CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 26-2-2015 12:40 PM | Show all posts
wah... dah ada sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2015 01:09 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 26-2-2015 01:15 PM

Soldadu itu kelihatan amat tidak bermaya. Kai yang gagah itu tidak mampu dilawannya. Namun kelihatan dia tidak gentar langsung menghadapi maut. Terpilih sebagai salah seorang soldadu yang mempertahankan Bumi Amariya, itu pastinya menjadi kebanggaan buat diri. Lalu, rebahnya dia nanti, matinya ini nanti adalah mati sebagai seorang perwira yang mempertahankan tanah air.

"Bersemadilah dengan aman." Tutur Kai sebelum membenamkan mata pedangnya ke perut soldadu itu. Rebah dan di situ juga soldadu yang tidak diketahui namanya itu hilang nyawa.

Kai mencari ruang untuk melepas lelah. Udara dihela pantas berkali-kali. Nafasnya laju. Dia sendiri sebenarnya sudah mengah. Kemudian, dia mengangkat muka. Dalam berjaga-jaga, dia meninjau dan pantas membuat penghakiman sendiri. Tentera Raja Zulkhan sudah ramai yang gugur. Tampak keadaan kini lebih banyak berpihak kepada Raja Amsyar. Kai resah. Jika ini berlarutan, sudah pasti mereka akan kalah.

Tidak jauh dari situ, dapat dia melihat Raja Zulkhan dan Raja Amsyar sedang beradu tenaga. Raja Zulkhan itu memang terkenal dengan kehebatannya bermain pedang. Raja Amsyar sendiri bukanlah tandingan namun, Raja Amsyar itu juga punya kebijaksanaan tersendiri. Raja Amsyar tampak lebih menguasai pertarungan itu.

"Tuanku!" Kai menjerit lalu dengan pantas, dia meluru ke arah Raja Zulkhan, mahu membantu rajanya itu. Tapi dengan tak disangka-sangka, langkahnya dihalang.

"Cepat Nafarel. Kita perlu membantu Tuanku!" Kai terus berkata.

"Maaf Kai. Aku tidak boleh membenarkannya." Balas Nafarel. Pedang terhunus dan riak wajahnya tidak menunjukkan yang dia sedang bergurau.

"Apa maksudmu, Nafarel?" Kai menjerit lagi. "Tuanku akan mati. Raja Zulkhan akan mati jika kita tidak pergi membantunya, sekarang!" Pandangan mata bertukar di antara Raja Zulkhan dan Nafarel. "Cepat, Nafarel!"

"Kai..." Nafarel menggeleng. Pedangnya dipegang kejap. Matanya menyorot tajam namun terbit kesayuan yang sukar diucapkan.

"Kau rupanya...orang Raja Amsyar." Kai mula menyedari perkara itu. Hatinya meruap-ruap marah. "Kau PENGKHIANAT!" Terhambur lagi jeritan dari mulutnya.

"Maafkan aku." Pendek saja Nafarel membalas.

"Tapi..kenapa?!!!" Kai benar-benar berang. Nafarel dan dia adalah sahabat. Mereka sepatutnya berjuang bersama. Hatinya sakit tatkala menyedari bahawa Nafarel adalah musuh dalam selimut.

"Aku sangkakan, kita bersahabat. Kau, aku dan Judasi. Kenapa Nafarel? KENAPA?!"

Nafarel hanya menggeleng. Tiada alasan yang diberi. Sikapnya itu menambah berang Kai.

"Aku mahu selamatkan Zulkhan. Ke tepi." Arah Kai kemudiannya.  

"Aku tak akan berganjak dari sini, Kai. Langkah mayatku dulu."

"Jika itu yang kau mahu!" Kai meluru ke arah Nafarel.      
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 01:26 PM | Show all posts
oh banyak yg flash back..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 01:45 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 26-2-2015 01:52 PM
cmf_conan replied at 26-2-2015 11:59 AM
cer baca citer ni.. cara die buat flashback tanpa nampak sgt flashback nye tu..
imaginasi fantasi ...

