sampaikan pintu tu akan berbunyi setiap kali dibuka dan ditutup sebab dah ketat dengan lapisan cat tu. Setiap malam kami akan tutup pintu bilik tu waktu kami tidur. Malam tu, depan mata kepala kami sendiri, kami nampak pintu tu terbuka sendiri. Aku dan teman lelaki aku hanya mampu berpegangan tangan merenung ke luar pintu. Dan benda ni terjadi pada kami setiap malam. Tiap-tiap malam pintu bilik tu akan terbuka sendiri. Aku dan teman lelaki aku terpaksa buat bodoh je, nak tutup balik masing-masing dah tak berani. Dan gangguan tu makin menjadi-jadi, malam-malam kami dengar pinggan mangkuk di dapur berlaga-laga, suara budak-budak bermain di ruang tamu, ada sekali tu bunyi macam orang tengah pasang radio lama....
Tapi tu cuma gangguan biasa je. Aku kena lagi teruk dari itu. Kadang-kadang bila keletihan sangat balik kerja, aku akan tertidur sekejap. Dan setiap kali tulah aku akan dikejutkan dengan suara perempuan menjerit betul-betul di tepi telinga aku.
Mungkin korang tertanya kenapa aku taknak pindah je? Aku baru berusia 19 tahun, duit pun tak berapa ada, dan bayaran rumah tu sangat murah dan kenalah dengan pendapatan aku dan teman lelaki aku masa tu. Lama jugaklah kami bertahan dalam rumah tu, dah cukup duit je kami terus pindah. Kadang-kadang bila aku cerita kat orang diorang taknak percaya tapi memang inilah yang terjadi pada kami...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kereta Depan
Beberapa tahun yang lalu, di satu malam yang sepi aku dan beberapa orang kawan aku dalam perjalanan nak ke kabin milik ibubapa salah seorang daripada kami. Niat kami nak bercuti kat situ. Adalah dalam 6 orang pegi malam tu termasuk aku, jadi kami pun naiklah 2 kereta. Masa tu kami dah di tengah hutan kat mana entah, jalan nak ke kabin tu pun dah gelap gelita. Aku bawak kereta kecil aku, tapi aku cuma ikut kereta lagi satu tu sebab cuma kawan kami tu je yang tau jalan nak ke kabin tu.
Jadi malam tu memang tumpuan aku pada kereta depan jelah, yelah kan sebab tak biasa dengan jalan ni. Pada mulanya kelajuan kereta depan tu ok je, tak laju sangat tak perlahan sangat. Bolehlah kereta kecil aku ni nak ikut diorang. Tapi lama-lama aku perasan, eh kenapa kereta depan ni dah makin laju? Masa ni kami dah mula menyumpah seranah sebab kereta aku ni sebenarnya tak sesuai bawak masuk hutan tak macam kereta diorang kereta pacuan 4 roda. Jarak antara kami makin jauh apabila tiba-tiba kereta depan tu membelok tajam masuk ke kiri. Aku pun ikut jelah.
Kalau jalan tadi pun tak bertar, jalan yang kitorang masuk ni lagilah dah macam bukan jalan pun ye. Nampaklah ada kesan-kesan lapang macam dipijak orang, tapi aku tak rasa jalan ni khas untuk kereta macam jalan tadi. Jalan yang ni semak-samunnya lagi banyak dan lagi gelap dari jalan tadi sebab dah memang dalam hutan. Aku tengok kereta depan tu macam laju je, aku kat belakang terkial-kial nak kawal kereta takut terlanggar lubang dan tunggul kayu. Dahla jalan tu tak rata, gedebak gedebuk la jugak kitorang dalam kereta tu. Aku main-main lampu sebagai isyarat untuk kereta depan jangan laju sangat. Kali ni aku memang betul-betul mengamuk kat kereta depan tu, kawan-kawan yang bersama aku dalam kereta tu senyap je tak kata apa.
Yang mengejutkan kami tu, jalan tu membawa kami ke jalan bertar. Elok-elok je aku belok kanan masuk ke jalan bertar tu, tiba-tiba kereta depan kami tu dah takde. Seolah-olah macam hilang begitu sahaja. Malam yang gelap macam tu mustahillah kami tak nampak cahaya lampu kan. Kali ni kami bertiga dah dalam kepanikan. Tambah panik bila tempat tu takde signal. Nak duduk situ dah seram, jadi kami pun ambil keputusan kita pandu je ke depan mana tau depan tu ada line. Dalam 10 minit memandu tu barulah kami dapat signal, kami pun hubungi kereta depan tu, kongsi lokasi kami dan malam tu akhirnya kami sampai jugak ke kabin tu...
Aku marah-marah la kereta depan tu, kenapa korang ni salah bawak jalan sampai tinggalkan kitorang kat sini? Pastu bawak kitorang masuk jalan hutan pulak? Geng-geng kereta depan tu dah pelik. Geng kereta depan kata, diorang nampak kami yang belok kiri. Diorang pun terkejut jugak kenapa kami tiba-tiba masuk hutan. Rupa-rupanya jugak geng kereta depan patah balik cari kami tapi dah tak nampak kami, diorang rasa jalan tu akan tembus ke jalan tar jadi diorang pun pegi balik ke jalan tar tu.
