CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 8-12-2010 01:09 PM | Show all posts
salam smiley ....cikgu amir & dahlia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2010 03:12 PM | Show all posts
cuti sekolah... cikgu amir cuti ke?
smiley..... di mana kau berada.....
merahsilver Post at 8-12-2010 12:55



merah...aku nak gi jumpa cikgu amir & dahlia ...kat kk..sambil tu nak pekena laksa kuala...makan cendoi sekali...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2010 03:36 PM | Show all posts
Nape tak namakan jer WHFBB(We Hate Farid Buncit Buaya)???
ni dah sama cam WHAC(We Hate  ...
Kia_picanto Post at 7-12-2010 03:21


baguih tu... k smiley pun nak join
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 03:41 PM | Show all posts
ade entry ke kak juna?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 04:36 PM | Show all posts
sabar lagi menunggu n3
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 04:46 PM | Show all posts
smiley..takde sambungan ko?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-12-2010 06:22 PM | Show all posts
sori sambungan lambat
cikgu amir pergi marhaban menyambut maal hijrah

bab ni serius sket
.........................................................................

Cermin matanya di lurutkan dan dia menggosok  pangkal hidung. Dagunya di topang tapi mukanya tidak beremosi. Bila pintu depannya di ketuk bertalu talu beberapa minit yang lalu, reaksinya ialah untuk menelefon polis. Mesti samseng kampung ingin menganggu lagi, telahnya. Tapi sebuah Porsche Cayenne yang terpakir di luar dan suara abangnya menghentikan niatnya. Apahal abang aku datang mencemar duli?

Sungguh dia tidak sangka ketika mempelawa abangnya masuk  yang jiwanya akan di landa resah sebegini. Dia sendiri tak tahu emosi apa yang lebih hebat. Antara amarah yang masih bersisa, rasa bersalah atau kecewa. Akhirnya dia memilih untuk diam sambil roda roda hidup silamnya berputar di kepala. Sarah Marzuki, Mummy,  Nia Aurora. Empat karakter dalam drama realiti kehidupan seorang Amir Muzaffar bin Ahmad Suffian.

Sarah Marzuki – Cinta pertama, belahan jiwa, nyawa aku. Namun dia tidak menepati criteria menantu pilihan ibu.
Mummy – Ibu “ tercinta” yang paksa aku berpisah dengan Sarah. Taktik kotor yang di gunakan mengalahkan Nyonya Mansur dalam “ Ibu Mertua Ku”
Nia Aurora – Gadis pilihan ibu yang sekufu.  Akhirnya dia juga mendapat malu.

Drama realiti yang tak ada juri dan tak payah afundi sebab semua pengalah tiada pemenang.

“ Mir! Dengar tak cakap abang?” suara Datuk Azmi membelah lamunannya. Amir cuma memandang kosong kepada abangnya

“ Mir, as your older brother I am begging you to come home, please. She is your mother. Mir dah lupa kah? Syurga di bawah telapak kaki ibu. Seteruk mana pun perbuatan dia, Mir seorang  anak dan dia lah ibu yang mengandungkan Mir dan melahirkan Mir. She misses you so badly.” Rayu Datuk Azmi. Airmukanya tampak lesu. Dia kepenatan memandu dari Kuala Lumpur untuk membawa berita tentang ibu mereka. Susah payah dia mencari rumah  adiknya. Kini dia terpaksa memujuk adik yang keras kepala. Entah berhasil, entah tidak.

“ Kalau she misses me so much kenapa dia sendiri tak datang cari Mir? Ingat Mir tak tahu dia pasang PI.  Ivan is my friend too, you know” Tiba tiba dia teringat assignment yang di beri pada Ivan kelmarin. Bagaimana progressnya?

Datuk Azmi melepaskan keluhan. Bukan senang nak pujuk Amir. Walaupun luarannya nampak “ kuat” tapi dia seorang yang sensitif.  Masa kecil, adiknya yang 8 tahun lebih muda terlalu di manja dan di kongkong sehingga jiwanya memberontak. Semuanya silap ibunya juga.

