CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Santeira

[SERAM HOTEL]kisah seram di hotel (dalam dan luar negara)

  [Copy link]
Post time 17-6-2014 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
spring_gurlz posted on 17-6-2014 09:58 AM
hotel ni blakang dia ada bukit kan?gua sami@cenderawasih

Ye kot...tak sure name apa.
Perasan ada org jogging ptg2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2014 10:49 AM | Show all posts
k_a_a posted on 27-1-2013 11:49 AM
Saya, alhamdulillah tak pernah terganggu secara terang2an.. Saya nak tambah cerita..

Lumut, Perak ...

hotel mn 1 kt kangar,perlis tu?dlm pekan dia ka kt tepi pantai?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 11:59 AM | Show all posts
lifeline posted on 16-6-2014 05:05 PM
Sape penah stay pd world marina resorttttttt?...bhaye x?

http://mforum2.cari.com.my/forum ... read&tid=375617

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 01:03 PM | Show all posts
lasagnaklcc posted on 17-6-2014 10:32 AM
Ye kot...tak sure name apa.
Perasan ada org jogging ptg2...

hotel seri malaysia blakang tu mmg gua samy/cenderawasih. org dok hiking bukit tu petang2. saya org perlis. dengar2 cerita ramai jugak yg dok hiking bukit tu petang2 dok terserempak dgn kambing gurun yg ntah mai dari mana. taktau macam mana kambing tu boleh dok atas bukit. bukit tu takda la tinggi mana, tapi mmg curam jugak sikit (mcm kat gmbr kat bwh - ehsan dari google).



tapi mmg menjadi misteri sampai ke hari ni mcmana kambing gurun tu leh lepas naik sampai atas. tapi org hiking lewat2 petang ja selalu nmpk. yg naik pagi2 tak nmpk kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 01:10 PM | Show all posts
erin86 posted on 17-6-2014 01:03 PM
hotel seri malaysia blakang tu mmg gua samy/cenderawasih. org dok hiking bukit tu petang2. saya or ...

kan memang ada kambing yg panjat2 bukit.. kategori kambing liar. Dia memang suka duk kat bukit bukau..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 01:12 PM | Show all posts
ninjago posted on 17-6-2014 01:10 PM
kan memang ada kambing yg panjat2 bukit.. kategori kambing liar. Dia memang suka duk kat bukit buk ...

ye ke.tak tahu. mmg dia hidup seekor diri je ke kambing liar mcmtu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2014 01:22 PM | Show all posts
ada sapa2 boleh bagi link kalau2 ada forumer yg dah pernah cerita pasal heritage hotel cameron highland? tak larat nak backlog satu2, tak mengikuti sgt thread ni.

baru2 ni gi tido heritage hotel tu. dlm pukul 1 pagi mcmtu, tgh sedap2 tidoq, tiba2 terkejut jaga sbb dengar pintu terhempas dgn kuatnya. husband pun terkejut. apa lagi, kami tidur berpelukan la. hehe. sbnrnya kami dah biasa ja dgn bunyi2 guli, seret perabot, bunyi ketuk tukul pagi2 buta, sbb kat rumah kami duduk skrg mmg sepanjang masa dok bunyi mcmtu tak kira pagi ke, tgh mlm ke, petang ke. so dah immune. tapi tak sedap hati jugaklah bila dah terkejut jaga mcmtu. cuma dok bersangka baik je lah, mungkin org tingkat atas balik bilik hotel tgh malam, tak sengaja terhempas pintu, or mmg pintu tu jenis tertutup dgn kuat. tapi bunyi2 guli n perabot tu mmg ada lah. cuma malas nak ambik port sgt sbb tak larat dgr dah. huhu.

tapi otw balik, sesaja google, jumpa beberapa blog yang dok senarai nama hotel yg angker. heritage hotel cameron tu angker tang tingkat 4. kami duduk tingkat 3. hehe. dok cari cerita psal hotel ni tak jumpa lak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 04:46 PM | Show all posts
Berkongsi pengalaman juga..  bukan pengalaman dari hotel. Tapi pengalaman sebelum bangunan tu di naik taraf menjadi hotel di Langkawi dan ini pengalaman saya sendiri. Saya namakan hotel ini K...n..d...o  I..s...t..a Langkawi dan tersenarai antara hotel yang mempunyai peristiwa tersendiri. Sebelum ini bangunan adalah tempat student Kolej Lagenda. Terbahagi kepada 2 bangunan.  Hendak di jadikan cerita, bangunan ini pernah perempuan india bunuh diri kerana pakwe dia taknak bertanggungjawab. Ada 5 peristiwa:

Peristiwa pertama:
Senior2 ada bercerita ada satu budak kecil halimunan dalam bangunan blok nie. Tapi saya tak pernah terserempak. Member pernah terjumpa budak nie di tepi tangga pada pukul 11 mlm. Masa tu depa tak guna lif konon sebab tingkat 4 jer.. sekali semuala berlari lintang pukang. Masa tu saya naik lif.. fuhhh nasib tak follow sbb saya tingkat 10 masa tu.