Kami berenam pun terpinga-pinga, tapi 2 orang kawan aku dalam kereta tadi backup aku, diorang sendiri pun nampak kereta depan yang belok kiri. Yang geng kereta depan pulak kata lain. Tapi yang pasti, kami berenam tak nampak pun ada kereta lain mencelah di antara kami? Habis tu yang kami nampak tu ape?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-4-2022 12:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 10-4-2022 12:29 PM
Kambing Jadian
Cerita ni agak kelakar sikit, tapi pada atuk aku yang mengalaminya inilah peristiwa paling menakutkan dalam hidup dia. Peristiwa ni terjadi pada tahun 1970, atuk aku tinggal di sebuah kampung sawah padi di Nepal. Jadi tempatnya memang luar bandar dan tersorok sikit. Bendang-bendang ni kampung atuk aku ni takde sistem perparitan secara automatik, jadi petani-petani di sini akan bergilir-gilir hidupkan pam sedut air ke bendang masing-masing ikut waktu, kadang-kadang tu sampai ke malam pun kene bangun nak alihkan pam tu.
Nak dijadikan cerita, giliran bendang atuk pada waktu tengah malam. Tapi malam tu bulan penuh mengambang, jadi takdelah gelap sangat suasana malam tu. Tak payah pakai lampu suluh pun boleh nampak. Atuk aku pun pegilah tarik pam air tu ke bendang dia. Lepas selesai kerja tarik pam tu, atuk aku pun berehat jap sambil hisap rokok. Tengah syok layan asap rokok tu, tiba-tiba atuk aku ternampak ada anak kambing kat tepi bendang dia. Masa ni atuk aku dah rasa hairan dah sebab kandang kambing kat sini agak jauh dari kawasan bendang, nak pulak bendang atuk aku ni agak jauh dari kawasan kampung. Lagipun kambing ni selalunya berkumpulan jarang la anak kambing nak jauh dari induknya. Tapi atuk aku lawan rasa curiga tu dengan beranggapan mungkin anak kambing ni terlepas dari kandang pastu sesat.
Atuk aku pun tangkaplah anak kambing tu, cadangnya dia nak bawak tambat kat kampung je. Atuk aku dukung anak kambing tu atas bahu dia sambil memegang keempat-empat kakinya.
Nak balik ke kampung atuk aku kena panjat bukit sikit. Masa dia nak panjat bukit tulah tiba-tiba anak kambing tu berbisik pada dia ‘cantiknya bulan malam ni kan?’ Suara sebijik macam manusia. Atuk aku punyalah terkejut dia pegi campak je anak kambing tu dan dia pun lari lintang-pukang naik bukit. Dah sampai ke puncak atuk aku toleh belakang dan anak kambing tu dah takde!
Malam tu atuk aku langsung tak boleh tidur. Dia selalu terfikir ape bende yang dia dukung malam tu. Ataupun tu cuma imaginasi dia je?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-4-2022 01:13 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 10-4-2022 01:14 PM
Gadis Sesat
Cerita ni aku dapat masa aku pegi ke satu kem ni. Masa malam unggun api kami akan bertukar-tukar cerita hantu, jadi ada sorang peserta ni kongsilah pasal satu cerita kat tempat dia di New Hampshire.
Di New Hampshire ni ada sebuah taman hutan di kawasan pergunungan White Mountains. Sepanjang White Mountains ni kena lalu satu lebuhraya yang dinamakan Kancamagus. Jalan ni memang terkenal dengan pemandangan yang sangat indah tapi jalan ni agak sempit yang jenis tak boleh memotong dan bengkang-bengkok.
Ada satu keluarga ni nak pegi ke taman hutan ni untuk habiskan hujung minggu mereka berkhemah dalam hutan, jadi mereka dah masuk ke kawasan lebuh raya tu pada Jumaat petang. Nak dijadikan cerita, ada sekatan jalanraya oleh polis pulak, dan diorang satu kereta ni kena ikut satu lencongan. Keluarga ni baru pertama kali datang ke tempat ni, jadi diorang pun ikut jelah arahan polis. Diorang terpaksa berpatah balik dan ikut jalan lain tapi akhirnya mereka sampai jugak ke tapak perkhemahan tu, tapi hari memang dah nak masuk malam.
Bila dah daftar masuk, sembang-sembang dengan renjer hutan kat situ, barulah diorang tau oh rupa-rupanya sekatan jalanraya tu sebab ada kemalangan. Agak teruk jugak kemalangan tu sampai kena tutup jalan, tapi diorang tak fikir apa sangat, yelah datang sini nak bersuka-ria kan, jadi diorang pun teruskan aktiviti memasang khemah dan berbbq untuk makan malam.
Tengah seronok-seronok berkumpul makan malam tu, tiba-tiba muncullah seorang gadis muda berambut hitam muncul bertanyakan arah jalan pada keluarga tu. Gadis muda tu rambutnya kusut masai, pastu tak pakai jaket dan dia nampak macam terpinga-pinga. Keluarga ni pun tak tau mana arahnya jadi diorang cadangkan suruh gadis pegi tanya renjer hutan kat pintu masuk tadi je. Bila gadis tu dah pergi baru diorang teringat eh renjer mesti dah balik sebab dah lepas waktu operasi, tapi gadis tu tak muncul-muncul pun. Keluarga ni pulak lama-kelamaan lupa dah pasal gadis tu dan diorang pun teruskan aktiviti perkhemahan mereka seperti biasa.
