Ni i share skit ye. Tabung Ekonomi Belia Tabung Ekonomi Belia memainkan peranan sebagai badan penyelaras program pembangunan ekonomi belia dalam menyokong Dasar Pembangunan Belia Negara dan Wawasan 2020. Selain itu juga berperanan dalam meningkatkan peluang kepada masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan yang memberikan manfaat dari aspek pembangunan perniagaan, perpaduan dan sosio ekonomi. Terdapat dua jenis skim dalam Tabung Ekonomi Belia iaitu Skim Belia Negara (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT). SBN menyediakan pembiayaan untuk perkhidmatan pembuatan dan Francais yang disokong oleh Bank Negara Malaysia. Sementara SBT pula menyediakan pembiayaan pengeluaran tanaman jangka pendek, ternakan haiwan, perikanan, industri asas tani dan perkhidmatan tani. SBT pula disokong oleh Bank Pertanian Malaysia, iaitu Agro Bank. Had pinjaman bagi Tabung Ekonomi Belia adalah serendah RM 5000.00 hingga RM 50, 000.00 dan tempoh bayaran balik bagi kedua-dua skim ini adalah sehingga tujuh tahun. Bayaran balik boleh dilakukan menerusi institusi kewangan yang dilantik. Antara syarat-syarat permohonan, pemohon yang berminat mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia berumur 18 – 40 tahun. Pemohon mestilah mendaftar sebagai pemohon dan lulus saringan seperti ujian minat kerjaya dan kecenderungan keusahawanan. Pemohon juga mesti lulus kursus bimbingan rancangan perniagaan. Tujuan pemohon menyuarakan pemohonan adalah untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan sepenuh masa. Selain itu, pemohon mesti menyediakan dua orang penjamin yang mempunyai pendapatan kasar tidak kurang RM 1000.00 sebulan dan tidak mempunyai rekod tindakan hutang dan penjamin juga boleh terdiri daripada ahli keluarga.
|