Post Last Edit by Adilla at 8-6-2012 14:05
Dalam teragak-agak, akumengangkat kaki ku juga ke atas paha Haji Din.
“Sandar!” Haji Din memberiarahan dan aku menurutinya. Aku bersandar di pemegang sofa dan tenggelam denganrasa nyaman bila Haji Din mula memicit-micit betis ku. Terasa rongga-ronggalengguh mula hilang dan digantikan pula dengan rasa mengantuk.
“Jangan tidur!” Haji Dinmenyergah dan aku yang hampir terlelap terus membuka mata.
“Jangan tidur!” sekali lagiHaji Din memberi amaran bila pandangan kami bertemu.
“Minah mengantuk.” Renggekku. Mata bagaikan berat sekali untuk dibuka. Sperti kata Kak Kirah, kalau bolehbatang mancis dia hendak tongkatkan dipelupuk mata ku untuk membolehkan akuberjaga.
“Nak magribkan. Jangan mengada-gadanak tidur.” Tegas Haji Din menjawab dan aku terus tegak. Takut sebenarnya bilasetiap kali nada Haji Din bertukar rentak.
“Minah tidur sekejap saja.Minah betul-betul letih ni.” Aku memujuk Haji Din. Memang mata dah mula layu.Kalau ada batang mancis pasti aku dah tongkat kelopak mata ini.
“Saya kata jangan tidurAminah Amia. Kita magrib sama-sama dahulu. Zikir dalam hati. Jangan dengarbisikan syaitan mempengaruhi perasaan isteri saya Aminah Amia.” Haji Din masihkeras berkata.
“Lima minit!” aku merayu.
“Tak boleh!” Haji Din beralihpandang arah ke tv tetapi ayatnya masih ditujukan kepada aku. Tetapi tangannyamasih tekun berkerja.
“Tiga minit!” sekali lagi akumerayu dan menurunkan koata yang aku minta tadi.
“Tak boleh!” Haji Din masihberkeras.
“Satu minit boleh tak?” akuterus meminta lagi. Lembut aku menyapa.
“Kalau begitu, kita sama-samatidur dan biar saya yang tanggung dosa.” Haji Din terus meletakkan kaki kukebawah dan cuba hendak menempel disebelahku. Ekkk!!!! Biar betul! Takkan nak baring bersama disofa yang kecil ini danyang buat mata aku terus segar adalah kata-kata dari Haji Din. Takkan akusanggup membiarkan suami ku menanggung dosa aku semata-mata hendak menurutrayuan syaitan.
“Ok! Ok! Minah bangun.” Akuterus menolak tubuh Haji Din yang bersedia hendak berbaring disebelah kanan ku.
“Bukkk!!” akibat daritolakkan itu, tanpa disangka aku pula yang terjatuh. Manakala Haji Din pulaterbabas tubuhnya dan terlentang diatas sofa.
“Aduh! Sakitnya!” akumengaduh. Haji Din pula yang terbaring diatas sofa bingkas bangun. Segera tubuhku diangkat dan diletakkan kembali diatas sofa tersebut. Haji Din segeramemeriksa seluruh tubuh ku tanpa suara. Tak ada yang patahlah Haji Din.Bukannya tinggi sofa dan karpet itu. Lagipun karpet yang tebal berbulumembuatkan aku bagaikan terjatuh atas awan saja. Sempat aku amati wajahnya yangberiak kerisauan. Setiap inci tubuh kudiamati. Tangan sasa menjalari sendi-sendi ku dan ia membuat aku tidak dapatmenahan rasa geli. Terus ketawa aku pecah.
“Aminah Amia!!!” Haji Dinmasih memandang aku serius. Aku yang masih tertawa. Bila bertemu pandang denganHaji Din makin tawa aku tidak dapat dikawal.
“Hei! Aminah Amia okey ke?”Haji Din masih mengamati wajah ku.
“Minah okey! Minah okey!” akucuba menghentikan perasaantertawa tetapi hanya sebentar dan kembali bersambung.
“Isteri saya ada cedera di kepalake?” Haji Din terus menarik kepala ku dan lelaki itu meneliti pula seluruhceruk kepala ku pula. Diselak-selak rambut hitam ku berulang kali. Mungkin HajiDin ingat kepala aku terhentak dan ia membuat aku menjadi otak aku mereng.
“Minah okey Haji Din.Astagfullahillazimmmmm….” Aku berusaha menenangkan diri dan menarik nafassedalam-dalamnya.
“Okey sayang?” Haji Din masihberusaha mencari kecederaan diri ku sedangkan dari tawa tadi bukan keranakesakitan tetapi akibat tangan sasanya yang lincah menyusuri tubuh kuterutamanya tempat sensitive seperti pinggang dan paha ku.
“Minah okey. Haji Din janganpegang Minah.” Pinta ku dan menolak tangan Haji Din yang memegang belakang ku. Nanti tangannya sampaidipinggang pasti sekali lagi tawa ku berkecai.
“Kenapa?” Haji Din dahkembali serius. Mungkin tersinggung dengan kata-kata ku.
“Tiada apa-apa. Cuma Minahgeli bila Haji Din sentuh kat pinggang dan paha Minah.” Terang ku jujur. HajiDin akhirnya tersenyum.
“Gelilah ni?” Haji Dinbertanya dan aku segera mengangguk.
“Betul geli?” Sekalilah HajiDin bertanya dan aku sekali lagi mengangguk. Haji Din dah bangun dan perlahanduduk disebelah ku. Wajahnya tajam memerhati ku dan mata helangnya tepatmemanah kehati ku. Parah ni.
“Kalau begitu saya nak cuba lagilah.” Habis berkatademikian sekali lagi aku menjadi mangsa geletek Haji Din. Aku cuba merayu dan tiada simpati pundari Haji Din.
“Haji Din tolonglah!Berhenti!” akhirnya aku yang kepenatan, menangis bila terasa kalah dengan HajiDin.
“Aminah Amia bahagia sayang?”Haji Din terus menarik aku dalam pelukan bila melihat aku dah semakin cengeng.Mungkin beralah melihat aku dah semakin kalah.
“Ermmm!!!” hanya itu jawapan ku dan rasa bahagiamenyerap dalam diri bila Haji Din mengeratkan pelukan. Perlahan-lahan satukucupan mengenai ubun-ubun ku dan terus ke bibir. Aku termalu dengan perbuatanHaji Din di dalam cahaya terang.
“Sakit kaki lagi?” perlahanHaji Din bersuara. Aku yang bersarang dengan perasaan malu tidak menjawabtetapi kepala aku yang bersuara. Kenapa Haji Din semakin berani menunjukkankasih sayangnya pada ku?
“Dah tak sakit…” denganperasaan yang bercampur aduk, aku menjawab perlahan. Hampir tak terkeluarsuara. Kena cium terus hilang sakit. Hahaha...memang kepala kau yang sakit Minah oii...
“Bagus! Sekarang kita bangundan bersedia untuk maghrib. Pastu kita keluar makan.” Ajak Haji Din dan lelaki ituterus bangun dan menarik aku sama. Aku yang dah jadi patung cendana hanyamengikut langkah Haji Din yang memimpin aku ke bilik air. Asyik bercinta saja,tak sedar suara azan dah lama berkumandang. |