Aktiviti diorang esok paginya adalah mendaki bukit tapi nak pergi ke titik mula mendaki tu kena keluar dari tapak perkhemahan tu dan kena naik kereta, bila diorang dah kat luar baru diorang tau oh kemalangan semalam tu memang dekat je dengan tapak perkhemahan ni. Luar pagar tapak perkhemahan tu je pun. Sebab diorang nampak ada kesan tayar terbabas dan tumpahan minyak kat situ. Tapi diorang tak fikir apa jadi diorang pun teruskanlah aktiviti diorang kat situ.
Hari Ahad, diorang pun nak balik rumah dah. Tapi diorang sempat singgah sekejap ke pekan berhampiran nak cari cenderamata. Si ayah beli suratkhabar. Suratkhabar tu melaporkan berita tentang mayat mangsa kemalangan di Kancamagus sudah berjaya dikenalpasti. Gambar peribadi simati turut dipaparkan di suratkhabar itu. Yang memeranjatkan si ayah, wajah si mati tu sebijik macam gadis muda yang datang ke khemah dia pada malam pertama tu. Yang lagi menakutkan tu, si mati telah meninggal dunia di tempat kejadian! Bila si ayah tunjuk gambar tu pada ahli keluarga dia, diorang pun ngaku diorang cam muka si gadis tu.
Cerita ni mula merebak di kawasan situ dan menjadi salah satu urban legend White Mountains……
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-4-2022 07:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Pendatang Tanpa Izin
Dulu semasa aku di sekolah menengah, kami sekeluarga tinggal di sebuah rumah di kawasan luar bandar berdekatan dengan Mexico. Bandar tempat kami tinggal ni cuma beberapa jam je dari sempadan USA-Mexico, dan kawasan ni adalah kawasan gurun kering-kontang dan aktiviti ekonomi di sini banyak tertumpu pada ternakan lembu. Belakang rumah aku sendiri adalah tanah keluarga aku seluas 100 ekar padang ragut, pastu dikelilingi belukar tanda batu sempadan tanah kami. Kadang-kala kami nampak ada pendatang tanpa izin dari Mexico berjalan merentasi padang kami ni. Masa tu boleh dikatakan hari-hari kami dengar cerita ada penduduk sini terjumpa mayat pendatang tanpa izin ni, dari usia kanak-kanak sampailah ke orang tua. Mayat-mayat ni meninggal dunia dipercayai akibat terdedah kepada cuaca panas melampau dan terlalu dahaga. Ada jugak pendatang yang ditinggalkan begitu sahaja oleh kumpulan mereka, kalau bernasib baik sempat ditemui penduduk tempatan bolehlah diselamatkan, kalau tidak mereka cuma terbaring menunggu nyawa dicabut jelah. Penduduk-penduduk kat sini memang cepat simpati pada pendatang dari Mexico ni sebab kami faham keadaan di Mexico yang dikuasai penjenayah dan kartel dadah, diorang ni cuma rakyat biasa je, kalau lari pun sebab dah tak selamat kat sana.
Atas sebab itu jugaklah, bila kawan-kawan aku datang melepak kat rumah aku, kalau hari dah lewat sangat aku akan suruh diorang bermalam je kat rumah aku. Kat sini pun ramai jugak penduduk USA yang berketurunan Mexico.
Pada satu malam tu, aku nak pergi ke tandas,nak ke tandas tu aku kena lalu bilik ayah aku. Aku nampak pintu bilik ayah aku terbuka dan lampunya menyala. Aku pun pegilah jenguk ayah aku. Aku tengok ayah aku tengah duduk atas katil dan di atas meja tidur dia ada segelas air kosong. Ayah aku ni orang tua yang cerewet sikit, dia tak benarkan kami bawak makanan atau minuman ke bilik masing-masing takut semut, jadi aku pun naik hairan lah eh kenapa ayah langgar peraturan dia sendiri?
Belum sempat aku tanya, ayah pulak tanya aku, ‘eh mana pegi kawan kau tu?’. Aik kawan mana pulak ni? Rupa-rupanya ayah aku ingatkan aku ada bawa balik kawan datang tidur rumah kami malam tu. Tapi kenapa ayah berfikiran macam tu? “Tadi kawan kau masuk bilik ayah, dia kejutkan ayah. Dia cakap dia haus sangat dia nak minum air. Ayah kesian pulak tengok dia. Ayah suruh dia tunggu kejap dalam bilik, tapi bila ayah balik dari dapur tengok kawan kamu takde pulak”. Tegak bulu roma aku bila ayah cerita macam tu? Budak mana pulak datang rumah kami yang terceruk ni?
Malam tu jugak kami kejutkan ahli keluarga yang lain, tiada sorang pun ngaku ada bawak kawan balik rumah. Kami cari jugak satu rumah tu kot-kotla ada penceroboh ke, tapi takde. Cuma kami sekeluarga je dalam rumah tu.
