CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nizam_muse

PUISI CINTA

[Copy link]
Post time 14-11-2006 09:02 AM | Show all posts
fuh...bole jd jiwang oo...klu bad selalu layan puisi2 kt sini...best ar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2006 02:04 PM | Show all posts
tengah tengok lirik lagu lagu lama. lagu ni salah satu, kalau tak silap P.Ramli yang nyanyikan, tapi yg ni jamal Abdillah. teringat zaman kecil kecil.

Jamal Abdillah

Tidurlah Permaisuri

Tidurlah tidurlah
Wahai permaisuri
(Tidurlah wahai permaisuri)

Tidurlah
Wahai permaisuri
Tidurlah
Pejam mata ahai tidur nyawa

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Kuberjanji wahai dewi suci
Kaulah permaisuri
Bersumpahlah dalam hatimu
Bahawa kau kekasihku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah kamu
Permaisuri tidurlah
Permaisuri tidurlah
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 02:06 PM | Show all posts
ni jumpa kat satu muzium, rasa lawak gak...betul ke? saya snapped jugak gambar.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 02:24 PM | Show all posts
teringat mak, ayah, teringat kampung laman, teringat zaman kecil kecil, teringat kakak abang......masa berlalu begitu pantas, cepat semuanya jadi dewasa dan ada hidup masing masing. Agaknya sebab tu orang cakap kena selalu hargai setiap masa yang ada bersama. ni puisi untuk mereka...

Buat kalian yang ku cintai



Buat mak..
terima kasih melahirkan saya
Kadang rindu sukar di lafazkan dengan kata kata
Namun di hati saya mak sentiasa bertakta

buat ayah,
nanti saya lawat ayah di pusara
lama sudah kita tak berbicara

kakak dan abang
saya rindu kan kalian
teringat semasa kecil bersama berlarian....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 02:29 PM | Show all posts
masa di atas ni, sejuk menggigil, masih boleh teringat kat dia....tu kawan kawan sedang jalan, saya kat belakang, ambik pic.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 02:31 PM | Show all posts
ok, dah. hehe. bicara nostalgik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2006 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by memories at 14-11-2006 02:29 PM
masa di atas ni, sejuk menggigil, masih boleh teringat kat dia....tu kawan kawan sedang jalan, saya kat belakang, ambik pic.


kat maner ni memories?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 12:28 AM | Show all posts
Originally posted by memories at 14-11-2006 02:31 PM
ok, dah. hehe. bicara nostalgik.




adakah memories merindui seseorang ? luahan rasa di hati, semoga dia mengertii....lagi bermakna jika dia turut sama merindui.....:love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2006 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by nizam_muse at 14-11-2006 08:32 PM

kat maner ni memories?


kat tempat saudara saya tinggal, masa saya pegi cuti raya ari tu, nizam.

ps: apasal quote pic tu besarnya, lambat loading nanti....hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by BingkaUbi at 15-11-2006 12:28 AM




adakah memories merindui seseorang ? luahan rasa di hati, semoga dia mengertii....lagi bermakna jika dia turut sama merindui.....:love:


hmm...rindu nak makan kira tak bingka? ari ni saya rindu nak makan mihun sup.....hehe, dari pagi tadi teringat. yang pedasnyer, letak cili padi, asam limau....ayam.......sawi. aper lagi ya? :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 01:16 PM | Show all posts
Kisah hari ni......hehe. hasil perbincangan yang agak "intense"......ini lah lapurannya, ...di beritakan ketika lapuran ini di tulis, dia sedang menikmati kari kepala ikan dengan cukup korum. Juga akhirnya kami bersetuju bahawa mihun sup lebih sedap di makan dengan sambal, bukan cili kicap. tiada bantahan yang arif, setelah melawat board FNR.

Kisah kari kepala ikan dan mihun sup




Masalahnya satu saja
Dia tak caya kari kepala ikan makan dua orang cuma
Kalau dia mesti cukup korum cukup kepala
Kalau tak habis tak lah membazir saja..
Kata dia..

Saya makan hari tu memang dua orang
Dah tu tak kan saya temberang?

Mihun sup tu makan dengan sambal memang sedap
Bukan potong cili letak kicap
Apasal tak leh letak udang?
Dia tengok kat board FNR itu yang di buat orang.

Lerr, saya buat hanya letak ayam
Ni bukan mi udang, ni mihun sup lah cik abang sayang...
Yang tu tak kan terlepas pandang?