Thanks. Nanti aku baca.

Jujurnya, aku kering idea. Memang fantasy is not my thingy. Love story yg straight forward lagi senang nak buat dan lagi ramai pembaca. Dan aku pun bukan terer benor bab2 penulisan ni. Banyak lagi yg kena belajar. Cerita ni pun kategori try test sajork. Cuba nak buat genre lain. Ambik! Rasa Sesal Separuh Nyawa pun ada ni .  

Harap kau layankan ajelah ye.

Tapikan...kalau benang ni terus sendu tanpa ada yg komen, kau relakan tak aku kasi tenggelam ke laut dalam?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 01:51 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-2-2015 01:26 PM
oh banyak yg flash back..

Flashback sebab nak kasi benang ni terus hidup. Agak nyawa-nyawa ikan sudah...dah le sendu...

Dah check nota tangan. Flashback bahagian ni aje yg banyak. Nak 'beritahu' apa yg jadi. Boleh jugak buat dalam bentuk dialog penceritaan tapi entah, aku lagi suka stail flashback. Macam movie gitu boleh flashback-flashback.

Layan ajelah ek....huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 01:54 PM | Show all posts

Iya..dah ada sambungan....sikit. Popcorn tak abes lagi, cerita dah abes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2015 02:04 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 26-2-2015 01:45 PM
Thanks. Nanti aku baca.

Jujurnya, aku kering idea. Memang fantasy is not my thingy. Love story ...

kalo dah tak boleh jugak takkan aku nak paksa..
nanti jadi citer pretty ngan tron kuch kuch hotak hei kat amariya sudahnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 02:12 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 26-2-2015 01:45 PM
Thanks. Nanti aku baca.

Jujurnya, aku kering idea. Memang fantasy is not my thingy. Love story ...

Ala..walaupun mod conan kata dia xleh nk paksa..tapi aku mcm x brape nk rela nk biarkn citer ni tenggelam gitu je without ending

walaupun ko ckp citer fantasy ni bukan ur genre..tapi serious..citer ni is at the top of my favourite list..sbb dia lain dari yg lain..ko ada bakat dlm citer genre camni..cuma readers nk kena sabaaaaarrrrr je la nk tggu entry yg baru..

Please nicki..jgn stopkn citer ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2015 02:37 PM | Show all posts
pooh83 replied at 26-2-2015 02:12 PM
Ala..walaupun mod conan kata dia xleh nk paksa..tapi aku mcm x brape nk rela nk biarkn citer ni te ...

majoriti rules

nasib ko la nicki..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 02:53 PM | Show all posts
ala...nicki ko jangan nak mengada-ngada..aku tutup mata telinga..

weh..aku punya citer lagi haru biru huru hara kecelaruan lagik tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 02:58 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 27-2-2015 09:30 AM

Mereka terus bertarung. Menghairankan, wajah Nafarel langsung tidak menunjukkan sebarang riak rasa. Dia tangkas mempertahankan diri dari segala serangan. Lebih mendatangkan persoalan, Nafarel tampak tenang. Seolah-olah dia telah bersedia dengan semua ini. Berbeza dengan Kai. Dia langsung tidak dapat menumpukan perhatian. Hatinya bergolak dan otaknya berserabut memikirkan perbuatan Nafarel yang dalam diam, tergamak menjadi pengkhianat.

Dalam masa yang sama tumpuannya terbahagi kepada Raja Zulkhan dan Raja Amsyar yang masih lagi beradu tenaga tidak jauh dari mereka. Raja Zulkhan semakin lemah. Setiap serangannya berjaya dipatahkan oleh Raja Amsyar.

Bertahanlah Tuanku. Patik akan datang selamatkan Tuanku setelah patik selesaikan pengkhianat ini!  Kai memasang tekad.