Peristiwa ni jadi kenangan aku dan ayah. Beberapa tahun kemudiannya, kami ada bersembang dan terbangkitlah pulak pasal kisah ni. Ayah kata, mungkin budak yang datang mintak air kat dia malam tu adalah roh anak pendatang dari Mexico yang meninggal kehausan kat situ…
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wahh..3 cerita sekaligus TT hidangkan..
TT terbaik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, ade cerita lagi.. Keep up the good work TT.. Million thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Kem Liberty
Tahun 2009 aku bersara jadi tentera, tapi sebab aku masih punya minat nak berkhidmat jadi aku pun sambunglah keja kontraktor keselamatan di Iraq. Kerja baru aku ni memerlukan aku untuk pergi merata-rata negara tapi untuk buat apa, biarlah itu menjadi rahsia. Penghujung Ogos 2009 aku ditempatkan di Mosul, kemudian aku diarahkan ke Balad pulak tapi sebelum tu aku tumpang kenderaan tentera USA ke Baghdad dulu. Dalam trak tentera tu aku naik sekali dengan beberapa orang tentera yang asyiklah terbatuk-batuk macam tak sihat je.Seminggu kemudian, aku pulak yang tak sihat, jadi aku pun jumpalah doktor kat bes tentera tu.
Doktor sahkan aku menghidap selesema babi (swine flu), kemungkinan terjangkit dengan tentera hari tu. Jadi aku dikehendaki untuk kuarantin selama 7 hari di sebuah kem yang letaknya 5 batu je dari bes tempat aku duduk ni, nama kem tu adalah Kem Liberty. Pertama kali aku jejak kaki ke Kem Liberty ni aku rasa seram gak sebab kat kem ni jugak tempat tentera kumpulkan peralatan perang termasuklah kenderaan yang hancur kena bom. Pastu dikelilingi dengan pagar dinding konkrit tinggi. Kem ni adalah dalam 20 treler panjang pastu susunan bereknya macam rumah teres, korang boleh memandu di tengah-tengah berek tu. Berek tempat aku kena kuarantin ni paling hujung sekali, berkembar dengan berek lain dan berkongsi bilik air.
Dah nama pun kem tentera kan, pertama kali aku jejak masuk dalam berek tu memang debu habis sana sini. Memanglah Iraq ni padang pasir tapi aku rasa debu tu sebab dah lama takde orang duduk situ. Dalam berek tu ada katil tilam, ada meja, ada penghawa dingin dan siap ada bilik almari simpan baju lg tu. Aku terperasan kat dinding tu ada orang letak kalendar tapi kalendar tu Julai 2007. Jadi aku jangkakan selepas 2 tahun akulah orang pertama yang masuk ke berek tu.
Aku datang dengan kawan aku, jadi kawan aku cakap nanti dia datang sini balik bawa kain poncho buat alas tidur dan laptop untuk aku hilangkan kebosanan kuarantin 7 hari nanti. Dia janji nanti makan pun dia bawak, aku ucapkan terima kasih pada dia. Masa tu dah tengahari, selepas kawan aku tinggalkan aku disitu, masa tu aku tengah pening-pening aku pun baring jelah atas katil tu, dan aku pun tertidur....
Walaupun aku tengah tidur, tapi aku terdengar macam ada 2 orang tengah berbisik di luar pintu berek aku. Kedua-dua orang tu bercakap bahasa campur Farsi dan English. Aku tak dapat nak tangkap apa yang dibualkan tu, tapi sebab kepala aku pening sangat aku pun tak boleh nak buat apa. Lewat petang tu, kawan aku pun sampailah dengan barang-barang yang dia janji nak bawak tadi, dan dia bawak sekali sebilah pisau tanto milik aku. Sebenarnya kat sini kami tak dibenarkan bawak sebarang senjata, tapi bagus jugak ada pisau ni. Lepas kawan aku pergi, aku pun sambunglah tidur beralaskan poncho tadi.
Lewat malam tu aku terjaga menghadap dinding. Sebab penat sangat sampai aku tak bukak lampu bilik jadi memang gelaplah malam tu. Dalam kegelapan tu aku terdengar suara 2 orang tengah berbisik-bisik dalam bilik aku tu.
"Kau pergilah tanya dia"
"Taknaklah kaulah yang tanya"
Terbuntang terus mata aku. Sape pulak dalam bilik aku ni? Aku yakin tadi aku dah kunci pintu bilik lepas kawan aku balik. Tiba-tiba katilku ditendang orang sampai bergegar, kali ni aku terus terbangun, mataku melilau-lilau mencari kelibat orang, tapi takde. Aku sorang je dalam bilik tu. Aku punyelah terkejut sampai ke bawah katil pun aku periksa. Kemudian aku ke bilik simpan baju , dah tak nampak orang aku sengaja bukak lampu dalam almari tu pastu pintunya pun aku tutup sikit je,saja nak kasi cahaya masuk.
Aku masih lagi dalam kesakitan, jadi aku terpaksa sambung baring cuma kali ni aku berselubung bawah poncho tadi. Suasana kembali senyap, aku pun tertidur semula. Sejam kemudian aku dikejutkan kembali dengan suara yang sama, cuma kali ni ianya bukan bisikan lagi. Seorang lelaki dengan tegas berkata, 'Biarlah aku yang tanya dia'. Aku terkaku bawah poncho tu, aku dapat rasakan di hujung katilku di bahagian kaki ada orang duduk di situ. Aku pun apa lagi, terus bangun terduduk dan aku dapat rasakan orang yang duduk di hujung katil tu macam terlompat sebab terperanjat. Kali ni memang aku terjaga sepenuhnya tapi aku tak nampak orang lain pun dalam bilik tu.