“Aku tak boleh lupa apa yang Mummy buat pada Sarah. She destroyed my life, she destroyed everything…”

“ Tapi Sarah memang bukan jodoh Mir. She is happily married and has her own life now. Dah ada dua  orang anak pun. Face the facts lah. Kalau bukan pasal campurtangan Mummy pun, korang tak akan end up together. Allah dah takdirkan dia bukan untuk Mir. Jodoh kau masih ada di luar sana. Get on with your life lah.” Potong Datuk Azmi. Dia meneguk air mineral yang di hidang Amir. Air bujang yang tersangat lah “ bujang”. Sirap pun tak ada kah? Matanya melingas ke sekeliling. Besar lagi kuarters pembantu rumah dan drebar di rumah agam keluarga mereka. Ketika Amir belajar di Melbourne pun dia tinggal di service aparment yang sewanya cuma murah sedikit dari hotel. Seperti dia, Amir juga tak pernah hidup dalam kekurangan. Segalanya tersedia di depan mata.  Sanggup dia meninggalkan segala kesenangan demi menegakkan prinsip. Duit elaun bulanan dan dividend dari pegangan saham nya pun tidak terusik. Dalam masa yang sama dia terpaksa tabik spring dengan kejituan semangat adiknya. Dia sendiri pernah berada dalam situasi yang sama. Ibubapa nya pernah memaksa dia meninggalkan kekasihnya dan berkahwin dengan gadis pilihan mereka. Dengan mudah dia mengalah bila di beri kata dua. Memang aku mudah di “ beli”, tak macam Amir. Apa salahnya berkahwin dengan pilihan keluarga? Aku ada tiga lagi tempat kosong. Masih boleh berfoya foya dengan gadis gadis muda dan cantik sebab poket aku sentiasa tebal. Tak teruk mana pun harga yang terpaksa di bayar. Kan senang kalau Amir juga ikut cara aku? Amir memang pandai dari segi akademik tapi kalau bab selok belok hidup dia agak bodoh.

“ Mir tahu Sarah bukan jodoh Mir. Tapi susah nak maafkan perbuatan Mummy.” Balas Amir. Dia akur yang cinta pertamanya cuma satu kenangan indah. Wajah Sarah pun sudah makin samar di kotak memori dan kini di ganti dengan wajah lain. Tapi perbuatan ibunya yang kejam tak dapat di lupakan. Manipulasi Puan Sri Sabihah mengalahkan permainan  politik yang kotor.

“ Mind if I smoke?”  Datuk Azmi mengeluarkan kotak Dunhill dari kocek seluar.
Amir menjungkit bahu walaupun pada hakikatnya dia tidak suka rumahnya berbau asap rokok. Nak menegah pun serba salah sebab abangnya memang heavy smoker. Macam tak boleh hidup tanpa rokok.

“ Balik lah Mir. Jangan menyesal nanti.  I’m not supposed to tell you this. Sesiapa pun belum tahu lagi, Cuma abang, Mummy dan her doctor.” Datuk Azmi berjeda. Muka adiknya penuh tanda tanya.

“ Mummy kena colon cancer.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2010 06:32 PM | Show all posts
Amir menegakkan duduk. Pandangan nya mencerun. “ Biar betul? Ini bukan taktik abang dan Mummy untuk buat aku rasa bersalah dan balik? Tipu helah Mummy memang hebat. Kalau bab manipulate orang dialah No 1”

“ Sumpah Mir. This is not something I would joke about. Abang tak akan buat main benda macam ni. Mummy sendiri pun tak nak bagi tahu sesiapa. Dia tak nak orang rasa simpati dan kesiankan dia.”