[ Last edited by  memories at 15-11-2006 01:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 01:56 PM | Show all posts
sebenarnya ada bantahan........hehe. teruk tul!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 04:17 PM | Show all posts
rama-rama putih berterbangan ria
seolah tiada nestapa
terbang rendah terbang tinggi
membentuk irama tari

pepatung beranika warna
begitu megah diri diperaga
jadi penyeri di hujung lalang
berbaris berselang dengan si belalang

lebah menghirup madu
di pohon mangga yang ranum gebu
leka menyulam rasa
tiada hirau pada sesiapa

biawak menyusur arus
poyo berenang macam bagus
serang hendap mengintai musuh
tunggu masa untuk merusuh

seketika di sini
terasa seperti di zoo mini
alangkah indah alam semulajadi
ciptaan Ilahi percuma untuk dihayati...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 04:38 PM | Show all posts
telefon berdering di sini berdering di sana
esemes masuk berpusu-pusu
email didelete tanpa dibaca
YM online namun statusnya kaku

maaf ku pohon pada semua
aku tak punya banyak masa
untuk reply semuanya
hanya yang penting sahaja
kerana aku sibuk sentiasa
bertungkus lumus bekerja
mencari harta dunia
mahu jadi kaya raya
seperti Donald Trump lagaknya
membina empayar di pelosok dunia
itulah yang dicita
entahkan sempurna
sebelum ku menutup mata...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 04:57 PM | Show all posts
kekangan masa tertunggak janji
bersabar seketika pasti berakhir nanti
ku ukir janji sekali lagi
harap dapat ditunai sebelum Januari
usah lah kau berjauh hati
agenda dirancang pasti dipenuhi
tiada niat memesong hati

aku juga terkilan rasa
kerana sering janji ditunda
walaupun reaksi mu seperti biasa
aku tahu hatimu diluka
terima kasih yang tak terhingga
memahamiku tanpa sengketa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 05:05 PM | Show all posts
kau mendengar kisahku apa jua
melayan karenahku tak kira masa
adakala sungguh tak ada logika
namun kau tiada bersungut kata
apatah lagi mencemuh nista

syukur aku pada Yang Esa
kurniakan aku anugerah berharga
seperti dia...

Tuhan Yang Maha Kuasa
sungguh...aku cinta dia
tiada niat mempersenda...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2006 07:36 PM | Show all posts
MY FATE

It was not so long ago
I thought I would never meet someone like you.
Wrong was I, thinking I'm in control
Believing I would never fall.

All my life I thought no one could
Melt a heart like mine
A heart so cold
A heart hardened by the past
Protected by shields so vast.

Slowly I was falling
Without even knowing
Only to find out its too late
I have no choice but to accept my fate.

I could dream forever
I could hope tho I knew
There will never be any 'us'....its our destiny
So I wake up to reality.

I lied when I said
I didn't love you
That my feelings for you
are through.

I lied
Not because I wanted to
But because I love you
and I still do.

I wouldn't do anything to hurt you
but I just have to let go
I can't hold on much longer
Because for us there's no forever.

[ Last edited by  saine_jude at 16-11-2006 09:05 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 01:04 AM | Show all posts
dan cinta itu takkan kembali bertamu


puas sudah mengadu
merayu pada bulan yang satu
setianya bulan hanya memandang di situ
tanpa suara bulan menyimpan janji cinta itu

kenapa
kian dia cuba melupakan kisah lalu
kenangan terus mengusik jiwa yang hampir layu
tak tertanggung rindu
tak terdaya merayu

kenapa dia begitu
mengharap kasih yang lama berlalu
menagih bahagia kembali bertamu
sedang dia tahu
tak tercapai tuk digapai bahagia itu
tak terdaya tuk didakap kasih seperti hari yang lalu
kenapa dia masih menunggu?

siapakah pencinta itu?
cinta itu takkan kembali bertamu.......
]
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 12:27 PM | Show all posts
dah lama tak borak kat sini. masing masing sibuk berpuisi.....hmm, apa kabar Dew, Bingka, Saine, Nizam?

harap semua ok dan galak berpuisi.....

mem sihat, baru nak makan tengah hari. Hari ni tak makan nasi kut, nak cari yang ratah ratah jer. hari lepas rasa nak makan mihun sup, tapi tak nak beli, nanti hujung minggu nak wat.

sekian, versi jawapan soklan yang orang tak tanya. :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 12:38 PM | Show all posts
puisi gurau



untuk abang miang
opps cik abang sayang
siang terbayang bayang
Ingat kasih yang di seberang

quota memang lah lum cukup empat
tapi cik abang yakin ke semua leh dapat
Buatnya saya mengamuk tak kira tempat
Boleh ke abang sayang nak sekat?

hehe, ni hanya andaian saja
agar cik abang pikir sentiasa
walau saya tau cik abang setia
mana lah saya leh percaya saja..


gurau gurau jer beep........hehe, pasal kita cakap tadi. tu pic pokok mint saya, saya nak cari pokok keladi sebagai lambang miang keladi tapi takder lak.

[ Last edited by  memories at 17-11-2006 12:39 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.089039 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list