Bilik tu yang asalnya bau penghawa dingin dan debu kini diselubungi bau macam benda terbakar. Aku sangkakan mungkin penghawa dingin tu rosak jadi aku pun cubalah nak periksa penghawa dingin tu, masa tulah aku terdengar ada suara di belakang aku berkata, 'tanyalah dia'.
Ah amende pulak ni? Nak kata orang bukan. Tapi aku cuba menggagahkan diri, aku berlakon seolah-olah aku sedang berhadapan dengan tentera pangkat bawah. "Baris! Sedia!" Macam orang gila aku bercakap sorang-sorang dalam berek tu. "Skuad! Rehatkan diri!". Kemudian aku cakap nanti aku datang check balik, pastu aku pun terus keluar dari berek tu dengan pintu bereknya terbuka. Aku tengok jam di tangan, baru pukul 4 pagi. Matahari dah mula menampakkan wajahnya di ufuk timur. Aku duduk di anak tangga berek tu dan tepat jam 6.00 pagi kawan aku sampai bawak sarapan. Kawan aku dah pelik tengok kenapa aku kat situ? Aku cakap kat dia, aku nak balik taknak dah duduk sini. Tapi kawan aku gelak je suruh aku relaks, aku ada 6 hari lagi kat sini. Seharian tu aku tak masuk berek langsung.
Kawan aku datang semula bawak makanan tengahari dan makan malam tapi dia jumpa aku kat tepi pagar konkrit tu. Dia bertanyakan keadaan aku, tapi aku kata kat dia, kalau kau nak tau ko bawak aku keluar dari sini dulu baru aku nak cerita. Kawan aku gelakkan aku je. Malam tu, kejadian sama berlaku pada aku tapi kali ni memang aku buat bodoh je.
Bersambung
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 15-4-2022 04:51 PM
Kem Liberty Bahagian Akhir
Dah 2 malam aku kat sini maksudnye 2 malamlah jugak aku diganggu suara tanpa badan itu. Hari ketiga, aku tengah lepak-lepak kat luar berek tu apabila datang sebuah jip tentera berhenti di berek sebelah aku tu. 4 orang askar mengangkat seorang askar berpangkat prebet yang macam tengah tidur, pastu diorang campak je prebet tu ke berek sebelah. Askar-askar tu tinggalkan sekotak makanan tentera dan satu pek 12 botol air mineral untuk prebet tu. Sebelum askar-askar tu blah aku sempat terdengar diorang gelak-gelak 'ha rasakan kau'. Aku agak mungkin diorang tengah ragging prebet tu.
Aku lepak kat luar sampai pukul 11 malam, pastu aku siap-siaplah nak masuk tidur. Kali ni aku macam dah lali dengan gangguan tu tapi ajaibnya malam tu takde pulak aku kena kacau. Esok pagi pukul 5 pagi aku dah siap-siap tunggu kawan aku bawak sarapan, apabila prebet yang ditinggalkan di berek sebelah tu berlari keluar dari berek dia dengan muka pucat lesi dan ketakutan. Dia pandang kiri kanan dan nafasnya kencang macam orang baru habis lari pecut. Aku senyum kat dia, aku sempat tegur dia, 'kau ok tak tu?'. Aku tawarkan sebatang rokok pada prebet tu, tangan dia punyelah menggeletar sampai nak hidupkan mancis pun tak boleh. Aku senyum jelah aku dah agak mesti suara tu pegi kacau prebet tu malam tadi. Prebet tu macam teragak-agak nak tanya aku, 'encik selama kat sini err... errr...'
"Mesti kau jumpa 'diorang' kan malam tadi?". Bila aku cakap macam tu barulah prebet tu macam tenang sikit. Aku sambung lagi, "diorang tu bukan nak apa-apakan kau pun, tapi aku paham mesti kau seram kan". Prebet tu senyap sekejap, pastu dia cakap kat aku dia nak balik, dia taknak tidur situ lagi. Aku cuba pujuk-pujuk dia, aku cakap aku ada lagi 4 hari kat sini, apa-apa hal aku ada je kat sebelah. Tapi dia berdegil nak balik jugak, walaupun aku tau kalau dia balik tu confirm punya dia kena nganjeng dengan geng askar kat itu.