"Aaarrrggghhhhh....." Kai menjerit sekuat hati. Padah kerana terlalu lalai, lalu pedang milik Nafarel menetak wajahnya. Muka terasa pedih dan darah mula berhamburan merata. Kai terus jatuh melutut dengan tangan menekup muka. Pedangnya tercampak entah ke mana. Pandangan sekejap terang, sekejap kabur.

"Kai."

Dalam menahan kesakitan, Kai terdengar suara Nafarel memanggil namanya. Dengan muka berlumuran darah, Kai berkata.

"Bunuh saja aku, Nafarel."

"Aku tidak pernah berniat untuk membunuhmu, sahabat."

"Sahabat? Aku tiada sahabat bergelar pengkhianat!"

"Maafkan aku, Kai."

Itu adalah kata-kata terakhir yang dia dengar dari Nafarel. Secara tiba-tiba, Nafarel diserang oleh seseorang. Dihadapan Kai sendiri, Nafarel ditikam lalu rebah. Oleh siapa, Kai tidak tahu. Penyerang Nafarel pergi begitu saja setelah membenamkan mata pedang pada tubuh Nafarel.

"Nafa...rel." Suara Kai tertahan-tahan. Saat ini, perasaanya bercampur-baur. Dia benar-benar marah dan berang tatkala mengetahui bahawa Nafarel adalah pengkhianat. Namun, apabila melihat tubuh Nafarel tergeletak kaku begitu, sedih dan pilu pula menguasai hati.

"Na...fa...rel." Tiada sahutan. Nafarel telah mati. Kai tahu. Dia yang kini dalam keadaan lemah, turut terbaring akhirnya. Nafasnya turun naik. Sempat dia melihat ke arah Raja Zulkhan.

"Tuan...ku..."

Raja Zulkhan jatuh tersungkur. Pedang Ghowir kebanggaannya terlepas dari tangan.

"Tuan..ku."

Pedang Ariesse milik Raja Amsyar telah dihunus ke leher Raja Zulkhan.

Kai terasa ada air mengalir dari matanya, bercampur-campur dengan darah yang berterusan keluar dari tetakan pedang Nafarel. Terasa sakit dan pedih, bukan saja di tempat yang cedera tetapi juga perit dalam hati. Nafasnya semakin lemah dan pandangannya semakin kelam. Suara hingar-bingar juga semakin sayup ditelinga.

“Keturunan aku akan kembali menuntut!”.

Selepas itu, yang dia nampak hanya kegelapan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 03:04 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 26-2-2015 02:04 PM
kalo dah tak boleh jugak takkan aku nak paksa..
nanti jadi citer pretty ngan tron kuch kuch hotak ...

Pretty dgn Tron pun aku tak tahu apa kes dah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 03:07 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 26-2-2015 01:54 PM
Iya..dah ada sambungan....sikit. Popcorn tak abes lagi, cerita dah abes

sambung banyak-banyak sikit..
sayang nanti popcorn masuk angin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 03:20 PM | Show all posts
pooh83 replied at 26-2-2015 02:12 PM
Ala..walaupun mod conan kata dia xleh nk paksa..tapi aku mcm x brape nk rela nk biarkn citer ni te ...

Errr... Pooh. Terharu lak aku....

Thanks. Aku cubalah gak habiskan (InsyaAllah).

Serius, otak jam. Nak-nak bila nak berbahasa gaya 'Amariya' tu ha. Berapa kali dah nak tertaip bahasa inggeris . Dari dulu lagi terbiasa buat cerita bahasa campur-aduk, bila nak buat stail gini, ke laut jawabnya. Feel pun macam mari tak mari gitu. Huhuhu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 03:20 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-2-2015 02:53 PM
ala...nicki ko jangan nak mengada-ngada..aku tutup mata telinga..

weh..aku punya citer  ...

Ko memang Ratu Belit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 03:24 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-2-2015 03:07 PM
sambung banyak-banyak sikit..
sayang nanti popcorn masuk angin

Beli baru...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2015 04:35 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 26-2-2015 03:04 PM
Pretty dgn Tron pun aku tak tahu apa kes dah...

mereka bahagia.. usahlah kalian risau
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 04:36 PM | Show all posts

tak mo membazir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 05:05 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-2-2015 04:35 PM
mereka bahagia.. usahlah kalian risau

Ambbooiiiiiiii......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2015 11:05 AM | Show all posts
"Keturunanku akan kembali menuntut."