Amir melepaskan keluhan. Tangannya mencapai kotak Dunhill dan menarik sebatang rokok. Sudah tiga tahun lebih dia berhenti merokok. Sebelum itu pun dia cuma seorang social smoker, bukan naga macam abangnya. Tapi berita ini membuat dia terpana. Tak sangka ibunya yang cukup prihatin pasal pemakanan  boleh kena kanser. Kuasa Tuhan tak siapa boleh menghalang.

“ Bila dia dapat tahu?” Nikotin yang memenuhi rongga membuat dadanya sesak.

“ Dah sebulan Mummy selalu sakit perut. But you know Mummy, dia tak suka pergi hospital. Minggu lepas Abang paksa dia buat full medical check up. And that’s when we found out. Tapi yang buat Abang frust, dia tak nak pergi treatment. Its like she has given  up . Dia kata dia redha  kalau setakat ini saja Allah bagi masa untuk dia hidup. ”  

Kerutan di wajah Amir makin mendalam.  Ini bukan macam Puan Sri Sabihah yang di kenali ramai. Semangat juangnya yang kuat telah membawa Perkasa Holdings ke taraf gergasi di bidang hartanah dan perindustrian. Dia mampu melawan apa saja, baik musuh perniagaan mahupun anak sendiri. Takkan dia semudah itu mengalah bila di serang kanser.

“ But why? Mir tak faham. Kanser boleh sembuh kalau cepat di rawat. Apa treatment yang doctor suggest? Kemoterapi?  As far as I know she is a fighter. Takkan dia give up macam itu saja?”

“ Mummy dah banyak berubah. Dia selalu murung sejak kebelakangan ini. Mummy terlalu kecewa bila Mir tinggalkan rumah. Dia salahkan diri dia. Dalam masa sama  ego dia masih macam Twin Tower. Dia rindu nak jumpa Mir tapi dia tak nak datang ke mari. Dah lama kami tahu Mir ada di sini” jelas Datuk Azmi.

“Mummy pernah telefon Mir di sekolah.”

“ Abang tahu. Bila Mir tak nak cakap dia, dia terus putus harapan. She was so depressed. Mir, tolonglah pulang.  Jumpa Mummy dan nasihatkan dia untuk dapatkan rawatan.  Dia rindu sangat dengan kau. Don’t be selfish, Mir. Balik sekejap pun jadilah. Abang bukan suruh Mir berhenti kerja dan balik terus. Kalau Mir dah suka dengan hidup baru Mir, siapa abang untuk menegah.” Datuk Azmi menenyeh putung rokok dalam ashtray. Memang susah nak meyakinkan Amir. Kalau aku tahu, aku bawa medical report Mummy dari doctor. Tak sangka adik aku punya hati dah sekeras konkrit. Takkan tiada langsung sisa kasih sayang pada ibu yang membesarkannnya. Sedari kecil  Amir  budak baik yang menurut kata. Dia sentiasa ceria dan mudah ketawa.  Sikap “ happy go lucky” nya membuat dia sentiasa di senangi. Amir sudah banyak berubah. Siapa sangka dia boleh bertindak drastik begini bila kehendaknya tidak di turuti. Memang salah ibu mereka tapi rajuk Amir sudah cukup lama.  

“ Betul dia tak ada taktik kotor kali ni? Tak ada Tok Kadi dan pengantin perempuan menunggu?” Muka Amir tegang. Kisah silam membuat dia mengetap rahang. Mummy memperkotak katikkan maruah aku. Tak cukup kukuh lagikah Perkasa Holdings sampai dia sanggup “ menjual” anak lelakinya pada kawan perniagaan. Nia. anak Tan Sri Rahim juga jadi mangsa. But so what? Siapa suruh dia bodoh sangat setuju kahwin dengan lelaki yang dia tak kenal?  Dasar dumb blonde celup!

