chique posted on 25-6-2013 05:05 AM
anak tu boleh bernasab (bin, binti) dengan nama bapanya tapi tak boleh mewarisi harta bapanya mela ...
Jawapan : Perkahwinan tersebut sah dengan syarat sempurnasyarat dan rukun nikah.Adapun anak tersebut, jika lahir sebelum 6 bulan tarikhperkahwinan yang sah, tidak boleh dibin / bintikan kepada suami puan keranatempoh lahirnya tidak termasuk tempoh yang diharuskan oleh Islam.Tetapi bagianak tak sah taraf boleh dibin / bintikan kepada suami itu jika ia lahir dalamtempoh 6 bulan 1 lahzoh selepas dari tarikh perkahwinan yang sah bagi puan.Jikaanak tak sah taraf, ia dikira orang asing yang perlu dijaga aurat ketikabersamanya.Anak tak sah taraf tidak boleh menjadi wali dan tidakboleh mewarisiharta pusaka. Anak zina sama kedudukannya di sisi Allah dengan manusia yanglain. Dia tetap menjadi orang yang mulia sekiranya dia bertaqwa. Yang berdosadalam hal ini ialah orang yang menyebabkan kelahirannya iaitu ibu dan lelakiyang melakukan zina dengan ibunya.Bapa penzina tiada hak ke atas anak zinanyadari segi perwalian sekiranya anak itu perempuan dan tidak boleh mewarisi pesakakedua-dua belah pihak.Sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w. Anak (luarnikah) itu adalah hak ibunya dan bagi bapa (penzina) adalah batu sahaja(Riwayatal-Bukhari dan Muslim)Memang benar anak zina harus berkahwin dengan lelaki yangberzina dengan ibunya jika sekiranya lelaki tersebut tidak berkahwin denganibunya.Maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al- Nisa’ ayat 24 Dan(diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang,kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu)ialahsuatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya)dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yangtersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah,bukan secara berzina
|