Peristiwa kedua :
Pada masa dulu belakang bangunan nie ada buaian so setiap senja buaian nie akan bergerak dengan sendirinya. Dulu depa kata tak dapat nak alih, tak tau selepas di naik taraf berjaya dialihkan atau tidak buaian nie. Buainan nie juga senior selalu nampak budak kecil yang tak pakai baju.

Peristiwa ketiga :
swimming pool.. budak2 laki nie pergi la terjun swimming pool kul 8 malam. Sekali semua kelam kabut naik atas sebabnya masa depa dok syok berenang sekali nampak bayang hitam dok swimming juga dalam tu.. hehehe

Peristiwa keempat : ini terjadi pada diri sendiri.
Senior ada beritahu, sapa selalu balik tengah malam silap2 terdengar gelang kaki dan tangan mcm selalu perempuan india pakai tu... inila terjadinya, malam tu lepak kat bilik member aras 2.. alih2 tengok jam dah pukul 12.30 mlm. So dengan tak rasa apa2 nak balik la bilik tingkat 10. Member ajak lepak bilik depa jer.. tapi malas la esok ada kuliah. Masa dok dalam lif, dah fikir jangan la terserempak dengan budak halimunan tu, sekali lif buka tingkat 4.. masa tu cuak dah.. dah start membaca ayat qursi. Fuh selamat ke tingkat 10. Sekali masa nak buka kunci bilik.. dgr gelang kaki tangan.. masa tu Tuhan jer yang tau.... menggigil tangan buka kunci pintu... masuk dlam tengok semua member dah tidur.. apa lagi menghimpit la tidur dengan member.

Peristiwa kelima : masa tu bangun studies tengah malam.. tengok syok studies mcm terasa ada benda kat sliding door.. biaq pi la perasaan kut. Sekali dia main ketuk2 pulak... masa tu ok lagi teruskan studies.. sekali ko dia main mencakar sliding door lak.. Bayangkan tingkat 10.. sapa pulak yang nak gi memanjat.. main2 kat luar balcony. Terus naik atas katil tidur sumbat telinga dengan bacaan yassin. Member2 lain dah selamat tidur.

itula peristiwa sebelum bangunan tu di naik taraf menjadi hotel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2014 02:50 AM | Show all posts
erin86 posted on 17-6-2014 01:22 PM
ada sapa2 boleh bagi link kalau2 ada forumer yg dah pernah cerita pasal heritage hotel cameron highl ...

hehe heritage hotel ch ni sy pun ade experience tapi yang mild je.

           Request extra bed tapi staff bagi bilik plg ujung n besar. Besar bilik tu memanjang. Masuk je aku dah rasa seram, tp sebab bawak anak2, diam je la. Sunyi je maklum la ceruk ujung bilik, level3 / 4 aku sure, xingat dah.

          Malam tu dalam pkl 1/2 pg aku terjaga sebab dengar org ketuk sliding door. Aku memang xbukak lgsg sliding door tu, sbb takut anak2 keluar main kat balcony. Mula perlahan bunyi, tp makin lama makin kuat. Aku pk positip je la, maybe burung ke yg ketuk tapi memang bunyi ketukan style org main ketuk2 pintu tu. Seram plak rasa, tgk budak2 tdo ok je, aku pun tarik selimut selubung sampai terlelap. Tak sanggup aku layan ketukan2 tu.

         
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 08:43 AM | Show all posts
spring_gurlz posted on 17-6-2014 10:49 AM
hotel mn 1 kt kangar,perlis tu?dlm pekan dia ka kt tepi pantai?

Kat bandar dia... hotel sri garden ...
map:
https://www.google.com/maps/prev ... mp;ved=0CLUBEPwSMBA

gplus:
https://plus.google.com/117575742936184797780/about?hl=en
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 10:17 AM | Show all posts
darwisi_gemini posted on 17-6-2014 04:46 PM
Berkongsi pengalaman juga..  bukan pengalaman dari hotel. Tapi pengalaman sebelum bangunan tu di nai ...

janganlah booking tempat ni
tempatnya teruk, servis ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 10:19 AM | Show all posts
reza_hard posted on 18-6-2014 02:50 AM
hehe heritage hotel ch ni sy pun ade experience tapi yang mild je.