“ Sumpah Mir. Mummy tak akan berani buat begitu lagi.  Mir boleh bawa pistol dan tembak abang kalau abang cakap bohong. ” Datuk Azmi mengangkat kedua belah tapak tangan ke paras bahu

“ Ada beberapa benda yang Mir nak settle dulu. Mir akan balik lepas tu” Dia masih terikat dengan janji. Amanah orang kena di tunaikan. Lawatan bersama pelajar ke Desa Waterpark perlu di langsaikan. Paling penting dia kena rampas Cik Pai Ayam dari jantan keparat tu. Fai ti lorr…Ivan. Lepas itu aku nak kahwin secepat mungkin. Ini bukan lagi masa bercintan cintun, memadu asmara di tepian sungai. Kahwin dulu, beromen kemudian.

Datuk Azmi memerhati Amir dengan teliti. Ada keceriaan di mata Amir. Pasti dia teringat  seorang yang istimewa. Harapnya hati Amir sudah terubat.

“ So, siapa dia? Tak nak introduce kat abang?” Datuk Azmi tersengih

“ Huh? Siapa? Tak faham” Amir menjungkit kening. Abang aku ni bukan boleh percaya. Pantang tengok perempuan cantik. Jangan haraplah aku nak introduce. Abang pasti tertarik dengan gadis macam Dahlia. DNA aku dan abang ada persamaan. Kadang kadang kita suka barang yang sama.

“ Jangan cuba nak tipu. You are not a good liar. Kau dah jumpa pengganti Sarah , kan? Kali ini Mummy akan bagi restu, jangan risau. Tak kisah siapa pun mak bapak dia, apa kerja mereka, dari mana asal mereka. Mummy dah  belajar dari kesilapan dia.”

Amir mengulum senyum. Dahlia bukan pengganti Sarah. Masing masing ada tempat mereka di hatinya. Sarah watak dalam siri “ Suatu Ketika”. Dia sejarah silam.  Dahlia adalah masa depan aku, insyaallah. A never ending love story.

"Ok Mir. Abang kena pergi sekarang. Abang kena jumpa somebody. I hope you keep your promise.  " Datuk Azmi memeluk adiknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2010 06:44 PM | Show all posts
alamak..datok azmi nk jumpa cik pai ayam....demmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 06:45 PM | Show all posts
Amir menegakkan duduk. Pandangan nya mencerun. “ Biar betul? Ini bukan taktik abang dan Mummy untuk ...
sang_arjuna Post at 8-12-2010 18:32



TQ TQ TQ, dah le baru nak jenguk umah kat sini, ada pula E3....berbaloilah sgt...TQ smiley
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2010 06:56 PM | Show all posts
alamak..datok azmi nk jumpa cik pai ayam....demmm
fuzzyhannah23 Post at 8-12-2010 18:44


pandai !
10 markah utk fuzzy
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 06:57 PM | Show all posts
pandai !
10 markah utk fuzzy
sang_arjuna Post at 8-12-2010 18:56



    smiley..kira nya btol leh dpt entry lg ke?huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2010 06:58 PM | Show all posts
Reply 990# cmf_blingblings

baru rempit rumah baru blings

bila harris nak berjaya tackle kia?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 07:03 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings

baru rempit rumah baru blings

bila harris nak berjaya tackle kia?
sang_arjuna Post at 8-12-2010 18:58
mcm banyak dugaan aja dia org berdua tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 08:53 PM | Show all posts
adoi... datuk segala buaya sudeh mari
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 09:22 PM | Show all posts
FBB bertemu ngan dato boya..

dato adahal nak gi melawat dahlia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2010 10:22 PM | Show all posts
TQ kak.. sambung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 10:26 PM | Show all posts
kak smiley, nak lagi... x cukup tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 10:44 PM | Show all posts
cepat2 tangkap dahlia
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 11:10 PM | Show all posts
alaaaaaaaa habislah cikgu amir kalau si azmi ni dah tengok dahlia si FB lagi, ecah lagi, kesian cikgu amir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.065532 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list