Tinggallah aku sorang kat situ. Kawan aku mengotakan janjinya nak bawak makanan kat aku 3 kali sehari, tapi setiap kali dia datang tu dia hairan tengok aku lepak kat luar berek je dengan pintu terbuka. Kawan aku tanya jugak kenapa, tapi aku janji kat dia nanti lepas habis kuarantinlah aku cerita kenapa. Akhirnya kuarantin aku pun tamat, kawan aku datanglah nak ambil aku, kawan aku macam tak sabar nak tau pengalaman aku kat berek tu, aku pulak amek kesempatan kat dia belanja dulu aku makan pizza baru aku nak cerita hahaha
Sebelum kami betul-betul boleh blah, kami kena pergi pulangkan kunci berek tu kat pejabat bilet dulu. Masuk-masuk je kami disambut oleh seorang tentera berkulit hitam berbadan tinggi dan kekar tengah mengamuk kat orang bawahan dia. Nampak dia macam mood tak elok. Lepas je orang bawahan tu pegi aku pun perkenalkan diri sebagai pesakit kuarantin. Dia tanya aku, ada apa-apa masalah tak kat berek tu? Aku pun cakaplah kat dia, "Chief ko buang jelah kunci berek ni dan berek sebelah tu. Jangan benarkan sesiapa duduk dalam dua-dua berek tu lagi". Chief tu tak puas hati dia tanya aku kenapa dengan berek tu? "Kalau aku cerita mesti chief taknak percaya, tapi chief pergilah tido sendiri dalam berek tu semalam dua rasa sendiri". Chief tu terus rampas kunci berek di tangan aku, kawan aku hairan bercampur pelik tengok aku sanggup cari gaduh dengan chief tu.
Sejam kemudian, masa tengah makan pizza, aku cerita A sampai Z pada kawan aku pasal apa yang berlaku. Sebenarnya aku kira-kira adalah 7 ke 10 entiti berlainan yang memunculkan diri sepanjang aku tidur kat situ. Tapi entiti-entiti tu tak bahaya pun, tapi diorang macam keliru. Entiti-entiti tu tak ikut aku keluar atau masuk ke bilik air, tapi aku perasan kalau berek lain ada orang entiti-entiti tu akan pegi ke situ pulak. Selalunye entiti-entiti tu akan muncul lewat petang sampai ke pagi, tapi sebelum matahari terbit entiti tu akan hilang sendiri. Ada sekali tu aku saja ajak bersembang, aku cakap kat entiti tu diorang kena tinggalkan dunia ni sebab dunia ni dah bukan dunia diorang lagi. Aku tak sempat nak dapatkan nama-nama entiti tu, tapi aku rasa entiti-entiti tu adalah roh-roh tentera yang meninggal dunia apabila kenderaan mereka dibom dengan IED. Mungkin entiti-entiti ni tak tau pun yang diorang dah takde... malangnya kawan aku kata aku ni menipu je. Mungkin sebab aku sakit sangat sampai terbayangkan benda bukan-bukan. Aku pun tak boleh nak buat apa kalau dia taknak percaya kan?
Bagi yang tak biasa, kat kem tentera ni ada satu tempat yang dinamakan Post Exchange atau kami panggil PX, PX ni ada macam kedai-kedai jugak kalau nak beli apa-apa, kat Kem Liberty pun ada jugak PX ni. Seminggu selepas kejadian tu aku sajalah jalan-jalan kat PX tu saja nak cari cenderamata apabila tiba-tiba aku terasa bahuku ditepuk orang. La rupa-rupanya chief bengis hari tu ke? CHief tu cakap dia dah ikut nasihat aku, dia dah buang dah kunci berek tu. Chief tu ceritalah, chief tu masih tak puas hati ngan aku hari tu,jadi petang tu dah nak masuk senja, dia pun pergilah ke berek tu sebab dia ingatkan aku dah sepahkan atau rosakkan berek tu. Masa tulah chief tu dengar suara tanpa badan tu, dan suara tu nak bercakap ngan dia.
Tak lama lepas tu selepas berundurnya USA dari Iraq kem tu dikembalikan kepada kerajaan Iraq. Agak-agaknya siapalah kan yang bertuah dapat berek tu?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya kisah misteri TT translate. Terima kasih tt sebab meriahkan rumah mps.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tq tt...cepat btl update crta tntra Iraq.. xsmpat nk Komen smlm |
|
|
|
|
|
|
|
Best cerita kem liberty nie..sedih pula dengab roh - roh askar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Mencari Orang Sesat Dalam Hutan
Aku merupakan seorang petugas kecemasan yang dah berkhidmat selama lebih dari 10 tahun. Macam-macam kes aku penah tengok, kes gantung diri, bunuh diri, pembunuhan, kemalangan tragis, macam-macamlah kes aku pernah jumpa. Tapi ada satu kes ni yang buat aku percaya kepada kewujudan paranormal. Sebelum tu aku merupakan seorang yang skeptikal dan aku anggap benda macam hantu dan entiti ni mengarut je.
Pada satu malam tu, pejabat aku dapat aduan ada kes orang hilang di sebuah hutan besar berdekatan dengan pejabat aku. Pukul 1 pagi kami berkumpul di hutan yang dimaksudkan, tapi sebab hutan tu bukan kawasan taman negara, jadi untuk kes ni kami kena bekerjasama dengan penduduk tempatan membentuk satu kumpulan pencarian. Orang hilang tu merupakan remaja belasan tahun dan telefon bimbitnya dikesan mengeluarkan 'ping' di kawasan tengah-tengah hutan tu. Dalam kumpulan ni aku dipasangkan dengan seorang penduduk tempatan yang pertama kali aku jumpa, sebelum ni tak kenal pun. Pasangan aku tu seorang lelaki yang nampak muda betul, aku rasa mungkin dia ni kawan kepada orang hilang tu.