           Request extra bed ...

dari kebanyakan pengalaman hotel seram kat sini,
ramai yang pesan, bilik hujung2 ni patut elaklah  
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 04:58 PM | Show all posts
yup betul uori.. cuba elak bilik hujung dan especially bilik yang dekat dengan tangga nie. Al kisah kejadian nie terjadi dengan kawan mak masa kite orang pergi lawatan ke kota bharu, kelantan. tidur di salah satu hotel kat Pantai Cahaya Bulan. Hotel nie kena naik tangga untuk sampai ke bilik... saya mmg dah aim 2 bilik dari hujung..mak tak bagi dia suruh ambil bilik tengah. so siang tu semuanya berjalan dengan lancar, Tiba la detik tengah malam :

Peristiwa pertama : jadi dekat diri sendiri. tapi masa tu tak terpikir pun benda tu yang mengacau sebab penat sangat. Tiba2 terjaga tengah malam, dgr macam orang masuk bilik air pastu flash air mangkuk tandas. Mmmg bermatian ingat mak atau kawan dia yang bangun. Sekali ko.. rupanya depa kata pagi tu mana ada ke toilet.. ohh sudah.. ok fine selagi dia tak muncul

Peristiwa kedua : jadi pada kawan mak... malam tu dok depa sembang2 sampai kul 11 malam. sekali pintu di ketuk dari luar. Bila buka pintu tengok pak haji pakai lebai. Pastu kawan mak kata la kat pak aji tu salah bilik.. pak haji tu senyap je pastu dia pun pergi. Sekali kawan mak tengok kepala jer berjalan. Tak ada badan.. demmmm... kalau saya yang kena rasanya pengsan dah kat situ. Itula sebenarnya bilik yang saya nak ambil yang mak tak bagi ambil... huhuhu.. rupa2nya belakang bilik tu ada pokok rhu besarrrr.. jeng..jeng.. kalau ada pokok rhu paham2 jer la orang tua2 kata apa... huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
darwisi_gemini posted on 19-6-2014 04:58 PM
yup betul uori.. cuba elak bilik hujung dan especially bilik yang dekat dengan tangga nie. Al kisah  ...


Pengalaman yg i cerita dkt benang ni pun sama bilik sebelah emergency staircase. Haihhhh. Agaknya masa nak book bilik lain kali kene bgtau requirement. No bilik hjg, no dkt tangga... dsb hihi

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
erin86 posted on 17-6-2014 01:03 PM
hotel seri malaysia blakang tu mmg gua samy/cenderawasih. org dok hiking bukit tu petang2. saya or ...

Saya org perlis jgkkkk!!!!kita genggg.
Gua samy ni kalau ikut sejarah tempat sami2 datang semayang..memang macam2 orang nampak.excident selalu jadi kt situ.kebanyakan nya nampak sami lintas jalan.tak pun ada yg tahan kereta atau motor mintak tumpang.manusia bertopeng kn hantu pun byk.maksiat.tapi dorang tak jumpa pulak sami2 tu.sbb dulu2 dalam tahun 2000 kawasan situ tak ada org pergi sangat.sebab orang tahu sejarahnya.cuma skrg dah byk pembangunan.ada mini putrajaya.ada dewan besar.ada hotel.org2 setempat beriadah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 09:11 AM | Show all posts
darwisi_gemini posted on 19-6-2014 04:58 PM
yup betul uori.. cuba elak bilik hujung dan especially bilik yang dekat dengan tangga nie. Al kisah  ...

pak haji pakai lebai?  
tapi, boleh ke request taknak bilik hujung kat hotel ni?
banyak songeh karang, dorang terus hantar bilik paling berhantu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2014 11:13 AM | Show all posts
kacanghazel posted on 27-5-2014 04:53 PM
Assalam...lamanya xjenguk2 kat sini..wow..jenuhya nak khatam...hehehe...

adakalanya saya tertanya ...

As salam kacanghazel.. selama ni saya SR je..cuma rase nak reply lak awak punya post nih hehe..
based pada experience saya..bila kita dah biase kat sesuatu tempat tu ( sama ada tempat kerja atau rumah) so rase takut tu memang akan kurang
dan mana-mana hantu yang baik ( saya call dia hantu baik ler kalo dia tak kacau kita kan ) dia memang takkan kaco kita dah sebab dia dah kenal
dgn kita..