Nafarel...

"Panglima."

Suara itu mengejutkan Kai. Jeritan-jeritan yang bergema dalam kepalanya terpadam. Bayangan peristiwa itu pecah berderai lalu terbang berserakan. Dia menghela nafas beberapa kali lalu dihembusnya perlahan. Berat. 20 tahun telah berlalu. 20 tahun namun dia masih belum mampu melupakannya. Bagaikan rantai yang membelenggu diri, sukar untuk dirungkai. Menanggung rasa amarah, sesal, terkilan dan bersalah, memberati hati dan jiwa sehingga kini.

"Panglima Kai."

Kai berpaling kali ini. Kelihatan wajah tiga anak muda yang menjadi tetamunya semalaman. Hari ini, mereka semua akan pergi meninggalkan rumahnya.

"Kalian sudah bersiap nampaknya..."

Ketiga-tiga mereka mengangguk.

"Marilah bersantap dahulu. Alas perut kalian sebelum memulakan perjalanan." Pelawa Kai. Ketiga-tiga mereka mengangguk lagi lalu mula duduk bersila di ruang beranda rumah. Kai menuangkan minuman panas ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada tetamunya.

"Hanya ada Ubi Lekir rebus. Enak dicicah dengan gula merah." Kai berkata lagi. "Aku tahu, ianya tidaklah semewah makanan kalian di Amariya sana. Harap sudi menjamah." Sambungnya. Zuhril tersenyum kecil mendengar kata-kata Kai. Tidaklah dapat dia pastikan sama ada Kai itu benar-benar merendah diri atau sekadar menyindir. Ubi Lekir. Seingat Zuhril, kali terakhir dia menikmati ubi itu adalah ketika dalam perguruan dahulu. Benar, makanan itu tidaklah setanding dengan makanan yang selalu mereka nikmati di Amariya namun cukup untuk mengalas perut mereka seadanya.

"Panglima tidak makan?" Zuhril bertanya apabila Kai langsung tidak menyentuh makanan dihadapan mereka.

"Tidak." Pendek saja Kai menjawab. Zuhril angguk dan tidak bersuara lagi.

Mereka makan dengan senyap. Tiada seorang pun yang mahu bersuara. Firus seperti biasa, memilih untuk berkata-kata apabila perlu sahaja. Dia hanya seorang pengiring dan pembantu kepada anak-anak pembesar itu. Tiada sebab untuk dia mencampuri urusan mereka itu berlebih-lebihan. Zamzam pula masih kelihatan penat menyebabkan dia tiada perasaan untuk berbual-bual. Zuhril lebih suka memerhatikan suasana di Desa Maiya. Entah mengapa, hatinya terasa sayu mahu meninggalkan tempat ini.

Usai makan, mereka semua meminta diri untuk pulang semula ke Amariya. Ucapan terima kasih tidak lupa diucap kepada Kai kerana sudi menerima mereka sebagai tetamu walaupun datangnya mereka secara tiba-tiba. Secara diam-diam, Zuhril memandang ke arah rumah yang dihuni oleh Mak Inang dan Esmira. Masih lagi bertutup. Apakah penghuninya belum bangkit lagi?

"Mereka sudah keluar seawal dinihari." Tutur Kai sambil tersenyum nipis memandang Zuhril. Zuhril turut membalas senyuman, sedikit segan kerana tingkahnya itu disedari Kai.

Firus telah pun menyediakan tunggangan mereka. Selepas mengucapkan selamat tinggal, Desa Maiya mereka tinggalkan. Kai hanya memerhatikan sehingga kelibat mereka hilang dari pandangan.

"Kai."

Kai berpaling ke arah empunya suara. Terangkat sedikit keningnya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.065370 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list