Kami berdua sedang berjalan masuk dalam hutan tu, masa ni kami masih ramai-ramai lagi tapi berselerakan dengan pasangan masing-masing. Aku rasa adalah dalam 1 jam kami berjalan tu, tapi aku takdelah boring sangat sebab budak muda tu peramah orangnya. Macam-macam yang kitorang sembangkan, sehinggalah kami berdua terdengar bunyi pekikan yang runcing, aku tak pasti tu bunyi pekikan ape tapi yang pastinya ianya bukan suara manusia. Aku dan budak tadi pun berlari menuju ke arah suara pekikan tu. Entah kenapa aku rasa kenapa kitorang je perasan suara tu sebab geng-geng lain tak kelam-kabut macam kami pun.
Kami berlari dalam 10 minit la jugak apabila lampu suluh aku tersuluh pada satu pokok yang sangat besar ni. Pokok tu memang besar betul, dengan batangnya aku rasa adalah dalam 2-3 pemeluk dan akarnya berselirat mencengkam tanah. Di belakang pokok besar tu aku ternampak ada semacam bahu manusia tengah terhinggut-hinggut.
Aku akui persekitaran kat situ memang gelap, masa nilah jugak budak muda yang bersama aku tadi tiba-tiba lari bukak langkah seribu patah balik meninggalkan aku! Binawe betul, dah tau penakut takyahlah ikut masuk hutan. Sebenarnya aku pun seram jugak tapi aku gagahkan jua mendekati manusia di belakang batang pokok tu. Masa tu jam dah nak masuk pukul 3 pagi, sebelum tu aku berhubung dulu dengan pasukan aku melalui radio, aku percaya aku dah jumpa dah remaja hilang tu. Perlahan-lahan aku mendekati dia, tapi aku saja taknak panggil takut remaja ni sebenarnya tengah khayal baru lepas hisap ganja karang terkejut dia lari pulak.
Aku cuba nak memegang bahu remaja tu, tapi tangan aku macam pegang angin. Aku cuba pegang lagi, tapi rupa-rupanya yang aku pegang tu bukanlah jasad manusia, tapi macam bayang-bayang lutsinar seorang manusia. Bayang-bayang tu bergoyang-goyang dan bergetar-getar macam dah nak hilang, bila aku suakan tangan aku cuba nak pegang bayang-bayang tu lagi, dan aku bersumpah, tempat tu yang gelap-gelita kini jadi terang-benderang macam hari siang. Malam yang sejuk tu bertukar jadi hari siang di musim panas dengan haba setinggi 40 darjah. Aku siap dengar bunyi kicauan burung-burung lagi dan ianya sangat menenangkan.
BOOM. Suasana jadi gelap semula. Bayang-bayang tu hilang dan aku terdengar bunyi derapan tapak kaki. Rupa-rupanya rakan sekerja aku dah jumpa lokasi aku. Aku cerita kat kawan aku tu apa yang aku nampak, kawan aku ni macam taknak percaya tapi selama ni aku seorang yang serius, aku tak pernah menipu orang, jadi kawan aku tu senyap jelah. "Mana pegi budak muda yang dengan aku tu? Celaka betul lari tinggalkan aku macam tu je". Masa nilah baru kawan aku berani bersuara.
"Kau cakap ape ni? Selama ni kau sorang jelah jalan dalam hutan tadi. Mana ada orang temankan kau pun. Lagipun mana ada budak muda join pencarian kita". Pastu kawan aku pun ceritalah, sebenarnya pasukan kami dah jumpa pun orang hilang tu, sebenarnya orang hilang tu gantung diri di sebatang pokok sebelah utara dari tempat kami tu. Tiada siapa pun yang perasan aku takde sampailah aku radio diorang tadi. Terpinga-pinga jap aku, aku pun keluarlah dari tempat tu ikut kawan aku ke lokasi orang hilang tu ditemui.
Mayat baru je diturunkan jadi aku pun sempatlah nak tengok wajah mayat. Apsal macam kenal je ek? Pastu baru terperasan, eh bukan ke budak ni yang tadi temankan aku masa misi pencarian dalam hutan tadi? Teringat pulak topik perbualan kami tadi, budak ni banyak cerita pasal keluarga dia, pasal cita-cita dia, pasal inspirasi dan aspirasi dia. Habis tu selama ni aku ditemani oleh roh ke?
Apapun, pengalaman itu tidak mematahkan semangat aku nak bertugas sebagai petugas kecemasan. Aku masih lagi meneruskan kerjaya ini, tapi aku masih lagi teringat-ingat pasal budak lelaki tu....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kipidap TT
Antara favourite thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 18-4-2022 10:58 AM
Pengalaman Mencari Orang Sesat Dalam Hutan
Aku merupakan seorang petugas kecemasan yang dah berkhid ...
Sedihnya tang roh budak tu bcakap ttg famili, cita2 dan aspirasi dia. There must be something yg buatkan dia bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
As always, GOOD JOB TT!!!
Keep up the amazing work.. Sentiasa setia menunggu buah tangan yang terbaru..
Million thanks TT.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah bestnyer TT... update citer baru lagik ya |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 18-4-2022 10:58 AM
Pengalaman Mencari Orang Sesat Dalam Hutan
Aku merupakan seorang petugas kecemasan yang dah berkhid ...