Macam tempat saya kerja sekarang ..hantu-hantu tu memang ada..tapi dia tak kacau staff..dia just kaco customer je hehe..
So saya buat kesimpulan macam kat atas ler..dia tau kita kerja situ dan dah kenal so dia malas nak kaco..perasaan xselesa or rase takut kat tempat
baru tu memang majoriti orang ade rase tu kot..sebab kita tak biase ngn tempat baru tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 02:23 PM | Show all posts
nk citer gak la. Kisah berlaku kt apartment hotel Genting. Gi reramai (cmpur laki pompuan tp bukan kapel2). Bermalam kt situ. Kedudukan pintu apartment ktorg x jauh dr lift. Time tu World Cup 2002..so malam tu aku ngan dua org lg member aku x tdo layan bola. Yang lain semua dh lelap. Yg pompuan dlm bilik yg laki mana yg x minat bola dah lena kat ruang tamu depan tv tu. Pukul 3 pagi time tu tgh syok layan bola tetiba dengar bunyik "ting".... seminit lepas tu bunyik lagi "Ting" pastu bunyik lg dan lagi. Aku ingat bunyi oven sbb masa sebelum tu member aku masak maggie pakai oven tu bunyik gitu. Then aku ngan member aku pandang each other. Pastu aku bangun gi dpur nk tngok kot la member aku x tutup suis oven. Elok je suis bertutup.Pastu member aku ckp.."lift kot". Aku pun terpikir logik gak. So buat tak tau jela. Ingatkan dh sampai situ je...skali tetiba bau pulak menusuk hidung. Bukan bau busuk tp bau bunga melur kuat pekat dlm rumah. Masing2 dh pandang each other. Nasib xde yg mulut celupar pi tegur "bau ape ni?". Sumer pakat diam seribu bahasa faham2 sndiri. Dlm ati ni dok la baca segala ayat Quran. Masuk je waktu Subuh, barula bau tu beransur-ansur hilang. Mujur takde yg extreme berlaku. Esoknya dh keluar dr kawasan Genting,lepak kedai makan utk lunch, bru kitorg citer kt yg lain. Rupa-rupanya yg pompuan2 tdur dlm bilik pun sebenarnya x tdo smpai pg. Diorg ckp bila nk terlelap je mcm ade benda kejutkan diorg...main2. Pastu aku tanya la "apesal tak keluar dr bilik tu and duduk ngan ktorg kt luar? ktorg x tdo lg tgh tngok bola". Member2 perempuan aku dh buat muka pelik. Then diorg ckp kt aku 'mlm td ko bgn tengok bola ke? apesal ktorg rasa mcm ko ade je dlm bilik?'...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 11:10 AM | Show all posts
acuz posted on 20-6-2014 11:13 AM
As salam kacanghazel.. selama ni saya SR je..cuma rase nak reply lak awak punya post nih hehe..
b ...

wassalam acuz..... terima kasih atas pendapat acuz...hmm...saya pun ada gak terfikir camtu...maybe sbb 'diorang' tu dah biasa dgn kita... mmg asal saya cuti or staff saya cuti je..akan bermula la episod usik-mengusik... awal2 perkenalan tu mmg mcm2 yg saya rasa...cuma alhamdulillah la saya bukan dari kalangan yg 'terpilih' untuk nampak 'diorang' ni... dulu2 ada yang suka hembus2 / bisik2 manja kat telinga...tapi kegemaran 'dia' ni suka duduk atas katil.... dah bila duduk tu....akan ada la lekuk2 yg tenggelam timbul gitu....yang itu saya xtahan..sbb tiap kali masuk bilik yg 'dia' ada...confirm kena betul2kan balik bed cover (duvet) tu... kalau guest check in..akan nampak mcm bilik tu kami xkemas kan..lagi teruk kalau boss buat spot check.... mula la dia ckp saya xcheck bilik ..atau dalam kata lainnya.... xbuat kerja...huhuhuhu...

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 04:03 PM | Show all posts
Erkkk...ternampak thread ni...nak kongsi jugak la
pengalaman dekat Mayang Sari hotel (kot name die) dekat PD
time tu ad keje dekat pd,
then survey2 tempat,tempat ni yg paling murah
tp mase masok mcm deserted abeh
sebab xde orang
yang ade aku sorang terpinge2, last receptionist datang so dpt la bilik
bilik jgn ckp la murah die

so sebab penat dengan mamai dengan meeting aku masok la bilik
masok jek bilik terkejut sebab ade pakcik tua tengah bareng atas katil bilik aku
aku sound la sape? die ckp staf, tumpang tido sebab letih
sebab kesian ak bg la die bareng kejap smbl die mule bukak cite sembang
ak dengan mamai layan jek la, dalam ati aku ckp, pakcik ak ni ak lempang jgk kang ak mamai ni
(p.s- ak ni baran)
then last2 ak telelap, bgun tgok die dah xde
then ttop pintu smbng tido
esok mase mandi ak rase saket sangat badan aku, tp x syak pape lg
then checkout muke receptionist tu mcm pucat, tp ak xperasan lg

then drive punye drive aku benti beli goreng pisang,
makcik jual goreng pisang tu terkejot tngok aku
then die tanye "dik ni ok ke x?"
aku ckp la asal mkcik tanye?
die suruh tgok cermin
terkejot berok ak tgok cermin muke ak ad calar2 dengan kesan mcm kene lempang
then bile ak tgok tgan dgn badan aku penuh dengan kesan calar
tros makcik tu arahkan anak die amek air yassin
ak mnom drive laju2 balik tu smngu demam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.081770 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list