Bestnya cerita nie..tapi sedihnya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 26-4-2022 12:50 PM
Gurun California
Suatu ketika dulu, aku pernah bermastautin di California bersama-sama kawanku. Peristiwa ni terjadi semasa aku dan kawan aku ni tengah bersiar-siar di kawasan gurun California menaiki kereta kawan aku tu. Tengah syok menikmati pemandangan gurun tu, tiba-tiba kereta kawan aku ni rosak di tengah jalan pulak. Yang lagi bijak tu kami berdua tak bawak telefon bimbit pulak tu. Kalau bawak pun tak guna jugak sebab kawasan gurun tu tiada liputan telekomunikasi.
Kawan aku jenis tak sabar, jadi dia cadang nak jalan kaki je cari stesen minyak. Aku pulak rasa berat hati nak tinggalkan kereta tu, tapi nak tak nak aku terpaksa jugak ikut kawan aku. Takkan aku nak duduk dalam kereta ni sorang-sorang kan. Jadi di tengahari rembang matahari tegak atas kepala tu kami berdua pun berjalanlah di gurun tu. Kami berharap adalah kereta lain lalu kat situ, tapi walaupun dah sejam kami berjalan, tayar kereta pun tak nampak. Yang kami nampak, susuk tubuh seorang manusia tengah berjalan di belakang kami, tapi jaraknya agak jauh ditambah pulak dengan biasan cahaya matahari, jadi kami tak nampak pulak rupanya macam mana. Yang pasti dari susuk tubuhnya macam lelaki. Kawan aku kasi cadangan suruh tunggu je lelaki tu, kita jalan sama-sama, tapi aku dah tak sedap hati. Aku suarakan kepelikan aku, waktu macam ni sape je sanggup jalan tengah-tengah panas kat tempat jin bertendang. Tempat ni bukan ada kawasan perumahan pun, jadi dari mana lelaki tu datang?
'Alah agaknya orang tu pun kereta rosak jugak kot macam kita'. Berfikiran positif sangat la pulak kawan aku ni. 'Bro ko cuba fikir logik kita ni dah sejam berjalan satu kereta pun kita tak nampak. Kalau betul kereta orang tu rosak pun macam mana dia boleh perasan dan nampak kita pastu ikut kita? Kita pun tak perasan dia'. Kawan aku berfikir sejenak, dia pun rasa logik jugak pandangan aku tu, jadi kitorang pun teruskan jugak berjalan kaki tanpa menghiraukan susuk tubuh yang tengah berjalan tu.
Jalan punya jalan, sekali sekala kami pun ada pandang belakang. Yang seramnya lelaki tu makin lama makin dekat. Awalnya lelaki tu nampak macam bayangan yang bergoyang-goyang dek pantulan cahaya dan haba, sekarang ni susuk tubuhnya dah nampak mapan. Tanda jaraknya makin hampir dengan kami. Tanpa bersuara aku dan kawan aku mula mempercepatkan langkah kami. Sesekala kami toleh belakang tengok lelaki tu masih ada lagi. Peliknya aku yakin lelaki tu nampak kami tapi kenapa takde nak panggil kami pun.
Akhirnya kami ternampak satu hentian trak ni, kat situ pulak memang ada trak tengah parking. Dari berjalan kami pun jogging beriya-iya nak sampai ke hentian trak tu. Dalam hati memang kami rasa sangat bersyukur tak terhingga. Lagi seronok kat hentian tu ada mesin air gedegang. Dahle kami tengah kehausan ni. Walaupun kami dah selamat berada di tempat yang ada orang, tapi mata kawan aku tak lepas dari memandang ke arah lelaki itu. "Wei ko tgk tu", kawan aku mencuit sikuku, "lelaki tu dah tak ikut kita dah". Ye memang betul, lelaki tu tegak statik je di tepi jalan raya. Kami berdua rasa pelik dah, kalau betul lelaki tu orang yang dalam kecemasan macam kami, takkanlah dia taknak datang ke hentian trak ni kan? Kali ni memang kami dah rasa seram sejuk, bulu roma merinding dan kami pun cepat-cepatlah masuk ke satu kedai kat situ nak pinjam telefon.
Kawan aku menghubungi geng motor dia yang kebetulan keje mekanik dan ada trak penunda. Kawan dia setuju nak amek kitorang kat tempat kereta kami tersadai tadi. Kami juga sangat-sangat bernasib baik sebab ada pemandu trak yang kebetulan nak ke arah kami datang tadi dan dia pun sanggup nak tumpangkan kami ke kereta kami. Dalam perjalanan balik tu, kami kena melintasi lelaki misteri tadi. Kami nampak lelaki tu cuma berdiri tegak je di tengah panas, tapi yang hairannya pemandu trak tu macam tak perasan pun kewujudan lelaki itu. Bila kami makin menjauh, aku intai di cermin pandang belakang dan lelaki tu dah takde.
Hari tu kami berjaya jugak balik rumah dengan selamatnya tapi lelaki itu kekal misteri di ingatan kami.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kudos buat TT kerana rajin update
Udah I tabur tacang raya yer |
|
|
|
|
|
|
| |
|